CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL : GADIS KEBAYA MERAH

[Copy link]
Post time 2-5-2014 03:56 AM | Show all posts
Suspens betul cite ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2014 08:35 AM | Show all posts
Kellesss ko...nama polis Ana Dahlia...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 08:38 AM | Show all posts
Selama ni ingtkn gadis kebaya merah, pembancuh kopi and polis ana dahlia ni org yg sama..rupanya 3 org yg berbeza..huu..mmg makin misteri la citer ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2014 03:57 PM | Show all posts
EPISOD YG ENTAH KE BERAPA...baca je la ya..



ANA DAHLIA henyak tubuhnya atas katil. Tidak sangka dia akan bertemu lagi dengan jejaka petani kacak itu lagi. Terasa kecil pula dunia ni. Dia mengukir senyum. Kejadian di restroan tadi yang membuatnya tersenyum sendiri. Tak pasal-pasal kena berlakon jadi pasangan bercinta. Sekurang-kurangnya perut pun sudah kenyang dan paling seronok, Kudin yang belanja semua tu. Baik juga Kudin ni. Memang dia agak skeptikal bila bersama lelaki. Dia sudah tahu lagak dan tenungan lelaki yang cuba mengurat tetapi Kudin tidak menunjukkan sikap seperti itu. Kudin dilihat seperti merenungnya, seolah mencari sesuatu darinya.

"Nama dia Kudin. Macam nama tak semenggah je aku dengar. Entah-entah tipu. Yalah..aku boleh je syak dia tu salah seorang dari suspek dalam kes pembunuhan ni." Ana Dahlia mula berfikir. Dalam otaknya asyik memikirkan kes mayat yang dicampak ke dalam kolam kumbahan yang sehingga sekarang hilang macam tu saja.

Masa di Kampung Pinang Patah dulu, dia hanya meluangkan masa tiga hari saja untuk menyiasat kes itu. Itupun menyamar jadi orang kampung. Bertembung pula dengan gadis becok mulut, Senah yang bak pemberita tak bertauliah.

"Tapi..berguna juga budak tu. Perangai kecoh macam tu pun, ada isi jugak. Dapat jugak aku korek cerita pasal Mak Jemah tu." Ana Dahlia senyum.

Fikirannya melayang kembali masa di kampung itu dulu. Memang dia perasan Kudin dan dua orang lagi kawannya itu sibuk mengendap rumah Mak Jemah. Masa itu dia dalam perjalanan ke rumah Tok Ketua. Dan kata-kata Kudin masa di restoran tadi, semua itu mesti disiasat.

"Kalau dia tahu aku ni polis, apa agaknya yang dia fikir? Hmm...gadis kebaya merah yang dia sebut tadi tu, siapa pulak?" Ana Dahlia mengusap dagu. Dia cuba mengingati perbualannya dengan Kudin tadi.

Dia melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Tadi selepas maghrib, dia terus ke restoran untuk makan malam. Hendak masak memang malas. Seharian hari ini dia kena bertugas dan menyediakan laporan. Usai solat Isyak, dia melihat fail laporan yang diberi oleh Detektif Razif. Fail mengenai kehilangan misteri pekerja TM Holdings. Sekarang ini kes kehilangan itu cuba dikaitkan dengan mayat yang dibuang di kampung Pinang Patah. Lama Ana Dahlia memeriksa apa yang tertulis dalam fail itu. Berkerut keningnya membaca satu persatu bukti yang sudah terkumpul di situ.

"Jadi maknanya gadis yang hilang tu tahu pasal kematian sebenar Tengku Muzafar?" Ana Dahlia semakin keliru. Dia baca lagi.

"Hmm...kes ni dah semakin rumit. Bermakna tengku Muzafar bukan mati kerana sakit jantung dan gadis itu tahu sebab sebenar kematian Tengku Muzafar." Fail di atas meja ditutup.

Ana Dahlia menapak pula ke balkoni biliknya yang mengadap panorama bandar KL. Dia masih mencari-cari jawapan dan jalan untuk mendapatkan lebih banyak bukti. Kemudian dia tersenyum. Dia ada satu rancangan yang bagus. Dia belek fail TM Holdings.


SEMENTARA itu, Kudin masih berlegar-legar sekitar bandar KL mencari anak gadis Pak Sahak. Dia banyak bertanya pada jiran di rumah sewa Anum dulu. Semuanya tidak tahu ke mana Anum pergi. Di rumah sewa lamanya pula, semua barangan Anum sudah dikeluarkan. Bermakna memang Anum berpindah ke tempat lain.

"Haih..manalah nak cari minah ni. Bukan senang nak cari kat KL ni." Kudin berhenti berehat sekejap. Helmet dibuka dan diletakkan atas motor. Rambutnya dibetulkan sedikit. Dia capai lagi kertas yang diberi oleh bekas teman serumah Anum. Alamat terbaru yang diberi itu mungkin boleh membantunya mencari Anum. Pak Sahak berharap sangat padanya. Dia pakai helmet semula dan menyambung semula mencari mengikut alamat yang diperolehi itu tadi.

Puas mencari, Kudin pulang ke rumah. Esok dia kena masuk kerja. Entah kerja apa yang dia kena buat, dia sendiri pun tidak ambil tahu sangat. Janji dia masuk pejabat. Nanti orang ingat dia makan gaji buta. Motorsikalinya dipecut laju menuju ke rumahnya semula.


DI PEJABAT, Kudin berlagak seperti biasa. Pakai baju pejabat macam mat skema bukan citarasanya. Dia sudah terbiasa pakai kemeja biasa, dan jaket kulit. Selaur pula kadang-kadang je pakai seluar denim. Selalunya dia akan pakai jeans saja tapi yang pasti warna hitam dan coklat gelap menjadi warna kegemarannya.

"Tuan..nak kopi apa?"

Kudin mendongak. Gadis pembancuh air tadi sudah tersenyum di depannya. " Kopi o pekat."

Gadis itu senyum dan terus ke bilik pantri membancuh air. Kudin perlahan berjalan membuntuti gadis itu dan mengendap di sebalik pintu. Dia mula pasang telinga. Kebetulan masa itu, tidak ramai pekerja yang ada di situ. Dia lihat jam di pergelangan tangan. Sudah hampir waktu makan tengahari. Dia pandang lagi gadis tadi membancuh air. Perlahan dia menapak masuk ke bilik pantri bila dia melihat gadis itu mula menelefon seseorang.

"Ehem!!"

"Oh..ehem! Nenek engkau! Kopi dah jatuh!" Gadis itu melatah. Dia terperanjat. Sudu yang dipegang gadis itu terpelanting jatuh. Serbuk kopi yang sudah diceduk dengan sudu tadi sudah melekat di muka Kudin.

Kudin tergamam. Habis mukanya terkena serbuk kopi. Dia sapu dengan sapu tangan yang diambil dari poket seluar.

"Err..maaf tuan. Saya tak sengaja. Kenapa tuan tak beri salam ke apa ke?" Cepat-cepat gadis itu ambil tuala good morning dan menyapu muka Kudin.

"Ehem!!"

Mereka berdua serentak berpaling. Kusha sudah berdiri di muka pintu.

"Amboi! Tak ada orang lain ke nak menggatal?"Kusha pandang Kudin dan gadis itu silih berganti.

