CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL : GADIS KEBAYA MERAH

[Copy link]
Post time 12-5-2014 04:27 PM | Show all posts
Ipo... esok jgn lupa update entry ya... rindu dh ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2014 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 12-5-2014 04:27 PM
Ipo... esok jgn lupa update entry ya... rindu dh ni...

ZamZam....Hari ni dah selasa....heheheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 03:16 PM | Show all posts
KUDIN mengikut Tok Imam Ngah  masuk ke bilik yang dimaksudkan oleh Mak Jemah tadi sebelum Mak Jemah rebah tersungkur. Ana Dahlia pula mengikut dari belakang Kudin. Dia pandang kiri kanan rumah Mak Jemah. Suram dan menyeramkan. Matanya tertancap pada satu cermin besar yang klasik. Seakan ada imej yang menggerunkan di dalam cermin itu. Laju saja langkahnya mengikut rentak kaki Kudin.

Tok Imam Ngah menendang pintu yang berkunci. Pintu terkuak luas. Membuntang melihat apa yang ada di dalam bilik itu. Bekas bara api untuk asapkan kemenyan, semangkuk limau nipis, kain kuning, benang hitam, keris lama dan apa yang paling mengejutkan karung guni yang dimaksudkan Kudin ada sekali di situ. Berhati-hati Tok Imam Ngah mendekati karung guni yang terletak di sebelah bekas bara yang masih berasap. Bau kemenyan memenuhi segenap ruang bilik itu.

Tok Imam Ngah mula baca al fatihah sekali lagi sebelum memegang karung guni itu yang sudah terbuka ikatannya. Ikatan karung guni itu dibuka semakin luas. Bau busuk menyucuk hidung. Kudin dan Ana Dahlia turut menekup hidung. Tok Imam Ngah jenguk melihat isi kandungan karung guni itu. Ada mayat berulat yang sudah semakin mereput.

"Ya Allah..." Kudin semakin menekup hidung dengan kuat. Bau busuk begitu kuat.

"Hmm...nampaknya dia memang puja mayat. Mungkin mayat ni masih belum jadi rangka lagi, sebab tu dia curi mayat ni dan puja." Tok Imam Ngah tutup semula karung guni itu dan ikat dengan kuat.

"Bilik ni...penuh dengan jin dan syaitan.." Tok Imam Ngah meliar melihat sekitar bilik.

Kudin dan Ana Dahlia masih terpinga-pinga dengan gelagat Tok Imam Ngah. Mereka turut melihat sekitar. Tiada apa-apa, hanya suasana suram dan penuh dengan barang lama serta barang-barng tadi.

"Kita kena kebumikan mayat ni dengan betul. Mayat ni terseksa." Tok Imam Ngah geleng.

"Err..tok, saya rasa elok kita bawa ke balai polis dulu untuk laporan. Kemudian  mayat ni kena dihantar ke makmal forensik untuk mengenalpasti pemilik mayat ni." Ana Dahlia cepat-cepat mencelah. Dia perlukan mayat itu untuk menyiasat.

"Betul tu tok. Sebelum kebumikan dia, kita kena buat laporan polis dulu." Kudin mengiakan kata-kata Ana Dahlia walaupun tadi dia merasa sedikit pelik dengan kata-kata gadis itu. Hmm..aku kena siasat siapa minah ni. Mata Kudin tidak lepas dari memandang Ana Dahlia yang sudah menggelabah.

"Hmm..baiklah. Kudin, angkat guni tu dan bawa ke rumah tok dulu. Malam ni juga kita kena bawa ke balai polis." Tok Imam Ngah setuju.

"Err..tok, saya rasa biar saya saja yang uruskan semua ni. Lagipun, saya kenal seorang kawan polis ni." Ana Dahlia beranikan diri mencelah lagi. Mayat itu perlu sampai kepada Detektif Razif.

Tok Imam Ngah hanya angguk-angguk. Kudin pula sekali lagi pandang Ana Dahlia dengan riak sangsi. Mereka bertiga masih mencari bukti lain. Kudin mendekati tempat pemujaan Mak Jemah. Dia cuba cari sesuatu yang boleh mengaitkan orang tua itu dengan kematian arwah ayahnya. Di sudut dinding ada satu almari yang sudah lusuh dan terkopak. Penuh habuk. Kudin buka perlahan dan mengambil sesuatu. Ada foto arwah ayahnya di situ. Dia kini pasti, arwah ayahnya memang sudah disihir menggunakan foto itu, cuma yang masih belum dipastikan lagi, siapa yang membawa foto itu dan mengarahkan Mak Jemah menyihirkan arwah ayah. Matanya tertancap pula pada satu patung di sebelah foto tadi, patung itu sudah dicucuk dengan jarum di seluruh tubuh.

"Itu foto Tengku Muzafar kan?" Ana Dahlia mendekati Kudin yang sudah terkedu di depan almari buruk itu. Di tangan Kudin ada foto milik Tengku Muzafar.


"Ya..foto  ni sama dengan foto yang tergantung di bilik pejabat arwah ayah saya. Nampaknya memang ada satu pakatan jahat untuk merampas harta ayah saya." Kudin genggam foto itu dengan kuat.

Ana Dahlia hanya menjeling Kudin yang sudah mengetap bibir. Dia pandang Kudin tidak berkelip. Apakah Kudin hanya berpura-pura atau memang dia juga sedang menyaisat siapa yang membunuh Tengku Muzafar?

"Mari kita keluar dari bilik ini." Tok Imam Ngah mengajak Ana Dahlia dan Kudin ke ruang tamu semula.

Mereka bertiga mula menapak keluar dari bilik pemujaan itu dan menghampiri mayat Mak Jemah yang sudah terlentang di atas tikar mengkuang. Rupa Mak Jemah sudah berkedut seribu seolah sudah berusia lebih dari seratus tahun. Kulit yang tegang dan putih sudah bertukar jadi kecut dan hitam. Rambut pula sudah jadi putih sepenuhnya. Apa yang pasti, menurut Tok Imam Ngah, Mak Jemah sudah sebulan meninggal. Apa yang berlaku sekarang ini adalah hantu belaannya yang menghuni badan Mak Jemah.

"Kita perlu kebumikan juga mayat Mak Jemah ni. Kalau tidak jin tu akan menuntut dan masuk semula ke dalam badan orang tua ni." Tok Imam Ngah masih memandang tubuh Mak Jemah yang sudah kering.

"Baiklah tok."

Mereka bertiga mula memanggil beberapa orang kampung di situ untuk menguruskan mayat Mak Jemah dan mengebumikan malam itu juga. Mayat yang ada dalam karung guni pula dihantar ke makmal forensik selepas dibuat laporan polis. Malam itu, Kudin dan Ana Dahlia kembali semula ke rumah.



PAGI-PAGI lagi Kudin pergi ke rumah Tok Imam Ngah. Dia perlu tahu bagaimana Mak Jemah menyihir ayahnya dlu sehingga membawa kepada kematian. Tok Imam Ngah mesti arif tentang itu kerana dia tahu Tok Imam Ngah bukan calang-calang orang. Tok Imam Ngah adalah bekas guru silat dan guru agama yang disegani di sekolah pondok di Pattani, Thailand semasa dia muda dulu. Kini setelah hampir dua puluh tahun belajar di sana, Tok Imam Ngah kembali ke kampung asalnya, Kampung Pinang Patah.

"Assalamualaikum!" Kudin beri salam. Dia terjenguk-jenguk dari laman.

"Wa'alaikumussalam! Oh, Kudin! Nak apa pagi-pagi ni?" Tok Imam Ngah jenguk melalui tingkap.

"Tok, saya ada hal penting nak tanya. Malam tadi tak sempat nak tanya." Kudin sengih.

"Masuklah!" Pelawa Tok Imam Ngah.

Kudin mula melangkah masuk ke ruang tamu. Dia duduk bersila di atas tikar mengkuang. Dia senyum. Tikar itulah yang dianyam oleh neneknya. Orang kampung semuanya beli dari nenek.

"Ada apa Kudin?" Tok Imam Ngah turut melabuhkan punggung berhadapan dengan Kudin.

"Malam tadi..saya jumpa foto arwah ayah saya." Kudin hulur foto itu kepada Tok Imam Ngah.

"Jadi?" Tok Imam Ngah masih tidak faham maksud kata-kata Kudin.

"Saya rasa arwah ayah saya sudah disihir. Foto ni mungkin digunakan untuk menyihir ayah saya sehingga dia menenui ajal." Kudin menejlas perkaara sebenar.

"Hmm..Tengku Muzafar ni dah meninggal?" Tok Imam Ngah mencerlung. Dia pandang Kudin yang sudah terbeliak.

"Tok kenal ayah saya?" Kudin menelan liur.

"Kenal..dia kahwin dengan Sarimah, mak kamu. Masa tu, Sarimah tu sebenarnya bekas tunang tok.." Tok Imam Ngah sengih. Teringat kisah dulu-dulu.

"Bekas tunang tok?" Kudin pula yang tersengih-sengih. Tak sangka Tok Imam Ngah bertunang dengan arwah mak.

"Ya..dia tak sukakan tok. Kami dijodohkan atas pilihan keluarga. Nek Tom tu, nak sangat mak kamu jadi bini tok tapi mak kamu dah ada pilihan hati sendiri. Kami bertunang pun tak lama. Cuma dua bulan saja. " Tok Imam Ngah sengih lagi. Jodoh yang tidak kesampaian.

Kudin pandang Tok Imam Ngah yang rasanya usia orang tua itu sebaya dengan arwah toknya dulu.

"Tok tahu, tentu kamu rasa pelik kan. Mak kamu nak putus sebab yalah..beza umur kami jauh sangat. Tok ni dah boleh dipanggil ayah.." Tok Imam Ngah mengeluh seketika.

"Mak kamu kat mana sekarang ni?" Tok Imam Ngah tanya Kudin setelah melihat Kudin diam tadi.

"Err...mak dah meninggal tok." Kudin berkata sayu.

"Innalillahi wainna ilaihi raajiun..dia sakit apa?"

"Entah la tok. Saya baru ni je tahu pasal tu. Saya kan dibesarkan oleh nenek. Ayah dan mak pun saya tak kenal sangat." Kudin senyum kelat.

Tok Imam Ngah angguk-angguk. Kua pergi dulu Sarimah...

"Er..tok, tok tahu ke macam mana arwah ayah saya disihir? Bukan apa, saya nak tahu siapa yang upah untuk menyihirkan arwah ayah saya tu." Kudin kemabli ke topik asal.

"Hmm...dari apa yang tok tengok malam tadi..foto ni memang digunakan untuk menyihir ayah kamu sehingga dia menemui maut. Ada patung kan?" Tok Imam Ngah pandang Kudin yang masih memandangnya tak berkelip.

"Macam mana tok tahu?" Kudin menelan liur.

"Patung tulah digunakan sebagai menggantikan tubuh arwah untuk diperasap dan dipuja. Foto itu diseru kepada patung itu. Setiap hari, satu batang jarum akan dicucuk ke badan patung itu yang akan mengakibatkan arwah sakit mencucuk seluruh badan. Patung itu juga dipuja dan santau tuju dihantar kepada arwah. Badan arwah akan jadi kurus kering dan tidak lalu makan, tidak lena tidur dan akhir sekali, jarum terakhir akan dicucuk ditulang belakang. Arwah  akan jadi lumpuh dan akhirnya meninggal." Tok Imam Ngah tunduk. Dia sudah masak dengan semua itu. Dulu semasa di Pattani, dia sudah biasa mengubat orang terkena sihir dan berlawan pula dengan bomoh siam yang memang terkenal dengan kehandalan mereka dalam perkara sihir.

