CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL : GADIS KEBAYA MERAH

[Copy link]
Post time 8-5-2014 06:31 PM | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2014 08:46 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 8-5-2014 06:31 PM
sambung lagi

karung guni dah kena sorok...kena cari dulu..pastu br leh sambung,,..nanti kudin marah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 09:54 PM | Show all posts
Ala...gedik le puleekk si Kudin ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2014 11:18 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 8-5-2014 09:54 PM
Ala...gedik le puleekk si Kudin ni....

hahaa..dlm hati ada taman dah tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2014 12:14 AM | Show all posts
BAB 9


MALAM itu, selesai makan malam, Ana Dahlia mula masuk  ke bilik. Tadi Nek Tom ajak berbual di anjung rumah. Lama juga mereka berbual, Kudin yang hanya menjadi pendengar setia masa berbual tadi asyik memandang ke arahnya. Pandangan Kudin tadi bagai nak tembus anak mata. Kuyah pula seperti teragak-agak bila ditanya tentang surat yang dihantar oleh gadis misteri itu. Mungkinkan Kuyah dan Kudin berpakat membunuh Tengku Muzafar semata-mata hendak membalas dendam kerana mereka disisihkan sejak dulu? Atau mungkin juga Kudin dan Kuyah sudah berpakat untuk membolot semua harta dan mengenepikan Kusha?? Apa yang pasti, kematian Tengku Muzafar ada kaitan dengan semua itu.

Laporan yang ditaip dalam komputer riba dibaca sebentar. Laju saja dia menyambung semula laporan kes mayat itu. Tadi karung guni sudah ditemui dan sah terdapat rangka manusia di dalamnya. Hanya tinggal dibuat ujian forensik saja lagi di makmal. Tepat jam satu pagi nanti, akan ada orang yang datang ambil karung guni itu di biliknya. Rangka manusia itu perlu dihantar ke makmal dengan segera untuk ujian DNA.

Ana Dahlia masih menyiapkan laporan. Segala bukti yang ada dikumpulkan dan akan diserahkan kepada Detektif Razif. Tempoh sebulan yang diberi Detektif Razif untuk menyiasat kes itu di TM Holdings perlu digunakan sepenuhnya. Dia perlu cari jalan untuk mencari bukti kukuh untuk semua suspek yang disyaki, Kudin, Kuyah dan Kusha!

"Hmm...kat kampung ni..Senah dan Mak Jemah mungkin juga suspek pembunuh. Kenapa karung guni tu ada di bawah rumah Mak Jemah pada malam tu? Untuk apa dia nak simpan di situ?" Ana Dahlia mengetuk pen di atas meja. Benaknya mula berfikir kepulan asap yang dia nampak di rumah Mak Jemah.

Dia menyambung menaip lagi laporan itu.

"Senah..dia mungkin bersubahat dengan Mak Jemah dalam hal ni. Macam mana mayat tu boleh dibuang di sini? Atas arahan siapa sebenarnya?" Ana Dahlia masih berfikir. Jarinya ligat menaip laporan. Semua kemungkinan itu akan terjawab bila hasil forensik ke atas rangka manusia tadi sudah diterima.

Dia pandang jam di dinding. Menghampiri sebelas setengah malam. Dia intai bilik Kuyah dan Nek Tom. Senyap. Pintu tertutup rapat. Dia jenguk pula ke ruang tamu. Kudin tidak ada di situ.

"Mana pulak mamat ni tidur? Selalunya dia tidur di atas tikar mengkuang tu je.." Ana  Dahlia terjingkit-jingkit berjalan ke arah ruang tamu. Dia jenguk pula ke arah laman.

"Laa...melangut kat situ rupanya." Ana Dahli garu kepala. Dia masih berfikir, jika Kudin masih di situ sehingga pukul satu pagi nanti, macam mana orangnya akan datang ambil karung guni tadi.

Perlahan dia melangkah ke arah Kudin yang sedang berehat di atas tangga sambil menghisap rokok.

"Awak tak tidur lagi?" Ana Dahlia senyum. Dia melabuhkan punggung di sebelah Kudin.

Kudin berpaling. Ana Dahlia sudah tersengih di sebelahnya. "Dah melangut kat sini, buat apa lagi?"

Ana Dahlia menjeling. "Err...pasal karung guni tu, awak nak buat apa nanti?"

"Nak buat apa?Dah hilang! Biar jelah." Kudin hembus asap rokok sehingga berkepul di bawa angin malam.

"Jadi..awak tak nak tahu rangka tu milik siapa?" Kudin dipandang tak berkelip. Wajah itu dilihat sudah serius.

"Kenapa?" Kudin berpaling. Ana Dahlia dipandang tajam.

"Err..yalah..mana tahu kan,  mayat tu mungkin dibuang di sini kerana ada seseorang yang inginkan mayat tu untuk dipuja..macam Mak Jemah tu?" Sengaja Ana Dahlia bertanya soalan sebegitu.

"Maksud awak?"

"Apa yang saya tahu, orang seperti Mak Jemah tu ada ilmu. Jadi untuk menguatkan ilmu dia, dia perlukan mayat untuk dipuja atau mungkin juga dia perlukan mayat tu bila dia disuruh seseorang untuk menyihir orang lain sehingga mati." Ana Dahlia pandang lagi Kudin. Dia sengaja ingin melihat riak Kudin tentang kes itu.

"Jadi awak syak Mak Jemah tu adalah bomoh?" Kali ni Kudin semakin serius. Apa yang dia tahu arwah Tengku Muzafar mati dibunuh dengan kuasa sihir.

Ana Dahlia angguk.

"Saya dengar arwah Tengku Muzafar dibunuh? Betul ke?" Ana Dahlia lihat riak Kudin.

"Mana awak tahu? Kan awak baru je kerja kat TM Holdings tu?" Riak Kudin sudah lain.

"Alah..arwah kan somebody jugak. Jadi kes macam ni, sekejap je orang tahu." Ana Dahlia cuba bersikap selamba.

"Hmm...betul. Dan apa yang lebih menyedihkan, arwah ayah saya disihir sehingga mati. Kematiannya bukan dengancara biasa. Apa yang lebih membuatkan saya terkejut, bomoh yang melakukannya itu diupah dari kampung saya  ni." Kudin mula berterus terang. Dia juga sudah buntu.

