CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

[Tempatan] PRK | Teluk Intan P76 | Rasuah Lebuhraya RM5 billion...!

[Copy link]
Post time 17-5-2014 07:57 PM | Show all posts
Acong posted on 17-5-2014 07:56 PM
aku baru je clash dgn awek aku.......

melayu ya?...cari la lagi ramai melayu lain..sila kawin dgn org melayu...senang nanti...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2014 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Acong posted on 17-5-2014 07:55 PM
biar mati anak, jgn mati adat.....

anak dah mati, siapa mau teruskan adat?

Org nogori mmg kuat dgn adat ko tak nampak org nogori kat sini dah marah2
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Acong posted on 17-5-2014 07:44 PM
ha ah...... harap jgn jadik besar cam raja ema

Jeles la acong tu org x pilih dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tetiba teringat shamsiah fakeh
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 08:21 PM | Show all posts
Melayu dap lawan cina mca..sp mokcik pokcik sokong?skuad gempur mana???
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 08:32 PM | Show all posts
Melayu bwh telnjuk cina lawan cina suci murni..sp mokcik pokcik sokongskuad gempur kajang ade trun teluk intan x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2014 08:42 PM | Show all posts
Calon BN pula dapat restu dari penampor kokedai



Raja Bomoh muncul untuk 'restui' calon BN



322  3  0
Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin hari ini muncul di majlis pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk, dan mendakwa dia berada di sana untuk "merestui" calon BN Datuk Mah Siew Keong.

Ibrahim, yang menjadi terkenal selepas melakukan upacara di KLIA kononnya untuk membantu mencari pesawat MH370 yang hilang pada bulan Mac.

Anak kelahiran Perak, beliau juga telah melakukan upacara berhampiran
Kampar, Perak di mana bekas pemimpin DAP Karpal Singh terbunuh dalam nahas jalan raya pada 17 April.

"Jika perlu, saya akan membantu apa yang saya boleh untuk kemenangan calon BN," katanya kepada Malaysiakini, sambil mengakui tidak mendapat jemputan ke majlis tersebut.

Beliau memakai sut serta bertali leher, bersama tanda namanya dan pin 1Malaysia.

Bagaimanapun, pemangku ketua Gerakan bahagian Teluk Intan, Choo Weng Kee berkata BN tidak menjemput Ibrahim datang ke majlils tersebut.

"Kami tak nampak dia berada di sana, dan kami tidak tahu mengenai kehadirannya hari ini," katanya ringkas.

Ibrahim bagaimanapun tidak menjalankan sebarang upacara dengan Mah dan hanya memantau dari jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 08:42 PM | Show all posts
tu dia..cai-2 sudah kepanasan tgk kuda tunggangan DAP...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2014 08:50 PM | Show all posts

17
May
Posted by Adamyan
Sejarah PKM Memperalatkan Shamsiah Fakeh Berulang

Shamsiah_Fakeh

DALAM mana-mana peperangan, tidak ada kelebihan yang lebih baik melainkan jika dua pihak yang berseteru dapat memperalatkan penyokong atau tentera pihak lawan untuk menjadi duri dalam daging bagi pihak mereka.

Israel melakukannya di Palestine, Amerika melakukannya di Afganistan dan Iraq, Rusia melakukannya di Amerika dan sebagainya.

Negara kita pun tidak terkecuali, malah sejarahnya boleh dilihat sejauh zaman kesultanan Melayu Melaka lagi bila Portugis berjaya menembusi pertahanan kota tersebut setelah si Kitol mendedahkan rahsianya kepada mereka.

Semasa zaman darurat pula, Parti Komunis Malaya (PKM) yang dianggotai majoriti orang cina berusaha keras mendapatkan sokongan kaum majoriti di negara ini, iaitu orang Melayu sehingga mereka menubuhkan Regimen ke 10 yang dikhaskan untuk komunis dari kaum itu.

Walaupun Islam dan orang Melayu adalah ibarat perkaitan yang tidak boleh dipisahkan, tapi ada juga dikalangan kita yang terpengaruh dengan idealogi komunis yang antara lain menolak sebarang bentuk fahaman agama.

Tergolong di dalam kelompok ini adalah wanita bernama Shamsiah Fakeh.  Keterujaannya dengan fahaman komunis telah meletakkannya sebagai salah seorang pemimpin utama dalam pergerakakan komunis.  Mula-mula tu memang ingat masuk PKM untuk lawan British, tapi bila dah hari-hari didedahkan dengan fahaman komunisme, langsung jadi komunis teruslah.

Zaman moden hari ini, ada parti politik yang agenda perjuangannya pernah dilabel Nik Aziz sebagai adik komunis, turut tidak ketinggalan memperalatkan perempuan Melayu untuk dijadikan contoh bahawa kaum majoriti negara itu turut menyokong perjuangan mereka, sama seperti PKM memperalatkan Shamsiah Fakeh dulu.

Hakikatnya, kawasan yang nak diletakkan perempuan ini sebagai wakil, bukanlah kawasan majoriti Melayu pun, tapi kawasan majoriti cina, dan kalaupun dia menang itu adalah kerana undi cina yang diketahui menjadi tulang belakang parti politik berkenaan, bukan kerana sokongan Melayu.

