CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annehuda

CEO [BETO KUSYAIRI-REMY ISHAK-CRISTINA SUZZANE]

[Copy link]
Post time 20-5-2014 09:02 AM | Show all posts
disebabkan ade Beto.. wajib p tgk ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2014 11:49 AM | Show all posts
dua2 minat.. beto n remy.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 02:08 PM | Show all posts
wahhh pelakon sume best2
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 04:45 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 18-5-2014 12:21 AM
A.L.O.N.G.

ALONG!

hah???? mmg beto ke yg duk dlm maskot kucing tu selama ni???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2014 04:51 PM | Show all posts
cmf_premierleag posted on 20-5-2014 04:45 PM
hah???? mmg beto ke yg duk dlm maskot kucing tu selama ni???

nah bukti bergambar kalau tak caya



Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 05:11 PM | Show all posts
annehuda posted on 20-5-2014 04:51 PM
nah bukti bergambar kalau tak caya

hohohoho maknanya, aku penah le bersalam dgn beto dan bergambar bersama beliau sbb aku penah bergambar dgn maskot along nih
ya ampunnnn..mcm x caya je aku penah salam beto
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2014 10:52 AM | Show all posts
ya awloh..... beto rupanya dalam along tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 01:32 AM | Show all posts
kalau heroin bukan suzzane nih kan lagi ok..
tak suka dgr cara dia ckp....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tayangan gala rabu baru ni...byk positive feedback.

Tak sbr nak tgk!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 12:04 AM | Show all posts
Oleh Norhayati Nordin
Hidup umpama roda. Kadangkala berada di atas dan siapa sangka juga tiba-tiba saja di bawah pula. Begitulah gambaran kehidupan dua pemuda yang diketengahkan dalam filem ‘smart comedy’, CEO.
Diterbitkan produksi baru Arafilm Sdn Bhd, filem itu turut mengetengahkan bakat pengarah berkaliber, Wan Razaisyam Wan Mat Rashid. Meskipun CEO karya sulung sentuhan-nya di layar perak namun ia menjadi.
Bersandarkan jalan cerita ringkas dan mudah difahami, CEO hasil tulisan skrip Nazri M Annuar itu juga padat dengan mesej kehidupan. Bahkan, yang pasti penonton takkan kering gusi menyaksikan komedi dipersembahkan.


Razaisyam berkata, dia berharap percubaannya menerusi CEO akan berjaya menarik penonton ke pawagam.
Katanya, walaupun judul CEO melambangkan dunia korporat, masih ada sisi lainnya.

“Mengikut ilham penulis skrip, ia mengete-ngahkan kisah pemuda berjawatan hebat yang bongkak dan kaya akhir-nya jatuh miskin dalam sekelip mata. Bahkan, pada sudut lain juga ada seorang pemuda biasa yang suka bergembira.

“Namun, pemuda biasa itu bukan calang-calang orang kerana dia bijak dan mampu menjadi CEO yang cekap. Jadi, kisah dua pemuda inilah yang diolah sebaik mungkin bagi memastikan mesej dimuatkan diterima penonton.

“Oleh itu, melihatkan penerimaan positif media pada tayangan pratonton ini, saya agak lega. Apatah lagi, saya lebih menitikberatkan lakonan semula jadi dengan dialog ringkas yang dipersembahkan pelakon,” katanya.

Menurut Razaisyam lagi, bagi memudahkan pelakon menjiwai karakter masing-masing, dia sebagai pengarah lebih selesa memberi kebebasan dalam berkarya. Ditambah, barisan pelakon dipilih semuanya berbakat dan ada pengalaman.

Katanya meskipun dalam CEO ada gabungan pelakon senior dan baru, mereka nampaknya boleh bekerjasama dengan baik. Ia diakui Razaisyam yang memudahkan kerja kerana pelakon sudah tahu kehendak karakter dan keinginan pengarah.

Mengulas  mengenai keadaan pasaran filem Melayu sekarang yang merudum dan suram, Razaisyam berkata dia tidak mampu menolak perasaan bimbang memikirkan penerimaan penonton pada karya yang sudah dihasilkan itu.

“Namun saya tetap yakin sudah menghasilkan satu karya terbaik buat penonton datang ke pawagam bersama seisi keluarga. Apatah lagi, saya sangat bersyukur dan gembira kerana CEO selamat daripada pemotongan babak.

“Tak sangka juga babak yang dimuatkan dalam CEO selamat 100 peratus daripada pemotongan Lembaga Penapisan Filem (LPF),” katanya memaklumkan penggambaran filem itu dilakukan tahun lalu selama 30 hari dengan kos pembikinan  RM1.8 juta.

Menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 12 Jun ini, barisan pelakon filem CEO ialah Remy Ishak sebagai Adam, Beto Kusyairy (Sufian), Cristina Suzanne (Nina), Datuk Jalaluddin Hassan (Tan Sri), Anas Ridhuan (Aloy), Nazeera Sardi (Lily), Mustaqim Zaki (Firdaus) dan kemunculan istimewa, Deanna Yusof (Zara).


Gandingan Remy dan Beto berhasil

Jika sebelum ini, keba-nyakan filem Melayu sering me-ngetengahkan kisah cinta meskipun digarap dalam genre komedi, seram dan romantik, CEO nyata menyuntik kelainan baru.

Filem ini lebih menjurus pada nilai persahabatan dan kehidupan.

Gandingan pelakon lelaki utama yang diolah sebagai bekas CEO lakonan Remy dan CEO baru (Beto) jelas menampakkan keserasian dan menjadi. Kedua-dua pelakon ini berjaya menjiwai watak mereka dengan baik dan berkesan.

Beto yang ditemui selepas tayangan pratonton di Cathay Cineleisure Mutiara Damansara, malam kelmarin berkata, sudah tiba masanya elemen baru dan lebih segar diketengahkan dalam filem Melayu untuk tarikan penonton.

“Kalau sebelum ini penonton mungkin sering disogok dengan elemen percintaan tetapi CEO lebih ke arah karier, persahabatan dan kehidupan masyarakat kota. Ia membuatkan saya sangat selesa dan suka dengan filem ini.

“Selain jalan cerita santai yang diolah dengan mantap, apa yang penting juga keserasian antara pelakon. Tak dinafikan, kami semua pelakon dalam filem ini boleh memberikan kerjasama baik dan gandingan itu nampak menjadi,” katanya.

Mengakui  semua pelakon menampilkan aksi seimbang dalam lakonan masing-masing, Beto berkata, kini hanya menunggu penilaian dan penerimaan penonton saja.
Katanya, semoga penonton tempatan datang ke pawagam mulai 12 Jun nanti.

Bagi Remy pula, masih ada kekurangan dalam lakonannya yang boleh diperbaiki lagi pada masa akan datang. Apapun, katanya, sebagai seorang pelakon sukar untuk dia mudah berasa puas dalam setiap hasil kerja seninya.

“Saya seorang yang susah untuk berasa puas dalam setiap hasil kerja. Meskipun, sudah ada pe-ngalaman tetapi masih banyak lagi perlu diperbaiki.
Apapun, saya seronok beraksi dalam CEO kerana gabungan barisan pelakonnya.

“Bahkan, pengarah (Razaisyam) juga senang berbincang dan banyak membantu. Selain itu, apa yang paling utama ialah jalan cerita CEO yang saya yakin penonton akan menyukainya dan takkan berasa bosan menonton,” katanya.

Remy yang kini terbabit dalam penggambaran drama Kasih Berbisik berkata, CEO banyak menampilkan kelainan terutama pada jalan ceritanya. Walaupun, satu kisah yang santai tetapi ia padat dengan mesej kehidupan.

CEO mengisahkan Adam (Remy) yang berjawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di syarikat ternama yang bongkak dan sombong. Sikap Adam nyata kurang disenangi ramai. Apapun, selepas melamar kekasihnya, Adam dibuang kerja.

Difitnah menyelewengkan duit syarikat, Adam kecewa kerana miskin dalam sekelip mata. Sufian pula seorang pemuda biasa yang bekerja di restoran. Bahkan, kehidupan Sufian juga ceria bersama rakan-rakannya.

Suatu hari, Sufian yang baru keluar penjara kerana dituduh mencuri sudah diikat jamin oleh Zara. Dia juga dilamar bekerja di syarikat milik seorang Tan Sri sebagai CEO. Sufian bekerja bersungguh-sungguh dengan jawatan barunya.

Namun, dalam keseronokan Sufian bekerja dengan jawatan baru itu, dia dan setiausahanya, Nina akhirnya mengetahui satu rahsia yang mempunyai hubung kait dengan Adam. Apakah yang berlaku sebenarnya dan apakah ada bukti ke atas Adam yang dituduh menyeleweng?




mymetro 30/5/14





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 03:37 AM | Show all posts
http://mamuvies.blogspot.com/2014/05/ceo-2014.html#more




Director: Razaisyam Rashid
Writer: Nazri M. Annuar
Starring: Remy Ishak, Beto Kusyairi, Anas Ridzuan, Cristina Suzanne, Deanna Yusoff, Jalaluddin Hassan
Genre: Comedy
Rating: General
Verdict: "Provides the kind of laughs that has been absent in local cinema for the past couple of years..."