Kudin pandang Kusha yang seksi dengan skirt paras lutut dan baju tanpa lengan. Rambut tak usah ceritalah..dah terlebih dari minah saleh! Kusha dilihat menapak ke meja pantri dan membancuh kopi sendiri.

"Kenapa puan bancuh sendiri? Biar saya yang buat." Gadis itu mencelah.

"Kau nak bancuh? Senang nanti kau nak racun aku kan?" Kusha mencebik. Siap bancuh dia mula melangkah keluar dari situ. Sengaja dia sentuh bahu Kudin dengan kuat.

"Uh! Kasar gila minah ni!" Rasa nak cepuk sebiji. Kudin gosok-gosok bahunya. Dia pandang pula gadis tadi.

"Siapa nama awak?" Kudin terus tanya.

"Err...Ku...Ku.." tergagap-gagap gadis itu menjawab. Dia tunduk. Takut.

"Ku apa?" Kudin pandang lagi gadis itu yang semakin tunduk. Suaranya agak kuat.

"Kuyah tuan! Kuyah anak Pak Ali Jambul!" Gadis itu melatah lagi. Kali ini gelas di tangannya pula jatuh. Pecah!

Kudin tercengang. Kuyah??? Dia tidak berani marah sebaliknya dia mula ketawa. Adeh...lawak juga minah ni. Mentang-mentanglah aku ni Kudin, adik aku yang kerek tu Kusha, dia nak juga nama Kuyah???

"Awak cakap betul-betul. Siapa nama awak?" Kudin sengih.

"Betul...nama saya..Kuyah.." Gadis itu tunduk. Dahinya sudah berpeluh.

"Baiklah..kalau awak tipu..siap awak. Saya akan periksa nama awak dalam senarai pekerja di sini." Kudin berlalu pergi.

Kuyah hanya memerhati Kudin pergi dari situ. "Fuh..lega. Nasib baik aku ni pandai berlakon."



KUDIN masuk semula ke bilik pejabatnya. Dia capai fail yang ada nama semua pekerjanya. Tadi dia rasa gadis itu hanya berlakon melatah. Dia faham sangat dengan riak muka seperti itu. Sudah lali dengan karenah manusia yang hipokrit. Satu persatu fail itu dibelek. Nama setiap pekerjanya dibaca satu persatu.

"Hmm...Tengku Safiyah???" Kudin ternganga. Apa yang lebih membuatnya terkejut, ayah gadis itu juga adalah sama, Tengku Muzafar!

Lama Kudin bersandar di kerusi. Takkan adik aku juga..ada tengku..nama bapa sama. Dia belek lagi maklumat gadis itu.

"Hmm..tinggal di kawasan setinggan. Nama waris..Ali Muhammad alias Pak Ali Jambul. Betul la apa yang dia cakap tadi.." Kudin garu kepala.

Dia sandar di kerusi. Masih berfikir. Siapa minah tu dan dengan siapa dia selalu bercakap dalam telefon. Sekarang ini, tugasnya semakin rumit. Cari Anum dan siasat siapa Tengku Safiyah. Dia mula keluar makan tengahari. Selesai menjamu selera, dia mauk semula ke pejabat.

Tuk! Tuk! tuk!

Kudin mendongak. Sekretarinya sudah tersenyum di muka pintu yang dikuak sedikit. "Ya?"

"Tuan, hari ni ada intreview untuk jawatan kerani." Hetty tersenyum. Dia menghulurkan fail kepada Kudin.

"Interview?"Kudin terpinga-pinga.

"Ya, kerani dulu tu sudah berhenti. Jawatan tu dah lama kosong. Hari ni saya ada terima call. Ada seorang candidate datang untuk temuduga." Hetty menerangkan keadaan sebenar.

"Errr...kenapa saya yang kena interview?" Kudin pandang Hetty tak berkelip.

"Itu  prosedur syarikat ini. Arwah Tengku Muzafar dulu pun, dia sendiri yang menemuduga setiap pemohon." Terang Hetty lagi.

Kudin angguk-angguk. "Baiklah. Suruh dia masuk."

Hetty mula melangkah keluar dari bilik itu. Dia menyuruh gadis itu masuk ke bilik Tuan Pengarah.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk!"

Kudin mendongak. Terlopong dia melihat gadis di depannya.





Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 04:37 PM | Show all posts
misteri sungguh... tp sgt menarik... anxious to know what will happen next... TT... tolong sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2014 07:25 PM | Show all posts
"AWAK??" Kudin terkedu.

Ana Dahlia turut terkedu.  Dia sudah menggelabah. Hish...macam mana mamat ni boleh ada kat syarikat ni pulak? Habislah rancangan aku nanti. Langkahnya terhenti di situ. Masih berfikir apa yang perlu dia lakukan. Takkan nak undur diri? Dia pandang Kudin di depannya yang turut sama terkejut. Ah! Alang-alang dah nak menyamar, kenalah pandai cari ruang dan peluang. Dia meneruskan langkahnya menuju ke meja Kudin dengan  wajah manis.

"Encik, saya datang ni nak temuduga jawatan kerani. Ni resume saya." Ana Dahlia hulur satu fail kepada Kudin yang masih ternganga di depannya. Tidak berkelip mellihat ke arahnya dari tadi.

"Encik! Encik!" Ana Dahlia buat isyarat tangan di depan muka Kudin.

"Err..awak cakap apa tadi?" Kudin mula sedar.

"Saya datang ni nak temuduga jawatan kerani." Sekali lagi Ana Dahlia hulur satu fail kepada Kudin.

"Duduk." Kudin ambil fail yang dihulur Ana Dahlia. Fail itu diletak di tepi meja. Matanya menala ke arah gadis itu semula yang sudah mula melabuhkan punggung di kerusi di depan mejanya.

Lama Ana Dahlia menunggu soalan dari Kudin. Kudin masih memandangnya tak berkelip. Dia jeling jam di dinding. Rasanya sudah hampir sepuluh minit dia duduk melangut di situ. Kudin masih memandangnya.

"Err...takkan sesi temuduga ni pakai tengok je?" Ana Dahlia mula bersuara.

"Oh..ya..ya.." Kudin mula belek resume yang dihulur Ana  Dahlia tadi. Kelam kabut dia membelek resume yang hanya ada dua mukasurat itu beserta dengan sijil.

"Jadi nama awak ni Ana Dahlia Abu Bakar?" Kudin mula bertanya.

"Ya encik."

"Jadi awak ni nak kerja kerani la ya?" Tanya Kudin lagi.

"Ya encik."

"Hmm..dulu kerja apa? Ada pengalaman?" Kudin mendongak. Dia letak resume Ana Dahlia di tepi meja semula. Gadis itu dipandang lagi.

"Ada, saya pernah jadi kerani di syarikat Meow Meow Sdn Bhd" Ana Dahlia mula menerangkan pengalaman kerjanya.

"Meow Meow??" Kudin tegakkan badannya. Dia nak tergelak.

"Ya, itu syarikat pengeluar makanan ringan." Ana Dahlia menjelaskan perkara sebenar bila melihat Kudin seperti menahan ketawa.

"Oh...ok..jadi kenapa berhenti? Dan kenapa nak masuk sini?" Kudin menopang dagu. Gadis itu dipandang lama.

"Dulu saya kerja kontrak je, lepas setahun, habis kontrak dan tidak disambung lagi. Jadi saya minta syarikat ni pula." Ana Dahlia tunduk seketika. Haih...kenapalah mamat ni pulak yang interview aku. Dahlan duk tenung aku semacam je.

