CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2417|Reply: 14

Azmin Ali - Blackout di Batang Sadong

[Copy link]
Post time 29-4-2014 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Kena Batang Hidung Sendiri!!!!!! 'Blackout' di Batang Sadong, JPP Siasat Dakwaan Azmin Tipu Undi



PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiasat dakwaan kononnya berlaku penipuan dalam proses pemilihan peringkat cabang di Sarawak membabitkan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata, dakwaan tersebut masih dalam siasatan dan akan diumumkan secepat mungkin.

"Banyak dakwaan diterima selepas gambar membabitkan insiden itu dimuat-naik dalam laman sosial. Namun kita perlu sahkan terlebih dahulu sebelum pengumuman mengenainya dibuat secara rasmi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Jelas Johari, tindakan tegas akan diambil sekiranya pihak terbabit didapati bersalah dan dakwaan tersebut terbukti benar.

"Kami (JPP) tidak akan berkompromi dengan kes seperti ini. Sebagai parti reformasi kita tidak boleh lakukan apa saja sesuka-hati.

"Pihak JPP akan mengambil tindakan sewajarnya jika kes itu terbukti benar," katanya.

Pada Ahad, pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Azmin dibatalkan pencalonannya dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PKR ekoran dakwaan memanipulasi undi.

Beliau yang lebih dikenali Che Gu Bard berkata berdasarkan laporan yang dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

Perkara seperti ini pernah berlaku pada pemilihan 2010 dan telah dilaporkan, namun tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Azmin.

Johari berkata,  pemilihan di kawasan itu (Batang  Sadong) menerima banyak aduan selepas berlaku 'blackout' ketika proses pengiraan sedang berlangsung.

"Semasa pengiraan, dua calon Majlis Pimpinan Pusat datang dan secara kebetulan berlaku 'blackout'. Hal itu menyebabkan dua MPP tersebut tidak berpuas hati," katanya.

Menurutnya, pemilihan tersebut terpaksa dilakukan di sebuah hotel bajet ekoran tiada lokasi yang sesuai.

Sehubungan itu, Johari meminta semua pihak bersabar sementara menunggu hasil siasatan.

Selain itu, beliau berkata JPP masih menjalankan siasatan berhubung aduan yang dibuat calon ketua Cabang Kuala Selangor S. Manikavasagam berkenaan ugutan dua pegawai Khalid yang menghalangnya bertanding di Cabang itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2014 09:12 AM | Show all posts
aduhhhhhhhhh.....ari tu PRU dia la yg paling lantang kritik SPR pasal blackout, himpunana blackout 501 pun dia la yg paling kedepan.....




skrg ni 2x5......aku cume nak tgk komen macai....tu je
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 09:56 AM | Show all posts
aku saspek mereka mmg suka blackout..
takde pun jadi ada... ataupun diada-adakan..
modal air liur berapi..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:58 AM | Show all posts
blah la azmin ali!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 12:19 PM | Show all posts
aiiiiii tak de org komen ke pasal azmin kaki fitnah ni?

ye la tuan sendiri berak.....tak kn nak kecoh sekampung ye dak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 12:24 PM | Show all posts


katanyaaaaaaa!!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2014 12:31 PM | Show all posts
wakkakkaakakka
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 12:56 PM | Show all posts
la.... pengundi bangla ada??? ada??? bideo ada??? ada???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2014 01:08 PM | Show all posts
eloklah siasat. depa ni je yang telus melus mulus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 01:34 PM | Show all posts
munchkin posted on 29-4-2014 01:08 PM
eloklah siasat. depa ni je yang telus melus mulus

belagak tulus konon......hak tuuuiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 01:49 PM | Show all posts
akughi posted on 29-4-2014 01:34 PM
belagak tulus konon......hak tuuuiiiii

mana pernah salahhh...mana pernah silapppp...kalau ada onyet kat situ salah onyet...biar tak cebok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 04:57 PM | Show all posts
mane macai ni tak nak masuk sini ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2014 12:20 PM | Show all posts
sunyi thread aku ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2014 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
xbyr bil tnb ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2014 08:27 AM | Show all posts
mmmmmmmmmmm....bile tuan sendiri yg buat, macai semua  cabut lari tinggalkn tuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.073596 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list