Semua orang tahu tentang hakikat tersebut, tapi dalam dunia yang penuh dengan maklumat putar belit, ada orang boleh menjadi ‘buta’ walaupun matanya celik terutama di kalangan orang Melayu dan parti politik berkenaan tahu ini.

Jadi semua pihak perlu berhati-hatilah dengan taktik politik yang macam ini.  Janganlah sesekali terpedaya kononnya orang ini akan membawa suara Melayu, takde mananya.  Dia sebetulnya hanya diperalatkan, sama ada sedar atau tidak sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 09:01 PM | Show all posts
Nmpknya bn masih x blaja prk kajang..melayu pn majoriti ke pr sbb calon melayu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 09:31 PM | Show all posts
Tambah satu lagi ahli parlimen Melayu, tak gitu wahai penyokong UMNO?

Kata memperjuangkan ketuanan Melayu, bagi la Melayu pegang seat parlimen tu. Biar bergaya sikit Melayu di parlimen dengan Nurul Izzah, Rafizi Ramli dan sekarang Dyana.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 09:33 PM | Show all posts
nama mak ... Puan Yammy Samat
ada gambar tak
orang apa tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 09:35 PM | Show all posts

May
Posted by KuntaKinte Malaysia
Kisah Guan Eng Kata Dyana Alat Politik dan Analogi Teh Tarik Dyana

Oleh Ab Jalil Backer

Pengumuman Dyana Sofya Mohd Daud, 26, sebagai calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan bukan suatu kejutan besar kerana ia telah diuar-uarkan sejak dahulu lagi.

Namun alasan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa pemilihan tersebut bagi membuktikan membuktikan kepelbagaian DAP sebagai sebuah parti politik adalah satu yang sangat mengejutkan dan melucukan.

Rupanya sebuah parti yang memperjuangkan konsep kesamarataan dan meritokrasi akhirnya terpaksa mempergunakan budak Melayu berusia 26 tahun sebagai alat untuk membuang persepsi anti- Melayu parti tersebut.

dyanaDyana menyertai parti itu pada tahun 2012 dan kemudian membantu kempen Kit Siang dalam pilihan raya umum ke-13 di Gelang Patah. Beliau secara terbuka diperkenalkan oleh Kit Siang pada konvensyen DAP sebagai setiausaha politiknya yang baru selepas PRU13. Berusia 27 tahun dan menjadi ahli politik sepenuh masa, Dyana berasal dari Ipoh, tetapi kini bertugas di kawasan pilihan raya Kit Siang di Parlimen Gelang Patah.

Jika dari segi pencapaian dan meritokrasi politik, tentulah Dyana yang baru setahun jagung naik menjadi Setiausaha Politik Lim Kit Siang, sebenarnya tidak layak berada dalam senarai calon pun, apatah lagi menjadi calon.

Namun DAP memang terdesak untuk meyakinkan orang Melayu terutamanya ahli Pas bahawa mereka merupakan parti yang terbuka kepada orang Melayu dan Islam sungguhpun matlamat politik mereka jauh sekali. Justeru kenyataan Guan Eng kepada Malaysiakini.com petang tadi jelas menunjukkan niat sebenar DAP.

Malah Dyana juga dijangka dapat mengurangkan sebarang kemungkinan penentangan di kalangan pengundi Islam terhadap DAP yang kuat menentang undang-undang hudud.

Sementara calon DAP, Dyana, dalam ucapannya menyentuhkan usaha memecahkan halangan kaum dan agama, dan mencari formula yang sesuai umpama “teh tarik’ Malaysia yang digemari semua orang.

Katanya, teh tarik digemari semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama dan identiti seumpama itulah yang diperlukan oleh rakyat Malaysia.

Malangnya, apa yang Dyana tidak nyatakan kepada rakyat bahawa Teh Tarik merupakan antara penyebab utama diabetis (kencing manis) dan sakit jantung di Malaysia.

Mungkin tanpa disedari atau dengan segaja, Dyana telah pun memberi maklum kepada umum bahawa mengundi DAP ini memang seronok dan sedap seketika, namun jangka masa panjang kita terpaksa menerima pelbagai jenis penyakit akibat kesukaan ini.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei.

Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi. Walaupun Teluk Intan merupakan kerusi majoriti Cina, ia mempunyai ramai penduduk Melayu. Kawasan ini terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus).

Jika Dyana menang, beliau akan menjadi ahli Parlimen Melayu ketiga dari DAP, selepas MP Bayan Baru Zairil Khir Johari dan MP Raub Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 09:36 PM | Show all posts
Knights posted on 17-5-2014 07:57 PM
dap parti anti islam

yang jadi calon pun tak pakai tudung

Rosmah pun tak pakai tudung

"ahak"




Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 09:41 PM | Show all posts
dah la comey....pandai pulak tu....ehmmm..nak harap kan bende ni berlaku dalam umno..alamatnye sampai saya mati la tiada yang comey dalam umno..trolololol
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sepiITUindah posted on 17-5-2014 08:42 PM
Calon BN pula dapat restu dari penampor kokedai



Bomoh ni attention seeker sungguh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2014 09:49 PM | Show all posts



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 09:53 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 09:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 10:06 PM | Show all posts
Ketuanan melayu sgt..puuiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.172168 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list