"Oh...jadi betullah tekaan saya tadi? Mak Jemah tu mungkin bomoh yang dimaksudkan tu." Ana Dahlia senyum. Saja dia ingin mengorek rahsia dari Kudin. Semua maklumat itu harus dikumpulkan untuk tindakan seterusnya.

"Er..awak tahu macam mana nak cari bukti yang Mak Jemah tu adalah bomoh yang diupah tu?" Kudin tanya Ana Dahlia semula. Sebenarnya dia syak Ana Dahlia ini bukan gadis biasa. Dari cara gadis bercakap dan melihat, ada gaya dan pandangan seorang polis. Lama dia memerhati gadis itu.

"Err..awak pandang saya macam tu kenapa?" Ana Dahlia sudah gelisah. Sudahlah malam-malam macam tu.

"Kenapa? Tak boleh? Awak kan bakal isteri saya.." Kudin kenyit mata.

Ana Dahlia terdiam. Bila berbicara soal itu, dia tidak berani menyambung bicara. Cukup setakat itu sahaja.

"So, dah kita ada di kampung ni..apa kata kita sama-sama siasat siapa Mak Jemah tu?" Kudin senyum. Seronok juga menyakat minah ni.

"Awak nak siasat macam mana? Nak pergi rumah dia?" Ana Dahlia berkerut kening.

"Tak adalah macam tu..awak ni pun. Kalau buat macam tu, dah sah-sahlah  Mak Jemah tu tahu! Apa kata kalau saya layan Senah tu, saya suruh dia korek rahsia dari Mak Jemah." Sekali lagi Kudin kenyit mata.

"Erk!" Ana Dahlia mencebik.

"Kenapa? Awak cemburu?" Kudin gelak.

"Hish! Tak kuasa nak cemburu! Awak nak layan ke, nak jadi kekasih ke, atau nak Senah tu jadi isteri awak ke, saya peduli apa!" Ana Dahlia sekali lagi mencebik.

Kudin ketawa lagi. Riak gadis itu sudah berubah. Dia cukup masak dengan riak perempuan kalau ada rasa cemburu!

"Ok! Kalau macam tu, bermula esok, saya akan layan Senah tu..beri kasih sayang, macam mana?" Kudin tanya lagi Ana Dahlia yang sudah diam di sebelahnya.

"Suka hati awaklah! Dulu, awak juga yang nak saya berlakon jadi kekasih awak dan nak tayang kat Senah tu. Sekarang dah terbalik pulak? Apa kata nenek nanti?"

Kudin senyum lebar. Nada Ana Dahlia sudah lain. Ada nada cemburu.

Duuuuuuuuuummm!!

Ana Dahlia dan Kudin masing-masing terdiam. Bunyi itu seperti bunyi malam tadi.

"Err..awak..bu..bunyi apa tu?" Ana Dahlia sudah rapat dengan Kudin.

"Macam bunyi malam tadi.." Kudin cuba pasang telinga. Senyap.

Duuuuuuuuumm!!

Ana Dahlia semakin rapat dengan Kudin. Tangannya sudah memegang lengan Kudin.

"Awak..saya takut la..entah-entah perempuan kebaya merah tu lagi tak?" Ana Dahlia  melilau melihat sekitar tangga.

"Kuyah tidur kat mana?" Kudin tanya Ana Dahlia yang sudah memegang kuat lengannya. Pucat muka minah tu!

"Dia..dia tidur dalam bilik la kut.."

"Hmm..nanti saya pergi tengok." Kudin bingkas bangun.

Ana Dahlia juga turut bangun. Dia berjalan rapat dengan Kudin menuju ke bilik Kuyah. Dari daun pintu, jelas mereka mendengar Kuyah seperti bercakap dengan seseorang. Sekali lagi bunyi kuat tadi berlaku di bilik Kuyah. Kudin menekapkan telinganya ke daun pintu. Dia mendengar dengan jelas Kuyah sedang bercakap dengan seseorang.

"Tidaaaaaaaakk!!"

Terus Kudin buka pintu. Kuyah dilihat sudah pengsan di situ. Membuntang melihat gadis kebaya merah itu sudah tercegat di sebelah katil Kuyah.
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 01:57 AM | Show all posts
"Tak..hari ni je saya baru pakai kebaya ni. cantik tak?" Senah sengih.

"Baju tu memanglah cantik tapi orangnya kureng sikit.." Kuyah sengih.

haha. selamba je Kudin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2014 10:57 AM | Show all posts
TT cepatlah sambung
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 04:04 PM | Show all posts
Ipo... sambung yg ni plk ya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2014 05:04 PM | Show all posts
xkan satu kampung tu xtau mak jemah tu bomoh ek?

misteri betul ipo ni...

sambung ye... jangan xsambung...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 10:00 PM | Show all posts
ok...nak marathon cerita ni pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2014 09:42 AM | Show all posts
GADIS KEBAYA MERAH itu merenung tajam pada Kudin dan Ana Dahlia. Dia masih tercegat di tepi katil Kuyah.

"Kau...kau siapa?" Kudin beranikan diri bertanya, terketar-ketar suaranya.

Jelmaan gadis itu masih diam. Hanya mata yang memandang tepat ke arah Kudin dan Ana Dahlia.

Ana Dahlia semakin rapat dengan Kudin. Dia pandang pula Kuyah yang sudah pengsan tadi tiba-tiba bangun dan tercegat di sebelah katil. Mata Kuyah sudah merah, tepat memandang ke arahnya dan Kudin. Gadis kebaya merah itu pula sudah berubah bentuk kepada kepulan asap dan hilang.

"Kuyah, apa yang dah jadi?" Ana Dahlia mula bertanya Kuyah yang sudah sedar. Kudin dilihat cuba mendekati Kuyah.

"Aku bukan Kuyah." Suara Kuyah sudah bertukar. Bukan lagi suara Kuyah yang sebenar.

Ana Dahlia menelan liur. Kuyah seperti sudah dirasuk jelmaan gadis kebaya merah tadi. Kudin pula dilihat masih memerhati Kuyah yang sudah tercegat di situ dengan rambut yang kusut masai.

