CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5985|Reply: 81

Edisi mengadu domba - patutnye anwar PM malaysia

[Copy link]
Post time 29-4-2014 09:14 AM | Show all posts |Read mode
“Pakatan Rakyat yang patut tadbir Malaysia, Anwar PM


KUALA LUMPUR 28 APR: Pakatan Rakyat menyatakan kepada Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat, Susan Rice bahawa gabungan parti KEADILAN, Pas dan DAP yang sepatutnya menjadi kerajaan Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13.
Pakatan Rakyat memenangi 52% undi popular seluruh negara, walaupun dalam keadaan sistem pilihan raya yang tidak telus dan tidak adil
Malah penipuan tersebut dibuktikan melalui kajian bersama yang dibuat Universiti Harvard dan University of Sydney.
“Manakala Anwar Ibrahim yang seharusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam pertemuan dengan Susan, hari ini.
Hari ini, Susan Rice bertemu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
Dalam pertemuan itu Lim turut membangkitkan kebimbangan tentang kewibawaan sistem pilihan raya di Malaysia dan dizahirkan melalui himpunan membantah keputusan tersebut oleh berjuta-juta rakyat di Malaysia dan di luar negara.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2014 09:19 AM | Show all posts
dalam dok kutuk2 obama tak mo jumpa Anuwart, tp bila dpt jumpa wakil, tak malu plak nak bgtau patutnya bung nuart jd PM..... OMG.. very pathethic indeed... extremely tak malu... mana kajian Uni Havard and Uni of Sydney tu.. tak pernah dengaq pun.... tu yg frust gila tu bila Obama tak mo jumpa sbb dok perasan Obama patutnya jumpa dia sbg PM Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 09:21 AM | Show all posts
ko nak amerika buat apa? buang najib?
amerika tu pernah ke tolong mengamankan dunia????
dia bagi ko betis.. tapi dia nak ko balas dgn peha..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 09:24 AM | Show all posts
harimau76 posted on 29-4-2014 09:19 AM
dalam dok kutuk2 obama tak mo jumpa Anuwart, tp bila dpt jumpa wakil, tak malu plak nak bgtau patutn ...

Mustapa Spender pun ada mewakili PAS......






Dpt CANDID VIEWS aja
Last edited by crossfire on 29-4-2014 09:27 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 09:27 AM | Show all posts
Cerita pasal malaysia dikata adu domba... kunun nak suh jadi macam macai umno laa... kena tekan hidup pun angguk2, sujud2, perah lah, kami redhoooooooooooo......prffgghhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 09:29 AM | Show all posts
crossfire posted on 29-4-2014 09:24 AM
Mustapa Spender pun ada mewakili PAS......

apa nak buat...tu ja antara pemimpin 'berkaliber' yg ada...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2014 09:37 AM | Show all posts
harimau76 posted on 29-4-2014 09:29 AM
apa nak buat...tu ja antara pemimpin 'berkaliber' yg ada...

Obama kata, bukan ANU WAR saja tak dpt jumpa dia ramai lagi yg tak dpt jumpa, bermakna abg non sgt kecik di mata OBAMA. Mana abg non nak letak muka..... NAJIB dpt naik keter OBAMA.dasatlah NAJIB........mau tertiarap abg non.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 09:47 AM | Show all posts
crossfire posted on 29-4-2014 09:37 AM
Obama kata, bukan ANU WAR saja tak dpt jumpa dia ramai lagi yg tak dpt jumpa, bermakna abg non sgt ...

tu la pasal bang keros..tujuan obama mai sini pun adalah nak buat selling utk TPPA tu.. harus la kena bodek pemimpin tertinggi yg boleh buat keputusan.. buang karan ja jumpa Nuart tu setakat nak mengadu yg mengalahkan budak kecik.. bukannya Obama leh masuk campur pun hal ehwal negara ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2014 09:51 AM | Show all posts
harimau76 posted on 29-4-2014 09:47 AM
tu la pasal bang keros..tujuan obama mai sini pun adalah nak buat selling utk TPPA tu.. harus la k ...

kalau abg non naik keter OBAMA, mau sebulan kuar mesiakini, haru kah, suaraputarkeadilan sayang abg non cuma bermimpi.

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 09:58 AM | Show all posts
crossfire posted on 29-4-2014 09:51 AM
kalau abg non naik keter OBAMA, mau sebulan kuar mesiakini, haru kah, suaraputarkeadilan  say ...

bang Non lainnnn... macai kata he deserve it... pemimpin anugerah tuhannnn la katakan... pemimpin jenis ni buat apa pun takpa...semuanya elok dan betoi belaka... boleh tanya @totok / @totokreturn sbb dia sign kontrak sampai mati ngan bang non ni... setia sampai hujung nyawa/together forever...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ish ish ish....tak abis lagi sentap ..nuart pm?..pui pui pui...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:06 AM | Show all posts
crossfire posted on 29-4-2014 09:24 AM
Mustapa Spender pun ada mewakili PAS......

Kesian kat bang Non  ni  duk tekilan sepanjang hayat. Dah le PM in waiting forever waiting. Nak selfie dengan Obama pun entah bila dapat. Selfie dengan abang Topa je lah . Lagi padan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:12 AM | Show all posts
duk dlm kata pungpang2 kt twitter ngan fb yg amereka nih terrorist oleh penyokong2 dorg..
tp sempat lg ketua dorg  beramas mesra..tp jd la..xdpt beramas mesra ngan Obama...dpt gak beramas mesra ngan si susan nih..dr xdpt pape..dpt jugak la paper bt berita...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:12 AM | Show all posts
anwar ni bila boleh sumbat dia dalam jel ye?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:14 AM | Show all posts
sesuailah dgn apa yg Malaysia kini kata kat Nuart.. pembangang...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:23 AM | Show all posts
Dosa Besar-Mengadu DombaJuly 19, 2010 — jazimin
Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.
Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.
Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.
Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.
Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.
Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu”, “dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu” atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”.
Hukum Mengadu Domba
Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).
Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.
Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.
Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.
Balasan Mengadu Domba
Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.
1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:
Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”
(Surah Humazah: 1)
Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).
2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:
Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
(Surah al-Qalam: 11-13)
Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
(Hadis riwayat Muslim)
3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”
Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.
Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba
1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Surah al-Hujurat: 6)
2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:
Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.”
(Surah al-Luqman:17)
3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.
4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
(Surah al-Hujuraat: 12)
5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:
Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”
(Surah al Hujuraat: 12)
6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si Fulan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).
Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2014 10:24 AM | Show all posts
So.. aku boleh panggil puak ni "Wahai orang-orang yang Fasik"...

Bukan aku ajar.. Nabi ajar

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:50 AM | Show all posts
Susan Rice tu sah2 secret service or CIA dah kasi profile background pasal stopa spender putih.  Silap2 video dia cenonggeng pun Susan dah tengok.  Agaknya bila bersua apa la dalam hari Susan rice.. kot2 mamat bole tahan power tapi spender fail la.. kui2.. sama gak dgn Bang Non, Susan Rice dah tgk burung Bang Non in black & white...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:59 AM | Show all posts
susan rice dan condoleza rice ni ada kene mengena ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 12:23 PM | Show all posts
crossfire posted on 29-4-2014 09:24 AM
Mustapa Spender pun ada mewakili PAS......

mane gi hadi awang?

tak de sbb nak uruskn bini2 dia?

ye la org bini 3 kan.....byk urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.461920 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list