CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3482|Reply: 33

[Tempatan] Universiti Antarabangsa Albukhary,AIU terus beroperasi

[Copy link]
Post time 24-4-2014 11:25 PM | Show all posts |Read mode
IPOH: Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di Alor Setar, Kedah menarik balik keputusan untuk menutup operasinya, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan pihak pengurusan institusi pengajian tinggi swasta itu kepada kementerian melalui sepucuk surat semalam.


"Universiti tersebut menghantar surat kepada Kementerian Pendidikan untuk menarik balik keputusan penutupan operasi mereka semalam dan ia akan terus beroperasi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana pada program Wacana Intelekual 2014 'Renaisans Melayu' di Auditorium RTM di sini hari ini.

Oleh yang demikian, perkara itu kini tidak lagi menjadi satu isu, katanya.

Mengenai faktor yang membawa keputusan penutupan AiU di peringkat awal pula, beliau berkata, kementerian sentiasa memantau dan memastikan tidak ada perkara yang terkeluar daripada akta-akta tertentu bagi universiti swasta.

Ketika ditanya berhubung prestasi AiU, Idris berkata, ia adalah isu yang berlainan namun kementerian sentiasa memantau supaya ia memenuhi kehendak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Mengulas berhubung pelajar AiU yang menyaman institusi itu, beliau berkata, ia adalah isu dan masalah yang dihadapi antara kedua-dua pihak.

Pada 15 April lepas, enam pelajar AiU memfailkan saman terhadap universiti itu atas dakwaan gagal memberi notis penutupan AiU dalam tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang memperuntukkan AiU perlu mengeluarkan notis penutupan dalam tempoh setahun.

Operasi universiti yang ditubuhkan oleh Yayasan Albukhary itu dilaporkan akan ditutup Jun ini.

AiU dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana beroperasi secara wakaf iaitu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penuntut yang rata-rata daripada golongan miskin dari seluruh dunia. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 11:29 PM | Show all posts
bagus la, kesian yg dah belajar kat situ.
kebanyakannya orang susah
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 11:37 PM | Show all posts
kroniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 11:55 PM | Show all posts
Siapa nak hantar anak sendiri pi uni yg dah nak bankrupt tu sebagai Tikus makmal?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 12:19 AM | Show all posts
Kenapa tutup? Dah kurang dapat projek ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 12:33 AM | Show all posts
tak ada isu dah ke yg berbangkit sebelum ni ,kalau tak ada baguslah teriskanlah bagi wakaf dan sumbangan bagi yg susah tu. tapi kualiti kena jagalah - tak mau yg dok senang lenang dapat biasiswa free then CGPA macam  u know ....nyawa nyawa ikan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2014 08:58 AM | Show all posts
bgsla xjdi tutuop, klau x, peh pedih je
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 09:00 AM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 24-4-2014 11:55 PM
Siapa nak hantar anak sendiri pi uni yg dah nak bankrupt tu sebagai Tikus makmal?

Apek.... duit is a non issue here.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 24-4-2014 11:55 PM
Siapa nak hantar anak sendiri pi uni yg dah nak bankrupt tu sebagai Tikus makmal?

Sekurang2nya mereka bukan kapitalist yg hanya berkiblatkn wang ringgit seperti cina penang
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 09:06 AM | Show all posts
Babai posted on 25-4-2014 12:19 AM
Kenapa tutup? Dah kurang dapat projek ke?

ha'ah la...kenapa nak tutup ?  aku pun tertanya-tanya....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
twins posted on 25-4-2014 09:06 AM
ha'ah la...kenapa nak tutup ?  aku pun tertanya-tanya....