"Oh I see..Dah kahwin?" Kudin sengih.

Ana Dahlia terkedu sekejap dengan soalan Kudin. Hish..dia ni tak baca ke biodata aku? Jenuh aku karang malam tadi..jenuh juga fikir nak mencipta resume yang boleh diterima. Terpaksa menipu.

"Kan dalam tu.."

"Bujang! Saya dah baca." Kudin sengih lagi. Sengaja dia potong cakap Ana Dahlia.

Ana Dahlia tunduk. Saja je mamat ni! Haih..nasiblah dapat bos macam ni.

"Hmm...tinggal di mana?" Tanya Kudin lagi.

"Kan dalam tu ada." Ana Dahlia dah geram. Dia cuba bersikap biasa. Lakonannya tidak boleh berterabur.

"Awak calon ke saya calon?" Kudin sengih.

Ana Dahlia diam seketika. Eii! Mamat ni langsung tak ada tokoh penemuduga! Tiba-tiba jadi Tuan Pengarah! Rasanya dulu mamat ni kat kampung je.

"Hmm..awak nak ke jawatan ni?" Kudin jeling Ana Dahlia yang sudah tunduk. Manis pula bila dah muncung macam ni. Kali ni penampilan Ana Dahlia sudah lain. Baju kurung merah terang dan rambut diselit riben merah juga.

"Ya encik."

"Baiklah...saya akan terima awak jika awak memenuhi syarat saya." Kudin hulur semula fail resume tadi kepada Ana Dahlia.

"Err.syarat apa encik?" Ana Dahlia mula mendongak.

"Ada lima syarat. Jika awak memenuhi semua syarat tu, awak diterima bekerja di sini." Kudin sengih. Dia pusing-pusingkan pen di tangannya ala heli.

"Baiklah saya akan penuhi syarat tu. Boleh saya tahu apa syarat tu?" Terpaksalah Ana Dahlia menerima syarat dari Kudin. Dia pandang Kudin yang sudah tersengih di situ. Tak pernah dibuat orang datang interview kena penuhi syarat bagai.

"Betul ni?"

Ana Dahlia angguk.

"Malam esok saya beri syarat tu di restoran tempat kita jumpa malam tu." Kudin senyum lagi.

Ana Dahlia menelan liur. Ni nak letak syarat ke nak menggatal? "Maknanya, saya kena pergi ke restoran tu?"

Kudin angguk.

"Hmm..baiklah. Kalau saya penuhi semua syarat tu, saya diterima bekerja?" Ana Dahlia inginkan kepastian.

Kudin angguk lagi.

"Baiklah."

"Awak boleh pergi sekarang. Sesi temuduga sudah selesai." Kudin sandar tubuhnya di kerusi sambil pusing-pusingkan kerusi itu. Matanya masih melihat gadis berbaju kurung merah itu.

Ana Dahlia mula minta diri.  

Kudin senyum sendiri. Ini baru dikatakan dunia kecil..bukan KL ni kecil. Dia menyambung semula kerjanya. Sesekali dia senyum bila teringat gadis tadi. Orang kata bila selalu jumpa secara tak sengaja, mungkin ada jodoh. Fail dibuka lagi. Dia mula memeriksa penyata kewangan yang dihantar oleh encik Rudi tadi.

"Hmm...ada yang tak kena.." Kudin berkerut kening. Banyak wang syarikat disalurkan ke sebuah syarikat yang tidak dinyatakan nama sebenar. Hanya ditulis syarikat ABC.

"Ada ke syarikat ABC kat Malaysia ni?" Kudin usap dagu. Dia tengok jumlah yang dipundahkan ke syarikat itu. Lebih dua juta!

Semalam dia terdengar Kusha bercakap dengan seseorang melalui telefon. Syarikat ABC disebut-sebut.

"Aku kena siasat juga what she's up to." Kudin sandar di kerusi semula.

Ketika ini dia mula teringat siapa dirinya yang sebenar. Dia mesti tahu siapa ibunya yang sebenar, bagaimana ayah meninggal dunia dan siapa Kuyah. Haish..buntu bila memikirkan semua itu. Hal Anum lagi. Kes mayat di kampungnya lagi. Dia perlu tahu semua itu. Selepas kerja nanti, dia perlu jumpa Kuyah a.k.a Tengku Safiyah. Dia perlu tahu siapa gadis itu. Gadis itu seperti tahu sesuatu dan sedang mengusahakan sesuatu, yang paling pelik, bagaimana Kuyah tu tahu nama kampung aku? Siapa dia? Adik aku?


HABIS saja waktu kerja, Kudin cepat-cepat jumpa Kuyah. Dia ajak Kuyah ke sebuah restoran yang tidak jauh dari situ. Selepas memesan minuman dan makanan, Kudin mulakan mukadimmah. Gadis itu dilihat sudah pucat.

"Siapa awak sebenarnya?" terus saja Kudin bertanya.

"Maksud tuan?" Kuyah pandang Kudin yang tidak berkelip memandangnya.

"Saya dah check nama betul awak. Awak Tengku Safiyah binti Tengku Muzafar kan?"

Kuyah mengangguk lemah.

"So, awak ni anak pemilik syarikat ni sebenarnya kan?" Sengaja Kudin tanya soalan seperti itu.

Kuyah mendongak. "Ya tapi saya pun baru tahu tentang hal ini selepas kematian ayah. Ayah tiri saya yang beritahu saya."

"Ayah tiri? Maksud awak, Ali Muhammad tu ayah tiri awak?" Kudin menelan liur.

Kuyah angguk.

"A..awak ada mak? Err..maksud saya..mak awak masih hidup?" Kudin sudah teruja ingin tahu siapa Kuyah sebenarnya.

"Sudah meninggal tapi sebelum dia meninggal, dia ceritakan semuanya pada saya.." Kuyah tunduk semula. Sebak.

"Apa?" Kudin pasti gadis itu adalah adik kandungnya.

"Saya anak Tengku Muzafar pemilik syarikat ni dan saya ada seorang abang yang mak serahkan pada nenek di kampung Pinang Patah. Mak sudah lama tidak balik kampung. Jadi saya tak tahu kampung tu di mana." terang Kuyah dengan suara sebak.

"Siapa nama abang awak?"

"Macam nama tuan..tapi rasanya bukan tuan...entah.." Kuyah tunduk lagi.

"Nama nenek tu Kaltom binti Mustafa kan?" Kudin terus asak soalan kepada Kuyah.

"Macam mana tuan tahu?" Kuyah mendongak.

"Itu nenek saya..jadi kita ni sebenarnya adik beradik." Kudin hampir mengalirkan air mata tapi cuba ditahan.

Kuyah  sudah mula menangis.

"Sudahlah..kita dah jumpa. Abang sejak dulu tak tahu siapa mak dan ayah abang sebab nenek tak pernah nak cerita. jadi sekarang ni, Kuyah tinggal dengan ayah tiri ke?"

"Ya tapi Kuyah nak lari dari situ sebab dia suka mabuk-mabuk.." Kuyah kesat air mata.

"Oh...kalau macam tu, tinggal rumah abang." Kudin bangun dan mula peluk bahu Kuyah. Kuyah sudah menangis di situ.

