CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Dunia] Bangkai MH370 di kesan pantai Timur Vietnam

[Copy link]
Post time 3-5-2014 12:17 PM | Show all posts
noor2 posted on 3-5-2014 12:12 PM
dah berapa lama dah kan....memang sangat kesian pada keluarga mangsa yang terlibat...i memang rasa ...

Org tak kene mcm dorang kne musibah begini kak noor
Bole la bilang mcm2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2014 12:19 PM | Show all posts
ida88 posted on 3-5-2014 12:17 PM
Org tak kene mcm dorang kne musibah begini kak noor
Bole la bilang mcm2

depa ingat kes kehilangan org tersayang ni kes mcm kehilangan anak ayam kut....boleh gelak2...tenang2...

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 12:22 PM | Show all posts
noor2 posted on 3-5-2014 12:12 PM
dah berapa lama dah kan....memang sangat kesian pada keluarga mangsa yang terlibat...i memang rasa ...

Oo ye ke, i belum baca lg kes bini pramugarq yg hilang kena kutuk tu. Apapun i simpati kat dorg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2014 12:22 PM | Show all posts
Tiada apa ditemui di Teluk Benggala - JACC

KUALA LUMPUR 2 Mei - Tiada apa yang ditemui di Teluk Benggala berhubung laporan syarikat pencarian yang berpangkalan di Adelaide, Australia yang percaya mereka mungkin telah mengesan serpihan pesawat MH370.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, ketika ini tiga kapal tentera laut Bangladesh sedang memantau kawasan itu dengan sebuah daripadanya dilengkapi keupayaan mengesan bunyi gema.

Beliau bagaimanapun yakin pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi merupakan keputusan yang betul.

“Saya yakin dengan semua bukti yang ada di hadapan kami, usaha gigih yang pasukan sedunia temui, analisis handshake manual antara pesawat dan satelit serta kerja stimulasi yang dilakukan bagi mendefinisi kawasan di selatan Lautan Hindi, saya yakin kawasan berkenaan di selatan Lautan Hindi merupakan tempat pencarian yang betul.

“Saya pasti masanya akan tiba kami akan menemui pesawat di kawasan itu di Lautan Hindi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Penasihat Khas kepada Biro Penyiasatan Penerbangan Perancis, Jean Paul Troadec di sebuah hotel di sini hari ini.

Ketiga-tiga mereka sebelum itu mengadakan mesyuarat khas bersama jawatankuasa tiga kementerian yang ditubuh kerajaan berhubung kejadian kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.

Houston ditanya mengenai laporan sebuah syarikat penerokaan maritim Australia, GeoResonance yang mendakwa menemui bangkai pesawat di Teluk Benggala iaitu 5,000 kilometer dari lokasi pencarian di Lautan Hindi.

Menurutnya, sehingga kini belum ada apa-apa pengesahan mengenai MH370 selepas kapal tentera laut Bangladesh melakukan operasi di kawasan berkenaan.

Sementara itu katanya, JACC tetap meneruskan komitmen mencari pesawat MH370 tanpa henti sehingga pesawat dikesan.

“Kami komited sebagai tiga negara untuk mencari MH370 tetapi seperti dikatakan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott bahawa pencarian mungkin mengambil masa antara lapan hingga 12 bulan kerana kami menghadapi masalah cuaca buruk dan pelbagai isu lain.

“Mesyuarat antara Hishammuddin dan Abbot di Canberra Ahad ini sangat penting untuk mengukukuhkan langkah ke depan bagi memastikan pencarian diteruskan dengan segera tanpa berhenti di mana-mana peringkat," katanya.

Dalam pada itu, Paul Troadec berkata, operasi pencarian MH370 telah menggunakan aset yang tepat.

“Saya lihat kita telah menghantar aset yang tepat dan masih ada harapan untuk menjumpai MH370," katanya.

Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Dal ... -JACC#ixzz30chFugo6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 12:27 PM | Show all posts
Orange1 posted on 3-5-2014 12:22 PM
Oo ye ke, i belum baca lg kes bini pramugarq yg hilang kena kutuk tu. Apapun i simpati kat dorg.

ada thread tu dah tenggelam jauh....banyak sangat muncul thread baru...termasuk thread bukan2...bukan isu semasa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 12:28 PM | Show all posts
bahan bukti mana? mana bahan bukti???
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-5-2014 12:30 PM | Show all posts
MAS beri AS$50,000 pendahuluan pampasan untuk waris penumpang

BEIJING 2 Mei - Malaysia Airlines (MAS) akan memperuntukkan sejumlah AS$50,000 kepada setiap waris terdekat penumpang warga China bagi Penerbangan MH370 sebagai bayaran pendahuluan pampasan.

Menurut kenyataan MAS yang ditampal pada pintu dewan Hotel Lido di sini hari ini, bayaran akan dibuat kepada individu yang layak bagi menampung keperluan segera kewangan mereka.

