CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15271|Reply: 22

Masjid- Masjid Terbesar & Terkenal Di Dunia

[Copy link]
Post time 2-5-2014 06:17 PM | Show all posts |Read mode

Masjid merupakan tempat suci yang digunakan oleh umat Islam untuk melakukan ibadah (khususnya Shalat) kepada Allah Swt. Dari waktu ke waktu selalu didirikan masjid, baik berukuran besar atau kecil. Berikut adalah gambar-gambar  masjid terbesar & terkenal di dunia. Masjid-masjid yang ditampilkan pada artikel ini memiliki keindahan senibina yang luar biasa. Gambar-gambar di bawah ini tidak diturutkan berdasarkan peringkat apapun. Sila gunakan perspektif seni & keindahan dari mata anda untuk menilai.Dan inilah  gambar masjid-masjid terbesar dan terkenal di dunia. Namun, tahukah anda masjid terbesar di dunia? Masjid terbesar di dunia adalah Masjidil Haram yang terletak di Arab Saudi.


1.Masjidil Haram, Arab Saudi



Masjidil Haram merupakan masjid terbesar di dunia yang di tengah-tengahnya terdapat bangunan Ka’bah. Bangunan Ka’bah tersebut menjadi kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia dalam melaksanakan Shalat. Masjid yang terletak di kota Mekah, Arab Saudi, memiliki luas sekitar 4,008.020 meter persegi (990,40 hektar). Pada musim haji, masjid ini mampu menampung jamaah sebanyak 4 juta jemaah yang datang dari seluruh penjuru dunia. Masjid yang tidak pernah sepi selama 24 jam ini selalu ada umat Islam yang melakukan ibadah di dalamnya, baik Shalat ataupun Tawaf.


2.Masjid Nabawi, Arab Saudi



Selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi menjadi masjid kedua terbesar di dunia. Masjid ini adalah masjid paling suci kedua bagi umat Islam. Masjid Nabawi yang asal dibina pada tahun 622 dan berada di sebelah rumah Nabi Muhammad (SAW). Kini, Masjid Nabawi sudah menjalani beberapa kali peluasan dan tapak rumah Rasulullah (SAW) sekarang berada di dalam Masjid Nabawi di kawasan Raudah.


3.Masjid Sheikh Zayed, UAE



Masjid Sheikh Zayed ialah masjid ketiga terbesar di dunia. Masjid ini terletak di Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu. Masjid ini dinamakan sempena Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan, pengasas dan presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga dikebumikan di sana. Masjid ini dibuka dengan rasminya pada bulan  Ramadhan 2007.Masjid Sheikh Zayed memegang beberapa rekod dunia. Karpet yang terbentang luas di masjid ini merupakan "karpet terbesar dunia" dan dibuat oleh "Iran's Carpet Company" hasil rekaan artis Iran Ali Khaliqi. Karpet ini berukuran 5,627 meter persegi. Berat karpet tersebut ialah 47 tan - 35 tan kapas, dan 12 tan benang. Masjid ini juga mempunyai candelier (lampu lilin) terbesar dunia. Terdapat tujuh lampu lilin yang diimport dari Jerman dan kesemuanya adalah dari tembaga & bersalut emas. Lampu lilin yang terbesar berdiameter 10 meter dan 15 meter tinggi. Kedua-dua rekod ini sebelum ini dipegang oleh Masjid Besar Sultan Qaboos Oman.


4.Masjid Badshahi (Pakistan)



Masjid Badshahi atau Masjid Kaisar mampu menampung sebanyak 100,000 jamaah dan merupakan masjid kedua terbesar di Pakistan dan di Asia Selatan setelah Masjid Faisal. Masjid yang terletak di kota Lahore ini pernah menyandang sebagai masjid terbesar di dunia selama kurun waktu 313 tahun yakni dari tahun 1673 -1986. Selain menjadi salah satu masjid terbesar di dunia saat ini, masjid ini juga memiliki halaman masjid yang merupakan halaman masjid terbesar di dunia.