"Oh..patutlah menurut adik saya, ayah saya kurus kering dan lumpuh dari paras pinggang hingga ke kaki tapi yang peliknya bahagian yang lumpuh itu masih panas. Sudah banyak ustaz dipanggil untuk berubat. Semuanya tak boleh. Mereka pelik, kalau lumpuh, bahagian yang lumpuh itu akan jadi sejuk sebab tidak ada aliran darah mengalir." Kudin teringat cerita Kuyah dulu.

"Betul..itu kerja syaitan dan jin. Bukan sakit biasa.." Tok Imam Ngah turut geleng.

"Jadi tok rasa...ada bukti tak untuk saya katakan ini adalah satu pembunuhan terancang dan secara halus?" Kudin pandang lagi Tok Imam Ngah yang sudah tunduk.

"Hmmm...susah Kudin. Lainlah kalau Mak jemah masih hidup. Kita boleh tanya dia. Dia mesti tahu siapa yang bawa foto tu." Tok Imam Ngah turut mengeluh.

Kudin tunduk. Apa yang dikatakan oleh Tok Imam Ngah itu memang benar. Tiada bukti kukuh untuk mencari siapa dalang di sebalik kematian ayahnya. Dia mula minta diri.


SAMPAI di rumah, Kudin perasan, Ana Dahlia sedang menaip sesuatu denagn komputer riba di atas riba. Jelas nampak serius riak wajah gadis itu. Dia cuba intai dari pintu yang terkuak sedikit. Lama dia memerhati gelagat Ana Dahlia.

"Abang buat apa ni?" Sergah Kuyah dari belakang. Kudin dilihat terhendap-hendap bilik Ana Dahlia.

Ana Dahlia pantas berpaling. Dia cepat-cepat tutup komputer riba dan disorokkan bawah katil. Mukanya sudah pucat.

"Awak intai saya ke?" Ana Dahlia berpura-pura tidak tahu.

"Ya, abang intai awak tadi." Kuyah mencelah. Tersengih di sebelah Kudin.

"Err..ma..mana ada." Kudin segera berlalu pergi ke ruang dapur menjenguk neneknya yang sibuk memasak.

Ana Dahlia mula rasa sangsi. Kudin mungkin sudah tahu hal tadi. Dia perlu cepatkan laporannya dan hantar kepada Detektif Razif. Esok, mereka akan kembali ke KL. Hanya tinggal dua minggu saja lagi dia perlu menyamar jadi kerani di TM Holdings. Selepas itu, dia akan berhenti setelah semuanya selesai.

Kuyah hanya melihat tingkah Ana Dahlia. Segala tindak tanduk Ana Dahlia diperhatikan. Dia perlu tahu dengan siapa gadis itu bekerja sebenarnya. Gadis itu seperti menyamar di TM Holdings. Kuyah segera ke biliknya semula.
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:55 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 06:39 PM | Show all posts
BAB 11


KUDIN bersiap-siap untuk ke KL semula. Tadi selesai makan tengahari, dia sudah berpesan pada Kuyah dan Ana Dahlia, mereka akan bertolak solat zuhur nanti.

Ana Dahlia turut mengemas barangnya. Komputer riba dimasukkan ke dalam beg pakaian. Malam tadi, sempat dia menghabiskan laporan untuk siasatannya di kampung itu. Hari ini dia akan erus ke balai berjumpa dengan Detektif Razif. Hasil ujian makmal ke atas rangka manusia yang dijumpai dalam lumpur di sawah padi masih belum di perolehi. Malam tadi, karung guni itu sudah dihantar ke makmal.

"Abang, Kuyah tak ikut boleh tak? Kuyah nak tinggal dengan nenek." Kuyah mendekati Kudin yang sibuk mengemas pakaiannya.

"Boleh..lagi abang suka." Kudin melemparkan senyuman manis.

"Kuyah tahu, abang suka la sebab nanti berdua je dengan Ana kan?" Kuyah sengih. Dari hari pertama lagi dia boleh baca riak Kudin yang suka curi pandang pada Ana Dahlia yang sama umur dengannya.

"Hish! Ke situ pulak!" Kudin turut sengih.

"Kudin, ni nek ada bekalkan sikit ayam gulai kampung ni dan sambal belacan. Tak payah kamu singgah makan kat kedai makan mana-mana, nek dah siapkan semua ni." Nek Tom hulur tiga bekas kepada Kudin.

"Alah nek ni. Macamlah nak pergi berkelah. Kami nak balik KL je." Kudin senyum gelihati. Sejak dulu nenek selalu bekalkan dengan makanan. Dari zaman sekolah sampailah dah besar panjang.

"Makan tau! Penat nenek masak. Oh ya, yang ayam goreng berempah tu, Ana yang masak." Nek Tom senyum penuh makna.

Kudin hanya sengih. Dia jeling Ana Dahlia yang masih sibuk mengemas di dalam bilik.

"Oh ya, nanti kamu tanya lah Ana tu, kat mana rumah dia, senang nanti nenek hantar orang pergi meminang." Sempat Nek Tom bisik ke telinga Kudin.

Kudin senyum kelat. Bercinta tak, apa tak, alih-alih nak masuk meminang. Haih...

"Assalamualaikum! Assalamualaikum!"

"Siapa pulak tu?" Nek Tom jenguk melalui jendela kayu rumah. Senah sudah tersenyum di laman rumah.

"Wa'alaikumussalam! Oh kamu ke Senah?" Nek Tom mula menapak ke pintu dan turun ke laman.

"Nek, abang Kudin dah nak balik KL ke?" Senah senyum. Matanya meliar memandang ke atas rumah.

"Haah. Kamu dari mana ni?"

"Dari rumah la nek. Ni, saya ada bawa kuih karipap dan lepat pisang untuk abang Kudin. Abang Kudin ada tak?" Senah jenguk lagi ke dalam rumah. Mukanya berubah bila Ana Dahlia muncul di muka pintu. Huh! Minah perasan ni lagi!

"Ada. Naiklah." Nek Tom ajak Senah masuk ke dalam rumah.

Senah melangkah membuntuti Nek Tom. Sampai di muka pintu, sengaja dia langgar bahu Ana Dahlia dengan kuat.

"Hek eleh..minah mulut murai ni.." Ana Dahlia menggumam.

"Kudin! Ni Senah datang!" Nek Tom panggil Kudin yang masih mengemas.

Kudin berpaling. Senah dilihat sudah tersenyum dekat dengan muka pintu. Ana Dahlia juga dilihat masih berdiri di situ sambil memegang beg pakaian.

"Ada apa Senah?" Kudin menghampiri Senah yang sudah semakin pandai bergaya. Tidak lagi pakai baju kurung besar gabak. Rambut pula sudah elok disisir dan dibiarkan lepas bebas. Gincu di bibir masih tetap dioles tetapi tidak merah menyala macam mak Ngah!

"Ni, Senna ada bawa kuih untuk abang. Kenapa abang dah nak balik? Nanti Senna rindu la.." Senah muncung. Dia hulur bekas kuih kepada Kudin.

Kudin diam seketika. Senah tidak pernah serik menggodanya. Dia jeling Ana Dahlia yang sudah menapak semula ke ruang tamu. Tadi Ana Dahlia dilihat sudah ke kereta dan meletakkan beg pakaian ke dalam bonet kereta. Dia cepat-cepat berlakon.

"Ya? Rindu kat abang ke?" Kudin kenyit mata.

Senah terpaku. Mukanya mula kemerahan. "Err..mestilah.."

"Hmmm..sedap kuih Senah ni." Kudin ambil bau.

Ana Dahlia hanya tersenyum hambar. Nak berlakon pun, agak-agak la. Nampak sangat kantoi! Kudin dilihat memandang ke arahnya tapi mulut menjawab pertanyaan Senah.

"Abang, Senah ada hal penting ni. Malam tadi, Mak Jemah sudah dirasuk. Dia rebah dan terus mati!" Senah bisik ke telinga Kudin.

Kudin senyum. Cepat sungguh Senah dapat berita terkini.

"Mana Senah tahu?"

"Orang kampung dah heboh bang. Rupanya Mak Jemah tu bomoh! Patutlah Senna nampak ada cermin sakti dalam rumah dia. Dah tu, ada bilik berkunci. Mungkin bilik tu la dia berubat." Senah bersungguh beritahu pada Kudin.

"Oh ya?" Kudin cuba buat tak tahu. Dia jeling lagi Ana Dahlia.

"Ya! Tak sangka bang. Mak Jemah tu jahat rupanya. Nasib baik Senna tak sempat ambil ubat pengasih.." Senah berkata tanpa menyedari kata-katanya tadi membuatkan Kudin terkedu.

"Ubat pengasih?" Kudin pandang Senah tak berkelip.

"Err..aar...tak..bukan...ubat jerawat. Salah tadi.." Senah tunduk. Mukanya sudah berubah riak.

Kudin dan Ana Dahlia sudah bersiap untuk bertolak. Senah tersenyum manis pada Kudin. Sempat dia berpesan pada Kudin supaya jangan main mata dengan Ana Dahlia. Ana Dahlia pula hanya senyum sinis. Tak ingin nak main mata dengan mamat ni!


SEPANJANG perjalanan pulang, Ana Dahlia tidak banyak bicara. Dia masih memikirkan hasil maklumat yang diperolehi dari kampung itu. Selama ini ada dua mayat di kampung itu yang menjadi misteri dan salah satunya adalah mungkin milik bekas pekerja TM Holdings yang hilang itu.

"Awak fikir apa sampai berkerut kening mengalahkan nenek?" Kudin mula menegur. Dari tadi sunyi dan sepi. Hanya nyanyian dari corong radio saja yang kedengaran.

"Tak ada..saya ingat saya nak ambil cuti dua hari boleh?" Ana Dahlia mengalih pandang pada Kudin.

"Hmmm..awak nak balik kampung ke?" Kudin pandang sekilas.

"Err...aa..ya. Dah lama saya tak balik. Rindu pulak pada  mak dan ayah." Ana Dahlia terpaksa mengiakan.

"Oh...boleh saya tahu kampung awak kat mana?" Kudin berkata lambat-lambat.

"Kenapa?" Ana Dahlia pantas berpaling.

"Awak dah kenal kampung saya, so, tak salahkan kalau saya nak kenal kampung awak pulak." Kudin senyum. Riak Ana Dahlia sudah lain. Macam menggelabah. Dia pasti gadis itu menyimpan rahsia darinya.

"Tak payahlah..lagipun, kampung saya jauh." Ana Dahlia cuba cari alasan.

"Jauh tu kat mana?" Kudin tanya lagi.

"Err...eh, awak rasa mayat tu milik siapa? Awak dah check ke bekas pekerja awak yang hilang tu?" Ana Dahlia cepat-cepat alih topik.

Kudin jeling Ana Dahlia yang sudah semakin menggelabah. Dia yakin gadis itu bukan sebarangan gadis.

"Belum..kenapa?"

"Saya rasa kan, tentu dia ada kaitan dengan kematian ayah awak dulu. Yalah..mungkin dia tahu rahsia company.." Ana Dahlia pandang pula ke luar tingkap kereta. Tadi, Kudin merenungnya dengan riak pelik.