"Dah..makan dulu. Lepas ni ikut abang. Kita borak panjang nanti." kudin pujuk Kuyah. Dia juga tidak sangka gadis itu adik kandungnya. Bermakna, Kusha adalah adik tirinya selama ini.  


MALAM itu, Kuyah bermalam di rumah Kudin. Dia cerita apa yang terjadi pada mak dan ayah mereka selama ini.

"Jadi, nenek sebelah ayah buang mak kita?"

"Ya bang..arwah mak bukan pilihan nenek sebelah ayah. Ayah disuruh berkahwin dengan Puan Karina dan dapat seorang anak perempuan, Kusha. Selama ni Kusha dan Puan Karina yang menghabiskan harta dan seleweng duit TM Holdings. Itupun arwah ayah yang beritahu mak, mak masa tu masih berjumpa ayah senyap-senyap sebelum bernikah dengan ayah tiri Kuyah sekarang ni. Mak nikah dengan pakcik Ali tu pun sebab dipaksa. Mak hidup menderita sehingga jatuh sakit." Kuyah semakin sebak.

"Kenapa tak buat report polis?"

"Memang arwah ayah nak buat report polis. Arwah ayah dapat tahu tu pun sebab ada seorang pekerjanya yang beritahu tapi sebelum sempat beritahu polis, ayah sudah meninggal."

Kudin terkedu mendengar cerita Kuyah. Kehidupan mereka adik beradik sudah berpecah belah.

"Tapi...Kuyah dengar arwah ayah meninggal bukan kerana sakit jantung tapi dibunuh."

Kudin terbeliak mendengar kata-kata Kuyah. Dia menelan liur.

"Mana Kuyah tahu arwah ayah dibunuh?"

"Pada malam arwah ayah dibunuh, ada seorang gadis ni datang jumpa Kuyah di rumah. Dia beri satu sampul surat kepada Kuyah. Dia suruh Kuyah simpan surat tu baik-baik. Jangan sampai surat tu jatuh ke tangan orang lain terutama Kusha. Masa tu, Kuyah tak kenal siapa gadis itu. Gadis tu terus menghilangkan diri. jadi Kuyah rasa bersalah. Kuyah nak siasat apa sebenarnya yang berlaku,sebab tu Kuyah minta kerja di sini jadi pembancuh air walaupun Kuyah tahu, mungkin Kusha akan perasan nama Kuyah tu nanti. Tak sangka abang dulu yang tahu." Kuyah mula berterus terang.

"Mana surat tu?"Kudin sudah tidak sabar.

"Ada kat rumah sana.."

"Kita kena ambil surat tu."

Kuyah hanya angguk.

"Dah..malam ni tidur sini. Esok kita pergi cari surat tu lepas kerja. Ingat, masa kerja kita buat-buat tak kenal tau!" Pesan Kudin.

Kuyah angguk dan dia terus masuk ke bilik Kudin. Malam itu Kudin tidur di sofa di ruang tamu. Dia masih memikirkan kata-kata Kuyah tadi. Dia perlu siasat siapa yang bunuh ayah dan kenapa dia bertindak macam tu? Takkan Kusha atau Puan Karina yang sanggup bunuh ayah? Atau mungkin juga mereka buat semua tu demi nak tutup kegiatan mereka di dalam syarikat.  Gadis yang dimaksudkan oleh Kuyah tadi..hilang ke mana? Siapa dia tu?

"Kuyah pun mesti tak tahu siapa gadis tu.."




Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:44 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2014 09:10 PM | Show all posts
Wah Ipo. Jeng, jeng, jeng. Sambil mencari idea nak buat manuskrip baru, gigih saya baca karya Ipo ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2014 11:33 PM | Show all posts
EPISOD bersambung lagi...

BAB 6



KUDIN bekerja seperti biasa di pejabat. Kuyah yang membancuh air juga bersikap seperti biasa. Kusha pula mula memerhati tingkah Kudin. Dia tahu lambat laun Kudin akan tahu juga nanti tentang hal penyelewengan duit syarikat. Kudin bukan bodoh!  

Hari itu, Kudin seharian menyelongkar segala fail tentang syarikat dan juga fail kewangan. memang dari semalam, dia perasan ada akaun yang tidak sama dengan jumlah keluar masuk. Dia perlu tahu semua itu untuk bukti bagi mendakwa sesiapa yang mengambil duit syarikat. Dan yang paling penting, siapa dalang di sebalik pembunuhan Tengku Muzafar seperti yang diberitahu Kuyah semalam. Dia pasti, Kuyah berkata benar. Semua itu perlu disiasat. Mana-mana fail yang dibelek dan boleh dijadikan bukti, dia perlu simpan di tempat yang selamat.

"Hmm....macam ada yang tak kena.." Kusha mengintai dari pintu cermin yang hanya tertutup sedikit. Dia nampak Kudin begitu bersungguh membelek fail kewangan syarikat.

Kusha menelefon seseorang. Dia kemudian menapak masuk ke biliknya.

Kuyah masih memerhati Kusha dari bilik pantri. Dia tahu tentu Kusha ada kaitan dengan kematian ayah. Sejak dulu lagi, mak selalu cerita Puan Karina hanya inginkan harta ayah dan membuat fitnah pada mak sehingga mak diceraikan oleh ayah dan hidup merempat di kawasan setinggan. Lebih parah, mak bernikah pula dengan kaki mabuk! Geramnya pada ayah tiri masih melekat. Mak menderita kerana hidup bersama seorang kaki mabuk dan sering memukul mak tak kira masa. Malah bila ayah tirinya dapat tahu mak adalah bekas isteri Tengku Muzafar, dia ugut mak supaya meminta wang dari Tengku Muzafar.

"Aku kena tolong abang Kudin." Kuyah masuk semula ke dalam bilik pantri.

"Err..tolong buat air untuk saya ya." Kudin muncul di muka pintu sambil tersenyum.

Kuyah turut senyum. Dia cepat-cepat bancuh air kopi dan hulur kepada Kudin.

"Ada perkembangan?" Kudin berbisik sebaik Kuyah hulur air kepadanya.

"Tadi..saya nampak Kusha mengendap bilik abang dan lepas tu dia call seseorang.." Kuyah beritahu apa yang dilihat tadi.

"Tak apa..nanti kita siasat lagi...kalau boleh perhatikan dia. Oh ya, malam nanti, saya ada hal sikit. Lepas kerja ni kita ambil surat, awak balik dulu..." Terang Kudin sebelum berlalu pergi.

Kuyah hanya mengangguk.


MALAM itu, Kudin bergegas ke restoran yang dijanjikan. Dia sudah sedia dengan syarat yang perlu dipatuhi Ana  Dahlia. Sampai di restoran, dia mula duduk di meja kosong dan menunggu di situ sebelum memesan makanan. Pelayan restoran itu tersenyum melihat Kudin seorang diri di situ.

"Err..abang nak order apa-apa?"

"Err..belum lagi." Kudin senyum.

"Abang tunggu kekasih hati ke?" Ramah pelayan itu bertanya.

"Aarr...ya..ya.." Tergagap-gagap Kudin menjawab. Ah! Ia kanlah saja!

"Baiklah...saya datang lagi bila abang dah sedia nak order makanan."

Kudin melihat pelayan itu mula berlalu pergi. Dia sengih. Kalau betul aku dan Ana Dahlia tu bercinta..ok juga. Dari jauh dia melihat Ana Dahlia sudah menapak ke arahnya. Kali ini gadis itu dilihat memakai blaus dan seluar jeans. Berlainan sekali dari hari itu. Nampak moden..ala gadis KL.