"Awak rasa...Kuyah sudah dirasuk ke?" Kudin menoleh ke arah Ana Dahlia di sebelahnya.

Ana Dahlia hanya menjongket bahu. Matanya masih menala ke arah Kuyah yang masih merenung ke arah mereka berdua.Merah menyala matanya!

"Si..siapa kau?" Sekali lagi Kudin bertanya.

"Aku bukan Kuyah."

Ana Dahlia semakin rapat dengan Kudin, Kuyah yang sudah dirasuk itu dilihat sudah terteleng kepalanya sembilan puluh darjah. Kudin pula mula membaca sesuatu. Ana Dahlia hanya mendengar butir kata Kudin.

Arrrrrrgggg!!!

Kuyah menjerit kesakitan. Rambutnya ditarik-tarik. Meracau-racau.

"Siapa kau??" Kudin kuatkan suara sambil terkumat-kamit membaca sesuatu.

"Aku bukan Kuyah!!! Aku nak tubuh aku!!!" Kuyah tiba-tiba menjerit kuat. Membalas semula kata-kata Kudin.

'Mana tubuh kau???" Tanya Kudin lagi. Dia baca lagi ayat-ayat suci.

"Tu!!" Kuyah menuding ke arah dinding.

Ana Dahlia dan Kudin tercengang. Serentak mereka pandang ke arah dinding yang ditunjukkan oleh Kuyah tadi.

"Mana??" Kudin tanya lagi. Kali ini lebih kuat.

"Tubuh aku di rumah Mak Jemah!"

Serentak itu, tubuh Kuyah jatuh terjelepuk atas lantai tidak sedarkan diri semula. Kudin segera angkat tubuh Kuyah ke atas katil dan membaca al fatihah dan ayat tiga Qul. Air kosong yang dibawa oleh Ana Dahlia direnjis ke muka Kuyah. Pipi Kuyah ditepuk-tepuk.

"Abang...apa yang dah jadi?" Kuyah mula buka mata. Dia pandang sekitar.

"Alhamdulillah..Kuyah dah sedar.." Ana Dahlia pula mencelah.

"Tidurlah. Ambil wudhuk dulu, baca tiga Qul, lepas tu tidur." Pesan Kudin pada Kuyah yang masih terpinga-pinga.



KUDIN berehat di ruang tamu. Kejadian di bilik Kuyah tadi memang ternyata serius dan dia pasti jelmaan gadis kebaya merah itu adalah benar  dan roh itu datang menuntut haknya. Apa yang jelas, dia menyebut nama Mak Jemah. Bermakna Mak Jemah ada kaitan dengan kematiannya.

"Awak rasa apa yang dikatakan oleh perempuan tadi tu, betul ke?" Ana Dahlia turut duduk di ruang tamu sebelah Kudin. Nek Tom masih tidur nyenyak di dalam bilik. Mungkin dia tidak sedar apa yang sudah berlaku.

"Entah..mungkin jugak. Kita kena siasat." Kudin masih berfikir. Apa yang dikatakan oleh jelmaan tadi mungkin juga benar.  Mungkin juga Mak Jemah itu adalah bomoh yang diupah untuk menyihir ayahnya dulu.

"Err..awak tak nak tidur lagi ke?" Ana Dahlia jeling jam. Hampir satu pagi. Dia sudah berjanji dengan seseorang untuk mengambil karung guni itu  dis itu. Sekejap lagi tentu mereka akan sampai.

Kudin berpaling. Dia senyum sengih.

"Kenapa senyum?" Ana Dahlia berkerut kening.

"Tak ada apa..soalan awak tadi tu..macam nak ajak saya tidur je.." Kudin sengih lagi.

Ana Dahlia bingkas bangun. Gila punya gatal mamat ni!! Tadi bukan main lagi terkumat kamit baca ayat Quran, lagak macam ustaz. Dia terus masuk ke bilik. Biarkan saja Kudin seorang diri di ruang tamu.

Kudin senyum lagi. Suka tengok Ana Dahlia yang sudah muncung. Dia pandang pula bilik Kuyah. Fikir lagi kejadian tadi. Jelmaa gadis kebaya merah itu selalu mengganggu Kuyah. Nampaknya Kuyah menjadi pilihannya untuk merungkai semua misteri dan jelas juga tadi, gadis jelmaan itu menyebut nama Mka Jemah. Esok, dia akan berbuat baik dengan Senah untuk mengorek rahsia Mak Jemah. Cutinya hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Selepas itu dia akan ke KL semula. Kudin mula baring.


ANA DAHLIA sudah gelisah di dalam bilik. Sesekali dia jenguk jam. Sudah satu pagi. Dia intai melalui jendela kayu. Langsir diselak sedikit. Kelibat orang yang ditunggu masih belum kelihatan. Dia mundar mandir di dalam bilik. Dia cepat-cepat berpaling ke arah tingkap bila terdengar ketukan kecil di situ. Teragak-agak dia jenguk, mana tahu gadis kebaya merah itu tiba-tiba tersembul di situ. Mahu dia pengsan macam Kuyah tadi.

"Siapa?" Ana Dahlia bertanya, sedikit berbisik. Bimbang Kudin akan mendengar.

"Puan, saya Kasim." Kedengaran bunyi berbisik di luar.

Ana Dahlia mula buka jendela dengan luas. Dia jenguk. Memang sah Kasim, orang suruhannya. Dia segera angkat karung guni dan lempar pada Kasim. Kasim dan seorang lagi rakannya mula beredar dari situ.

"Hmm..lega." Ana Dahlia senyum. Selesai satu perkara. Sekarang ini, dia perlu tahu siapa Mak Jemah.



PAGI selepas sarapan, Kudin dan Ana Dahlia mulakan misi mereka. Kuyah disuruh duduk saja di rumah menemani Nek Tom. Mereka berdua mula berjalan mengikut batas sawah menuju ke rumah Mak Jemah. Ana Dahlia terpaksa ikut Kudin yang sengaja lalu jalan batas itu. Kononya jalan singkat dari rumahnya ke rumah Mak Jemah.

"Kenapa nak jalan ikut sini? Kan ada jalan merah tu?" Ana Dahlia tuding ke arah jalan besar tanah merah.