"Mungkin juga. Nanti saya siasat." Kudin pecut keretanya semakin laju membelah lebuhraya.

"Hmm..gadis kebaya merah tu, misteri betul. Siapa dia sebenarnya? Dan hari tu, Senah pakai baju yang sama dengan jelmaan tu. Mana Senah dapat baju tu?" Ana Dahlia sengaja bicara hal gadis kebaya merah.

"Betul..memng misteri. Saya rasa, mayat yang ada di rumah Mak jemah itulah tubuh gadis kebaya merah tu sebab dia menangis dan merayu supaya dia dikebumikan dengan sempurna dan dia sendiri beritahu tubuhnya ada di rumah Mak Jemah." Kudin menyambung, mengiakan kata-kata Ana Dahlia.

Ana Dahlia diam seketika. Dia juga percaya benda yang sama tetapi apa yang masih menjadi tanda tanya, benarkan itu mayat gadis yang hilang itu? Atau mungkin gadis kebaya merah itu adalah gadis lain?


DI KL,  Ana Dahli mula merasa lega. Tadi, Kudin beria ingin menghantarnya ke rumah. Dia terpaksa tipu lagi. Dia pandang sekitar. Kawasan perumahan baru. Dia senyum. Nak mengelak dari Kudin, tersadai dia di kawasan perumahan itu. Laju dia melangkah ke tempat menunggu teksi semula di tepi jalan. Dia segera menahan teksi dan terus pulang ke rumah sewanya.

Usai mengemas, Ana Dahlia bergegas pula ke balai polis. Dia perlu melaporkan diri segera. Detektif Razif sudah lama menunggunya di situ. Sebelum bertolak tadi, dia sudah menerima teks mesej.

Sampai di balai, dia segera ke bilik Detektif Razif. Laporan yang sudah siap ditaip dan dicetak, dihulur kepada Detektif Razif. lama Ana Dahlia berdiri di depan meja Detektif Razif yang masih menatap fail laporan yang dihulur tadi. Dari tadi tidak mengangkat muka.

"Hmm..bagus! Saya nak awak kerja di TM Holdings selama tiga bulan. Kita masih perlukan bukti yang banyak untuk menangkap siapa dalang dalam pembunuhan Tengku Muzafar." Detektif Razif mendongak.

"Tapi tuan, siasatan saya sudah hampir selesai. Sekarang ni tengah tunggu hasil keputusan makmal forensik. Rangka manusia yang dijumpai di sawah dan juga mayat reput yang dijumpai di rumah bomom Mak Jemah sudah dihantar ke makmal. Mungkin dalam minggu depan, keputusan akan keluar. Dari situ kita akan tahu DNA tu milik siapa, tuan!" Ana Dahli masih berdiri tegak di depan Detektif Razif.

"Ya, saya tahu tapi awak kena siasat sehingga kes ni ditutup." Detektif Razif mula bangun dan mendekati Ana Dahlia. Dia mengukir senyum.

Ana Dahlia terdiam dengan sikap Detektif Razif.

"Kalau tak ada apa-apa, awak boleh sambung kerja. Err..maksud saya, kerja di TM Holdings." Detektif Razif berpeluk tubuh melihat Detektif Ana Dahlia yang sudah berseri-seri mukanya.

"Baik tuan!" Ana Dahlia buat tabik hormat. Dia mula melangkah pergi.

Detektif Razif hanya tersenyum. Ana Dahlia begitu cantik untuk jadi seorang pegawai polis. Telefonnya mula berdering. Dia senyum sebaik melihat nama yang tertera di skrin. Lama dia berbual. Hilang rasa rindunya pada gadis itu.
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 08:49 PM | Show all posts
Adakah detektif tu org yg kuyah dok contact selama ni? Ntah2 detektif razif dgn kuyah yg jahat x? Nak bolot harta..so diorg yg rancang pembunuhan ni??..

Haha..sekian aku punya speku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 09:24 PM | Show all posts
pooh83 posted on 13-5-2014 08:49 PM
Adakah detektif tu org yg kuyah dok contact selama ni? Ntah2 detektif razif dgn kuyah yg jahat x? Na ...

hamboih..speku bagus punya tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2014 09:58 PM | Show all posts
Ipo posted on 13-5-2014 09:24 PM
hamboih..speku bagus punya tuh

Haha...sbb kan biasanya dlm citer2 suspen gini yg jahat tu is the unexpected punya org..huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 10:37 PM | Show all posts
BAB 12


SUDAH seminggu Ana Dahlia masuk pejabat semula. Selama seminggu itulah dia memerhati gerak geri Kudin dan Kusha. Dia sengaja menawarkan diri untuk menghantar semua fail ke bilik Kusha. Sempat dia letak alat pendengar senyap di bawah meja Kusha. Jadi selama seminggu itu, banyak maklumat yang diperolehi. Kudin pula dilihat tidak sehebat semasa di kampung untuk menyiasat kes kematian ayahnya, mungkin disebabkan kerja yang banyak yang mengekang dirinya dari menyiasat hal itu. Ana Dahlia senyum. Itu bermakna, dia boleh bergerak secara solo dan Kudin tidak boleh tahu tentang penyamarannya di situ walaupun di kampung, Kudin seperti mengesyakinya.

"Ana, nanti hantar fail ni ke bilik Kusha ya." Hetty, setiausaha Kudin letak beberapa fail di atas meja Ana Dahlia.

"Err..semua ni ke cik Hetty?" Ana Dahlia mendongak.

"Ya tapi sebelum tu, ambil tandatangan Tuan Pengarah dulu." Pesan Hetty sebelum dia melangkah keluar dari pejabat itu.

Ana Dahlia membelek sekilas. Fail itu hanya berhubung dengan projek syarikat di Cameron Highlands. Dia senyum. Fail tadi dipegang dan dia melangkah ke bilik Kudin. Pintu diketuk beberapa kali.

"Masuk!"

Ana Dahlia pulas tombol pintu, dia mula menapak ke meja Kudin yang sedang sibuk menyelak fail.

"Ni fail untuk ditandatangan sebelum saya hantar ke bilik cik Kusha encik." Ana Dahlia letak di atas meja Kudin.

Kudin mendongak. Dia mengukir senyum. Rasa janggal bila Ana Dahlia memanggilnya dengan panggilan encik. Dulu masa Ana Dahlia mula-mula masuk kerja di situ, dia tidak kisah tentang panggilan itu tetapi sekarang dia merasa tidak begitu selesa.

"Hmm.." Kudin capai fail yang diletakkan atas meja tadi. Dia belek dan baca sekilas. Seketika kemudian, dia mula menurunkan tandatangannya di situ.

"Nah!" Fail itu dihulur kembali kepada Ana Dahlia yang manis berbaju kurung kuning bunga-bunga halus.

"Terima kasih." Ana Dahlia sambut fail yang dihulur Kudin dan ingin beredar dari situ.

"Nanti kejap. Lepas kerja nanti, temankan saya makan." Kudin pandang Ana Dahlia yang tidak berkelip memandangnya.

"Teman makan?"

Kudin angguk.

"Err..kenapa?" Ana Dahlia sudah tidak selesa.

"Saya ada hal penting nak bincang. Syarat saya masih berkuatkuasa kan?" Kudin ingatkan Ana Dahlia tentang lima syarat yang mereka sudah setuju dulu.

Ana Dahlia terdiam seketika. Itu syarat pertama yang ditulis Kudin, kena temankan ke mana saja Kudin pergi. Tidak kira waktu. Gila!

"Baiklah.." Ana Dahlia senyum terpaksa. Terpaksa kerana dia perlu menyiasat kes itu. Terpaksa ikut apa saja syarat yang telah ditetapkan Kudin. Alah, setakat teman makan. Dia mula beredar dari situ.

Kudin hanya senyum melihat Ana Dahlia yang sudah menggelabah. Entah bila hatinya sudah terpaut pada gadis itu, mungkin sejak bertemu di restoran dulu.


ANA DAHLIA kembali ke mejanya. Dia sandar di kerusi. Sesekali dia pandang ke pejabat Kudin yang hanya dipisahkan dengan cermin. Kudin sedang memerhati ke arahnya. Dia tunduk semula.

"Haih...parah macam ni. Terpaksa aku layan mamat tu. Selagi kes ni belum selesai, selagi tu aku terpaksa." Ana Dahlia sedikti mengeluh. Payah untuknya menjalankan tugas jika bersabit soal hati dan perasaan.

Dia bingkas bangun dan mula menuju ke bilik Kusha. Bilik diketuk beberapa kali. Tiada jawapan. Dia ketuk lagi. Masih tiada jawapan. Tombol pintu cuba dipulas. Tidak berkunci. Ana Dahlia buka perlahan dan jenguk ke dalam. Memang tiada sesiapa. Dia letak fail tadi di atas meja dan mula menapak keluar semula, namun telinganya sempat menangkap sesuatu di balkoni bilik itu. Dia berdiri di tepi langsir. Jelas dia melihat Kusha sedang berbual dengan seseorang di telefon. Sekali lagi, dia letak alat pendengar senyap di tepi balkoni. Langkahnya diatur perlahan keluar dari bilik Kusha.

"Hmm...nampaknya dia ada orang suruhan. Zarina? Siapa Zarina?" Ana Dahlia henyak tubuh di kerusi di mejanya semula. Kata-kata Kusha tadi sempat didengar dengan jelas. Antara nama-nama yang disebut Kusha tadi sempat dicatat dalam laporannya. Dia mula mencari nama-nama itu dalam carta organisasi dan juga dari fail dari bahagian sumber manusia. Tak susah untuknya mendapat semua itu.

"Hmm...bermakna, dari lima orang yang disebut ni, dua darinya telah menghilangkan diri. Kemungkinan dua orang perempuan ni yang dibunuh dan dicampak mayat mereka di kampung Pinang Patah. Tiga orang lagi tu, mungkin talibarut dia atau mangsa seterusnya." Ana Dahlia membuat spekulasi sendiri. Dia segera catat apa yang didengar tadi.

Telefon bimbitnya berdering kuat. Dia pandang skrin telefon. Panggilan dari Jabatan Kimia, bahagian forensik. Panggilan itu segera dijawab. Dia tersenyum. Talian dimatikan.

"Keputusan sudah keluar. Aku kena ke sana." Ana Dahlia mengukir senyuman lebar. Tidak sabar untuknya mengetahui milik siapa DNA pada rangka manusia dan juga mayat reput dalam karung guni. Tengahari nanti, dia akan ke makmal. Keputusan itu perlu dihantar ke balai secepat mungkin dan Detektif Razif perlu tahu hal itu.


TENGAHARI, Ana Dahlia tergesa-gesa keluar dari pejabat. Dia perlu segera ke makmal mengambil keputusan. Kudin tadi dilihat sering memerhati gerak gerinya. Ah! Lantaklah mamat tu. Langkahnya diatur laju menuju ke tempat menunggu teksi.

"Haih..lambat pulak teksi ni. Masa aku nak, sebuah pun tak nampak, masa tak nak, beratur datang!" Ana Dahlia membebel sendiri. Dia jenguk lagi ke arah kanan jalan. Nak bawa kereta sendiri, nanti pelik pula dan akan terbongkar penyamarannya nanti. yalah..seorang kerani pakai kereta Hodna Accord! Terpaksalah naik bas atau teksi ke tempat kerja.

