CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4178|Reply: 43

[Tempatan] Pahang larang letak Bible di bilik hotel update #44

[Copy link]
Post time 23-4-2014 10:56 PM | Show all posts |Read mode
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) melarang pemilik hotel di negeri itu menempatkan bahan bacaan agama selain Islam di dalam bilik penginapan pelanggan mereka.        Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan (gambar) berkata surat tentang perkara itu telah diedar kepada 147 hotel di seluruh Pahang sejak 6 Mac dan mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang.
        "Surat larangan itu dikeluarkan mengikut peruntukan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1989 bagi negeri Pahang selaras dengan perkara 11(4) Pelembagaan Persekutuan.

        "Dengan itu sesiapa sahaja orang bukan Islam atau pihak pengurusan hotel adalah dilarang meletakkan kitab Bible, sebarang bahan atau dokumen berkaitan agama bukan Islam di ruang bacaan awam khususnya di bilik penginapan dan sekiranya telah ada, maka ia hendaklah dikeluarkan segera," katanya.
        Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat teknikal persiapan perasmian Karnival Muamalat dan Cinta Rasul yang dijadualkan diadakan di Kuantan dari 1 hingga 4 Mei ini.
        Katanya tindakan meletak bahan-bahan itu boleh dianggap sebagai perbuatan menyebarkan fahaman agama lain kepada orang Islam selaku sebahagian daripada pihak awam yang menginap di hotel terbabit.
        "Mengembangkan atau menyebarkan dalam apa cara kepada orang yang beragama Islam adalah satu kesalahan, maka perbuatan meletakkan kitab Bible atau buku agama lain boleh ditafsir kepada tujuan penyebaran.
        "Kita sedia maklum memang ada terdapat hotel yang menyediakan bahan bacaan berkenaan khususnya di dalam laci bilik hotel dan perkara ini sudah lama berlarutan, malah ada yang dikesan melebihi 10 tahun," katanya.
        Beliau berkata jika sabit kesalahan mereka yang berkenaan boleh dikenakan hukuman di mahkamah sivil dengan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
        Menurutnya setakat ini pihak pengurusan hotel akur dengan larangan itu selain berjanji mengeluarkan bahan bacaan terbabit secepat mungkin. – Bernama, 23 April, 2014.

Last edited by R2D2 on 29-4-2014 11:36 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 11:20 PM | Show all posts
Kat negara lain khususnya Barat, adakah mereka buatkan benda yang sama contohnya melarang meletak Al-Quran kat hotel?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:27 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 23-4-2014 11:20 PM
Kat negara lain khususnya Barat, adakah mereka buatkan benda yang sama contohnya melarang meletak Al ...

jgn kata Quran, tudung pun takleh pakai..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:29 PM | Show all posts
rawahah posted on 23-4-2014 11:27 PM
jgn kata Quran, tudung pun takleh pakai..

Kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:32 PM | Show all posts
rawahah posted on 23-4-2014 11:27 PM
jgn kata Quran, tudung pun takleh pakai..


nugara kapir mana yang larang pakai tudong tuh? penah pegi oberc kaa...??



Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira nye baca sepotong ayat kat bible terus terpesong akidah..lidah kelu nak ngucap...

prffttt la sangat. ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2014 11:36 PM | Show all posts


Zahid Hamidi berbual dengan Abuya





Arahan Kementerian Dalam Negeri kot ?
Last edited by budakecik on 23-4-2014 11:37 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:36 PM | Show all posts
Haku tunggu komeng Pak Zahid Hamidi tu ...








.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 11:36 PM | Show all posts

melayu ni klo makan biskot bebentuk simbol agama lain pun diktekan gugur akidah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah sy ada tersimpan bible.. Hadiah...sy masih simpan.. Dah hampir 10 tahun..
Alhamdulillah sy masih islam...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:38 PM | Show all posts
Buat apa simpan Bible ciplak . Bukan ori lagik





.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn posted on 23-4-2014 11:36 PM
melayu ni klo makan biskot bebentuk simbol agama lain pun diktekan gugur akidah.

Nasi lemak bentuk piramid xde lak dorang tuduh freemanson n yahudi pastu boikot nasi lemak..hihihihi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:40 PM | Show all posts
ntah hapa2 punya arahan...
jgn nak expect org hormat Islam kalau duk buat perangai mcm ni..
mcm la kalau letak bible, sapa yg duk hotel tu semua bakal masuk kristian..
justifikasi apa depa2 ni guna?
bangang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:40 PM | Show all posts




Kenal tak? Ditangan dia akan jadi sesuatu untuk Islam, kata Almarhum Abuya Sy.Imam Ashaari Muhammad. Allahu Allah..Abuya luarbiasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:42 PM | Show all posts
Apa kejadahnya letak bible tiruan dalam hotel di negara Islam Sunni Syumul ?

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:43 PM | Show all posts

...patut lah semua nugara Arob dah jadi nugara Kristian, sebab bible Arob dah ada sebelum Nabi Mat bin Dollah lahir lagi....








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 11:44 PM | Show all posts
ikan_kaghing posted on 23-4-2014 11:42 PM
Apa kejadahnya letak bible tiruan dalam hotel di negara Islam Sunni Syumul ?


Byebell tu untuk menguji iman & taqwa mulayu sunni nan suci lagi syumul...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura posted on 23-4-2014 11:43 PM
...patut lah semua nugara Arob dah jadi nugara Kristian, sebab bible Arob dah ada sebelum Nabi Mat ...

Bible buatan manusia tak boleh masuk hotel..

Lu pernah p kfc mcd tak..?

Sebelum masuk lu mesti nampak sign serupa itu..lebih kurang la ayat dia..

Lol




Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:52 PM | Show all posts
Minta2lah Si Zahid Hamidi tu haramkan Bible kat semua pintu masuk umat Islam ...






.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:05 AM | Show all posts
rawahah posted on 23-4-2014 03:27 PM
jgn kata Quran, tudung pun takleh pakai..

i pun nak tau..

negara mana yg x boleh pakai tudung tu?

dahsyat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.089985 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list