CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14353|Reply: 85

Mariani Penat Jadi 'Hantu'

[Copy link]
Post time 26-4-2014 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 11:57 AM

Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
feride@thestar.com.my



Mariani elak ambil watak hantu kerana penat.


KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Mariani mendedahkan dia sudah penat untuk memegang watak hantu yang sering ditawarkan kepadanya memandangkan usianya sudah semakin lanjut.

Mariani atau nama sebenarnya Siti Mariam Ismail, 81, berkata, tidak mudah baginya melakonkan watak itu kerana ia memerlukan tenaga walaupun tidak banyak dialog yang diperlukan.

Lebih menyedihkan, ada juga sesetengah syarikat produksi yang mengambil kesempatan dengan menawarkannya bayaran rendah dan tidak berbaloi dengan hasil kerja yang dilakukan.

'Pada usia sebegini, bukan budak untuk saya membawakan watak hantu. Walaupun tidak banyak dialog, tetapi kadang-kala solekan yang tebal membuatkan saya berasa kaku dan tidak boleh bergerak selain ia memaksa saya mengeluarkan tenaga yang banyak.

“Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini saya banyak tolak tawaran itu. Anak saya, Melissa Saila pun tidak membenarkan saya mengambil tawaran sebegitu lagi,” katanya kepada mStar Online.



Mariani menyambut hari jadinya yang ke 81 di Saloma Bistro Ahad lalu. - Foto: Utusan Malaysia


Sementara itu, Mariani berkata, dia kini sudah nekad untuk menetapkan harga bayarannya sebanyak RM1,000 sehari kepada mana-mana produksi yang ingin mengambilnya berlakon sama seperti bayaran yang diberikan kepada sesetengah artis popular lain.

Katanya,  harga bayaran yang ditetapkan itu membuatkan tidak banyak syarikat produksi yang ingin menawarkannya berlakon namun dia tetap dengan keputusan untuk tidak menurunkan harganya.

"Nampak macam besar amaunnya tetapi sebagai seorang pelakon yang lama di bidang ini, harga itu sangat kecil. Pada hal artis-artis muda lain mendapat pendapatan yang lebih tinggi daripada apa yang saya minta.

"Dan kerana itu juga tidak banyak produksi yang mahu mengambil saya berlakon, tetapi tidak mengapa. Saya hanya akan bekerja dengan pihak yang menghargai kerja saya sahaja,"  ujarnya.



Mariani sentiasa berfikiran positif untuk kekal sihat.

Mengenai sambutan hari lahirnya yang ke 81 tahun pada Ahad lalu Mariani berkata, dia tidak menyangka umurnya mampu mencecah angka itu manakala keadaan kesihatannya juga sihat.

"Alhamdulillah saya masih lagi hidup pada usia ini. Syukur kepada Allah. Ketika melahirkan Melissa, usia saya sudah pun 39 tahun dan ketika itu saya risau adakah saya mampu melihat anak bongsu saya itu 20 tahun selepas kelahirannya?

"Sekarang ini Melissa sudah pun 42 tahun dan saya masih lagi bernafas.

"Ramai yang bertanya apa rahsia saya kekal sihat? Entahlah... tiada rahsia, sebaliknya saya sentiasa berfikiran positif dalam segala hal dan elakkan berfikiran burukterhadap orang lain," tuturnya.

Kira-kira 200 tetamu hadir pada majlis ulang tahun kelahirannya yang diadakan di Saloma Bistro Jalan Ampang di sini termasuklah Uwei, Dian P.Ramlee, Rozita Rohaizat, Datuk Mustapha Maarof, Datuk Aziz Satar, Hail Amir, Uji Rashid, Aspalela Abdullah dan Dior.




Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 10:11 AM | Show all posts
Sian pun sian. Tapi lakonan dia agak kaku kekadang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 10:16 AM | Show all posts
sudah2 la tu mak cik..kami dah jemu dengan lakonan mak cik yang over tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kosser.elok duk rumah mendalami agama je..dh tua sgt. Cukup2 la dlm dunia hiburan ni walau jadi hantu je pon.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 10:41 AM | Show all posts
bawak bawak la duk umah beramal ibadah - anak2 pun mampu tanggung - minat camne pun kat dunia seni - tapi sah2 dunia ajaa - tidak kekal
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols nampak Mak Jah je... :lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2014 11:35 AM | Show all posts
kesian nenek mariani..dulu2 zaman p ramlee hot stuff gak nenek ni..dah tua2 ni layak jadi nenek pontianak jer...sedihhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 11:43 AM | Show all posts
rasanya artikel ni ada sejak tahun lepas lagi, adakah mstar mengulang siar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 12:55 PM | Show all posts
Fokus je lah amal ibadat
Dah tua sgt dah tu
Tuhan dah bg bonus byk dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Time susah tutup uban.. Time senang buka uban... Time susah hilang semua anak... Time senang (syed wafa tolong) baru nmpk btg hidung anak menantu masing2.. Ada x School mate aku baru la update status bangga ni mak mertua dia.. Rasa nk comment je bila macik ni susah duk flat dulu dgn ank angkat melissa saila .. ko dgn laki dgn adik beradik ko kt mana... Last edited by CrowneGlory on 26-4-2014 01:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
wpun tak berlakon tetapi nenek dh nmpk mcm hantu
.so???
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:41 PM | Show all posts
Kadang orang tua tua elok berkerja or doing something lah. Kalau tidak nanti otak buntu dan cepat dpt sakit nyanyuk dsbnya. Selagi dia nak berkerja biarlah dia cari duit .esok lusa sakit anak anak pun terbang melayang.

Dia habiskan masa dgn berlakun kita kita di sini habiskan masa dgn bergossip/mengumpat dsbnya. Apa kata kita nasihatkan diri kita (yang masih muda ..eceh ceh macam lah MATI itu HANYA menjemput orang orang tua) agar jaga ibadat jugak. :-)
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
'Anak angkat' melissa saila tu mariani masih bela ke????
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
'Anak angkat' melissa saila tu mariani masih bela  ke????
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:47 PM | Show all posts
cmf_premierleag posted on 26-4-2014 12:43 PM
'Anak angkat' melissa saila tu mariani masih bela ke????

gila ko tak sayang cucu kandung.... opss cucu angkat
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat camner... Masa jadi heroin suda berlalu... Tp mariani mmg cantik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene posted on 26-4-2014 01:47 PM
gila ko tak sayang cucu kandung.... opss cucu angkat

Kesian tgk nasib cucu kandung tu...eh..cucu angkat
Muka pun nak hampir serupa dgn anak2 raja belah2 pantai timur sana nun
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory posted on 26-4-2014 01:31 PM
Time susah tutup uban.. Time senang buka uban... Time susah hilang semua anak... Time senang (syed w ...


Melisa tu anak angkat ke?rupanya..iols baru tau.tp dulu mmg ada tine dia susah.sbb tu dia blakon.tah2 skang pun xsenang mana sbb tu terpaksa blakon jugak.mana korang tau amal ibadah dia sikit?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 02:11 PM | Show all posts
digitizer posted on 25-4-2014 09:53 PM
Melisa tu anak angkat ke?rupanya..iols baru tau.tp dulu mmg ada tine dia susah.sbb tu dia blakon ...


Melisa anak kandung Mariani. Ada ketika Malisa kawin dgn orang indon tinggalkan anak angkat dia sama Mariani. Time tu Mariani susah sangat. Dok flat job kurang.

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
toxicated posted on 26-4-2014 10:38 AM
Kosser.elok duk rumah mendalami agama je..dh tua sgt. Cukup2 la dlm dunia hiburan ni walau jadi hant ...

Setuju bangat...sudah2 lah kejar dunia tu...rumah kata pergi kubur kata mari...perbanyakkanlah bekalan akhirat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.081997 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list