"Mana la teksi ni?" Ana Dahlia jenguk lagi.

Pon! Pon!

Ana Dahlia berpaling. Motorsikal Kawasaki hitam berhenti betul-betul di depannya. Dia buat tidak tahu. Matanya masih meilau pada kelibat teksi yang ditunggu.

"Ana! Kau nak ke mana?"

Ana Dahlia berpaling lagi ke arah motorsikal tadi. Dia berkerut kening. Lelaki yang menaiki motorsikal tadi sudah tersenyum kepadanya.

"Kau tak ingat aku ke? Aku Johan la!" Johan mula menapak turun dari motorsikal dan mendekati Ana Dahlia yang sudah terpinga-pinga di situ.

"Johan?" Ana Dahlia pandang lagi lelaki itu yang memakai jaket kulit hitam.

Johan angguk, masih senyum.

"Err..Johan Sulaiman?" Ana Dahlia hampir tidak percaya.

Sekali lagi Johan mengangguk.

"Macam mana kau ada kat sini? Kan kau kerja kat US dulu?" Ana Dahlia mula senyum. Johan, teman satu kelas dulu yang sudah setahun kerja di California.

"Aku dah balik lama dah..baik aku kerja di Malaysia ni." Johan sengih. Ana Dahlia dipandang lama. Masih manis seperti dulu.

"Oh ya ke? habis kau kerja apa sekarang ni? kat mana?" Teruja dia berjumpa kawan lama.

"Whoa! Satu-satu ok! Aku kerja biasa je. Kuli." Johan sengih lagi.

"Oh.." Ana Dahlia senyum sumbing. Sudah masak dengan jawapan Johan, sejak di universiti dulu lagi.

"Ni nak ke mana?" Johan tanya lagi. Dari tadi Ana Dahlia berdiri di situ.

"Nak jumpa kawan sekejap. Err.ok lah Johan, aku dah lambat ni." Ana Dahlia mula menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.

Johan hanya memerhati Ana Dahlia menaiki teksi. Dia senyum penuh makna. Gadis itu sudah dijumpai. Sudah lama dia menjejaki gadis bernama Ana Dahlia. Baru kini bertemu. Topi keledar disarung semula ke kepala dan dia mula menderum laju meninggalkan tempat itu.


DI MAKMAL FORENSIK, Ana Dahlia membelek keputusan yang sudah diperolehi. Dia tersenyum puas.

"Thank you so much Prof. Koh!" Ana Dahlia berjabat dengan lelaki cina separuh abad itu yang selalu digunakan khidmatnya untuk menjalankan ujian DNA ke atas mayat dan rangka dalam kes pembunuhan.

"You are most welcome. It's my duty.." Prof Koh turut mengukir senyum.

"Yeah...with this results, I hope it  can help to solve this case soon." Ana Dahlia senyum lagi.

"Hmm..ujian DNA pada rambut dan tulang mayat reput tu saya sudah dibandingkan dengan rambut asal milik orang yang disyaki. Memang ada persamaan. Keputusan itu ada disertakan sekali di dalam tu." Terang Prof Koh lagi.

Ana Dahlia berpuas hati. Minggu lepas, dia mengarahkan orangnya untuk mengambil sampel rambut di rumah gadis yang hilang itu untuk tujuan perbandingan dengan DNA tulang dan rambut mayat yang dijumpai. Spesimen yang dihantar ke makmal forensik minggu lepas adalah cukup untuk meneruskan ujian DNA itu. Dia yakin semua prosedur telah diikuti mengikut piawaian yang betul dan tidak tercemar dengan bakteria. langkah-langkah keselamatan dan juga amalan makmal yang baik membantu dalam mendapatkan keputusan yang tulen.
Prof Koh adalah pakar saintis forensik, dia bertanggungjawab menjalankan ujian untuk semua kes polis. Ujian dilakukan dengan penuh teliti dan teknik yang betul mengikut prosedur ISO.

Semua barang kes disimpan ditempat sejuk dan diekstrak untuk ujian DNA. Teknik Polymerase Change Reaction Short Tandom Repeat (PCR STR) digunakan dalam penentuan DNA yang diesktrak dari tisu dan tulang rangka manusia. Teknik ini adalah lebih cepat dan lebih tepat untuk mendapat keputusan.

"OK, thank you again!" Ana Dahlia berpuas hati dengan keterangan yang ditulis di dalam laporan itu.

"Welcome." Prof Koh senyum.
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:57 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 07:48 AM | Show all posts
Thank you Ipo...terubat jugak lah rindu kat Kudin and the gang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2014 06:31 PM | Show all posts
LAPAN SETENGAH malam, di sebuah restoran, Ana Dahlia masih menunggu Kudin. Dia jenguk ke arah jalan yang menghala ke restoran itu. Kelibat Kudin masih tidak kelihatan. Siang tadi, sebaik pulang dari makmal forensik, dia menghala pula ke balai polis memberi maklumat itu pada Detektif Razif. Maklumat yang diberi itu cukup membuatkan Detektif Razif tersenyum. Bermakna penyamarannya di TM Holdings tidak perlu sampai tiga bulan. Bermakna juga misteri gadis kebaya merah yang dimaksudkan oleh Kuyah dulu itu  akan diketahui siapa sebenarnya.

"Hmm...aku harap tak ada lagi jelmaan gadis kebaya merah tu." Ana Dahlia senyum sendiri. Mengingati semula kejadian seram di rumah Kudin dan di rumah Mak Jemah itu memang membuatkan bulu roma meremang. Tidak sangka, zaman moden sekarang ini masih ada benda-benda tahyul seperti itu.

Ana Dahlia pandang lagi ke arah pintu masuk restoran. Tiada kelibat Kudin di situ. Dia pandang jam di pergelangan tangan.

"Dah dekat setengah jam aku melangut kat sini. Aku balik karang, marah pulak mamat tu." Lehernya dipanjangkan melihat ke arah pelanggan yang mula masuk ke restoran. Dia senyum. Kudin dilihat terkocoh-kocoh berjalan ke arah pintu restoran.

"Hmm.datang pun."

"Maaf, dah lama tunggu?" Kudin sengih. Dia melabuhkan punggung di hadapan Ana Dahlia. Helmet diletakkan atas meja. Jaket hitam disangkut di kerusi.

"Tak..baru seminit kat sini.." Nada Ana Dahlia sudah sinis. Dia hanya jeling Kudin yang tersengih-sengih.

"Dah order?" Kudin pandang Ana Dahlia yang sudah memandang ke arah lain.

"Belum.."

"Kita order dulu la." Kudin angkat tangan memanggil pelayan restoran. Makanan dan minuman dipesan.

Ana Dahlia diam. Dia pandang Kudin yang masih memandang ke arahnya. Siang tadi Kudin seperti memerhati gerak gerinya.

"Hal penting apa awak nak cakap?" Ana Dahlia terus kepada topik sebenar.

"Awak ni..punggung saya belum lagi kematu kat sini. Kita sembang dulu..makan, minum..lepas tu barulah kita bincang hal penting tu." Kudin senyum sinis. Lagak Ana Dahlia sudah lain. Sudah tidak sabar.

Ana Dahlia diam sekali lagi. Segala apa yang berlaku di pejabat sudah banyak diketahui. Kuyah juga boleh disyaki sebagai pembunuh kerana motif yang dia mempunyai motif yang kuat untuk membalas dendam pada ayahnya sendiri yang menyingkirkan ibunya yang sudah hidup melarat dengan suami baru yang kaki mabuk. Mungkin dengan membunuh Tengku Muzafar, Kuyah akan mendapat harta pusaka tetapi kini harta itu terpaksa pula dibahagikan dengan Kudin, abang kandung yang baru diketahuinya.

Makanan yang dipesan sudah mula sampai ke meja. Mereka berdua mula menikmati makanan tanpa sebarang kata. Masing-masing asyik menjamah hidangan siakap kukus, sayur kailan goreng dan sotong goreng tepung.

"Awak ikhlas ke ajak saya makan ni?" Ana Dahlia memecah kesunyian. Dari tadi mereka berdua tidak bersuara.

"Kenapa?" Kudin angkat muka.

"Tak ada la..kalau dah belanja makan best macam ni, tentu nakkan balasan kan?" Ana Dahlia jeling Kudin yang kembali menikmati makanan. Sotong goreng tepung sudah separuh habis dimakan.

"Awak rasa?" Kudin angkat muka semula. Dia mengukir senyum.

"Apa pulak rasa-rasa? Jadi memang betullah?" Mencerlung Ana Dahlia melihat riak Kudin yang tidak pernah serius.

"Kalau saya kata nak balasan, tentu dalam  otak kecil awak tu fikir benda yang bukan-bukan, betul tak?" Kudin pula yang menyoal.

"Fikir apa?" Berkerut kening Ana Dahlia melihat riak Kudin. Tersenyum senigh di depannya.

"Tak ada apa.."

"Hal penting apa yang awak nak cakap?" Ana Dahlia kembali pada topik asal.

"Pasal kematian ayah saya. Apa yang saya syak, memang betul. Ayah saya disihir dan disantau. Foto dan patung yang kita jumpa tu memnag tuntuk tujuan sihir dan santau. Apa yang menjadi masalah sekarang, saya tidak tahu siapa dalang semua ni. Kusha, mungkin dia yang buat semua ni untuk mendapat harta tapi sayang, dia tidak tahu yang harta Tengku Muzafar dibahagiakan mengikut hukum faraid. Jadi, dia hanya mendapat sedikit saja, sama dengan Kuyah." Kudin menjelaskan hal sebenar kepada Ana Dahlia.

Ana Dahlia pandang Kudin. Dari kata-kata Kudin, ada nada tidak puas hati. Mungkin Kudin sengaja melakar riak sedih dan kesal atas kematian ayahnya tetapi yang sebenarnya Kudin juga inginkan harta kekayaan Tengku Muzafar.

"Jadi, awak pasti yang ayah awak mati disebabkan santau dan sihir? Bukan dibunuh dengan racun atau benda-benda merbahaya yang dimasukkan ke dalam makanan?" Sengaja Ana Dahlia tanya.

"Ya! Saya yakin! Ada seseorang yang inginkan kematian ayah saya dilakukan macam tu supaya tidak disyaki sebagai pembunuh tapi kematian ayah saya dianggap sebagai kematian biasa, sakit dan lumpuh, lepas itu meninggal. Itu cara halus yang pihak polis tidak dapat kesan dan kaitkan dengan pembunuhan. Jadi sebab itulah tidak ada kes dilaporkan tetapi kemunculan jelmaan gadis kebaya merah itu telah membuka semula kes ini dan membawa kepada cerita sebenar di sebalik kematian Tengku Muzafar." Kudin berkata dengan penuh yakin.

Ana Dahlia diam seketika. Dia kini sudah tahu siapa pemilik rangka manusia dan mayat reput yang sudah dibuat ujian forensik. Sekarang ini hanya menunggu masa mengumpul bukti lain dan mendakwa pembunuh sebenar. Suspek yang disyaki akan dipanggil untuk disoal siasat dan itu termasuklah lelaki di depannya kini. Kudin mungkin ada motif tersendiri. Kusha pula memang sudah lama inginkan harta dan mengaut semua kekayaan Tengku Muzafar bersama ibunya.

"Jadi..awak syak siapa dalang tu?" Ana Dahlia berpura-pura bertanya.

