CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1925|Reply: 4

[Tempatan] Batal perkahwinan, ganti rugi boleh dituntut

[Copy link]
Post time 23-4-2014 11:45 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: “Jika berlaku sebarang pertukaran barang (hantaran) atau serahan wang perbelanjaan antara kedua-dua belah pihak, tuntutan ganti rugi boleh dibuat menerusi peruntukan undang-undang syariah.” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang.
Menurutnya, segala hantaran yang sudah diberikan sama ada kepada pihak lelaki atau wanita, tuntutan ganti rugi boleh dibuat jika didapati salah satu pihak berkenaan bertindak membatalkan niat untuk berkahwin.

Katanya, tuntutan itu hanya boleh dibuat berdasarkan nilai kerugian yang ditanggung oleh sesuatu pihak dan ia tertakluk kepada Enakmen Keluarga Islam mengikut negeri-negeri tertentu.

“Bagaimanapun, ia perlu melihat kepada adat sesuatu tempat. Sesetengah negeri mentafsirkan bahawa merisik itu sudah dianggap bertunang berdasarkan niat bersama untuk berkahwin.

“Setiap pemberian kepada sesuatu pihak boleh dituntut, namun nilai tuntutan bergantung kepada kerugian yang dialami dan tidak boleh secara berlebih-lebihan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang lelaki dikenali Hanif, 23, kerugian lebih RM10,000 selepas berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangannya yang baru dikenali beberapa bulan yang lalu.
Bagaimanapun, wanita itu bertindak membatalkan niat untuk berkahwin berikutan hubungan sulitnya dengan lelaki lain diketahui lelaki berkenaan dan kejadian itu berlaku selepas majlis merisik diadakan Februari lalu.

Musa berkata, lelaki (Hanif) berkenaan boleh memfailkan tuntutan ganti rugi itu dengan melantik mana-mana peguam syarie dan meminta wanita terbabit bertanggungjawab untuk menebus semula kerugiannya.
Beliau berkata, prosedur itu sama seperti tuntutan lain dan lelaki berkenaan hanya perlu melantik peguam untuk mewakilinya di mahkamah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 12:22 AM | Show all posts
ye...boleh tuntut..tapi tk yah2 lebih..mahkamah akan bagi pun kadar2 munasabah je...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:56 AM | Show all posts
Banyak tengok org membazir bazir ketika berkahwin. Nak nunjuk nujuk. 2-3 hari punya cerita berpuluh ribu habis. Berhutang pun ada. Anak dah lima tahun baru habis bayar hutang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 01:47 AM | Show all posts
munchkin posted on 24-4-2014 12:56 AM
Banyak tengok org membazir bazir ketika berkahwin. Nak nunjuk nujuk. 2-3 hari punya cerita berpuluh  ...

ye mmg betul..kalau berlakunya putus khitbah...ada yang amik tindakan undang2..mmg boleh..tetapi prinsip2 yg mahkamah shariah adalah sederhana dan berpatutan...kalau claim lebih2...tk dapat jugak
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 01:59 AM | Show all posts
pakweneelofa posted on 24-4-2014 01:47 AM
ye mmg betul..kalau berlakunya putus khitbah...ada yang amik tindakan undang2..mmg boleh..tetapi p ...

Tulah belanja sampai tak masuk akal. Kalau nak klaim nanti tak dapat balik mengamuk. Tapi sapa suruh belanja sampai tak masuk akal. Viscious circle.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.410433 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list