"Nak ikut ke tak nak?" Kudin jeling Ana  Dahlia yang sudah mencebik.

"Ikut..ikut.." Ana Dahlia sengih.

Mereka berhati-hati berjalan di atas batas sawah yang becak. Sesekali Ana Dahlia tergelincir tapi sempat Kudin tarik tangannya supaya tidak jatuh ke dalam sawah macam hari itu. Mereka berehat sekejap di pangkin tempat biasa mereka berehat dulu.

"Penat?" Kudin sengih melihat Ana Dahlia tercungap-cungap.

"Boleh la.." Ana Dahlia duduk di atas pangkin. Kaki terjuntai, dihayun-hayun. Dia pandang Kudin yang dari tadi asyik merenungnya tak berkelip.

"Kenapa awak tengok saya macam tu?"

"Awak lagi cantik kalau pakai tudung.." Kudin senyum.

Ana Dahlia terdiam. Memang sejak dulu dia tidak pernah hiraukan semua itu walaupun dia tahu, polis wanita sekarang ini dibenarkan memakai tudung.

"Awak tak takut dosa ke?"

Ana Dahlia pantas pandang Kudin. Berkerut dahinya. Terasa soalan Kudin agak lain hari ini. "Dosa apa?"

"Yalah..kan rambut tu aurat. Perhiasan wanita hanya untuk suami saja yang melihat.." Kudin senyum lagi.

Ana Dahlia diam lagi.

"Tapi tak apa..awakkan bakal isteri saya." Kudin bangun dan mula berjalan lagi.

Ana Dahlia turut bangun. Dia pandang Kudin dengan riak pelik. Tiba-tiba dah jadi alim, malam tadi dah jadi ustaz, hari ni bertambah-tambah lagak ustaznya. "Siapa yang nak jadi bini kau?" Gumam Ana Dahlia. Kakinya laju melangkah mengikut rentak Kudin.



TIBA di satu simpang, Kudin dan Ana Dahlia berhenti seketika. Dari belakang pokok kelapa, mereka berdua memerhati rumah Mak Jemah. Tiada sesiapa di situ. Rumah Mak Jemah kemas di bahagian lamannya.

"Apa kita nak buat?" Ana Dahlia pandang Kudin yang dari tadi leka melihat kawasan rumah Mak Jemah.

"Kita tak boleh terjah macam tu je..patutnya kita datang waktu malam. Bukan siang macam ni.." Kudin garu kepala.

Ana Dahlia senyum. Dari semalam dia ajak Kudin intai rumah Mak Jemah bila malam sikit. Ni, Kudin dah tak sabar-sabar.

"Eh! Tengok tu!!" Kudin tuding ke arah belakang rumah Mak Jemah.

Ana Dahlia panjangkan lehernya.

"Nampak tak?" Kudin tanya lagi bila melihat Ana Dahlia seperti tercari-cari.

"Apa dia?"

"Tu...tu macam karung guni hari tu kan??"

Ana Dahlia membuntang! Kalau benar itu karung guni yang asal, habis karung guni yang dijumpai di sawah padi itu, karung guni siapa?? Dia mula resah.

"Err..jom kita pergi ambil?"

"Eh awak ni. Kan siang ni! Tunggu la malam sikit! Nanti kita ditangkap kerana mencuri!" Kudin sengih.

"Lebih baik kena tangkap kerana mencuri daripada tangka basah!" Ana Dahlia menjeling tajam.

Kudin ketawa. " Ok jugak tu! Cepat la sikit kita nikah!"

Ana Dahlia mencebik. Gatal punya mamat ni! Dia tidak hiraukan Kudin yang sudah mengekek di situ. Dia meneruskan langkahnya menuju ke rumah Mak Jemah. Berhati-hati dia berjalan sambil melihat kiri kanan. Kudin dilihat mengekorinya dari belakang. Sampai di belakang rumah Mak Jemah, mereka mula menghampiri karung guni tadi. Bau busuk menyucuk hidung!

"Busuk gila!!" Kudin cuba tarik karung guni itu dengan menggunakan kayu.

Ana Dahlia turut menekup hidung. Dia pandang kiri kanan, bimbang ada orang kampung yang lalu di situ. Dia pandang pula Kudin yang terhegeh-hegeh menarik karung guni yang tertimbus separuh di dalam tanah.

"Cepat la. Nanti orang nampak..tak pun orang tua ni nampak ke?" Ana Dahlia menolong Kudin menarik karung guni tadi.

Duuuuuuuuuuummm!!! Kriiiiiiiiikkkkkk!!

Serentak Kudin dan Ana Dahlia pandang ke arah bunyi tadi yang datang dari atas rumah Mak Jemah. Ana Dahlia intai melalui celah lubang di dinding papan rumah itu. Matanya terbeliak. Luas!

"Kenapa? Ada apa?" Kudin pula bertanya. Riak Ana Dahlia sudah lain. Mukanya pucat.

"Err..tak..tak.ada apa...cepat kita keluar dari sini!" Laju saja tangannya tarik tangan Kudin. Karung guni tadi tidak sempat diambil.

Kudin terpinga-pinga dengan tindakan Ana Dahlia yang sudah menarik tangannya dan terus meninggalkan tempat itu. Muka gadis itu semakin pucat. Apa yang dia nampak tadi?
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:53 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2014 10:58 AM | Show all posts
SENAH memerhati tingkah Kudin dan gadis itu dari rumah Mak Jemah. Tadi dia melihat tergesa-gesa mereka berdua meninggalkan rumah Mak Jemah. Dia pandang pula ke arah rumah Mak Jemah. Tadi dia terdengar sesuatu dari rumah itu. Berhati-hati Senah menapak ke muka pintu. Dia intai melalui lubang pintu yang sudah agak usang. Gulp!

"Apa benda tu?" Senah terbeliak. Dia cepat-cepat berlari turun dan mengayuh basikal dengan laju meninggalkan kawasan itu.

Basikal dikayuh semakin laju menuju ke rumah Kudin. Dia harus beritahu Kudin tentang hal itu. Sampai di rumah Kudin, basikalnya ditolak jatuh ke tanah. Laju saja dia menapak masuk ke rumah. Tercungap-cungap menahan mengah.