"Hmm..tak boleh nak teka. Mungkin Kusha dan ibu dia, mungkin juga orang luar..musuh Tengku Muzafar kerana saya yakin, jika kerana harta, harta tengku Muzafar tak akan dibahagikan mengikut hukum faraid. Harta dia akan dikaut semuanya. Jadi saya yakin, ini semua kerja musuh Tengku Muzafar." Kudin turut membuat spekulasinya sendiri.

Kali ini Ana Dahlia pula terdiam. Apa yang dikatakan oleh Kudin sebentar tadi mungkn masuk akal. Musuh! Ya musuh! Musuh yang dendam atau ingin menjatuhkan reputasi atau syarikat TM Holdings ataupun mungkin juga dendam lama yang tidak terbalas.  Itu juga adalah motif penting dalam pembunuhan Tengku Muzafar. Lamunannya diganggu dengan bunyi deringan telefon bimbitnya dari dalam beg tangan.

"Sekejap ya.." Ana Dahlia bangun dan mula menjawab telefon jauh dari Kudin.

Kudin hanya memerhati tingkap Ana Dahlia. Dia mula menaruh syak. Ana Dahlia mungkin sedang melakukan sesuatu di syarikatnya..mungkin menyamar? Dia perlu berhati-hati. Mungkin gadis itu ada agenda lain untuk mengetahui sejauh mana dia mendapat maklumat tentang kes kematian ayahnnya dan juga mayat yang sudah ditemui di kampungnya dulu. Semua itu seolah menarik perhatian gadis itu dan gadis itu tidak menidakkan sangkaannya selama ini. Ana Dahlia adalah seorang anggota polis.

"Hmm..kalau benar dia polis, kenapa sampai nak menyamar bagai? Atau...dia syak aku?" Kudin berkerut kening. Lama dia pandang  pada Ana Dahlia yang masih menjawab panggilan. Dia akan siasat gadis itu. Di mana dia tinggal dan apa sebenarnya gadis itu buat.

"Maaf, ada hal sikit tadi." Ana Dahlia melabuhkan punggung semula.

"Tak apa.." Kudin senyum kelat.

"Where are we just now?" Ana Dahlia senyum.

"Sebut pasal mayat ni, macam mana dengan keputusan makmal?" Kudin mula teringat mayat yang diambil dulu sudha dihantar ke makmal forensik.

"Oh..masih dalam proses.." Teragak-agak Ana Dahlia menjawab.

Kudin angguk. Dia merenung tajam ke arah gadis itu. Kali ini dia pasti gadis itu sembunyikan sesuatu darinya.

"Ok, jom kita balik. Maaf, saya tak dapat hantar awak, saya tak bawa kereta." Kudin tunjuk helmet di atas meja.

"Saya faham..saya  ambil teksi je.." Ana Dahlia senyum. Lega. Dia pun tak ingin bonceng dengan Kudin. Memang sah-sah akan berpelukan nanti.

Mereka berdua mula bersurai setelah Ana Dahlia menahan sebuah teksi. Kudin cepat-cepat ke tempat motorsikalnya yang sengaja diparkir jauh dari restoran tadi. Teksi yang dinaiki Ana Dahlia tadi diekori dengan hati-hati.
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:58 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2014 10:21 PM | Show all posts
KUDIN masih mengekori teksi yang dinaiki Ana Dahlia tadi. Teksi itu berhenti di kawasan perumahan yang dia pernah hantar gadis itu dulu selepas pulang dari kampung. Ana Dahlia dilihat sudh mula melangkah ke arah jalan kecil.

"Hmm...jadi memang dia tinggal kawasan sini.." Kudin masih memerhati sehingga kelibat Ana Dahlia hilang dari pandangannya. Dia kemudian meninggalkan kawasan itu.

Sampai di rumah, Kudin berehat di ruang tamu. Helmet diletakkan di atas meja di tepi sofa. Dia pandang ke arah bilik Lepat. Sejak kembali semula ke KL, Lepat tidak pernah lekat di rumah. Memang layak rumah itu digelar rumah tumpangan. Fikirannya mula beralih pada Ana Dahlia. Gadis itu nampaknya tidak berbohong. Jelas tadi dia melihat gadis itu pulang ke rumah, kawasan perumahan yang sama dia pernah hantar dulu.

"Ah, aku je yang syak dia yang bukan-bukan.." Kudin senyum. Dia sandarkan kepala di sofa. Dengan perut kenyang seperti itu, senang saja mata mahu lelap.


SEMENTARA itu, Ana Dahlia masih berdiri di satu sudut kawasan perumahan di situ. Tadi dia memang perasan Kudin mengekorinya. Dari riak Kudin, dia sudah boleh mengagak ada sesuatu yang bermain di benak lelaki itu. Dia sengaja menyuruh pemandu teksi ke kawasan perumahan itu. Dari cermin sisi teksi tadi, dia melihat motorsikal Kawasaki hitam Kudin mengekori teksi yang dinaikinya.

"Dia ingat dia bijak sangat." Ana Dahlia senyum sinis. Dia segera melangkah ke arah jalan besar semula dan menahan teksi untuk pulang ke rumahnya semula.

Sampai di rumah, Ana Dahlia berehat di sofa di ruang tamu. Sarah, teman serumahnya masih belum pulang. Mungkin keluar makan dengan tunang. Dia melepaskan keluhan panjang. Sekitar ruang tamu itu diperhati seketika. Rumah yang disewa itu dihuni oleh dua orang lagi, Sarah dan Yanti. Sarah, bekerja sebagai pegawai bank di ibukota dan Yanti, seorang pramugari yang sudah tentunya tidak pernah lekat di rumah. Kadang-kadang rumah itu sudah seperti rumah tumpangan.

"Hmm...Yanti dah terbang ke Paris. Sarah, masa macam ni, keluar dengan tunang la tu." Ana Dahlia lentukkan kepalanya di sofa. Benaknya mula memikirkan dirinya yang semakin meningkat umur. Sejak dari universiti lagi, dia memang tidak suka dan terikat dengan hubungan cinta yang padanya hanya boleh melemahkan jiwa. Jika kecewa, mahu merana tak ingat dunia. Dari pengalaman kawan-kawan, dia seakan tidak mahu menyentuh hal itu.

"Tapi kenapa aku rasa lain macam je dengan Kudin?" Ana Dahlia merasa debaran jantungnya yang semakin kuat berdegup. Dia segera bangun dan masuk ke bilik. Isyak belum ditunaikan.


PAGI lagi, Ana Dahlia sudah ke pejabat. Dia perlu menjalankan amanah yang diberi oleh Detektif Razif dengan baik. Penyiasatannya perlu diteruskan walaupun keputusan forensik sudah diperolehi. Dia perlu siasat dari akar umbi. Siapa gadis itu dan bagaimana dia dibunuh sebelum mayatnya dicampak ke kolam kumbahan di kampung Pinang Patah. Rangka manusia yang dijumpai Kudin dulu juga rupanya ada kaitan dengan pekerja TM Holdings. Kedua gadis itu nampaknya menjadi mangsa yang tidak bersalah. Kedua kes itu sudah jelas ada kaitan dengan kematian Tengku Muzafar.

"Assalamualaikum, awal awak sampai?"

Ana Dahlia mendongak. Kudin sudah tersenyum di depan mejanya. Setia dengan jaket hitam dan helmet hitam.

"Wa'alaikumussalam." Sebuah senyuman manis diukir di bibir.

Kudin turut senyum dan melangkah masuk ke dalam bilik. Dia sempat jeling meja Hetty yang masih kosong. Ada beberapa fail yang sudah siap untuk ditandatangan.

"Err..Ana, mana fail projek di Hulu Langat tu?" Kudin berpatah semula ke meja Ana Dahlia.

"Saya sudah beri pada Cik Kusha. Encik nak ke?" Ana Dahlia pandang Kudin yang masih tersenyum padanya.

"Oh...tak apa." Kudin menyambung semula langkahnya ke bilik.

Ana Dahlia hanya memerhati dari tempat duduknya. Dia jeling pula bilik Kusha yang masih gelap. Sejak dia menjadi kerani di situ, Kusha selalu datang lambat ke pejabat. Jadi, dia terpaksa tunggu sehingga pukul sebelas untuk menghantar sebarang fail atau surat kepada Kusha. Bilik Kusha sentiasa berkunci jika dia tiada di pejabat.

Komputer dibuka. Dia mula mencari maklumat Kusha dan dua gadis yang sudah dikenalpasti pemilik rangka dan mayat reput dalam karung guni. Segala maklumat tentang mereka dihantar terus kepada Detektif Razif. Dengan maklumat itu, kemungkinan besar, sebab sebenar kematian Tengku Muzafar juga akan terbongkar. Gadis kebaya merah itu yang menjadi petunjuk yang kukuh ke atas kes kematian Tengku Muzafar yang sebelum ini disahkan meninggal atas sebab diserang sakit jantung dan lumpuh.

"Hmm...jadi kedua gadis itu sudah lama bekerja di TM Holdings." Ana Dahlia mengusap dagu. Telefon bimbitnya berdering. Dia jeling nama yang terpapar di skrin. Dia senyum.  Lama dia berbual dengan Detektif Razif. Talian diputuskan.

"Nampaknya Detektif Razif berpuas hati. Jadi, aku akan berhenti dari sini tak sampai lagi dua minggu. Aku akan bagi notis 24 jam." Ana Dahlia mengukir senyum. Dengan selesainya kes ini nanti, dia boleh berehat panjang. Tidak lama lagi, pembunuh akan didakwa dan jika didapati bersalah, pembunuh itu akan menerima hukuman setimpal. Mungkin itu yang diinginkan oleh jelmaan gadis kebaya merah  itu dulu yang merayu dan menangis minta tolong.

Dari dalam bilik pejabat, tingkah Ana Dahlia diperhatikan Kudin.
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 04:01 PM | Show all posts
Salam petang Jumaat semua....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 04:20 PM | Show all posts
Agak lama ipo menyepi..walau sebenarnye xde lama sgt pun..tp sbb ipo jenis slalu update..bila tetiba jarang update ni rasa mcm laaaammmmaaaa sgt.. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2014 04:22 PM | Show all posts
pooh83 posted on 16-5-2014 04:20 PM
Agak lama ipo menyepi..walau sebenarnye xde lama sgt pun..tp sbb ipo jenis slalu update..bila tetiba ...

hehe..ipo ada ni...tak dak idea lagi...malam karang tepek citer ni..tgh fikir
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 08:31 PM | Show all posts
Ipo posted on 16-5-2014 04:22 PM
hehe..ipo ada ni...tak dak idea lagi...malam karang tepek citer ni..tgh fikir

Ok ipo..take ur time..xpe..peminat2 ipo setia menanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2014 09:19 PM | Show all posts
KUDIN masih memerhati gerak geri kerani barunya. Sejak bekerja di TM Holdings, Ana Dahlia tidak banyak menunjukkan sikap yang mencurigakan. Walaupun kadangkala dia merasa kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu seperti kata-kata seorang pegawai polis yang berpengalaman. Gadis itu diperhatikan lagi.

"Mungkin aku yang syak bukan-bukan." Kudin senyum. Dia meneruskan kerjanya. Fail dan surat yang perlu ditandatangani segera dibelek. Sejak bekerja di situ, tidak banyak yang dia sempat teroka. Bilik stor yang penuh dengan fail lama perlu dibelek juga untuk pengetahuannya sendiri.