"Dah lama tunggu?" Ana Dahlia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Kudin.

"Baru je.." Kudin melemparkan senyuman manis.

"Hmm..apa syarat tu?" Cepat saja Ana Dahlia bertanya.

"Eh, kut ya pun tunggulah dulu. Makan dulu ke..borak ke apa ke.." Kudin panggil semula pelayan tadi.

Mereka berdua mula memesan makanan. Setelah makanan tiba, Kudin terus menikmati nasi goreng yang dipesan tad. Air cinta dan puding karamel sayang tu memang percuma. Ana Dahlia sesekali menjeling Kudin yang begitu berselera menjamah makanan. Dia mula menikmati mee goreng yang dipesan tadi.

"Hmm...apa dia syarat tu? Ulang Ana Dahlia sebaik mereka habis makan.

"Ni.." Kudin hulur sekeping kertas.

Ana Dahlia baca apa yang ditulis di atas kertas itu sambil menghirup jus lemon. Dahinya sudah berkerut. Tersedak bila membaca syarat ke lima. Air diminum tadi sudah tersembur.

"Kenapa?" Kudin sapu bajunya yang terkena jus lemon tadi.

"Syarat ke lima ni..kenapa pelik sangat?" Ana Dahlia pandang Kudin tidak berkelip.

"Ok la tu..awak tak nak jadi kekasih celup saya?" Kudin sengih.

"Untuk apa?"

"Kalau awak sanggup jadi kekasih celup saya..saya akan naikkan gaji awak selepas dua bulan awak bekerja. Macam mana?" Kudin kenyit mata.

"Saya tak kisah pasal duit tapi saya nak tahu, kenapa?" Ana  Dahlia mengetap bibir.

"Saya nak awak ikut saya ke kampung saya. Nenek saya asyik tanya je pasal nikah..jadi bila saya bawa awak balik kampung, nenek saya tak bising lagi dah." Terang Kudin. Dia sebenarnya nak tayang pada Senah supaya Senah tidak lagi menaruh harapan padanya.

"Ok..saya setuju tapi saya juga ada syarat." Ana Dahlia habiskan jus lemon.

"Apa dia?"

"Saya nak awak rahsiakan dari orang lain. Hanya nenek awak saja yang tahu. Di luar sana, kita orang asing. Hanya depan nenek awak saja, kita berlakon. Boleh?" Ana Dahlia pandang Kudin yang sudah berkerut kening.

"Baiklah.." Kudin setuju.

"Satu lagi, kita hanya berlakon sekejap saja..maybe..sebulan?"

"Ok!"

Ana Dahlia senyum. dia terpaksa terima syarat Kudin. Dia perlu bukti dalam siasatannya. Selepas makan, Kudin dan Ana Dahlia mula meninggalkan restoran.


SAMPAI di rumah, Kudin jenguk bilik Kuyah. Kuyah dilihat sudah tidur di situ. Dia lihat jam. Hampir sebelas setengah malam. Bermakna lama juga dia berbual dengan Ana Dahlia tadi. Dia senyum sendiri. Ana Dahlia terima syaratnya tadi. Lega..

Kudin mula membersihkan diri. Dia solat isyak dan mula baring di sofa. Fikirannya mula melayang pada wajah manis Ana  Dahlia. Hatinya berdegup kuat. Aku dah jatuh cinta ke apa? Kudin pegang dadanya sendiri. Terasa debaran yang bergetar. Dia mengiring ke kiri pula. Wajah Ana Dahlia masih bermain di benaknya.

"Haih..apa hal dengan aku ni?" Kudin bingkas bangun. Dia masuk ke dapur dan mengambil segelas air. Dia kembali ke ruang tamu. Matanya cuba dipejam.


KUYAH masih terkebil-kebil dalam bilik. Entah mengapa malam itu, dia tidak boleh melelapkan mata. Pusing kiri dan kanan, masih tidak boleh tidur. Sesekali dia melihat jarum jam. Sudah hampir satu pagi. Dia tarik selimut cuba menutup matanya, tiba-tiba dia melihat ada kepulan asap di tingkap biliknya. Asap itu menyelinap masuk ke dalam bilik. Kuyah masih kaku di situ. Matanya melekat pada kepulan asap tadi. Kali ini kepulan asap tadi sudah membentuk tubuh manusia. Kuyah menelan liur. Dia genyeh-genyeh matanya berkali-kali.

Jelas dia melihat kepulan asap tadi sudah bertukar menjadi seorang perempuan yang memakai kebaya merah sedang tersenyum kepadanya. Perempuan itu menghampirinya dan duduk di sebelahnya di birai katil.

"A..a..awak siapa?" Terketar-ketar Kuyah bertanya.

"Aku gadis teraniaya. Aku nak kau tahu yang jasad aku telah dipuja dan aku datang pada kau supaya kau boleh tolong aku. Tolong aku.." Gadis kebaya merah itu mula menangis.

"Tolong apa?" Kuyah masih terpinga-pinga.

"Tolong kebumikan aku dengan cara baik. Aku terseksa dan sekarang ini ada orang gunakan jasad aku untuk kepentingan sendiri. Aku teraniaya. Aku dibunuh dengan kejam. Tolong aku..." Gadis kebaya merah itu merayu lagi.

Kuyah menelan liur. Mukanya sudah pucat.

"Tolong..tolong.."

Kuyah masih kaku di situ. Gadis kebaya merah tadi sudah bertukar menjadi asap semula dan hilang melalui celah tingkap. Terkedu Kuyah di situ melihat kejadian yang berlaku di depan matanya tadi. Dia genyeh lagi mata..benar! Dia tidak bermimpi! Baru dia tersedar, gadis itulah yang memberinya surat itu dulu! Rupa gadis itu sama dan apa yang jelas, kebaya merah itulah yang dipakai oleh gadis itu pada malam itu. Tidak syak lagi!


Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:46 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2014 02:42 AM | Show all posts
misteri..adakah gadis kebaya merah tu Anum?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2014 01:37 PM | Show all posts
EPISOD bersambung lagi...


KUYAH termenung seketika di bilik pantri. Malam tadi dia bermimpi lagi tetapi apa yang lebih teruk, dia dapat rasa gadis kebaya merah itu betul-betul menyelinap masuk ke biliknya. Apakah yang berlaku sebenarnya? Kenapa gadis itu merayu supaya dia dibebaskan dari orang yang memuja mayatnya? Adakah gadis kebaya merah itu dibunuh dengan kejam?? Perlukah aku beritahu semua ini kepada abang Kudin?

"Woi! Kat pejabat ni bukan dibayar gaji buta!" Sergah Kusha. Kuyah dilihat sudah mengelamun di situ.

Kuyah berpaling. Kusha dilihat sudah menyinga di muka pintu bilik pantri. Meluat melihat wajah garang perempuan itu walaupun ada pertalian darah dengannya. Sungguh meluat! Berlagak!

"Err..puan nak kopi ke?" Kuyah cuba mengorak senyum.

"Aku boleh bancuh sendiri. Bukan boleh percaya dengan kau ni!" Kusha tepis bahu Kuyah yang berdiri di tepi meja. Dia capai cawan dan mula menuang air panas. Matanya melirik pada gadis kampung tadi.

