CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1554|Reply: 14

[Tempatan] {1} Amah tanggal kulit kepala & 2 lelaki cedera diserang 2 Bulldog ! pic

 Close [Copy link]
Post time 24-4-2014 04:00 AM | Show all posts |Read mode
24 April 2014

Seremban: Seorang pembantu rumah warga Indonesia parah manakala dua lelaki yang cuba membantunya cedera digigit dua ekor anjing di Kampung Masjid Lenggeng, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, pembantu rumah terbabit dikatakan keluar rumah untuk membeli sarapan sebelum diserang dua ekor anjing berkenaan hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian kepala, badan dan patah tangan kanan.

Mangsa dikenali Ruhimah cuba dibantu seorang peniaga nasi lemak yang menyedari kejadian itu menyebabkan lelaki terbabit turut mengalami cedera pada muka dan badan akibat digigit anjing berkenaan.

Seorang lagi lelaki yang kebetulan melalui jalan berkenaan cuba membantu namun turut digigit menyebabkan dia nekad menembak mati dua ekor anjing berkenaan menggunakan senapang.

Berikutan kejadian itu, ketiga-tiga mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.-myMetro

p/s bagus kojol anjing2 giler tuh...

Last edited by tongkatwaran75 on 24-4-2014 04:24 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2014 04:00 AM | Show all posts

SEORANG daripada mangsa digigit anjing, Hoosni Anuar Hamid, 44, cedera pada muka dan tubuh. FOTO Raja Noraina Raja Rahim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 04:23 AM | Show all posts
3 cedera amukan 2 anjing

Seremban, 24 April : “Saya cuba melawan tapi anjing itu semakin ganas apabila menggigit kepala saya hingga kulit kepala tertanggal,” kata Rukimah Juandi, 51, yang parah diserang dua anjing baka ‘American Bulldog’ semalam.

Kejadian berlaku ketika pembantu rumah warga Indonesia itu sedang membasuh lantai rumah majikannya di Kampung Masjid Lenggeng, di sini, jam 7.50 pagi.

Turut diserang haiwan sama peniaga nasi lemak, Hoosni Anuar Hamid, 44, yang cedera di muka dan badan, manakala anggota polis Lans Koperal Mohd Naser Sulaiman cedera di kaki ketika cuba membantu Hoosni.

Untuk menyelamatkan diri selepas turut diserang, Mohd Naser terpaksa melepaskan tembakan menyebabkan kedua-dua anjing itu mati.

Menceritakan kejadian itu, Rukimah berkata, sejurus tiba di rumah majikan selepas membeli nasi lemak, dia melihat ada tahi anjing di atas lantai lalu mencucinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 04:26 AM | Show all posts
Baka American bulldog





Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 04:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tuan anjing patut dikenakan tindakan.kalau anjing specis tu tak dernya anjing liar.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 06:14 AM | Show all posts
glump posted on 24-4-2014 04:34 AM
Tuan anjing patut dikenakan tindakan.kalau anjing specis tu tak dernya anjing liar.

sila musnahkan tuan anjing itew
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2014 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
apa punya berita la..mule2 tembak gune senapang.artikel ke dua kte polis tembak..x kn polis gune senapang..pistol mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:03 AM | Show all posts
kejam nye...kita tak boleh ambil nyawa makhluk.....bak kata sesetengah forummer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 08:09 AM | Show all posts
I saman je tuan anjing tu if jd kt family i.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:09 AM | Show all posts
manusia berperangai bulldog pun bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:10 AM | Show all posts
Kalau tak ditembak anjing tu maunya lagi parah ketiga-tiga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:20 AM | Show all posts
dahle la abg tong thread ni semlm lg dah bukak

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D5

mod @NIXAR and @Muntz sila jalankan tggjawab anda
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:30 AM | Show all posts
jap2 nak komen sebelum katup..haish geram betul tuan kepada anjing ni tak bertanggungjawab langsung lepaskan anjeng ganas kat tempat awam..lagi elok kalau anjeng tu gigit tuannya aje sebab takde otak lepaskan merata2 bahayakan orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:30 AM | Show all posts
menakutkan ...
giler ganas anjing tu..

x guna tul tuan anjing tu, biar anjing berkeliaran pastu mencederakan org lak..
kalau nmpak anjing mmg aku takut giler..blum apa2 aku da menjerit ketakutan..

pernah 1 hari tiba2 anjing berdiri kat sebelah aku..punya la aku terkejut trus menjerit bagai nk giler..anjing tu pulak yg terkejut coz aku menjerit mcam hantu kut...anjing tu lak yg larik..
terpinga pinga org lak pandang aku...hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:42 AM | Show all posts
semoga kementerian pemantauan binatang liar or tak berlesen ni active sikit dalam kerjaya mereka
pergi check seluruh tempat tangkap mana2 binatang yang takde owner yang berkeliaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.084371 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list