"Apa hal kamu ni Senah?" Nek Tom terus bertanya. Senah sudah pucat lesi mukanya. Duduk di atas tikar mengkuang.

"Nek...abang Kudin mana?" Dengan suara tertahan-tahan, Senah bertanya.

"Kenapa nak cari Kudin? Kamu ni dari mana?" Nek t Tom berkerut kening.

"Abang Kudin mana nek?" Senah mengetap bibir.

"Kenapa cari abang saya?" Kuyah muncul di ruang tamu.

Senah pandang Kuyah yang sedang mengunyah mangga muda. Kecur liur dia melihat. Dari semalam dia teringin makan mangga muda cicah kicap.

"Saya ada hal penting nak beritahu." Senah menelan liur.

"Hal apa?" Kuyah tanya lagi. Dia hulur pinggan mangga kepada Senah. Dari tadi dia melihat Senah asyik tenung saja pinggan mangga muda itu.

"Penting! Sangat penting! Dia ada tak?" Senah tanpa segan silu terus ambil mangga muda dan mengunyah dengan pernuh berselera.

"Dia keluar dengan Ana tadi." Nek Tom pula mencelah. Tadi dia ke dapur sekejap, membancuh kopi untuk Senah.

"Hah? Keluar dengan perempuan tu?" Senah mencebik.

"Yalah! Dia kan bakal kakak ipar aku!" Kuyah sengih.

Senah terdiam. "Err..tak apa lah nek, Kuyah. Saya pergi dulu.."

"Eh, minumlah dulu." Nek Tom hulur cawan kopi kepada Senah.

Usai minum, Senah mengayuh basikalnya pulang ke rumah. Sepanjang jalan itu, dia berfikir tentang Kudin dan Ana Dahlia. Hatinya sudah bengkak. Geram! Semua rasa ada! Dia kayuh semakin laju. Dia brek mengejut. Matanya tertancap pada Kudin dan Ana Dahlia yang sedang berehat di pangkin bawah pokok kelapa di tepi sawah.

"Oh..merendek kat situ rupanya." Senah kayuh pula ke arah Kudin dan Ana  Dahlia.

"Abang Kudin!!" Laung Senah. Basikal dikayuh laju.

Kudin dan Ana Dahlia yang serentak berpaling. Senah sudah berlari ke arah mereka.

"Ada apa Senah?" Kudin terus tanya. Kali ini dia harus berlakon sukakan Senah. Dia harus korek rahsia Mak Jemah.

"Tadi Senna pergi rumah abang Kudin. Senna ada hal penting nak cakap." Senah jeling Ana Dahlia di sebelah Kudin. Dia menjuihkan  mulutnya.

"Hal penting apa?" Kudin menghampiri Senah.

Ana Dahlia hanya melihat gelagat Senah dan Kudin. Dia tahu dari  semalam Kudin nak korek rahsia dari Senah. Dia senyum gelihati melihat tingkah Kudin yang cuba mengurat Senah, kononnya dapat la maklumat tu.

"Err..kita cakap jauh sikit dari dia , boleh tak?" Senah jeling lagi Ana Dahlia yang duduk di situ.

Kudin dan Senah mula ke tebing sawah jauh dari pangkin. Mereka duduk di situ. Senah pula asyik berpaling ke arah Ana Dahlia yang memerhatinya dari tadi.

"Bang, siapa Ana tu?" Itu soalan pertama Senah.

Kudin senyum. "Kenapa?"

"Betul ke dia tu bakal bini abang" Senah tanya lagi. Rasa cemburu mula menguasai hatinya.

Kudin berpaling sebentar ke arah Ana Dahlia. Kemudian dia menoleh ke arah Senah. Dia harus berlakon. "Dia kawan biasa je. Siapa cakap dia bakal bini abang?"

"Kuyah yang cakap tadi." Senah muncung.

"Tak adalah..abang suka Senah je." Kudin kenyit mata.

Senah sudah tersipu malu.

"Apa hal penting tu?" Ulang Kudin. Dia harus tahu apa yang Senah ingin sampaikan.

"Tadi, masa kat Senna pergi rumah Mak Jemah, Senna nampak benda pelik dalam rumah tu. Benda tu nak kata orang tak jugak. Nak kata binatang..rupa macam orang." Senah berhenti seketika, berfikir mengingati kejadian tadi.

Kudin masih setia mendengar penuh minat.

"Tapi ada satu benda yang menakutkan..benda tu makan ayam mentah, telur mentah..menjilat-jilat dengan lidah panjang!" Bersungguh Senah bercerita.

"Betul ke ni? Macam cerita Mak Lampir je abang dengar?" Kudin sengih.

"Betullah! Senna nampak dengan mata kepala sendiri. Benda tu rambutnya menggerbang. Kuku panjang, lidah terjelir..mata merah..seronok je meratah ayam dan telur mentah tu." Senah bersungguh-sungguh. Dengan riak muka sekali dia bercerita. Kening terangkat, tangan bergerak, bibir menggayakan keadaan benda yang dilihat.

Kudin nak tergelak. Dia tahan saja. Ada ke benda tahyul mahyul tu macam tu? Selama ni pun dia susah nak percaya jelmaan gadis kebaya merah tu. Inikan pula dongeng Senah!

"Hmmm...apa kata kalau Senah buat baik dengan Mak Jemah. Tanya dia baik-baik, mana karung guni tu, apa yang ada dalam karung guni tu dan dia nak buat apa dengan karung guni tu?" Kudin senyum lagi.

"Kalau Senna buat macam tu, Senna dapat apa?" Senah pandang Kudin tak berkelip. Kacaknya mak ai....cair melihat lelaki idamannya yang sendag memandangnya kini.

"Hmm...jadi kekasih abang?" Kudin sengih.

Sekali lagi Senah tersipu malu. Dia pandang Kudin kemudian dia pandang Ana Dahlia yang masih berada di atas pangkin. Kali ini gadis itu memandang ke tengah sawah.

"Err..betul ni?" Senah sudah teruja.

Kudin angguk. Sabar jelah Kudin...

"Baiklah. Senah akan cuba korek rahsia tu dari Mak Jemah." Senah sengih lebar.