Kudin melangkah keluar dari bilik dan meletakkan fail di atas meja Hetty yang sudah berada di tempatnya. Sempat dia jeling pada Ana Dahlia di sebelah meja Hetty yang kelihatan agak sibuk. Entah betul-betul sibuk atau berpura-pura saja.

"Hetty, proposal ni nanti kena hantar cepat kepada syarikat Nusa Jaya. Kita kena masuk tender dalam waktu yang ditetapkan. Fail ni nanti, beri kepada Kusha untuk ditandatangani dan selepas itu pulang semula kepada saya." Kudin menyerahkan beberapa dokumen kepada Hetty.

"Baiklah Tuan. Proposal ni saya akan suruh despatch hantarkan. Err..rasanya cik Kusha belum sampai lagi tu tuan." Hetty jenguk ke arah bilik Kusha yang masih gelap.

Kudin turut melihat ke arah bilik Kusha. Memang masih gelap. Kemudian dia berpaling ke arah Ana Dahlia yang dari tadi asyik memandang skrin komputer. Berkerut kening. Entah apa yang dilihat di skrin.

"Ana! Cik Kusha belum datang ke?" Kudin terus bertanya Ana Dahlia. Selalunya gadis itu yang sering berurusan dengan Kusha.

Ana Dahlia masih meneliti maklumat di skrin.

"Cik Ana Dahlia binti Abu Bakar!!" Kali ini suara Kudin agak tinggi.

"Hah? Err..ya encik Kudin!" Bagai dicucuk jarum, dia terus bingkas bangun. Terkebil-kebil melihat Kudin di depan meja Hetty. Kedua tangannya diletakkan ke belakang. Dia jeling skrin.

Kudin menapak ke meja Ana Dahlia. Gadis itu dilihat sudah menggelabah. Sekejap gadis itu menjeling skrin komputer.

"Awak buat apa? Main games?" Kudin meneka. Gadis itu seperti begitu asyik menatap skrin sampai tidak dengar namanya dipanggil tadi.

"Err...tak encik. Saya buat laporan tadi." Tangannya segera klik pada fail laporan. Maklumat tentang bekas pekerja tadi sudah disembunyikan.

"Apa saya tanya tadi?" Kudin pandang Ana Dahlia tak berkelip.

"Err..tanya apa encik?" Ana Dahlia menelan liur. Dia pandang Kudin yang masih berdiri di depan mejanya.

"Itulah awak. Berangan! Saya tanya mana cik Kusha?" Ulang Kudin lagi.

Ana Dahlia jenguk bilik Kusha. Masih gelap. "Err...kan gelap tu. Belum datang lagi la tu."

Kudin sengih. Jawapan bodoh rasanya yang diberikan oleh gadis itu. Dia terus masuk semula ke biliknya. Dari situ, dia memerhati lagi tingkah Ana Dahlia. Sesekali matanya menyinggah pada Hetty. Hetty juga seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Dulu, dia juga setiausaha arwah ayahnya. Tentu Hetty tahu lebih banyak tentang Tengku Muzafar.



ANA DAHLIA jeling ke arah bilik Kudin. Sengaja dia bersikap begitu tadi supaya tidak nampak ketara di mata Kudin yang dia pakar dalam mencari maklumat. Dia perlu berlakon yang dia seorang kerani yang bodoh. Maklumat tadi dibuka lagi. Dia mencatat beberapa fakta dari situ. Semua pekerja di situ diselidik dan dikenalpasti motif mereka. Sekarang ini, semua pekerja adalah dianggap suspek dan hanya beberapa orang sahaja yang dianggap suspek utama termasuk Kudin.

Hetty yang berada di meja sebelah hanya memerhati Ana Dahlia yang dari tadi asyik memandang skrin. Terasa gadis itu sedang menyiasat sesuatu. Dia perlahan menghampiri Ana Dahlia.

"Woih! kau buat apa ni?" Hetty tepuk bahu Ana Dahlia.

Ana Dahlia terkejut. Dia cepat-cepat mendongak. Hetty sudah berada di sebelahnya. Matanya terus menala ke skrin. Fuh..lega. Nasib baik laporan syarikat.

"Kau nak apa?"

"Dari tadi kau asyik dengan laporan tu. Dah siap surat yang aku suruh buat semalam?" Hetty jengilkan mata.

"Surat apa?" Ana Dahlia pula tercengang. Seingatnya Hetty tida beri apa-apa kerja kepadanya semalam.

"Ni, kau kena taip semua ni dan bila siap, aku nak kau hantar ke tingkat lima dan ambil tandatangan Encik Roslan." Arah Hetty. Dia menjeling tajam ke arah Ana Dahlia.

Ana Dahlia turut menjeling. "Hek eleh minah..poyo je lebih. Aku tahu la kerja aku."

Dia mula menaip semua draf yang diberikan oleh Hetty tadi. Tidak sampai setengah jam, semua kerjanya sudah siap. Dia letak semua surat itu ke atas meja Hetty.

"Apa ni?" Hetty mendongak.

"Surat yang kau suruh taip tu la." Ana Dahlia berkata sinis. Dari dulu dia tidak suka sikap dan cara gadis itu melayannya. Bila melayan Kudin, tergedik-gedik macam ulat beluncas! Menyampah!

"Apa aku suruh kau buat tadi? Kalau dah siap, kau hantar kepada encik Roslan! Itu pun nak kena beritahu banyak kali ke? Pekak!" Hetty tolak semula surat yang sudah ditaip kepada Ana Dahlia.

"Huh..poyo je lebih..ingat dia tu lawa sangat!" Ana Dahlia mencebik. Surat itu diambil semula. Hetty dilihat terlalu berhias, mengalahkan artis. Kerja setakat setiausaha je pun.

"Apa awak cakap? Memang aku lawa dan kau jangan nak mengada-ngada tackle bos. Sedar diri tu sikit, kerani cabuk je!" Hetty mengetap bibir.

Ana Dahlia sengih. Dia menekup mulut, cuba menahan ketawa. Perasan jugak minah poyo ni. Aku pun tak ingin nak tackle si Kudin tu! Dia mula berlalu pergi dari situ. Sampai di muka pintu keluar, ketawanya mula pecah. Dari tadi dia menahannya.


HETTY masih memerhati Ana Dahlia yang sudah mentertawakannya. "Dah biul agaknya kerani cabuk tu!"


Hetty pandang kiri dan kanan. Tiada sesiapa di situ. Dia pandang pula ke arah bilik Kudin. Kudin juga tiada di dalam bilik. Tadi dia perasan, Kudin keluar dari bilik menuju ke bilik air. Perlahan dia duduk tempat meja Ana Dahlia dan mula membuka komputer. Laju saja tangannya mencari fail yang selalu gadis itu lihat. Dia memang perasan, Ana Dahlia selalu buka fail itu sebelum memulakan kerja. Dia perlu tahu apa yang gadis itu sedang lakukan. Segala rahsia pejabat perlu disimpan kukuh. Lagipun, dia perlu menjalankan misinya sehingga berjaya. Alang-alang sudah terlibat dengan keluarga Tengku Muzafar, dia harus mendapat apa yang sepatut menjadi miliknya. Bukan dihumban macam itu saja.


DI SEBALIK pintu keluar, Ana Dahlia masih berdiri di situ sebenarnya. Dari tadi dia syak, Hetty seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tingkah Hetty diperhatikan. Dia mula mengambil gambar Hetty menggunakan telefon bimbitnya. Matanya menala pula pada cctv yang dipasang di pintu masuk ke bilik Kudin. Dia pasti, cctv itu akan merakam perbuatan Hetty.

"Carilah sampai dapat Hetty..kau tak akan jumpa. Kau ingat aku ni kerani cabuk bodoh?" Ana Dahlia sengih. Dia kemudian mula melangkah ke pintu lif .




Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:59 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2014 10:14 PM | Show all posts
BALIK dari makan tengahari, Ana Dahlia kembali ke mejanya semula. Dia jeling meja Hetty. Laci meja gadis itu sentiasa berkunci. Dari tingkah Hetty tadi, dia syak tentu Hetty juga ada sesuatu agenda di dalam TM holdings. Dia buka pula komputer. Fail yang sengaja disimpan di situ semuanya adalh berkenaan dengan laporan syarikat, Apa yang disiasat selama ini semuanya disimpan dalam thumb drivesnya sendiri.

"Kau ingat kau bijak.." Ana Dahlia senyum. Dia mula mencari maklumat Hetty. Segala yang berkaitan dengan gadis itu diteliti dan dicopy ke dalam thumb drives. Dia menyambung membuat kerjanya semula. Sedar tak sedar, sudah menghampiri empat setengah petang. Dia pandang lagi meja Hetty. Masih kosong.

"Mana dia ni? Takkan kerja setengah hari je kut?" Ana Dahlia berkerut dahi.

Dia bangun perlahan menuju ke bilik stor yang menempatkan fail-fail lama termasuk fail setiap pekerja. Dia perlu melakukannya berhati-hati. Sebelum ke bilik itu, sempat dia melihat bilik Kusha yang sudah terang tetapi masiih berkunci. Dia menapak perlahan ke bilik fail. Rak yang berlabel pekerja dicari. Satu demi satu fail itu dibelek. Semuanya diambil foto menggunakan kamera teelfon bimbitnya. Dia tersenyum puas. Apa yang dikehendaki selama ini kebanyakannya ada di situ.

"Ehem!"

Pantas Ana Dahlia berpaling. Kudin sudah terpacak di muka pintu.

"Awak buat apa kat  sini?" Kudin menutup pintu dan berjalan ke arah Ana Dahlia yang masih tercegat di situ sambil memegang sebuah fail.

"Err..ni ha..cik Hetty suruh saya cari maklumat pekerja sini..katanya permintaan dari bahagian sumber manusia." Ana Dahlia mula berbohong. Dia perlu profesional dalam menangani perkara seperti itu.

"Pekerja yang mana?" Kudin mendekati Ana Dahlia.

"Err..pekerja yang berhenti. Mereka nak kemaskinikan carta organisasi. Syarikat ni kan ramai pekerjanya yang dah berhenti. Jadi saya tepaksa selongkar kat sini. Kalau kat software tu..belum update lagi." Dengan yakin Ana Dahlia menjawab.

"Hmm...pelik. Kalau sudah berhenti, kenapa nak kemaskini carta organisasi lagi? kan yang ada sekarang ni sudah update?" Kudin semakin menghampiri Ana Dahlia yang sudah mula meletakkan fail tadi di tempatnya semula.

"Entah la..itu yang cik Hetty nak. Saya ikut je, nanti dia marah saya." Ana Dahlia buat muka sugul.

"Hmm..." Kudin mengusap dagu. Mata masih menala ke arah gadis di depannya. Dia mula menaruh syak sekali lagi. Dia sendiri belum berkesempatan masuk ke bilik fail itu.

"Err..tak apalah encik Kudin. Saya keluar dulu.."Ana Dahlia mula minta diri. Kudin dilihat semakin menghampirinya tadi. Langkahnya laju diatur ke muka pintu yang sudah ditutup. Tombol pintu dipulas.

"Kenapa?" Kudin pula menoleh. Muka Ana Dahlia sudah berubah riak.

"Pintu ni...tak boleh buka pulak.." Tombol pintu itu dipulas lagi.

"Mana boleh? Saya tutup je tadi.." Kudin cuba pulas tombol pintu . Memang tak boleh buka.

