CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annehuda

CEO [BETO KUSYAIRI-REMY ISHAK-CRISTINA SUZZANE]

[Copy link]
Post time 12-6-2014 12:34 PM | Show all posts
i love you remy!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2014 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
baru lepas tgk ceo kat mines... memang best sesangat... :lol really enjoyed the movie... remy n beto memang hot!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 01:50 AM | Show all posts
sudah nonton  CEO,,, kekuatan utama filem ini sudah tentu terletak pd gandingan menjadi pelakonnya....dr pelakon utama sehinnga pembantu,,,,semuanya berjaya membentuk sebuah komedi yg matang ,,,,namun kekecewaan terbesar saya kerana plotnya membuat saya dejavu, puas memikir filem apa, namun sedari awal babak pertemuan beto dan remmy mengingatkan saya pertembungan eddie murphy dgn hero filem ghostbuster( lupa namanya &malas nak tanya cik google) dlm TRADING PLACE....ermmmmm,,,,,apapun bagi yg belum menonton filem hoolywood tu, CEO tidaklah mengecewakan...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tgk semalam...dlm panggung dr kanak2 sampai ke makcik pakcik..semuanya sakan gelak..so it turns out to be a family gud movie.

Yup sy pun rasa CEO best sbb lakonan best dr 2 hero, watak Remy yg intense dn Beto yg selamba. Comeback Diana pun best..overall semua menyerlah even Anas yg underdog tu pun sgt2 sempoi..kalau dia bawak watak Sufian (Beto) sure menjadi juga.

All in all 4 bintang utk CEO..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 12:40 PM | Show all posts
dah tengok. memang ngam remy & beto. tak sia-sia minat beto!
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2014 01:37 AM | Show all posts
Lucu tapi bermakna!


Jika dilihat pada tajuknya, pasti tergambar di fikiran bahawa filem ini berkisar tentang dunia korporat dan perniagaan sebagai subjek utama.
Hakikatnya, ia sebuah naskhah ringan dan menghiburkan, tetapi sarat dengan mesej yang menyentuh tentang norma-norma masyarakat kita pada hari ini.
Olahan skrip filem ini sangat kreatif dan berjaya disampaikan oleh Remy apabila dia perlu melakonkan watak serius tetapi menuturkan dialog yang kelakar.
Kemunculan Beto di layar perak yang sangat dinanti-nanti oleh penonton juga sangat berbaloi, apatah lagi dalam CEO aktor tersebut sangat menyerlah membawa watak bersahaja dengan cara yang mengagumkan.
Justeru, tidak keterlaluan jika penulis menyifatkan CEO sebagai filem tempatan paling hebat ditayangkan di pawagam setakat ini dalam tahun 2014.

Sinar Harian


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2014 01:45 AM | Show all posts
"Kira-kira kat UTM lain kot dengan kira-kira di UiTM" - Sufian

"Abang Long kau siapa?" - Sufian

"Ni yang aku malas nak cakap dengan orang tua ni, orang tua yang tak nak dengar. Tapi abang tak dengar, bukan salah abang. Ni salah sistem." - Aloy
Skrip filem oleh Nazri M. Anuar mengambil pakai sudut pandangan dua individu pemuda bujang yang mewakili dua golongan Melayu kontemporari, yang elit berstatus tinggi (Remy Ishak sebagai Adam) dan yang "kutu" berstatus menengah-rendah (Beto Kusyairy sebagai Sufian Abas[!]). Katakanlah, dalam suatu perancangan dan "takdir Tuhan", dua individu ini akan bertemu, dan bertukar tempat. Terjadilah suatu komedi sosial dan komedi resam (comedy of manners).

