CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4772|Reply: 18

10 Sejarah Kopi Yang Anda Perlu Tahu

[Copy link]
Post time 20-5-2014 01:50 PM | Show all posts |Read mode


Kopi ialah minuman utama dunia selain teh. Aromanya cukup membuatkan  kita terangsang dan kepahitannya cukup untuk membuatkan badan kita  terasa segar. Namun tahukah anda dari mana datangnya benih kopi ini? Dan  bagaimanakah ia diperkenalkan sebagai minuman? Hari ini saya  ingin berkongsi 10 Fakta Menarik Tentang Kopi.
Kambing Menari
Legenda menarik tentang kopi bermula dengan kambing. Semasa zaman  Euthopia, gembala kambing mula tertarik dengan kopi sewaktu melihat  kambing-kambingnya menjadi lincah dan 'berjoget-joget' akibat memakan  buah kopi. Kesan kafein dalam kopi membuatkan kopi itu lain daripada  yang lain.

Bukan Minuman
Asalnya biji kopi adalah sesuatu yang dimakan. Puak-puak di Afrika  mencampurkan buah kopi dengan bahan berlemak untuk dijadikan makanan  dalam bentuk bebola. Kegunaannya adalah untuk memberi tenaga.

Kebangkitan Islam
Islam sangat menyumbang kepada kepopularitian kopi kerana sewaktu itu arak diharamkan namun tidak pada kopi.

Bean Belt
Bean Belt merujuk kepada kawasan tropika dan khatulistiwa di mana  hanya negara di garisan ini sahaja yang mengeluarkan kopi. Hawaii  adalah satu-satunya negeri di Amerika yang mengeluarkan kopi.

Kedai Kopi Diharamkan di England
Pada tahun 1675, Raja England menitahkan semua premis kopi ditutup dan  diharamkan kerana baginda mempercayai bahawa kedai kopi adalah sarang  konspirasi terhadap pemerintahnnya.

Beza Arabica dan Robusta
Tahukan anda 70% kopi yang diminum di seluruh dunia adalah Arabica, kopi yang lebih halus dan beraroma tinggi manakala selebihnya adalah Robusta, kopi yang lebih pahit dan mempunyai kafein 50% lebih tinggi berbanding Arabica.

Permintaan Kopi
Untuk pengetahuan semua, kopi adalah komoditi kedua tertinggi yang didagangkan. Yang pertama adalah Petroleum.

Proses Kopi
Kopi bermula daripada buah-buah kopi yang merah menyala. Kemudian ianya  dipetik, dikeringkan dan dikupas sehingga yang tinggal adalah biji kopi  yang hijau. Selepas itu ia akan dipanggang dengan suhu 500F atau 260  darjah celcius. Beberapa minit kemudian biji kopi akan meletup seperti  bertih dan mengembang dua kali ganda dari saiznya. Kemudian beberapa  minit lagi kopi akan meletup semula. Letupan kedua bermaksud biji kopi  itu sudah siap untuk dijadikan kopi.

Kopi Segera Lahir Pada Zaman George Washington
Tahukan anda bahawa kopi segera yang berada digondola-gondola shopping mall ini  berasal hanya daripada seorang lelaki biasa di Guatemala yang berbangsa  Belgian. Kopi segera mula diperkenalkannya pada tahun 1906 iaitu semasa  pemerintahan George Washington.

Ekspresso
Espresso dibaca dengan 3 suku kata E-Spress-Oh. Nama ini bukanlah  merujuk kepada jenis kopi, teknik panggang atau kisar. Ia adalah  sejenis teknik membancuh kopi.
Americano pula berasal dari glosari Amerika sewaktu Perang Dunia Kedua,  dimana ia dibancuh seperti ekspresso namun dicairkan sedikit dengan air  atas permintaan mereka semasa perang.


Jadilah selepas anda meminum apa jua kopi selepas ini anda pasti akan tersentum lebar kerana anda tahu sejarah kopi tersebut. Cerita tentang kopi yang lebih menarik disini.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2014 01:59 PM | Show all posts
sedapnya kopi.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 02:12 PM | Show all posts
nice info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2014 02:57 PM | Show all posts
Kopi nie org cakap leh wat ubat gak,,ubat ngantuk tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 10:09 AM | Show all posts
Kopi...harumannyaa menenangkan..enak bangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2014 11:10 AM | Show all posts
kopi sekarang mcm2 kalau yang dlm pek kecik2 tu, salah satu kopi dangdut haahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2014 02:23 PM | Show all posts
baru ku tahu...tq tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2014 03:55 PM | Show all posts
@bungaserai  sama2 ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 12:37 PM | Show all posts
nescafe la antara kopi popular skrg...


kafe-kafe spt coffea bean, starbucks, san francisco  berlumba2 bukak cawangan skrg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2014 03:24 PM | Show all posts
Kehebatan kopi terserlah seluruh dunia
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 03:29 PM | Show all posts
salimrock posted on 27-5-2014 12:37 PM
nescafe la antara kopi popular skrg...

Mat salleh buka kedai kopi pun kaya raya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 04:53 PM | Show all posts
teringat masa kecik2 dulu ikut pakcik lepak kedai kopi, minum air dari piring.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2014 10:21 PM | Show all posts
joyahglam posted on 27-5-2014 04:53 PM
teringat masa kecik2 dulu ikut pakcik lepak kedai kopi, minum air dari piring.

minum cara mcm tu utk kopi tu cepat sejuk,

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 09:49 AM | Show all posts
pfiza posted on 27-5-2014 10:21 PM
minum cara mcm tu utk kopi tu cepat sejuk,

yes itu lah motifnya. hehe. penah buat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:35 AM | Show all posts
kopi che nah sedap giler
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 11:57 AM | Show all posts
Nice info, thanks for the sharings. XD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2014 06:31 PM | Show all posts
Sejarah Cappucino

Diilhamkan oleh Marco d' Aviano, seorg priest dari Capuchin monastic order. Dia pernah berperang dgn Turks utk mendapatkan kembali Vienna. Ketika kekalahan Turks pada 1683, Turkish meninggalkan berguni-guni biji kopi.

Viennese mengambil biji2 kopi utk dibuat air kopi, mereka merasakan terlalu pahit, jadi mereka tambah honey dan cream. Ini menjadikan warna air kopi menjadi brown, seakan2 warna Capuchin's robes. Jadi sejak itu mereka menamakan minuman itu Cappuchino.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 10:31 PM | Show all posts
informative,tq for your info..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 04:03 PM | Show all posts
ai suka minum kopi hang tuah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.082733 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list