Mereka berdua mula bangun dan berjalan beriringan ke pangkin tadi. Ana Dahlia mengukir senyum. Nampaknya Kudin sudah berjaya memujuk Senah.

"Abang Kudin, Senna pergi dulu." Senah mula mengayuh basikalnya dan meninggalkan Kudin dan Ana Dahlia di situ.

Ana Dahlia senyum. Riak Kudin sudah seperti terpaksa dalam rela. Dia pandang pula ke arah Senah yang sudah jauh pergi dari situ. Laju dia mengayuh basikal.

"Awak sembang apa tadi?" Ana Dahlia mula bertanya.

"Kenapa? Awak cemburu?" Kudin senyum.

"Buat apa nak cemburu? Awak dan saya tak ada apa-apa pun." Ana Dahlia pandang ke arah lain.

"Kalau bercakap pandang arah lain tu...maknanya cemburu la tu.." Kudin jeling Ana Dahlia yang mula menoleh ke arahnya semula.

"Eii! Tak ada maknanya! Tadi, awak dah dapat rahsia dari kekasih awak tu?" Ana Dahlia tanya lagi hal tadi.

"Hmm..nak ketawa pun ada. Ingatkan hal penting apa la tadi. Cerita tahyul yang di'berita terkini' tadi. " Kudin ketawa mengekek.

"Tahyul?" Ana Dahlia berkerut kening.

"Ya..dia nampak sesuatu sedang meratah ayam mentah..darah bersembur..dah tu, lidah panjang menjilat telur mentah..mata merah, kuku panjang. Memang kelakar! Tak masuk akal langsung minah tu!" Kudin ketawa lagi.

Ana Dahlia terdiam.

"Kenapa?" Kudin pandang Ana Dahlia yang sudah diam. Pucat mukanya. Tadi masa berlari keluar dari kawasan belakang rumah Mak Jemah tadi, dia tak sempat tanya pasal wajah pucat gadis itu.

"Jadi betul la..." Ana  Dahlia menelan liur.

"Apa yang betul?" Kudin pula berkerut kening.

"Itulah yang saya nampak tadi. Sebab tulah saya tarik tangan awak dan lari dari situ!" Ana Dahlia mula buka cerita.

Kudin ternganga.
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:53 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2014 11:00 AM | Show all posts
Hari ni Ipo nak marathon citer ni plak..4 hari ipo tak ada nanti..yeaaa!! cuti!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2014 11:56 AM | Show all posts
BAB 10


DI RUMAH KUDIN, masing-masing diam membisu. Apa yang berlaku di rumah Mak Jemah tadi memang menakutkan dan ia benar-benar berlaku. Ana Dahlia pandang Kudin yang berkerut kening. Mungkin masih berfikir hal tadi. Dia juga terkejut mendengar cerita Kudin tadi yang disampaikan Senah.

Malam itu, Ana Dahlia sekali lagi menyambung menaip laporan. Segala apa yang berlaku siang tadi, semuanya ditaip dan dimasukkan ke dalam laporannya. Bila balik semula ke KL, dia harus melaporkan diri di pejabat Detektif Razif. Telefon bimbitnya berbunyi. Dia senyum. Pamggilan dari Detektif Razif.

"Panjang umur mamat ni.." Ana Dahlia segera menjawab panggilan. Dia hanya mendengar arahan dari detektif muda itu. Talian putus.

Ana Dahlia kembali menaip laporan. Sejak ke kampung Pinang Patah itu, dia sudah banyak dapat mengumpul bukti. Kudin, Kuyah, Mak Jemah adalah antara suspek setakat ini dengan masing-masing disyaki mempunyai motif berlainan. Mak Jemah, mungkin bomoh yang diupah untuk menyihir Tengku Muzafar sehingga mati. Kudin, satu-satunya anak lelaki tunggal Tengku Muzafar, ada motif utama untuk membolot harta. Mungkin Kudin bersikap baik supaya tidak disyaki. Kuyah, dalam diam juga mempunyai cita-cita untuk membolot harta ayahnya. Kuyah, hidup melarat dengan arwah ibunya dan terseksa dengan ayah tiri yang kaki mabuk. Jadi, kemungkinan besar, Kuyah hanya berpura-pura takut dan ambil hati Kudin. Kusha, adik tiri Kudin, memang sudah lama tersenarai dalam suspek yang disyaki.

"Hmm...sekarang ni, tinggal lagi keputusan forensik rangka manusia tu." Ana dahlia senyum. Jika sudah ada keputusan, bermakna siap jelamaan gadis kebaya merah itu akan diketahui.

"Mak Jemah..aku kena siasat. Kalau betul dia bomoh yang dimaksudkan tu..aku akan dapat tahu siapa yang beri arahan pada Mak Jemah untuk membunuh Tengku Muzafar." Ayat terakhir ditaip dan komputer riba ditutup.

Ana Dahlia sandar di kepala katil. Dia mula berfikir tentang Mak Jemah. Jika benar, bermakna Mak Jemah bukan sebarangan. Ilmunya cukup kuat. Mungkin makhluk yang dilihat itu adalah peliharaan Mak Jemah atau Mak Jemah sendiri yang berubah rupa. Jadi dalam hal ini, dia perlu libatkan ustaz atau imam atau orang yang alim dan warak untuk bertarung dengan Mak Jemah nanti. Dia mula berfikir siapa yang layak dalam hal itu.


KUDIN yang berehat di ruang tamu juga turut berfikir tentang hal itu. Dari siang tadi otaknya ligat berfikir. Mak Jemah mungkin membela sesuatu. Seingatnya, jika benda yang dilihat Senah dan Ana Dahlia itu terjelir lidahnya, itu mungkin juga hantu raya yang  mungkin dibela Mak Jemah. Jadi tidak mustahil Mak Jemah ada ilmu sihir. Kemusykilannya sekarang, kenapa orang kampung tidak tahu tentang kehidupan hitam dan pelik Mak Jemah?

"Hmm..mana orang kampung nak syak..Mak Jemah tu melaram je kerjanya. Gincu tebal buku kamus dewan tu, baju kebaya pulak macam balut nangka, sanggul rambut dah kalah KLCC..muka tu yang pelik..rasanya umur dia sama dengan nenek aku.." Kudin sengih.