Nazri dan Razaisyam cukup serba-serbi dalam menyampaikan sindiran mereka terhadap keutuhan-kekayaan-kesombongan-kekuasaan-main Tuhan orang kaya yang "memperbodoh-bodohkan" orang miskin dan memperlekeh keupayaan pemikiran orang biasa. Dunia sepenuh "rumah kaca" ini akan dirobohkan secara kecoh, dengan sarung pelekat dan jeans lusuh Beto dan empat kawannya (aku menyedari, Nazri suka sangat dengan kain pelekat). Jalan cerita tentu sahaja akan berubah jiwa Beto tidak menilai baik-buruk dan merenungi moral. Jelas, Nazri dan Razaisyam menyampaikan sikap jujur, idealogikal dan sedikit lurus bendul bahawa dalam tangan anak muda yang bijak, tulus dan bersih, mereka dapat meluruskan benang yang basah, mereka dapat membenarkan kebenaran, mereka dapat menggegar dunia. Sikap positif ini sahaja sudah cukup untuk menarik minat dan semangat anak muda bahawa dalam tangan mereka, mereka boleh berbuat sesuatu untuk "agama, bangsa dan negara". Ya, filem ini sebuah filem youth empowerment yang memikat dari sisi mata urban.

Pergerakan jalan cerita Beto senang dan seronok, dan kita bersyukur, ruang ini dimainkan dengan handal sekali oleh Beto, dengan sengaja wide eyed dan penuh praktikal. Jika lakonan ini jatuh atas seorang pelakon yang tidak bijak dan terlebih badut, akan merencat filem ini ke arah komedi sampah dan jamban. Razaisyam yang mengawal hal ini haruslah dipuji, inilah yang kita cari dalam komedi, seperti yang dilakukan oleh Mamat Khalid dan Bernard Chauly. Beto mempunyai suatu kemahiran yang bukan calang-calang, kerana jika dia bermain dengan serius dan dramatik, nada filem ini akan menjadi bosan. Beto dengan sensitif mengimbangi ruang lawak-drama dengan pragmatis dan perlu. Kita terasa dimensi bijak-hati baik perwatakannya.

Namun aku perlulah memberikan penghormatan terhadap Remy Ishak yang mempunyai ruang cerita yang lebih memerlukan pelbagai aksi dan emosi yang pelbagai dan spontan. Begini, kita bayangkan seorang mamat kaya yang ego dan poyo, yang semua orang tidak suka. Tetapi tika dia merundum jatuh, lalu dia merintih dan memohon belas kasihan, kita bersimpati. Bukan mudah untuk kita menyukai watak ini, dan aku bersimpati dan menyukai apa yang dilalui Remy. Dan dia memakai sut seperti dia memang seorang CEO yang hidup. Ini suatu kejayaan buatnya.

Christine Suzanne sedikit tenggalam di bawah berdiri dua jejaka hebat di atas, dan Nazri dan Razaisyam tidak menggunakan Christine sebagai Nina dengan betul-betul untuk mengembangkan dinamisme watak tiga serangkai dan apa yang boleh diperah lagi. Kita dapatlah juga nampak pada awalnya, mimik Nina yang kurang yakin dengan Sufian tetapi sedikit demi sedikit, menyukai tuan baharunya. Banyak perkara yang Christine perlukan, tetapi setakat ini, dia tetap membantu.

