CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 981|Reply: 16

[Tempatan] Malaysia masih menebal dalam isu gender top management

[Copy link]
Post time 23-4-2014 11:25 PM | Show all posts |Read mode
Hari ini wanita menjadi sebahagian golongan yang penting dalam membuat keputusan dan membantu perkembangan ekonomi negara.

Wanita daripada pelbagai latar belakang mempunyai kekuatan dalam bidang masing-masing. Meskipun tidak ramai, tetapi wanita hebat dan cemerlang dalam bidang tertentu terutama yang lazimnya didominasi lelaki tetap ada.

Bekas Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank Bhd, Datuk Yvonne Chia, 62, antara wanita yang berjaya mencatat sejarah tersendiri dalam industri perbankan.


Ibu kepada tiga anak ini, mengakui sememangnya banyak cabaran perlu diharungi untuk menonjol diri, lebih-lebih lagi dengan isu jantina yang masih agak menebal.

Bagaimanapun, baginya semua itu tidak seharusnya dijadikan halangan asal saja mampu menyaingi atau melebihi kehebatan lelaki.



Pada awal kerjayanya, Chia, graduan ijazah Ekonomi dari Universiti Malaya (UM), memberitahu dirinya berhadapan dengan ‘pertempuran’ budaya yang didominasi lelaki sekitar tahun 80-an dan 90-an .

Mengintai kembali detik-detik permulaan kerjayanya kira-kira 30 tahun lalu, ketika memegang jawatan di Bank of America dan bekerja di rantau Asia Tenggara, isu jantina sering menjadi penghalang memandangkan pembuat keputusan adalah lelaki.

“Pembabitan wanita dalam industri ekonomi ketika itu seakan taruhan besar kerana jarang sekali wanita diberi peluang menduduki jawatan lebih tinggi kerana pemikiran stigma terhadap keupayaan mereka.

“Lazimnya diberikan tugasan mengurus, wanita yang berkerjaya ketika itu perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran, risiko dan perubahan mentaliti seandainya mahu mencapai kedudukan tinggi.

“Ini kerana kekangan jantina sudah menjadi lumrah kehidupan supaya lelaki diberikan hak memimpin.

“Perkara itu sebaiknya diubah kerana wanita juga mempunyai kuasa yang tidak ternilai,” katanya ketika ditemui pada Forum ‘Women@work presented by GE’ yang membincangkan kerjaya dan peranan wanita dalam arena sukan dan pembangunan kemasyarakatan yang dianjurkan oleh BMW Malaysia, baru-baru ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 12:19 AM | Show all posts
cakap je la korang nk perempuan jadi PM?!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Are you done bitching? Now go back to the kitchen.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
pompuan payah nk jdk pemimpin sebab depa x dapat sokongan kaum sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:29 AM | Show all posts
nak undur kereta pun terkial2, inikan nak kawal organisasi yg seribu satu peel.. kang gaduh ngan laki, abis semua staff yg cun2 kena pecat.. wakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan .musti satu kementerian terdiri drpd makcik gemuk yanh kekurangan cun..yng cun smua xleh masuk..nanti ada bitchfight..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2014 05:13 AM | Show all posts
tak payah makcik gemuk, bulan lepas masa akak daftar perniagaan online akak dekat SSM, ada satu budak lelaki muda gemuk nak mampos, nak bergerak dari satu meja ke satu meja pun separuh mati punya lama nak tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 05:29 AM | Show all posts
bak kata Margaret Tatcher in politics, if you want anything said, ask a man. If you want anything done, ask a woman. tulah pasal malaysia ni sembang kencang tp tindakan tarak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 05:31 AM | Show all posts
sila hapuskan yang berikut:

tempat parking untuk wanita
restoran untuk wanita
gerabak untuk wanita
bas untuk wanita
teksi untuk wanita
basikal untuk wanita
beca untuk wanita
sampan untuk wanita
perahu untuk wanita
kapal selam untuk wanita
eskalator untuk wanita
lif untuk wanita
kalkulator untuk wanita
tuala untuk wanita
tandas untuk wanita
periuk belanga untuk wanita

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda posted on 24-4-2014 05:29 AM
bak kata Margaret Tatcher in politics, if you want anything said, ask a man. If you want anything do ...

"Gentlemen. Shall we join the ladies"

dialog citer The Iron Lady
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa kata lelaki open minded? Baca komen dh boleh tau... Kita masih hidup zaman p ramlee....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia masih menebal dalam sikap perkauman dalam top management terutamanya syarikat cina.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 07:50 AM | Show all posts
ramai lelaki yang tak sanggup bekerja bawah telunjuk lady boss..

inferiority complex, perhaps?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:09 AM | Show all posts
DayangKirana posted on 24-4-2014 07:50 AM
ramai lelaki yang tak sanggup bekerja bawah telunjuk lady boss..

inferiority complex, perhaps? : ...

bukan inferiority complex.. menyampah nak hadap perkara entah hapa hapa dlm buat decision.

kau mampo laybosses duk ada bitchfighting among themselves? laki masing2 tak cukup mengulit ke apa?

orang buat decision straight to the point, mereka buat decision tawaf keliling kawasan 40 kali then baru terkial2 nak putuskan sesuatu perkara.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:24 AM | Show all posts
kalau betul2 layak tak apa..ini emosi memanjang...kat tempat kerja aku ni bos perempuan sorang tu paling dibenci sebab pakai tudung labuh tapi cakap macam lidah biawak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Entahle. Kengkadang bos laki ni senang ko nak keje, kasik direction and off we go. Kalau bos pompuan, chot chet chot chet, pehtu lepas kasik arahan ade lagi yg dia nak bebelkan. Lagi satu laga pipi ngan geng bawahan terus dengar ckp org bawahan. Mudah dipengaruhi.

Bos yg terbaik ialah diri sendiri.

Iklan meniaga ini ditaja oleh sugus dan kandos.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 08:37 AM | Show all posts
sama gak ladybos kat satu department kat sini..alahai kadang2 menda simple kot... tp gaya dier mcm benda tuh masalah besar sampai kompani leh muflis ..duk kecoh sana sini..eh ada kaitan ker..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.077179 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list