"Patutlah Senah tu terpengaruh. Tapi ok jugak. Aku dapat maklumat dari Senah nanti."

Kudin mula melelapkan mata. Dia baca beberapa ayat sebelum tidur.

Duuuummmm!!


Kudin terjaga. Bunyi kuat tadi cukup jelas di telinganya. Segera dia meluru ke bilik Kuyah. Dia sudah masak dengan semua itu. Kali ini Kuyah tiada apa-apa. Kuyah dilihat tidur lena di situ.

"Aik! Tadi aku dengar macam kuat je.." Kudin garu kepala. Dia kembali ke ruang tamu.

"Kau kena tolong aku. Tolong aku..."

Kudin menoleh. Gadis kebaya merah itu tiba-tiba muncul di depannya. Dia menelan liur. Suasana sunyi. Hanya bunyi cengkerik saja yang melalak di luar rumah.

"To..tolong apa?" Kudin beranikan diri bertanya. Nasib baik jelmaan itu cantik. Kalau rupa macam langsuir, sah-sah dia boleh pengsan macam Kuyah malam tadi.

"Tubuh aku..tubuh aku.." Sayu suara itu merintih.

"Mana tubuh kau?" Kudin tanya lagi. Kali ini dia terpaksa beranikan diri.

"Di rumah orang tua tu.."

"Siapa?" Kudin tanya lagi, ramai orang tua di kampungnya.

"Mak Jemah..." Terus gadis itu ghaib.

Kudin terkedu. Jelmaan gadis itu tadi sudah bertukar asap dan terus hilang. Dia mengelap peluh. Dia harus selesaikan semua itu. Kalau tidak jelmaan gadis kebaya merah itu akan selalu mengganggu mereka. Kini dia sudah tahu. Mak Jemah adalah bomoh itu! Bomoh yang sama yang melakukan upacara sihir ke atas arwah ayahnya. Dia segera ke bilik Ana Dahlia. Malam itu juga dia kena siasat!

Pintu diketuk. Ana Dahlia berpisat-pisat matanya melihat Kudin sebaik pintu dibuka. "Awak nak apa?"

"Kita kena pergi ke rumah Mak Jemah sekarang juga!" Kudin pandang Ana Dahlia yang sudah menguap.

"Hah? Malam ni??" Luas mata dia memandang Kudin.

Kudin mengangguk.

"Kita berdua je ke?" Ana Dahlia menelan liur.

"Habis tu? Nak ajak Kuyah dan nenek sekali?" Kudin senyum sinis.

Ana Dahlia mencebik. Dia mula tukar kain batik yang dipakainya dengan seluar jeans. Kalau ada apa-apa nanti, senang dia nak lari. Kalau di KL, bila dia buat operasi, pistol sentiasa dibawa. Di kampung ni, mana boleh bawa semua tu.

"Nanti! Kita kena panggil tok imam sekali. Ini bukan kes biasa. Mak Jemah ada ilmu hitam. Ini bukan penyangak biasa." Ana Dahlia mula bertutur tegas.

Kudin pandang Ana Dahlia tak berkelip. Lagak gadis itu tadi sudah seperti seorang pegawai polis memberi arahan.

"Err..kenapa awak tengok saya macam tu?" Ana Dahlia sudah mula perasan. Nada suaranya tadi sudah tersasul. Dia sudah biasa dengan nada seperti itu bila menyiasat sesuatu kes. itu belum masuk bila dia meyoal saksi dan suspek di bilik siasatan.

"Awak ni polis ke?" Kudin terus bertanya.

"Polis? Awak merepek apa ni? Saya kan kerani awak, tak ingat Encik Tengku Saifuddin bin Tengku Muzafar?" Ana Dahlia mula ubah nada. Bergurau.

"Ingat..ingat..awak cik Ana Dahlia binti Abu Bakar, kerani dan pembantu cik Hetty di TM Holdings merangkap kekasih celup saya." Kudin mejawab panjang lebar.

Ana Dahlia mencebik. Geram!

Mereka berdua keluar senyap-senyap dari rumah dan berjalan menuju  ke rumah tok imam Ngah. Itulah satu-satunya tok imam di kampung Pinang Patah itu yang sedia berkhidmat jadi imam solat, jadi jurunikah, jadi pengurus jenazah.. orang tua lain, hanya tahu main dam, tak pun tergelek-gelek menari dangdut di kedai Pak Kahar.

Tiba di rumah tok imam Ngah, mereka  menyatakan tujuan mereka ke situ. Tok Imam Ngah masih teragak-agak hendak menolong tetapi setelah dipujuk Kudin, mereka bertiga mula menapak ke rumah Mak Jemah. Dari jauh mereka sudah melihat asap berkepul dari atas bumbung Mak Jemah. Asap itu kemudian bertukar menjadi bentuk tubuh manusia.

"Jadi..betullah benda ni?" Tok Iman Ngah ternganga melihat di depan matanya sendiri.

"Ya..nampak tu!" Kudin tuding lagi.

"Hmm...ni sudah syirik.." Tok Imam Ngah geleng.

"Jadi, apa kita nak buat sekarang?" Ana Dahlia pula bertanya.

Tok Imam Ngah masih berfikir. Dia pandang Kudin dan Ana Dahlia silih berganti. "Ni..kamu berdua ni, berdua malam-malam ni kenapa?"

Kudin dan Ana Dahlia terkedu. Mereka senyum kelat.

"Kami tengah siasat ni tok. Err...saya bantu  Ana saja. Dia polis.." Kudin sengih. Dia terpaksa cari alasan yang munasabah sikit menurut kepala otaknya.

"Oh..jadi cik Ana ni polis la ya?" Tok Imam Ngah pula bertanya Ana Dahlia.

Ana Dahlia terpaksa mengaku. Dia menjeling tajam ke arah Kudin yang sudah tersengih-sengih.

Duuuuuuuuuuuummm!!

Bunyi kuat mula kedengaran dari rumah Mak Jemah.

"Hah..itu bunyi yang saya selalu dengar tok." Kudin cuba amati bunyi tadi.

"Ya tok..itu bunyi yang selalu mengganggu rumah Kudin. Lepas tu, menjelma seorang gadis memakai baju kebaya merah, merayu menangis..minta tolong. Dia yang kata tubuhnya ada di rumah Mak Jemah tu." Ana  Dahlia menambah.

