CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1927|Reply: 7

[Tempatan] Putrajaya jadi pusat jazz dunia

[Copy link]
Post time 8-5-2014 12:17 AM | Show all posts |Read mode
Festival tampilkan ramai bakat muda antarabangsa mampu tarik 10,000 pengunjung

Memasuki tahun ketiga penganjuran, Festival Jazz Belia Sedunia 2014 (WYJF) semakin menghampiri matlamat asal untuk menjadikan Putrajaya sebagai pusat antarabangsa bagi muzik genre terbabit buat golongan muda.      

              Diadakan sempena Festival Belia Putrajaya 2014 pada bulan ini, yang juga program tahunan di Putrajaya, acara  kali ini berjaya mengumpulkan ramai pemuzik dan penyanyi jazz dari seluruh dunia.      
      
      
        Acara tiga hari yang bermula dari 2 hingga 4 Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ini menyaksikan penyertaan 29 kumpulan membabitkan 166 penghibur tempatan dan luar negara. Setiap hari, khalayak dihiburkan dengan persembahan jazz bertaraf antarabangsa.

        Pada hari pertama, pentas jazz di pusat persidangan terbabit dibuka dengan persembahan oleh Lokman Aslam, diikuti kumpulan Starlite, Sketsa, Ireson dan Sunny Trio & The Vox.

        Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, antara tetamu kenamaan yang hadir pada malam pertama berkenaan.


Pengunjung turut dihiburkan oleh kumpulan Fingerstyle, Indonesia Youth Regeneration, Mazlina & The Red Velvet, Swingster Syndicate, The Bavarian State Youth Jazz Orchestra, Claude Diallo Situation, Yukiko Onishi with Isao Suzuki Group dan Benny Likumahuwa Jazz Connection pada hari kedua persembahan.

        Malam terakhir tentunya lebih istimewa apabila nama besar dalam muzik jazz tampil beraksi. Mereka terdiri daripada Echotones, Melissa Indot, Fusion Stuff, Mitti Klein Hand On Soul, Shahnon Kennedy & U-Nam Nivo Duex, Imran Aiman, Amelia Ong, Salamiah Hassan dan Atilia Haron.

        Penutup WYJF juga gah dengan menyaksikan semua pemuzik bergabung di bawah pimpinan Pengarah Orkestra RTM, Datuk Mokhzani Ismail. Mereka menyampaikan lagu joget dan makyung mengikut rentak muzik terbabit.

        Selama tiga hari berkenaan, festival itu mampu menarik perhatian lebih 10,000 pengunjung.


Pengerusi Jawatankuasa Penganjur WYJF, Datuk Nik Azmi Md Daud, berkata walaupun acara ini membabitkan pemuzik jazz belia, pihaknya tidak mengetepikan penghibur ternama lain.

        "Memang kita ingin mengangkat pemuzik dan penghibur jazz daripada kalangan orang muda. Kali ini kita menampilkan bakat dari 12 negara keseluruhannya.

        "Kita turut menggabungkan dua generasi berbeza seperti Salamiah dan Atilia serta Benny Likumahuwa dan anaknya, Berry. Dengan adanya pemuzik jazz 'otai', mereka dapat memberi panduan kepada yang muda. Acara berbentuk festival seperti ini turut menyediakan peluang seluasnya kepada semua peserta untuk bertukar pandangan dan pengetahuan mengenai jazz," katanya.


Katanya, tahun ketiga penganjuran, WYJF yang diadakan atas inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Jazz Community Malaysia  (JAZZCOMM), ini semakin menampakkan pembangunannya.

        Pada masa sama, festival jazz belia ini menarik golongan muda mendekati genre muzik yang dianggap sebagai ‘milik’ golongan berada.

        "Putrajaya sendiri dikenali sebagai pusat kegiatan untuk golongan muda. Justeru, kita mahu jadikan Putrajaya sebagai pusat jazz belia sedunia. Setiap tahun kita akan cuba membawa lebih ramai pemuzik jazz belia dari serata dunia beraksi di sini.

        "Masuk tahun ketiga penganjuran, kita terus membuka peluang kepada orang ramai menikmati persembahan disediakan secara percuma. Saban tahun juga, saya lihat kehadiran pengunjung semakin meningkat, menunjukkan acara ini kian mencapai matlamatnya, iaitu membolehkan lebih ramai terutama golongan belia mengenali muzik berkenaan.

        "Kita ingin menukar tanggapan sesetengah pihak kononnya muzik jazz ini membosankan, sebaliknya mampu untuk menghiburkan apabila mereka hadir sendiri ke festival terbabit," katanya.

        Beliau berkata, antara atur cara festival kali ini ialah bengkel muzik jazz oleh The Bavarian State Youth Jazz Orchestra bersama pelajar ASWARA, yang diadakan pada Isnin lalu.                                
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2014 12:28 AM | Show all posts

Putarjaya tu penuh dgn ummah mulayu sunni mentaliti caprut, mana depa minat jazz, sedangkan Katie Melua ratu akoustik tu pun ramai tak tau...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 01:29 AM | Show all posts
Tak minat jazz
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 04:42 PM | Show all posts
ehhhhh ingat ramai lobai2 nak bawak hadis tuk mengharamkn jazz kat putrajaya
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 04:49 PM | Show all posts
ni ade kene mengene ngan anak sorg menteri yg jadi penyanyi ala jazz tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
man you gotta see JavaJazz event.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2014 04:56 PM | Show all posts
pyropura posted on 8-5-2014 12:28 AM
Putarjaya tu penuh dgn ummah mulayu sunni mentaliti caprut, mana depa minat jazz, sedangkan Katie  ...

tak apa umat melayu kenal najwa mahiuddin
okay ler tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2014 05:14 PM | Show all posts
sebab tu bila Pusat stop konsert tu semua lakonan je
setakat nk menghormati tragedi tertentu
lps tu semua konsert berjalan mcm biasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.059676 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list