5.Masjid Faisal (Pakistan)



Masjid Faisal, terletak di Islamabad yakni ibu kota negara Pakistan. Masjid Faisal merupakan masjid terbesar di Pakistan dan di Asia Selatan. Masjid yang pernah menjadi masjid terbesar di dunia pada tahun 1986-1993, memiliki empat menara yang masing-masing tinggianya mencapai 80 meter dengan diameter 10 meter. Sehingga menjadikan menara tersebut menjadi menara tertinggi di Asia Selatan. Nama Faisal diambil dari nama Raja Arab Saudi, Faisal bin Abdul Aziz. Beliau juga orang yang menyokong dan membiayai proyek pembangunan masjid. Untuk kapasiti, masjid Faisal dapat menmpung jamaah sebanyak 300,000 jamaah.


6.Masjid Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam



Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin  ialah salah satu masjid di Brunei yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik di Asia Pasifik dan menjadi tarikan pelancong. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin diiktiraf oleh penduduk Brunei sebagai salah satu mercu tanda Brunei. Senibina masjid ini memadukan Senibina Mughal dengan gaya Itali. Bangunan ini dirancang oleh Booty and Edwards Chartered Architecture berdasarkan rancangan karya arkitek berkebangsaan Itali Cavaliere Rudolfo Nolli, yang telah lama bekerja di Teluk Siam. Dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28 iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin III, dan siap dibina pada tahun 1958. Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.


7.Masjid Sultan Hassan II, Morocco



Masjid ini terletak di Casablanca, Maghribi, Afrika Utara. Masjid Hassan II turut menjadi masjid yang terbesar di Maghribi dan mampu menampung hingga 105,000 jemaah. Masjid ini siap dibina pada 1993. Direka oleh arkitek Perancis, Michael Pinseau & Bouygues. Hampir setengah permukaan masjid ini terletak di lautan Atlantik. Hal ini diilhamkan dari ayat al-Quran yang menyatakan "Arasy Allah berada di atas air". Masjid ini juga mempunyai seni bina moden. Masjid ini dapat bertahan dari gempa bumi dan mempunyai lantai berhaba, pintu elektrik dan bumbung mudah alih.


8.Masjid Istiqlal, Jakarta Indonesia



Masjid Istiqlal yang terletak di Jakarta, Indonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 100,000 jemaah pada satu masa. Siap pada 1961, Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia. Kerana itulah ia dinamakan ”Istiqlal” (merdeka). Seni bina masjid ini menyerupai gaya Arab dengan tangga di penjuru setiap tingkat. Ia dibina oleh arkitek Jerman Frederich Silaban. Mempunyai 5 tingkat & 1 menara di dalam kawasan seluas 1 hektar. Lantai untuk muazin berada pada ketinggian 66.6 meter dengan halaman yang luas dan dilengkapi air pancutan di tengah kolam.


9. Masjid Imam Reza, Iran



Imam Reza Shrine di Masyhad, Iran adalah sebuah kompleks yang mengandungi makam Imam Reza, Imam kelapan Syi’ah Imamiyah  terdapat dalam kompleks Masjid merangkumi Masjid Goharshad, muzeum, perpustakaan, empat seminari, kubur, Universiti Islam Razavi Ilmu, sebuah ruang makan untuk pelawat, dan lain-lain bangunan.Ukuran bangunan utama iaitu seluas 598,657 meter persegi dan boleh memuatkan 700,000 jemaah.


10.Masjid Jama, India



Masjid ini terletak di Delhi, India. Ia dibina pada 1656 dan mampu menampung seramai 85,000 jemaah.Masjid Jama, (Masjid Cermin Dunia) adalah masjid utama yang berada di kawasan Delhi Tua di India. Masjid ini didirikan oleh Kaisar Mogul, Syah Jehan, yang juga membangun Taj Mahal. Masjid ini selesai pada tahun1656M dan merupakan yang terbesar dan terkenal di India. Masjid Jama sendiri terletak di sisi jalan raya yang sangat ramai di Delhi Tua, yaitu Jalan Chadni Chowk.


11.Baitul Mukarram (Dhaka, Bangladesh)




Baitul Mukarram , adalah masjid negara Bangladesh. Terletak di Dhaka, ibu negara Bangladesh, masjid ini telah diasaskan & dibuka pada tahun 1960. Kompleks masjid ini telah direka oleh seorang arkitek yang bernama T Abdul Hussain Thariani.Baitul Mukarram mempunyai bentuk seperti Kaabah yang terkenal di Mekah dan menjadikan masjid ini unik di Bangladesh.