"Macam mana ni?" Ana Dahlia sudah menggelabah. Dia lihat jam. Hampir lima petang.

Kudin cuba sekali lagi. Pintu itu masih tidak boleh dibuka. Dia cuba panggil orang diluar. Tiadajawapan. Sekali lagi dia mencuba.

Ana Dahlia sudah menggelabah. Pejabat itu, selalunya pukul lima petang saja, berpusu-pusu pekerja akan balik. Bermakna selepas pukul lima petang, pejabat itu memang sunyi. Dia pandang Kudin yang sedikitpun tidak ada riak gelisah.

"Ni dah lima lebih dah ni..tentu semua dah pulang." Ana Dahlia cuba sekali lagi pulas tombol pintu.

"Err..nak saya tendang ke?" Kudin pandang Ana Dahlia.

"Larat ke? Kuat ke kaki awak nak bagi pintu tu terbuka?" Ana Dahlia senyum sinis. Teringat masa latihan polis dulu, dia terpaksa mendaki dinding tinggi dan menendang kuat pintu rumah yang dijadikan markas penjahat dalam sesi latihannya dulu. Ikut hati mahu saja dia tendang pintu itu tadi tapi memikirkan dia masih dalam penyamaran, semua itu terpaksa dilupakan. Nanti apa pula anggapan Kudin bila melihat dia berbuat begitu.

"Awak jangan nak perlekehkan saya." Kudin turut senyum sinis. Dulu dia pernah kerja sebagai pengawal peribadi orang kenamaan dan perkara seperti itu adalah enteng baginya. Setakat nak tendang pintu.

"Ok, tendanglah!" Ana Dahlia berpeluk tubuh. Dia melihat aksi Kudin yang cuba menendang pintu tadi. Sekali, pintu tidak terbuka. Kali kedua, tendangan Kudin semakin kuat, masih belum terbuka. kali ketiga juga tidak terbuka. Dia cuba menahan ketawa.

"Huih! Kebal jugak pintu ni! Kayu apa yang digunakan untuk buat pintu ni?" Kudin menggosok kakinya yang terasa kejang.

"Biar saya yang buat." Ana Dahlia tarik pin rambut yang dikepit di rambutnya dan dia mula korek lubang kunci. Digodek-godek sedikit.

"Awak tahu ke semua tu? Boleh terbuka ke pintu pakai tu?" Kudin pula tercengang.

"Boleh awak pandang ke arah sana kejap?" Ana Dahlia mengarahkan Kudin memandang ke arah tingkap, membelakanginya.

"Kenapa?" Kudin sudah berkerut kening.

"Buat je la..selagi saya kata jangan berpaling, awak kena pandang sana." Terangnya lagi.

Kudin mula merasa pelik. Arahan yang tidak masuk akal padanya.

Ana Dahlia senyum. Lama dia memerhati Kudin yang mula memandang ke arah tingkap membelakangi pintu. Dia segera angkat kain baju kurungnya sehingga paras lutut dan mula menendang pintu dengan kuat.

"Sekarang awak boleh pandang sini.." Ana Dahlia senyum. Kain baju kurungnya sudah dilepaskan.

"Ma..macam mana awak buat semua tu? Awak tendang ek?" Kudin menggaru kepala. Pintu tadi dilihat sudah terbuka luas.

Ana Dahlia hanya senyum. Dia segera keluar dari bilik fail dan menuju ke mejanya semula. Dia mula mengemas barangnya. Malam nanti dia perlu berjumpa dengan Detektif Razif. Dia segera ke tempat punch kad dan beredar dari pejabat meninggalkan Kudin sendirian di situ. Dia tidak mahu berlama di situ, nanti banyak soalan yang akan keluar dari mulut Kudin.

Kudin pula hanya melihat tingkah Ana Dahlia. Dia juga cepat-cepat ke bilik dan mengambil beg kerja. Lampu bilik ditutup dan bilik itu dikunci sebelum mengekori Ana  Dahlia yang sudah  pergi.


HETTY mengetap bibir. Dia sengaja kunci pintu bilik fail tadi. Ingatkan Ana dahlia seorang saja di dalam bilik itu. Kononnya nak perangkap Ana Dahlia yang cuba menyelongkar rahsia syarikat dengan menceroboh masuk ke bilik itu. Jadi dengan semua itu, dia ada bukti yang Ana Dahlia sebenarnya ada agenda jahat. Tak sangka pula, Kudin juga turut terperangkap dalam bilik tu.

"Ish! Sial! Hancur rancangan aku!" Hetty menepuk meja. Dia tarik laci meja dan mengeluarkan sesuatu. Dia tersenyum.

"Hmm..aku masih ada ni.." Hetty letak semula di dalam laci dan kunci. Dia mula menapak keluar dari pejabat. Esok, dia akan bongkar siapa Ana Dahlia!
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:59 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2014 11:28 PM | Show all posts
BAB 13


TEPAT jam lapan malam, Ana Dahlia sudah berada di pejabatnya di balai polis bahagian jenayah. Dia perlu melaporkan diri segera berkenaan kes yang sedang disiasat sekarang ini. Siang tadi dia sudah maklumkan kepada Detektif Razif tentang hal itu. Laporan yang disimpan dalam thumb drives dibuka semula. Dia mengemaskini semua maklumat yang diperolehi. Antara suspek utama yang disyaki adalah Hetty. Lagak dan tingkah Hetty mencurigakan. Siang tadi sebelum dia menuju ke bilik fail, dia perasan Hetty berada di bilik air. Jadi, dia sengaja membiarkan Kudin masuk ke bilik fail itu dan sengaja dia tidak kunci pintu bilik fail. Jika dia seorang diri di situ, sudah tentu dia akan disyaki menceroboh rahsia syarikat tanpa kebenaran sedangkan dia hanyalah seorang kerani di syarikat itu.

"Detektif Ana Dahlia!"

Ana Dahlia menoleh. Detektif Razif sudah tercegat di depannya. Dia segera bangun dan memberi tabik hormat. "Ya Tuan!"

"Sudah siap laporan?"

"Sudah tuan!" Ana Dahlia hulur laporan yang sudah dicetak kepada Detektif Razif.

Detektif Razif meneliti maklumat yang ada dalam laporan itu. Dia mengangguk-angguk. Laporan yang setebal tiga helai kerta A4 itu dibaca penuh teliti. Dia kemudian mendongak ke arah Ana Dahlia.

"Awak rasa bukti ni boleh digunapakai dalam siasatan nanti? Dalam perbicaraan mahkamah jika ada yang didakwa?" Tepat dia memandang Ana Dahlia yang masih berdiri keras di depannya.

"Ya tuan! Saya yakin. Semua bukti itu cukup untuk kita mendakwa mereka yang disyaki. Mayat reput dan rangka manusia pun sudah dikenalpasti siapa pemiliknya. Memang sah, kedua itu adalah bekas pekerja TM Holdings yang dibunuh dan kita boleh kaitkan dengan kematian Tengku Muzafar, tuan!" Tegas Ana Dahlia memberi penjelasan.

"Bagus! Dari pengamatan saya, nampaknya ada tiga orang suspek dalam kes ni. Awak boleh buat surat sekarang. Dengan bukti yang ada ni, kita boleh menahan suspek dan dipanggil untuk soal siasat. Saya nak awak hantar notis berhenti esok. Tumpukan pada kes ini sepenuhnya dan dakwaan." Arah Detektif Razif. Laporan itu dihulur semula kepada Ana Dahlia.

"Baik tuan!"

"Oh ya, minggu depan, kita akan bekerjasama dengan balai polis cawangan bukit aman. Nanti ada seorang pegawai polis akan membantu awak. Sekarang ini, dia masih bercuti di kampung." Detektif Razif sempat berpesan sebelum berlalu pergi.

Ana Dahlia duduk semula. Dia senyum lega. Sekarang ini dia tidak perlu lagi bertekak dengan Hetty perasan itu lagi dan tidak lagi berjumpa dengan Kudin. Bermakna lakonannya akan berakhir. Dia menghabiskan laporannya dan mula berkemas. Jam di pergelangan tangan dijeling sekilas. Hampir sembilan setengah malam. Dia perlu pulang ke rumah secepat mungkin. Tadi dia perasan ada seseorang mengekorinya dengan motorsikal seperti motosikal Kudin. Dia mula melangkah keluar dari balai polis dan menahan sebuah teksi.


DARI luar balai polis, seseorang masih memerhati gerak geri Ana Dahlia. Dia segera mengekori teksi yang dinaiki Ana Dahlia tadi.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:14 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2014 12:19 AM | Show all posts
JOHAN senyum. Sekarang dia sudah tahu di mana tempat tinggal Ana Dahlia. Sejak dulu dia memang ingin mendekati gadis itu namun apa yang dilihatnya tadi di balai polis, membuatkannya terkedu seketika. Di benaknya masih berteka teki. Gadis itu buat apa di balai polis waktu begini? Buat laporan polis atas kes apa? Atau...dia sendiri seorang pegawai polis?

"Aku kena berhati-hati. Dia bukan sebarangan perempuan..." Johan pakai helmet semula dan menderum laju meninggalka kawasan perumahan itu. Dia perlu berjumpa seseorang.

Sampai ke destinasi, Johan menapak ke sebuah restoran. Dia mencari kelibat orang yang dijanjikan tadi. Helmet diletakkan atas meja. Rambutnya dikemaskan sedikit. Sementara menunggu, dia mula pesan makanan dan minuman.

"Jo!"

Johan berpaling. Dia mengukir senyum. Orang yang ditunggu datang juga. Dia turut melambai.

"Aku ingat kau tak jadi datang!" Jo tepuk bahu Karim.

"Mestilah aku datang! Ada tugas baru?" Karim sengih.

"Ada..seorang lagi akan jadi anak ayam. Esok, kau kena ambil dia di Klang.Baru sampai dari China.." Johan berkerut kening.

"Wah! Bagus tu! Berapa upah kali ni?" Karim sengih.

"Lumayan! Tapi ingat, kena hati-hati. Aku tak nak jadi macam dulu. Terpaksa lenyapkan dari muka bumi ni sebab cuba dedah rahsia kita." Johan beri amaran.

"Aku tahu. Kau tak order makanan untuk aku ke?" Karim pandang makanan yang sudah sampai ke meja.

"Kau order sendiri." Johan mula tarik pinggan mee goreng dekat ke arahnya. Dia makan dengan lahap. Dari tengahari tadi dia tidak makan.

Karim mula memanggil pelayan restoran. Makanan dipesan.

"Hmm...kau dah jumpa perempuan cinta hati kau tu?" Karim senyum lagi.

Johan mendongak. Dia habiskan makanan dalam mulutnya. Dia teguk jus oren yang dipesan tadi.

"Aku dah jumpa. Hilang rasa rindu aku. Aku terjumpa dia tengah tunggu teksi tapi aku musykil sikit pasal dia tu." Johan teguk lagi jus oren.

"Musykil? Pasal apa?"

"Tadi aku nampak dia keluar dari balai polis. Kau rasa dia buat apa?" Johan sandar di kerusi.

"Hmm...mungkin dia buat laporan polis ke, atau..jumpa kawan..atau..kerja kat situ?" Teka Karim.

"Tu yang aku tak sedap hati ni. Aku ni bukan baik sangat. Sejak di US lagi aku buat kerja ni. Aku ingat aku nak berhenti dalam sebulan dua ni." Johan mula berkata perlahan. Sejak dulu dia cintakan Ana Dahlia.