Penggambaran Pete Abdullah membantu bila perlu dan sederhana untuk sesebuah komedi. Mungkin juga Razaisyam tidak benar-benar memerlukan kepakarannya atau Pete sudah terlalu biasa dengan ruang yang statik. Suntingan mungkin mempunyai beberapa masalah, dan ini mecacatkan sedikit filem ini, lebih-lebih lagi dalam kawalan peredaran masa. Terdapat syot yang kita kurang dapat menangkap wajah dan mimik pelakonnya pada masa yang kritis. Terdapat beberapa babak yang sengaja dibiarkan bergerak tanpa suntingan, tanpa campuran syot fokus, yang kalau kita tangkap dalam sebuah filem MiG kita akan tuduh ianya kemalasan. Namun sinematografi Pete jauh lebih baik daripada Karipap-karipap Cinta Hafsham, Kahwin 5 Nizam Zakaria, atau Salon Woo Ming Jin yang tiada daya dan lesu. Hanya dengan gabungan suntingan, filem ini kalah dengan Hantu Kak Limah. Terdapat beberapa persoalan dan kekurangan syot, membuatkan impak dan intrig kurang, contoh seperti syot dan gerakan babak pada babak Beto-Christine cuba mencari ruang menyorok apabila berada dalam sebuah bilik penting. Suspensnya terasa terabai malah mendatar. Kita tidak dapat babak aksi yang memikat dengan kekuatan suntingan, ataupun dengan gaya P. Ramlee biasa yang bersyot statik tetapi wataknya menggelabah habis. Terdapat juga babak "pukul" yang boleh dibuat dengan lebih baik dan tidak terlihat dipentaskan. Terdapat beberapa adegan selang-seli sudut pandangan Beto-Remy yang dipersoalkan dari sisi membina mood komedi. Awal-awalnya kelihatan terkawal dan membina cerita dan perwatakan, kemudian pada babak Remy ke busker dan Beto tiba-tiba bersama empat kawannya di luar bumbung kereta dan kemudian syot kota waktu malam yang pendek, terdapat sikap yang sedikit abrupt, malah canggung.

Suara dan efek suara cukup dan terkawal, dan dengan susah kerana Razaisyam kelihatan merakam suara pelakonnya secara langsung (hal ini dipuji). Paling baik ialah busanya yang walaupun kelihatan biasa sahaja, sebenarnya memberikan cerita (rujuk cara dandanan rambut Christine Suzanne) dan maksud dan menyampaikan nilai yang tertentu. Dan Razaisyam berjaya menyelitkan kain pelekat di tengah-tengah semua ini. Pengarahan seninya juga dipuji, dengan lokasi tempat yang cukup kena dan sesuai dengan tempo dan bulat cerita, memberi gambaran moden, urban dan korporat lwn. rumah bujang, flat kos rendah, dan miskin yang sepatutnya, dengan penggunaan ruang dan cahaya yang kena dan terpancar sempurna.

Runut bunyinya biasa. Kita lebih terseronok mendengar lagu rock indie yang berkumandang. Malah ada runut bunyi (detik saspens mendekati akhir cerita) yang aku tahu runut bunyinya diciplak daripada sebuah filem seram Hollywood. Aku tonton lagi sekali untuk ambil kepastian.

Namun begitu, untuk sebuah filem sulung Razaisyam, ianya jauh meninggalkan filem sulung perdana Woo Ming Jin, Nizam Zakaria dan beberapa pencuba komedi dalam MiG dan Grand Brilliance. Terdapat keselambaan, keterus-terang sempoi falsafah Nazri yang biasa (mencuit tapi dalam maknanya) yang amat memikat. Nazri, kali ini menyerlah, dengan kalkulatif Razaisyam, menyelit suatu hiburan yang mudah tapi menyentuh (ini yang susah tetapi berjaya dilakukan) dalam merojakkan mimpi/eskapis mata anak muda miskin merasa kekayaan dan menjerumuskan mata orang kaya terhadap kebiasaan dan kedamaian golongan pasif-konformis menengah rendah. Nazri juga menyuntik isu semasa dan ruang alam urban Melayu yang tentu akan menjadi bait-bait yang dikunyah dan ditelan kesedaran zaman. Dibantu dengan kesempoian pelakonnya menyampaikan dialognya. Terdapat terlalu banyak das-das kata sedap yang disampaikan, yang aku sedari, seperti komedi P. Ramlee dan Hafsham, akan diingati dan disiulkan pada zaman-zaman hadapan. Terdapat juga jiwa kuning Nazri yang menyerlah pandai, seperti beberapa rujukan homoerotis dan nasi lemak (yang aku rasa aku seorang sahaja yang ketawa, orang kita ni bersih rupanya) yang mencuit dan sesuai sebagai hidangan seks dalam komedi. Menghiburkan, mencuit, menyentuh perasaan, mudah dikunyah, bijak, dan seronok sampai ke habis!