P/s: Sebenarnye banyak lg...Kalo ade info sila lah tambah lagi ye...

Last edited by anees~nuhara on 2-5-2014 06:16 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2014 03:45 PM | Show all posts
tuna_sandwic posted on 3-5-2014 02:49 PM
tuna pernah solat jumaat kat Masjid Sheikh Zyed, Abu Dhabi, UAE

imam solat punya la laju

terang-terangan ko sedang menipu

bangga sgt komen menipu mcm tu

----- Last edited by sosimple on 18-6-2014 09:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 10:21 PM | Show all posts
Masjid Faisal cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 10:36 PM | Show all posts
Sejuk mata memandang
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 10:48 PM | Show all posts
Aku pernah solat jumaat kat masjid jama india..time holiday last year..not bad besar gedabak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 02:49 PM | Show all posts
tuna pernah solat jumaat kat Masjid Sheikh Zyed, Abu Dhabi, UAE

imam solat punya la laju
tak sempat tarik nafas

bangunan sangat besar, luas dan cantik
rasa macam masuk syurga dan neraka
sebab masa nak masuk pintu utama, ada guard badan besar agam macam giant berdiri kat atas batu dan bagi arahan kena masuk mana

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2014 04:29 PM | Show all posts
Masjid di malaysia tak ada masuk plak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 04:51 PM | Show all posts
wahh..moden betul dah di sekitar kaabah sekarang..jauh betul dah beza ngan dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Masjid iman reza kt iran cantik
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 01:24 AM | Show all posts
tang mana msjid di malaysia??
buat bjoota2 bbilion2..last2 xley solat jumaat..
indah khabar sajork..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
cantiknya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2014 08:27 AM | Show all posts
tripple_M posted on 5-5-2014 01:24 AM
tang mana msjid di malaysia??
buat bjoota2 bbilion2..last2 xley solat jumaat..
indah khabar sajork ...

kalo x silap msjid kristal terengganu..sbb xde penduduk tetap kt kawasan tu
Last edited by anees~nuhara on 5-5-2014 08:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 10:30 AM | Show all posts
Masjid kat Casablanca tuh uniknya
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 10:32 AM | Show all posts
masjid kat Casablanca tu uniknye
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 03:11 PM | Show all posts
subhanallah...cantiknyee
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
MasyaAllah kagum tgk masjid2 ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2014 07:17 PM | Show all posts
Sekitar Sheikh Zayed Mosque, Abu Dhabi



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2014 10:31 PM | Show all posts
Teringin rasa nak jejak masjid2 nihh. suatu hari nanti
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 02:53 PM | Show all posts
tuna_sandwic posted on 14-6-2014 07:17 PM
Sekitar Sheikh Zayed Mosque, Abu Dhabi

tuna_sandwic

tembakan kena pada sasaran... tepek gamba lg as bukti..
lain kali jgn suka menyibuk hal orang lain... kan dah kena...

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 10:02 PM | Show all posts
ultrakasino posted on 16-6-2014 02:53 PM
tuna_sandwic

tembakan kena pada sasaran... tepek gamba lg as bukti..

walk the talk

my uncle tinggal di Ras Al Khaimah UAE dah hampir 20 tahun
saya travel ke Dubai dan Abu Dhabi satu family fully sponsored by myself
kami jimat kat kos tempat tinggal je...
saya jenis tak ambil gambar diri sendiri
semua tu gambar family saya, saya yg jadi fotografer guna Nikon D80 je tapi tak pandai amik gambar pun
ada gambar dalam masjid Sheikh Zayed tu tapi muslimat ramai... takkan nak tunjuk kat sini... for my own collection dah ler

oh ya....
Arab sama macam Malaysia... ada mcm2 agama
ramai je muslimat yg solat pakai skirt paras atas buku lali dan selendang jarang kat dalam masjid Sheikh Zayed semasa solat Jumaat tu




Last edited by tuna_sandwic on 16-6-2014 10:08 PM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.617600 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list