"Kau serius??" Karim membuntang.

"Ya..tugas kali ni adalah yang terakhir. Dulu, aku perangkap perempuan dengan kata-kata manis dan jadikan mereka anak ayam. Sekarang ni, aku rasa aku nak berhenti buat semua tu. Aku nak bina hidup baru."

Karim ketawa berdekah-dekah.

"Kenapa?" Johan pandang Karim yang sudah ketawakannya.

"Muka macam kau ni nak bertaubat? Bull shit la Jo! Kau dah terlibat dalam dunia ni sudah lebih sepuluh tahun! Kau dah tahu selok belok dunia ni. Aku rasa tidak semudah tu kau boleh blah macam tu je. Bukan kau tak kenal Taiko Chong?" Karim ingatkan Johan.

Johan terdiam seketika. Apa yang dikatakan oleh Karim itu ada benarnya. Bukan mudah untuk lepaskan diri bila sudah terlibat jauh dalam dunia hitam sepertinya. Pernah dia diburu polis atas kesalahan menyeludup dadah tapi dia dapat melepaskan diri. Di US, dia adalah perantara untuk bisnes itu. Siapa tak kenal John?

"So, apa kau nak buat sekarang? Kau nak teruskan niat kau tu?" Karim teguk jus epal yang sudah sampai ke meja.

"Entahlah..tapi ada sebab lain lagi kenapa aku nak berhenti." Johan pandang ke arah pelanggan lain.

"Apa dia?"

"Aku selalu diganggu oleh gadis kebaya merah. Dia sering datang dalam mimpi aku." Johan berterus terang.

"Maksud kau...perempuan yang kau langgar dulu tu?" Kali ni Karim mula serius.

"Ya..aku tak sempat nak brek. Dia menonong je lari dan aku terus langgar dia. Aku panik. Walaupun aku ni penyangak tapi aku tak pernah ambil nyawa orang. Malam tu, tubuh gadis itu tercampak ke dalam semak. Aku tengok dia. Kepalanya sudah berdarah. Aku bawa dia ke hospital. Setiap hari aku melawat dia. Hari ketiga aku pergi, dia sudah tak ada. Bila aku tanya pekerja hospital tu, mereka kata perempuan tu sudah dibawa pergi ke hospital lain. Lepas tu aku tak tahu dia di mana, sampai sekarang ni. Lepas tulah, aku mula bermimpi..dia macam minta tolong. Aku syak dia dibunuh." Johan mula resah bila mengingati semula mimpi yang dialaminya.

"Jadi..kau rasa perempuan tu sudah mati?"

Johan angguk.

"Hmm...siapa yang bunuh dia? Kenapa dia dibunuh?" Karim semakin teruja.

"Itu yang buat aku pening. Dalam mimpi tu, dia menangis dan merayu supaya aku cari mayatnya. Mana aku nak cari??" Johan melepaskan keluhan.

"Weh! Kita ni berniaga orang, bukan mayat!" Karim tepuk bahu Johan.

Johan turut sengih namun dalam benaknya dia sentiasa berfikir tentang gadis kebaya merah itu. Masa dia langgar gadis itu dulu, gadis itu memang berpakaian kebaya merah.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:13 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2014 12:07 PM | Show all posts
ANA DAHLIA melangkah ke arah pejabat TM Holdings. Langkahnya terhenti sebaik terpandang Kusha yang sedang bercakap dengan seorang perempuan di bawah sebatang pokok. Nampak serius mereka berdua berbual. Lama dia memerhati ke arah Kusha. Satu sampul surat dihulur kepada perempuan itu. Dia segera mengambil foto mereka menggunakan kamera telefon bimbit. Langkahnya diatur semula ke ruang legar pejabat sebelum menaiki lif.

Sampai di pejabat, dia duduk seketika di mejanya. Meja Hetty di sebelah masih kosong. Komputer pula belum dibuka. Bermakna Hetty belum sampai ke pejabat. Dia mula buka komputer dan menaip sesuatu. Kemudian dicetak dan ditandatangani sebelum dimasukkan ke dalam sampul surat. Nama Kudin ditulis atas sampul surat itu.

"Notis ni aku akan bagi tengahari nanti." Ana Dahlia senyum. Dia mula menyambung kerjanya seperti biasa. Dia mendongak bila melihat Hetty sudah mula menapak ke meja. Dia hanya jeling perempuan itu yang tidak menegurnya. Biarlah.

Hetty melihat Ana Dahlia yang masih mengadap skrin komputer. Dia mencebik. Rajin konon. Dia berpaling ke bilik Kudin. Bilik itu masih gelap. Dia segera buka laci meja yang dikunci. Dokumen yang disimpan di situ dibelek sekilas. Dia jeling Ana Dahlia di sebelah. Hmm...nanti kau perempuan. Kau akan tahu nasib kau nanti.

Hetty segera ke bilik Kudin setelah melihat Kudin mula menapak masuk ke bilik. Pintu ditutup rapat.

"Ya Cik Hetty?" Kudin letak beg kerjanya di atas meja. Dia mula melabuhkan punggung di kerusi. Pelik melihat Hetty tergesa-gesa mengekorinya tadi masuk ke bilik.

"Tuan...saya ada hal penting nak beritahu." Hetty duduk di kerusi di depan meja Kudin.

"Apa dia?" Kudin sandar di kerusi.

"Saya ada maklumat penting tentang Ana Dahlia. Dia seorang pengkhianat syarikat ni." Hetty mula memberitahu hal itu.

"Hmm..apa maksud awak?" Kudin sudah berkerut kening.

"Dia selongkar maklumat syarikat. Saya rasa dia ada agenda tersendiri." Hetty masih memandang Kudin yang tidak berkelip memandangnya.

"Awak ada bukti?" Kudin teringat petang semalam, Ana Dahlia berada di dalam bilik fail.

"Ya! Ni buktinya!" Hetty menghulurkan dokumen kepada Kudin.

Kudin menatap seketika dokumen yang dihulurkan kepadanya.

"Hmm...macam mana awak tahu semua ni?" Kudin letak dokumen dan mula memandang ke arah Hetty.

"Saya dapat tahu dari bahagian sumber manusia. Ana Dahlia minta semua nama pekerja di sini dan dia selidik termasuk saya dan tuan sekali. Bukankah itu satu kesalahan? Dia hanya kerani dan pembantu saya di sini. Tak ada kaitan dengan bahagian sumber manusia." Panjang lebar Hetty menerangkan kepada Kudin.

"Kalau itu saya sudah tahu. Semalam dia sudah beritahu saya hal itu." Kudin merenung tajam Hetty yang sudah berubah riak.

"Dia beritahu apa?" Hetty terperanjat.

"Itu bukan hal awak. Kalau tak ada apa-apa lagi, cik Hetty boleh keluar sekarang." Kudin mula buka komputer dan mula menyibukkan diri.

"Tapi tuan.." Hetty tidak berpuas hati.

"Ada masalah lain?" Kudin mendongak. Hetty dilihat sudah bangun dan berdiri di depannya.

"Tak ada.." Hetty melangkah lemah keluar dari bilik Kudin.

Kudin senyum. Dia belek lagi dokumen yang diberikan oleh Hetty. Semua maklumat itu memang berkaitan dengan pekerja di situ. Semalam dia juga ada menyiasat hal itu di bahagian sumber manusia. Tiada yang mencurigakan. Interkom ditekan dan menyuruh Ana Dahlia ke biliknya.

"Masuk!" Kudin pandang ke arah pintu sebaik pintu diketuk.

"Duduk!" Ana Dahlia disuruh duduk sebaik melihat gadis itu melangkah ke arahnya.

"Ada apa encik?" Ana Dahlia betulkan rambutnya yang terjuntai di dahi.

"Tengok ni." Kudin hulur dokumen tadi.

Ana Dahlia mengambil dokumen itu dan mula meneliti satu persatu. Keningnya bertaut. Maklumat dalam dokumen itu ternyata sama dengan maklumat yang diperolehinya dari bahagian sumber manusia.

"Apa yang awak siasat?" Kudin menopang dagu, memandang tepat ke arah Ana Dahlia.

"Kan semalam saya sudah beritahu tentang ni. Saya kena kemaskini carta orginasasi. Jadi saya kena siasat semua nama ni." Ana Dahlia letak semula dokumen itu di atas meja.

"Termasuk saya?" Kudin angkat kening. Ana Dahlia direnung lagi.

"Ya! Kan encik adalah  Tuan Pengarah di sini. Jadi tidak salah saya buat macam tu kan?" Ana Dahlia pandang Kudin yang sudah memandangnya tidak berkelip. Ada riak curiga di wajah lelaki itu.

"Hmm..baiklah. Mana carta organisasi yang awak telah update tu?" Kudin mula minta bukti.

"Ni." Ana Dahlia hulur sekeping kertas saiz A4 kepada Kudin.

Kudin meneliti carta organisasi yang sudah siap dikemaskini. "Siapa yang arahkan awak buat semua ni?"

"Bahagian sumber manusia..encik Hamid. Dia yang suruh saya since saya pekerja baru di sini. Dia nak saya belajar di semua bahagian." Terang Ana Dahlia. Memang Encik Hamid ada menyuruhnya dulu.

"Ok.." Kudin berpuas hati.

"Oh ya. Ni notis berhenti saya. Disebabkan saya masih dalam tempoh percubaan, jadi saya boleh beri notis 24 jam." Sampul surat dihulur kepada Kudin.

"Kenapa nak berhenti? Apakah disebabkan hal tadi?" Kudin cepat-cepat mencelah.

"Tak..saya sudah dapat kerja baru." Ana Dahlia berdalih.

Telefon bimbit Kudin berdering. Dia menjawab seketika.

"Maaf..nenek tadi. Jadi awak betul-betul nak berhenti?" Kudin menyambung semula topik perbualan tadi.

Ana Dahlia mengangguk.

"Baiklah saya terima notis ni tapi saya nak awak tulis alamat awak di sini." Kudin hulur sekeping kertas kosong kepada Ana Dahlia.

"Alamat? Untuk apa?" Ana Dahlia sudah berkerut kening.

"Untuk saya kemaskini pekerja yang pernah bekerja di sini." Kudin senyum.

"Nanti saya beritahu encik, saya hantar sms." Ana Dahlia mula minta diri.

"Sekejap, boleh saya tahu kes mayat reput dan rangka tu? Dah tahu milik siapa?" Kudin sengaja bertanya hal itu.

"Eh,manalah saya tahu. Saya hanya hantar je ke balai polis. Itu kes polis dan saya tak boleh masuk campur. Kenapa?" Ana Dahlia cuba bersikap profesional.

"Mayat reput dan rangka tu sudah dikebumikan?"

Ana Dahlia terdiam. Dia juga tidak terfikir hal itu. "Entah la..nanti saya tanya kawan saya.."

"Bukan apa, bila dah selesai buat ujian forensik, elok dikebumikan segera dengan cara betul. Awak sendiri dengar perempuan tu merayu dan menangis kan?" Kudin ingatkan Ana Dahlia.

"Ya..saya masih ingat." Ana Dahlia mengangguk. Memang mayat reput itu milik gadis kebaya merah yang selalu mengganggu dulu.

Ana Dahlia mula minta diri.





Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:15 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 1939 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16324 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9211 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.079174 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list