Antara filem seronok senang (feel good) Malaysia tahun ini yang amat berbaloi untuk ditonton.

http://tontonfilem.blogspot.com/ ... g-nak-jadi-bos.html



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2014 12:19 PM | Show all posts
Beto my fav actor.. beri la siapa je heroin kepada beto ni pasti akan wujud chemistry.. seni dan penjiwaan watak dalam lakonan beto TERBAIK.. A++
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2014 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
So???? Sape yg dah tgk. Cmne.. Worth or not.. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 12:01 PM | Show all posts
lonso posted on 14-6-2014 03:08 PM
So???? Sape yg dah tgk. Cmne.. Worth or not.. Huhuhu

i dah tgk.

pergilah tgk. berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 10:43 PM | Show all posts
kat IG pun ramai kata best
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 08:38 AM | Show all posts
best ceritanya. macam tgk komedi hollywood
aku tak pernah tgk wayang 2 kali untuk 1 cerita
tapi kalau ada org nak belanja utk aku tgk cerita ni kali ke 2.... aku ok je
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 10:29 AM | Show all posts
kena tgk nih... tapi iols oustation di pulau pulaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 12:37 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 15-6-2014 10:43 PM
kat IG pun ramai kata best

best. Lawak2 + sindir2 lawak pun ade... mmg x kering gusi tengok.
Yang paling best jauh dr trend gangster, rempit, bohsia, hantu dan trend2 yg produser skang suka bikin filem...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 12:37 PM | Show all posts
lonso posted on 14-6-2014 03:08 PM
So???? Sape yg dah tgk. Cmne.. Worth or not.. Huhuhu

worth it... go and watch. not typical malay muvie...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 12:40 PM | Show all posts
AshkieLa posted on 16-6-2014 12:37 PM
worth it... go and watch. not typical malay muvie...

tak sempatlah u............. i esk pagi2 buto dah nak p tioman....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2014 03:34 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 15-6-2014 10:43 PM
kat IG pun ramai kata best

bukan minat yabam yemy ke? dah hari ke 5 ni..hihi

Mula2 citer ni watak Remy mmg mintak pelempang..bongkak, berlagak, poyo tp last2 simpati la ngan nasib dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 03:46 PM | Show all posts
AshkieLa posted on 16-6-2014 12:37 PM
best. Lawak2 + sindir2 lawak pun ade... mmg x kering gusi tengok.
Yang paling best jauh dr trend  ...

yup agree w u....citer ni tk klise dgn lambakan genre filem melayu skrg.
Tp ada je yg tk tgk lagi dah condemn2 n yg dah tgk pun ada juga tak berkenan,cakap tak logik la..mcm citer omputih tu logik la sgt. Biasalah tak semua org taste sama kan.

Nak kata citer ni perfect..pun tdk. tuh sbb 4 bintang sy bagi bukan 5. Sy tgk pun tak sampai tahap ketawa guling2 sbb b4 ni sy pun expect lebih utk CEO ni. Tp at least sy enjoy tgk n gelak2 santai as long bukan lawak bodoh vangang...hantu rempit..gengster Melayu slang Cina..dn seumpamanya.
Kata nak tgk perubahan dlm filem Melayu so sokonglah CEO ni.
Last edited by Cahaya1 on 16-6-2014 03:48 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 03:58 PM | Show all posts
Movie ni ringan. Lawak yg simple....jgn expect lawak sgt. Okay la utk tontonan hiburan.

Suka watak aloy dan rasa nak tukar watak firdaus tu...firdaus ni scenes yg sepatutnya lawak jadi tak lawak sgt sbb dia cam kayu sket, so org tak gelak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 08:59 PM | Show all posts
Cahaya1 posted on 16-6-2014 03:34 PM
bukan minat yabam yemy ke? dah hari ke 5 ni..hihi

Mula2 citer ni watak Remy mmg mintak pelempan ...

mmg minat gila gan RI....tp minggu nih busy sgt2 tak sempat nak jenguk cinema punya
tp dah ushar2 gan husby nak gak cari peluang tgk nanti

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.178760 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list