"Mana kopi?" Kusha cari bekas kopi di dalam kabinet almari.

Kuyah cepat-cepat ambil dari atas kabinet. Tadi dia masukkan serbuk kopi baru. Bekas itu dihulur kepada Kusha.

"Buat apa kau simpan kat situ? " Kusha mengetap bibir. Dia membancuh kopi dengan kasar. Siap membancuh, dia terus keluar dari situ.

Kuyah hanya memerhati gelagat Kusha yang sudah ke biliknya semula. Dia mula menghubungi seseorang.



SEMENTARA itu, di bilik Kudin, Kudin masih sibuk membelek fail dan kerja-kerja lain yang perlu dibereskan hari itu. Ketukan di pintu bilik jelas kedengaran. Dia mendongak bila pintu dikuak perlahan. Senyuman di bibirnya mula terukir lebar.

"Saya nak lapor diri bekerja hari ni encik." Ana Dahlia berjalan perlahan menuju ke meja Kudin.

"Awak nak kerja bahagian mana?" Soal Kudin. Fail dan surat yang dihulur Ana Dahlia tadi disambut dengan sebuah lagi senyuman.

"Err..itukan encik yang kena tentukan. Saya hanya ikut arahan." Ana Dahlia masih berdiri di depan Kudin.

"Baiklah..saya nak awak kerja di pejabat saya ni." Kudin sengih.

"Hah? Pejabat ni?" Terkejut Ana Dahlia.

"Maksud saya, meja awak di sebelah cik Hetty tu. Cik Hetty tu perluakan seorang pembantu." Kudin sengih lagi. Saja dia tempatkan gadis itu di situ. Mudah untuknya memerhati apa yang gadis itu buat selama berada di pejabat.

Ana Dahlia tunduk. Dia mula menggumam sendiri. Sukar untuknya menyiasat sekiranya dia berada di pejabat  Tuan Pengarah.

"Awak boleh kerja sekarang." Kudin letak fail dan surat yang dihulur Ana Dahlia tadi di atas rak fail.

Ana Dahlia mula menapak keluar. Terpaksa dia terima semuanya. Syarat Kudin perlu dipatuhi selagi dia bekerja di situ dan bila kes selesai, dia akan berhenti. Itu juga dipersetujui oleh Detektif Razif.

Kudin senyum melihat gadis itu sudah melangkah dan mula duduk di meja kosong sebelah meja Hetty. Dari bilik pejabatnya, dia boleh melihat gadis itu melalui cermin dinding. Dia menyambung kerja. Seketika kemudian, Kuyah membawa masuk secawan kopi kepadanya. Sempat dia bertanya hal Kusha dari Kuyah.

"Dia macam ada sesuatu yang dirahsiakan." Kuyah mula buka cerita.

"Hmm...kita kena hati-hati. Err..boleh abang tahu, siapa yang Kuyah selalu call tu?" Kudin teringat Kuyah dilihat menghubungi seseorang.

"Oh..itu. Dialah bos tak bertauliah Kuyah. Kuyah bekerjasama dengan dia dalam mencari bukti pembunuhan ayah." Kuyah menjelaskan perkara sebenar.

"Siapa?"

"Maaf bang..Kuyah tak boleh beritahu. Dia nak Kuyah rahsiakan. Ini sulit." Kuyah sengih.

"Ok..tapi ingat, jangan terjerumus dalam geng penyangak sudah." Kudin beri nasihat. Dia lebih tahu dunia KL.

Kuyah minta diri. Dia tidak boleh berlama di dalam bilik Kudin.

Kudin masih memikirkan kata-kata Kuyah tadi. Bos tak bertauliah?? Siapa agaknya?? Fikirannya melayang pula pada Kusha yang cukup licik. Kusha sentiasa dilihat melakukan sesuatu tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu. Teringat surat yang diambil di rumah Kuyah semalam. Dia buka laci dan mula membaca isi kandungan surat itu. Dalam surat ada dinyatakan semua bukti yang boleh didapati di dalam pejabat itu tetapi semuanya masih di dalam bilik Kusha. Dan apa yang membuatnya cukup terkejut, rupanya arwah ayahnya dibunuh dengan cara cukup menakutkan. Arwah ayah disihir sehingga mati!

Kudin baca lagi. Dia perlu tahu siapa punya angkara.

"Kampung Pinang Patah? Macam mana dia tahu kampung aku? Siapa bomoh yang dimaksud ni?" Kudin sudah bingung. Jelas dalam surat itu, bomoh yang menyihirkan arwah ayah adalah datang dari kampungnya sendiri yang diarahkan oleh seseorang.

"Aku perlu siasat. Hmm..minggu depan aku kena balik kampung. Boleh ajak minah tu sekali." Kudin senyum sendiri. Surat itu dilipat dan disimpan dalam laci yang berkunci.


KUSHA henyakkan tubuhnya di kerusi. Sejak Kudin dan gadis pembancuh kopi itu bekerja di syarikat itu, dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka. Dia perlu berhati-hati dengan mereka berdua. Orang yang diupah untuk menyiasat tentang keadaan mayat yang dibuang di sebuah kampung terpencil dulu tu sudah banyak memberi maklumat kepadanya.

"Aku kena jumpa dia. Aku nak tahu macam mana mayat tu boleh hilang! Kalau sudah terbenam dalam kolam tu, oklah jugak. Kalau ada orang ambil, tentu segala kegiatan dan rahsia aku terbongkar." Kusha genggam kedua tangannya. Dia segera menghubungi seseorang.

Habis kerja Kusha segera ke tempat yang dijanjikan. Dia perlu jumpa juga. Lama dia menunggu di sebuah restoran. Matanya meliar melihat kelibat orang yang ditunggu itu.

"Hmm..datang pun dia ni!" Kusha mencebik. Dia lihat jam. Sudah setengah jam dia menunggu.

"Maaf cik Kusha. Jam teruk tadi." Zarina melabuhkan punggung di kerusi.

"Aku nak tahu, macam mana kes tu? kau dah tahu siapa yang curi mayat tu?" Kusha terus bertanya.

"Saya syak seroang perempuan tua di hujung kampung. Ada karung guni di bawah rumah dia tapi ada masalah sikit." Zarina jelaskan kepada Kusha.

"Masalah apa?"

"Ada empat ekor manusia ni yang sibuk mengendap rumah orang tua tu. Nampaknya mereka seperti tahu dalam karung guni tu ada mayat." Zarian teringat semasa perjalanannya ke rumah Mak Jemah, dia terserempak dengan empat sahabat itu.

"Kau kenal siapa?"

"Tak tahu tapi ada rose among the thorns!" Zarina sengih. Memang ada seorang gadis bersama tiga lagi lelaki lain dan yang membuatnya terima kerja itu, dia sudah terpaut pada salah seorang lelaki itu.

"Siapa?" Kusha tidak sabar.

"Hoi! Aku tanya ni! Berangan pulak dia ni!" Kusha tepuk meja dengan kuat.

"Hah? Err...siapa..siapa?" Zarina menggelabah.

"Kau ni tak boleh harap langsung! Atau kau dah jatuh hati dengan mamat kampung tu?" Teka Kusha.Riak Zarina seperti orang angau.

Zarina diam. Dia tunduk.