Kenyataan itu juga menyebut MAS akan memaklumkan para waris berhubung butiran pembayaran dalam tempoh dua minggu.

&#147emberitahuan butiran pembayaran akan dipapar di platform rasmi MAS dan kami akan turut menghantar notis bertulis kepada waris," katanya.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, syarikat penerbangan itu akan melunas bayaran pendahuluan pampasan secepat mungkin kepada waris yang berhak bagi memenuhi keperluan kewangan mereka.

Beliau berkata, bayaran itu tidak akan menjejaskan hak para waris untuk menuntut pampasan berdasarkan undang-undang di kemudian hari dan akan diambil kira sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan pampasan yang mereka layak terima. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Dal ... mpang#ixzz30cjNJ6cB
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2014 12:32 PM | Show all posts
Boeing ikrar berusaha cari jawapan

KUALA LUMPUR 2 Mei - Boeing, pengeluar pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang secara misteri sejak 8 Mac lepas, bersama-sama seluruh komuniti penerbangan global berikrar untuk mengetahui apa dan mengapa yang berlaku terhadap pesawat berkenaan.

Dalam kenyataan di sini hari ini, pengeluar pesawat itu berkata Boeing sedang bekerjasama dengan semua pihak dengan harapan menyelesaikan pencarian pesawat itu secepat mungkin.

Ia berkata semua laporan kemas kini dan maklumat harus disampaikan pihak berkuasa Malaysia.

“Boeing terlibat secara aktif sebagai penasihat teknikal kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat, berkongsi kepakaran tenikal dan analisis dengan pasukan penyiasat Malaysia dan menyokong pencarian yang dilakukan sekarang," kata Boeing.

Boeing berkata, ia akan turut serta dan menyokong usaha untuk mencari cara berkesan dan efisien bagi meningkatkan pengesanan kapal terbang di seluruh dunia.

“Sejak hari pertama, keluarga dan insan disayangi yang menaiki pesawat Malaysia Airlines 370 sentiasa dalam ingatan dan doa kita," kata Boeing.

Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Antara penumpangnya tiga orang warga Amerika Syarikat.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200ER itu diperairan Perth, Australia membabitkan penggunaan Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) Bluefin-21. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Dal ... wapan#ixzz30cjtCqCv
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2014 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Spekulasi lagi kah???????
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 12:35 PM | Show all posts
d-7-0ne posted on 3-5-2014 11:46 AM
klu betul, abislah ko bijan.........

kenape abis pulak? sbb bijan sembunyi fakta kehilangan MH?  
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 12:38 PM | Show all posts
aku yg pening..mula2 kes kat lautan cina..berduyun2 sar cari kat sana..dah tu kat Vietnam...lautan hindi .teluk Bengal dan yg latest ni kat Vietnam lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sueism posted on 3-5-2014 12:08 PM
mana lah bahan bukti nie??? sampai kesudah MH370 dah jumpa tapi
bahan bukti masih kosong !!!!

Kosong. Kosong kosong
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 12:39 PM | Show all posts
noor2 posted on 3-5-2014 12:27 PM
ada thread tu dah tenggelam jauh....banyak sangat muncul thread baru...termasuk thread bukan2...bu ...

Hehe....ramai suka buka thread. I nampak ada kemunculan baru nama magdalena ke pa ntah, dulu dia keja polis sariah jaga dosa pahala org kat CI ni, skrg suka bukak thread pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 12:41 PM | Show all posts
Orange1 posted on 3-5-2014 12:39 PM
Hehe....ramai suka buka thread. I nampak ada kemunculan baru nama magdalena ke pa ntah, dulu dia k ...

.....haha...paling tak tahan thread acom...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 12:46 PM | Show all posts
noor2 posted on 3-5-2014 12:41 PM
.....haha...paling tak tahan thread acom...

Acong pun suka bukak thread, tp i sokong je acong. Eh noor kita dah melalut takut tuan rumah duk cekak pinggang perati nak tunggu halau je ok noor nanti sambung mana2 thread lain pulak...hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2014 12:46 PM | Show all posts
akughi posted on 3-5-2014 12:35 PM
kenape abis pulak? sbb bijan sembunyi fakta kehilangan MH?

habis lah Nuat...dia boleh jumpa MH370 dlm sesaat...tentu dia yg surukkan MH370 ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2014 12:47 PM | Show all posts
Orange1 posted on 3-5-2014 12:46 PM
Acong pun suka bukak thread, tp i sokong je acong. Eh noor kita dah melalut takut tuan rumah duk ...

...okay...



Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 12:58 PM | Show all posts
takde gambar ke? zaman skrang ni hp pun dh ade kamera dah jumpe tu snap la gmbr boleh dijadikan bukti
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 01:00 PM | Show all posts
Habis tu ping ping tu apa cerita
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis  tuh ping ping pong kejadah tuh apa...... ngarut la semua nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.087337 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list