Tok Iman Ngah terlopong. Baru hari ini dia mendengar semua itu.

Sekali lagi bunyi itu kedengaran . Kali ini disusuli dengan suara nyaring yang menjerit dan ketawa mengilai. Seketika kemudian muncul satu lembaga di atas bumbung. Kudin, Ana Dahlia dan Tok Iman Ngah terkedu di situ.



Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:54 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2014 12:28 PM | Show all posts
LEMBAGA itu merenung tajam ke arah Kudin, Ana Dahlia dan Tok Imam Ngah. Dia menyeringai mengilai di atas bumbung. Ketiga manusia itu diilhat tajam.

"Aku tahu tujuan kamu semua datang ke sini!"

Sekali lagi Kudin, Ana  Dahlia dan Tok Imam Ngah ternganga. Lembaga itu mula bersuara. Lidahnya pula terjelir panjang. Menjilat-jilat bumbung Mak Jemah.

" Kau syaitan! Nyah aku dari sini!!" Tok Imam Ngah baca sesuatu.

Kudin mendengar jelas, tok Iman Ngah baca al fatihah, ayat kursi dan ayat kedua terakhir dalam surah Al Baqarah. Diulang-ulang membaca. Dia kemudian melihat lembaga tadi. Lembaga tadi hanya ketawa.

Tok Imam Ngah tidak pedulikan lembaga itu. Dis terus terkumat kamit membaca. Tadi sebelum dia ke situ, dia sempat sediakan beras kunyit, lada hitam, dan juga garam. Selesai baca, garam dilempar ke arah rumah Mak  Jemah.  Suara jeritan yang kuat mula kedengaran. Sekali lagi Tok Imam Ngah baca al fatihah dengan kuat dan ayat kursi, kali ini ditambah dengan ayat -ayat ruqyah. Lada hitam pula dilempar ke arah rumah Mak Jemah. Sekali lagi kedengaran suara menjerit kesakitan.

Kudin melihat lembaga itu masih di atas bumbung. Berlegar-legar di situ.

Tok Iman Ngah baca lagi dengan suara lantang, ayat suci al Quran, disertakan dengan laungan azan yang kuat. Kali ini beras kunyit dilemparkan. Lemabaga di atas bumbung itu sudah hilang. Jeritan kuat masih kuat dari dalam rumah. Bergegas mereka semua menapak kem muka pintu masuk ke dalam rumah Mak Jemah.

"Nanti!" Tok Imam Ngah mendepakan kedua tangannya.

Kudin dan Ana Dahlia terkaku di depan pintu rumah. Tok ImaM Ngah baca lagi surah al Fatihah, kalimah zikir Subhannallah, Alhamdulillah dan Allahuakhbar. Seolah orang sedang meratib. Kemudian dia baca lagi ayat Ruqyah. Tiba-tiba rumah bergegar kuat! Pintu rumah Mak Jemah terbuka luas bila angin tiba-tiba menerpa dengan kencang.

Kudin tenganga.

Ana Dahlia pucat.

Tok Imam Ngah memandang tajam ke arah Mak Jemah. Angin kuat masih kuat menerpa. Jendela tertutup dan terbuka ditiup angin kuat. Mak Jemah sudah merenung tajam ke arah Kudin, Ana Dahlia dan Tok Imam Ngah.

"Siapa kau??" Lantang suara Tok Imam Ngah bertanya.

Mak Jemah ketawa berdekah-dekah.

"Siapa kau???" Sekali lagi Tok Imam Ngah bertanya. Dia jengilkan mata.

"Aku khadam!"

"Khadam siapa??"

"Khadam Mak Jemah!!" Mak Jemah ketawa semakin kuat. Dia mengilai.

Angin semakin kuat.

"Kau nak apa??" Tok Imam Ngah terus mengasak.

"Aku nak darah! Aku kelaparan! Tuan aku sudah lama mati!!!"

Kudin dan Ana Dahlia saling berpandangan.

"Siapa tuan kau??"

"Aku!!!" Mak Jemah mengilai lagi.

"Mana rangka manusia itu? Mana mayat tu??" Sekali lagi Tok Imam Ngah bertanya. Lantang dan tegas.

"Aku sudah puja dalam bilik tu!" Mak Jemah tuding ke arah bilik yang berkunci.

"kenapa kau puja??"

"Aku nak cantik!"

"Siapa mayat tu?"

"Dia gadis yang dibunuh dan mayatnya dicampak ke kolam kumbahan." Mak Jemah menajwab satu persatu.

"Kau kenal siapa?" Asak Tok Imam Ngah lagi.

"Tidak! Aku hanya nakkan tubuh gadis itu saja."

Tok Imam Ngah baca lagi al fatihah dan ayat kursi. Dia lempar garam dan lada hitam ke arah Mak Jemah. Mak Jemah menjerit kuat. Tok Imam Ngah baca pula ayat Ruqyah sekali lagi. Kali ini disusuli dengan ayat-ayat manzil. Beras kunyit dilempar ke arah Mak Jemah. Jeritan kuat  Mak  Jemah bergema di seluruh rumah, bergegar rumah papan itu. Mak Jemah rebah.

Kudin dan Ana Dahlia megikut Tok Imam Ngah mendekati Mak Jemah yang sudah pengsan. Terbeliak melihat muka Mak Jemah yang sudah bertukar rupa.
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo....update lg yer...nanti Ipo cuti mesti kami rindu dgn Kudin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2014 12:42 PM | Show all posts
cegitu posted on 10-5-2014 12:32 PM
Ipo....update lg yer...nanti Ipo cuti mesti kami rindu dgn Kudin...

kejap lagi dah nak bertolak dah...ni tgh cepat2 menaip..tak sempat tepek..sambung selasa je yer..bye
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 Ipo... Selamat bercuti... Dh habis cuti jgn lupa sambung ya
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 11:43 AM | Show all posts
suspen... nasib baik penulisan je...
kalu kat tv/filem mmg xtgk la...

ipo cuti lg ye?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 04:00 PM | Show all posts
ipo..cuti itu cuti juga...jgn lupa update cite ni juga ye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.073712 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list