"Aku nak kau pergi semula ke kampung tu dan cari mayat tu sampai dapat. Lepas tu, kau hapuskan mayat tu!" Kusha lempar satu sampul surat yang berisi wang ke atas meja. Kusha terus beredar dari situ.

Zarina mencebik. Huh! ingat dia tu kaya sangat! Berlagak je lebih! Kalau tidak kerana wang, dia juga tidak ingin menyiasat semua tu. Sudahlah kena cari mayat lagi. Seram bulu roma bila mengingatkan apa yang dilihat malam itu di rumah Mak Jemah. Sengaja dia keluar malam-malam untuk menyiasat. Siang hari, bimbang orang kampung perasan pulak kehadirannya di kampung tu.

"Hmm..kenapa aku tak tanya siapa nama lelaki tu? Handsome gila tu!" Zarina menopang dagu. Terbayang wajah lelaki yang dia tegur dulu.
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 07:52 AM | Show all posts
interesting story TT... sila sambung lagi ya... tq...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 08:24 AM | Show all posts
Pssstttt.... Ipo....

Apa kata teruskan cerita ni jadi CerPAN?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2014 10:35 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 2-5-2014 08:35 AM
Kellesss ko...nama polis Ana Dahlia...

hahaha...ni je nama cantik sikit yg boleh pikir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2014 10:35 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 5-5-2014 08:24 AM
Pssstttt.... Ipo....

Apa kata teruskan cerita ni jadi CerPAN?

tu la tu...mulanyer nak cerpen jek..ni dah nak jaid cerpan la pulekk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2014 10:36 AM | Show all posts
nallepooh posted on 3-5-2014 02:42 AM
misteri..adakah gadis kebaya merah tu Anum?

penulis sendiri pun masih berteka teki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2014 10:36 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 5-5-2014 07:52 AM
interesting story TT... sila sambung lagi ya... tq...

minat jugak ya zamzam baca citer thriller ni...perasan plak hakak ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2014 12:36 PM | Show all posts
memang penuh saspen bace cite ipo ni..

keep it up ye ipo.. chaiyok2x..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2014 03:46 PM | Show all posts
LAGI sambung...

BAB 7



SEKALI lagi Kudin kembali ke Kampung Pinang Patah. Kali ini bersama Ana Dahlia dan Kuyah. Semalam dia sudah beri cuti seminggu pada Ana Dahlia dan Kuyah. Kuyah dibawa sekali kerana ingin menemukan dengan nenek yang sudah lama terpisah dengan cucu perempuannya sejak dulu. Ana Dahlia pula dikenalkan sebagai kekasihnya dan bakal isteri, kononnya. Kudin senyum sendiri. Dia jeling Ana Dahlia di sebelah yang masih melemparkan pandangannya ke arah luar, melihat keindahan sawah padi yang menghijau. Dia pandang pula pada Kuyah yang berada di tempat duduk belakang, juga asyik melihat suasana kampung.

Kereta Honda City dibawa perlahan melalui jalan merah yang hanya muat untuk sebuah kenderaan saja. Rumahnya yang terletak di hujung kampung terpaksa melalui jalan merah itu. Kalau berjalan kaki, boleh saja menyeberang sawah padi mengikuti laluan batas-batas sawah.

"Kita dah sampai." Kudin berhentikan keretanya di laman rumah yang agak luas.

Ana Dahlia masih melihat sekitar situ. Sekali lagi dia menjejakkan kaki ke kampung itu. Dia jeling Kudin di sebelah yang tersenyum kepadanya. Macamlah manis sangat senyuman tu! Dia mengalih pandangannya ke arah sawah semula.

"Tak nak turun ke?" Kudin pandang Ana Dahlia yang leka melihat sawah padi dari tadi. Jakun!

Ana Dahlia berpaling. Dia senyum. Pintu dibuka perlahan dan dia mula mengambil beg pakaiannya di dalam bonet kereta. Kuyah turut mengambil beg pakaiannya dan melangkah ke arah anjung rumah. Angin sepoi bertiup begitu menyamankan.

Kudin turut mengambil beg dan menapak ke anjung rumah. Salam diberi beberapa kali. Tidak lama kemudian muncul Nek Tom di muka pintu.

"Kudin! Rindunya nenek!!" Terus saja Nek Tom mendakap erat tubuh cucunya.

Kudin terkulat-kulat bila dipeluk nenek. Dia jeling Ana Dahlia yang sudah tergelak di situ. Kuyah pula diam dari tadi. Melopong melihat Nek Tom.

"Err..nek, Kudin ada bawa kawan. Ni, Ana Dahlia dan itu Kuyah." Kudin perkenalkan kepada neneknya.

Nek Tom sengih lebar. Dia bersalam dengan Ana Dahlia dan juga Kuyah. Kemudian dia melihat Kudin yang turut senyum.

"Amboi kamu ni Kudin. Semua anak dara kamu angkut!" Nek Tom sengih lagi.

Kudin sengih sambil garu kepala.

"Ni, dua orang ni calon isteri kamu ke apa?" Nek Tom senyum lagi.

Ana Dahlia tergamam. Dia pandang Kudin yang sudah berubah rona mukanya. Sudah kemerahan. Dia pandang pula gadis pembancuh kopi. Kuyah dilihat dari tadi asyik memandang Nek Tom tak berkelip. Sejak di KL lagi, dia ingin bertanya Kudin tentang hal gadis itu tapi terpaksa dilupakan dulu. Dia tidak mahu Kudin salaha faham nanti. Yalah..kononnya nak bawa dia jumpa nenek dan kenalkan sebagai kekasih tapi bawa juga sekali gadis pembancuh kopi tu. Tentu Kudin ingat dia cemburu.

"Sorang je nek..yang tu!" Kudin tuding ke arah Ana Dahlia.

Kali ini Ana Dahlia pula sudah merona merah mukanya. Dia kena juga senyum dan mengiakan. Itu syarat yang Kudin suruh tunaikan. Terpaksa ikut jika tidak mahu penyamarannya dan penyiasatannya terbongkar nanti. Ah! Bukannya lama. Sebulan  saja!

"Oh..yang ni?" Nek Tom tanya pula pasal Kuyah.

"Nek..kita orang baru saja sampai. Penat tak hilang lagi ni. Kita cerita nanti ya." Kudin mula mengajak Ana Dahlia dan Kuyah masuk ke dalam rumah.

Kuyah dan Ana Dahlia mula masuk ke dalam rumah dan duduk di tikar mengkuang. Di ruang tamu itu, hanya ada dua buah kerusi rotan dan sebuah almari. Tiada televisyen dan radio. Ruamh pula dibuat daripada kayu. Jendela stail lama.

"Berehatlah dulu. Nanti Nek Tom buat air ya." Nek Tom ke dapur.

Ana Dahlia memerhati sekitar ruang tamu. Semua barang lama. Tiada perabot mewah, tiada karpet tebal dan juga tiada alat elektrik. Matanya beralih pula pada sebuah meja di tepi dinding. Ada sebuah foto lama yang dibingkai di situ. Dia bingka bangun dan mendekati meja itu. Foto itu diperhatikan seketika.

"Itu foto mak dan ayah saya."

Ana Dahlia terkejut. Kudin sudah berada di sebelahnya.

Kuyah turut bangun dan menghampiri Kudin dan Ana Dahlia di situ. Dia amati foto itu. Air matanya mengalir laju. Itulah foto kenangan mak dan ayah .Dulu dia juga ada foto itu yang masih disimpan sehingga kini.