Synopsis

Two guys, two different worlds, nothing in common. High up in a lavish office in a skyscraper, there's Adam (Remy Ishak) who's the CEO of his own architecture firm. Meanwhile, down on the street is Sufian Abas, book publisher accomplished slacker with a pizza delivery gig on the side. The two have no reason to cross paths, but when Adam is framed for corporate fraud, he winds up on the street and, in a twist of fate, Sufian takes his place. Only then they have one thing in common: neither of them know what's going on or what's at play here.

What to Expect

1. Laugh-out-loud comedy
2. Witty banter
3. Memorable characters
4. Also, great performances from everyone
5. Odd camerawork at times
6. Score's a tad overwhelming

What NOT to Expect

1. Cerekarama
2. (Much of) corporate espionage and political intrigue
3. Senario antics
4. I'm-your-father plot twist

Review

Concerns arise about the film due to its minimalist "packaging". Indeed, it's a little hard to tell what's the tone of CEO based on the poster alone. Personally I welcome this minimalist approach not so much because I'm a fan of it, but rather because as of late, local movie posters in general have been nothing short of an eyesore; so this kinda stands out. But let's not get into that right now.

For the time being, let's focus on the film and the film alone; which isn't well-represented in the trailer either, because CEO provides the kind of laughs that has been absent in local cinema for the past couple of years.




For starters, much of the film's humour isn't founded on ideas like fat people are inherently funny. In other words, it doesn't involve cringeworthy name-calling or fat-shaming, so you'd be happy to know that no obese comedians were harmed in the making of CEO - physically or emotionally. What you'll get instead are situational comedy, with set-ups and payoffs; and also sight gags that may get crazy at times, but never off-puttingly over-the-top.

No fart sounds. No cartoon noises. Thank God.

However, that is not to say that CEO nailed it when it comes to sound design. Having wall-to-wall sound has never been something that settles very well with me, but the good news is that it's only something I realised in retrospect: despite the omnipresent background music, at no point did it drown out the exchanges between characters.



Simply put, the production team knew they had a good script, so they didn't try to "enhance" its humour by going too crazy with the sound effects.

The only other thing that I find odd is the camerawork. Ninety percent of the time it's all good - even reminds me of Edgar Wright films - but there are moments when it seems like the cameraman has a big sneeze and the camera shakes violently, presumably for comedic effect. Personally, I find it redundant and out-of-place, but just like that thing with sound design that I've mentioned earlier, they aren't detrimental to my enjoying the film - not once did they wipe the smile away from my face.



What defines CEO, other than the script, are the people that bring it to life. I have an aversion to giving specific examples in my reviews, so let's just say that for once, it's really refreshing to see a film so well-directed and well-acted, from the main cast all the way down to its extras. There are no caricatures here and I even get to see Remy Ishak in a new light. In the past, I've never understood why this guy is such a big name, but here he lives and breathes his character, nails it, and it's so endearing.

Also worthy of note is the performance of Anas Ridzuan, whose busker character is the polar opposite of Remy Ishak's; and stage actor Aloy Paradoks, who plays a minor character as an unorthodox shoe seller, and steals every scene he's in.



Some may express disappointment at how the corporate espionage and political intrigue aspects of CEO hover mostly in the background, while a whole lot more emphasis are given to the characters. Personally, I don't mind it at all because I take the movie for what it is: not a thriller, and more of a lighthearted, modern-day Malaysian take on The Prince and the Pauper.

So I say forget about "supporting local stuff" or CEO being okay "for a local production." This here is a fine movie that stands on its own two feet and I can, wholeheartedly, recommend it.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 01:50 AM | Show all posts
3 artis kegemaran aku. beto, christina and deanna. tak sabar nak tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 08:20 AM | Show all posts
remy ...oh remyyy
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 06:04 PM | Show all posts
nanti macam cerita KIL hampehhh....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 06:05 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 27-5-2014 01:32 AM
kalau heroin bukan suzzane nih kan lagi ok..
tak suka dgr cara dia ckp....

suara dia macam didie alias kan. dan dia nampak macam dewasa dari usia sebenar..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 04:12 PM | Show all posts
mcm best~~~ nk tengokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2014 01:41 AM | Show all posts
TUNGGU CITER NIH..........
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 03:45 AM | Show all posts
christinA suzanne the earh stoodstill
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 10:36 AM | Show all posts
https://twitter.com/Razaisyam/status/476586437400203264
meet n greet beto!! jap lg kat klcc. esok kat mines and alamanda. nih yg rasa nk balik awal ni.haha


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 12:34 PM | Show all posts
tak sabar nak tengok. tapi tak dapat tengok harini. sabtu ke ahad ke okay kot. hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.129831 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list