Univ ni univ bantu org miskin... Maybe kekurangan pakar utk uruskan
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 09:23 AM | Show all posts
Leonarzi posted on 25-4-2014 09:08 AM
Univ ni univ bantu org miskin... Maybe kekurangan pakar utk uruskan

oooo...yer kerrr.... tapi sayangnya kalau universiti ni di tubuh untuk bantu golongan miskin... tapi terpaksa di tutup pulak...  haruslah Tan Sri dah tak mampu nak finance kan unversiti ni kot.. bukan kecik belanja nya nak uruskan sebuah institusi pengajian tinggi... gaji para pensyarah pun besar..  sedih pulak rasanya kalau macam tu.... kesian pada 'anak2 muda' yang nak belajar tapi kurang kemampuan kewangan.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Leonarzi posted on 25-4-2014 09:05 AM
Sekurang2nya mereka bukan kapitalist yg hanya berkiblatkn wang ringgit seperti cina penang

I am talking about quality not money, idiot
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 10:44 AM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 25-4-2014 10:28 AM
I am talking about quality not money, idiot

apa kaitan antara bankrup dgn kualiti?

bankrup memang melibatkan duit
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 10:45 AM | Show all posts
persoalannya, kenapa Universiti al-Bukhary boleh ada masalah?

dulu Sheikh Bukhari pun nak ambik KUIN, nasib baik la tak ambik
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 10:56 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 25-4-2014 10:45 AM
persoalannya, kenapa Universiti al-Bukhary boleh ada masalah?

dulu Sheikh Bukhari pun nak ambik K ...

AiU ditutop kerana tak dapat nak ikOt standard yang digariskan oleh MQA... untuk memenuhi standard MQA setiap pusat pengajian kena berbelanja besar... AiU ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Al-Bukhari dan tidak mengenakan sebarang bayaran yuran... Sumber kewangannya hanya bergantung kepada sumber Yayasan dan juga sumber waqaf sedekah orang ramai...

dah taj cukop dana camner nak penuhi standard MQA... sebab tu AiU diarahkan tutop...

AiU ni IPTS dan bukan IPTA yang dapat tajaan kerajaan...

bagOs la Kerajaan Negeri Kedah nak bantu teruskan usaha murni Yayasan Al Bukhari memberikan peluang pendidikan tinggi secara percuma... ini bukan pasal kronisme tapi pasal menda baik elOk dibantu...

Al Bukhari nak amik alih KUIN tu lain... operasinya lain... KUIN mengenakan yuran kepada pelajar jadi sumber kewangannya ada... AiU plak takde sumber kewangan dalaman... sumer mengharapkan bantuan ehsan semata-mata...

something to ponder about some people intention to have free education... AiU boleh dijadikan model kajian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
DTECCONAN posted on 25-4-2014 10:44 AM
apa kaitan antara bankrup dgn kualiti?

bankrup memang melibatkan duit

Uni mcm ni lahirkan suicide bomber jer
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 11:17 AM | Show all posts
cipOt_cedOt posted on 25-4-2014 10:56 AM
AiU ditutop kerana tak dapat nak ikOt standard yang digariskan oleh MQA... untuk memenuhi standard ...

jadi, apa peranan Sheikh Bukhari? boleh ja ada FREE EDUCATION kalau duit tu hasil kerajaan, dan akan dapat balik bila habis belajar



Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 11:20 AM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 25-4-2014 11:08 AM
Uni mcm ni lahirkan suicide bomber jer

oh!!! itu jer ker?

terlupa, sembang dengan org tak cerdik mcm ni la

Universiti tu belajar pasal perniagaan ler NGOK bukannya jadi suicide bomber
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 11:30 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 25-4-2014 11:17 AM
jadi, apa peranan Sheikh Bukhari? boleh ja ada FREE EDUCATION kalau duit tu hasil kerajaan, dan ak ...

peranan Skeikh Bukhari adalah pengerusi Yayasan Al Bukhari... dia ada banyak business dan dia dah pun wakaqkan apa yang dia ada dan sekadar cukop mengikut kemampuan dia kepada Yayasan... Yayasan tu pun bukan jaga AiU saja... ada banyak lagi organisasi yang Yayasan tu jaga... so memang masuk akal kalau AiU tak cukop dana...

aku tak kata kerajan tak boleh kasi free education... aku cuma kata boleh amik AiU tuk jadikan model kajian bagi perlaksanaan free education... apa yang menjadi kengkangan AiU untuk terus survive boleh dipelajari...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.119450 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list