"Kuyah...kenapa ni?" Ana Dahlia pegang bahu Kuyah yang sudah menangis.

Kudin mula peluk Kuyah. Dia faham perasaan adiknya yang mudah tersentuh bila melihat foto arwah kedua ibu bapa mereka. Kuyah pernah hidup dengan arwah mak dan kenal siapa arwah ayah mereka sedangkan dirinya tidak kenal langsung siapa mak dan ayahnya. Nenek tidak pernah hendak cerita semua itu.

Ana Dahlia terkedu melihat Kudin memeluk gadis itu. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Kenapa dengan aku ni? Cemburu ke??

"Err..maaf, saya teringat  saja.." Kuyah lepaskan pelukan Kudin tadi. Dia pandang Ana Dahlia yang sudah pandang ke arah lain. Tentu gadis itu cemburu. Yalah..siapa yang tidak cemburu bila kekasih hati peluk gadis lain. Setakat hari ini, Ana Dahlia memang tidak tahu dia adik Kudin.

Nek Tom kembali dengan tiga cawan kopi panas dan sepinggan kuih karipap. Mereka bertiga mula menikmati juadah ringan itu. Nek Yom asyik melihat Ana Dahlia dari tadi. Dia senyum sendiri. Matanya beralih pula pada Kuyah. Ada iras seseorang.

"Err..anak ni macam ada rupa anak nenek.." Nek Tom perhatikan lagi Kuyah. Memang ada iras anaknya, Sarimah yang berkahwin dengan Tengku Muzafar.

Kuyah senyum. Ikutkan hati dia nak peluk nenek masa itu juga. Itulah pertama kali dia kenal dengan nenek sendiri.

"Nek..sebenarnya..ni cucu nenek juga. Dia adik Kudin..nama dia Tengku Safiyah." Akhirnya Kudin mula buka rahsia.

Ana Dahlia pantas menoleh ke arah Kudin. Adik?? Patutlah tadi beria Kudin peluk Kuyah.

"Cucu nenek?Patutlah nenek tengok ada iras mak kamu." Tubuh Kuyah dipeluk erat. Nek Tom sudah sebak. Melihat Kuyah sama dia melihat anaknya yang sudah hilang entah ke mana. Sejak bernikah dengan Tengku Muzafar, Sarimah seperti menghilangkan diri, tidak pernah pulang ke rumah.

"Nenek!!" Kuyah mula menangis di bahu Nek Tom. Terasa kini dia sudah ada saudara yang menyayanginya. Dulu, dia jumpa abang Kudin dan sekarang pula, Nek Tom.

"Kudin..maafkan nenek kerana tidak pernah beritahu Kudin pasal orang tua Kudin. Nenek sebenarnya malu pada orang kampung. Mereka tuduh mak kamu gila harta bila bernikah dengan Tengku Muzafar. Mak kamu pula tidak sanggup dihina dan dia tidak pernah pulang selepas itu. Tapi satu hari dia pulang ke rumah, menangis teresak-esak. Rupanya dia sudah bercerai dengan Tengku Muzafar tu dan masa tu dia bawa kamu ke sini. Dia serahkan pada nenek. Masa tu, mak kamu sudah mengandungkan anak kedua. Lepas itu, mak kamu tidak pulang sehingga sekarang. Kuyah..kenapa mak tak datang sekali?" Nek Tom pandang Kuyah yang sudah reda esakannya.

"Nenek..mak dah tak ada." Kuyah peluk lagi Nek Tom.

Kudin hanya diam dari tadi. Dia juga tidak sangka akan berjumpa semula dengan adik kandungnya sendiri. Setelah hampir tiga puluh tahun, baru kini dia berjumpa adik sendiri dan juga adik tiri. Itupun setelah ayah meninggal dunia.

Ana Dahlia juga turut merasa perasaan Kuyah ketika ini. Sekian lama terpisah dan tak pernah kenal nenek sendiri, tiba-tiba dapat peluang berjumpa begini, siapa yang tidak sebak.

"Dah la..berehat dulu. Malam nanti kita makan tapi kat sini kena masak sendiri tau.  Sayur petik je dari belaakang rumah ni. Nanti nenek suruh Kudin tangkap ayam. Kita makan lauk ayam malam ni." Nek Tom cium pipi Kuyah. Dia bersyukur kerana bertemu semula dengan cucu perempuannya.

"Yang ni siapa nama tadi?" Nek Tom pandang pula ke arah Ana  Dahlia yang diam dari tadi. Dah tua macam ni sellau tak ingat.

"Ana Dahlia nek. Panggil Ana saja." Ana Dahlia berbahasa.

"Hmm..cantik. Bila nak langsung nikahnya?"

Ana Dahlia tergamam. Dia pandang Kudin. Kudin dilihat sudah terkebil-kebil di situ.

"Err...nek, nak tangkap ayam berapa ekor?" Kudin cuba alih topik.

"Dua ekor!" Nek Tom sengih. Faham sangat dengan sikap Kudin. Tak nak jawab tu, cepat saja ubah topik.

Malam itu, mereka berempat menikamati hidangan makan malam bersama. Usai makan dan solat isyak, Kudin berehat di anjung rumah mengambil angin malam yang bertiup lembut.

"Abang...Kuyah nak tinggal dengan nenek boleh tak?" Kuyah duduk sebelah Kudin.

"Macam mana dengan..." Kudin bisik ke telinga Kuyah.

"Oh..tu la. Tak apa..bila semua sudah selesai, Kuyah nak tinggal sini, boleh tak?" Kuyah pandang lagi Kudin.

"Boleh." Kudin kenyit mata.

Ana Dahlia terkedu.

"Saya bukan kenyit mata kat awaklah." Kudin ketawa kecil.

Ana Dahlia mencebik. Perasan betul mamat ni. Aku berlakon ni pun dah cukup baik! Dia mula berfikir, alang-alang dah datang kampung Pinang Patah ni, esok dia akan mula menyiasat. Hari itu dia hanya sempat menyiasat dan mendapat maklumat dari beberapa orang kampung saja. Dia perlu tahu siapa yang mencuri mayat itu.


SENAH yang berada di laman rumah Kudin masih diam membisu di situ. Dia tidak jadi  melangkah masuk ke dalam rumah Kudin. Dari bawah pokok kelapa di depan rumah Kudin, dia nampak jelas Kudin bersembang dengan dua orang perempuan. Tadi dia beria ingin bertemu dengan Kudin sebaik mendengar Kudin sudah pulang ke kampung.

"Hish! Siapa pulak minah dua orang tu? Kacau daun betullah!" Senah masih di tepi basikalnya. Dia mengetap bibir.

Senah perhatikan kereta kelabu Kudin di laman rumah. Jadi, memang betullah Kudin sudah kaya raya.

"Huh! Baru jadi kaya, dah angkut perempuan balik! Tak apa..aku akan usahakan sampai dapat!" Senah mula kayuh basikal dan meninggalkan laman rumah Kudin. Hatinya sudah bengkak!
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 04:06 PM | Show all posts
Ipo posted on 5-5-2014 10:36 AM
minat jugak ya zamzam baca citer thriller ni...perasan plak hakak ni..

sy sgt minat membaca novel tp tak pandai nak create sendiri...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 04:10 PM | Show all posts
sambung lg TT...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.088848 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list