CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10953|Reply: 56

(Update: Raya kat Mekah)Isteri Pengubat Rajuk Syamsul, Bakal Kembali Bikin Filem

[Copy link]
Post time 21-5-2014 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest


Kredit foto Rotikaya.com

Pada malam Isnin lalu, sewaktu malam gala filem arahan pengarah muda Syafik Yusof berjudul 'Abang Long Fadil' bertempat di GSC One Utama, ramai mata tertumpu pada pasangan suami isteri Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana. Lagipun sejak berkahwin, ini kali pertama Syamsul dan isterinya menghadiri acara hiburan.

Syamsul merupakan salah seorang pelakon dalam filem kedua arahan adiknya itu. Dalam filem bergenre komedi aksi itu dia memengang watak sebagai Shark.

Berkongsi tentang kehidupannya kini, Syamsul berkata sejak bergelar suami menjadikan dia seorang yang lebih bertanggungjawab dan sangat bahagia di samping isteri tercinta.

Malahan hatinya kini sudah tenang dan tidak memikirkan lagi soal isu cetak rompak yang menimpa filem bikinannya, 'KL Gangster 2'.

"Alhamdulillah dah hampir dua bulan kami berkahwin. Kami bersykur dikurniakan kebahagian. Kehidupan harian saya tak banyak beza sebenarnya cuma sekarang ni makan dan pakai saya, isteri yang siapkan. Hal lain tu tak boleh lah nak cerita kepada semua", tuturnya sambil tergelak kecil sebelum meneruskan kata-kata,

"Saya pun sudah semakin tenang dan tidak memikirkan tentng isu cetak rompak itu lagi. Isteri saya lah yang banyak beri dorongan pada saya malah saya kembali bersemangat nak kembali mengarah filem", kata Syamsul ketika ditemui sejurus usai tayangan.

Tahun lalu, industri gempar dengan berita isu filem 'KL Gangster 2' arahannya dicetak rompak sebulan awal sebelum tayangannya pada 3 Oktober 2013. Ia mematahkan semangat Syamsul apabila dia tidak dapat menerima hakikat tentang perkara itu menyebabkan dia seolah-olah merajuk dengan dunia seni.

Memberitahu lebih lanjut mengenai projek filem terbarunya itu, kata Syamsul dia bakal mengarahkan sebuah filem begenre seram berjudul 'Munafik'. Sebelum ini pengarah yang pernah meraih gelaran Pengarah Terbaik ini pernah menghasilkan filem dalam dalam genre yang sama iaitu 'Khurafat'.

"Saya nak mulakan semula dengan filem seram berjudul Munafik. Sekarang ni saya dalam proses akhir meneliti skrip. Saya target nak mulakan penggambaran dalam tahun ini", katanya.

Dalam pada itu, Syamsul turut meluahkan yang dia gembira melihat hasil karya adiknya yang ternyata jauh berbeza daripada jangkaannya sendiri.

Syamsul juga berharap agar penonton tidak membandingkan cara pengarahan dia dan adiknya kerana masing-masing mempunyai sentuhan berbeza.

"Mahu tak mahu, akan ada yang membandingkan kami adik beradik. Sebelum ini pun, orang membandingkan saya dengan ayah saya (Datuk Yusof Haslam). Bagi saya, apa yang penting adalah cara pengarahan itu.

"Sejujurnya saya terkejut melihat hasil filem ini kerana ia jauh daripada apa yang saya bayangkan. Sentuhan Syafiq dan saya memang berbeza. Masing-masing ada cara tersendiri", katanya.

http://www.malaysiandigest.com/hiburan/501664-isteri-pengubat-rajuk-syamsul-bakal-kembali-bikin-filem.html

Last edited by adik^manis on 24-7-2014 10:42 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 09:36 AM | Show all posts
buat filem gangster tp dlm hati ade taman nak merajuk2 la plak
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 09:36 AM | Show all posts
sol..sol..sol..
dah agak dah
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 09:39 AM | Show all posts
sweet je diorang ni..
ok la tu dia bole terima isteri pujuk.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap cita baru xdela unsur kurafat atau maksiat ye samsol
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 10:05 AM | Show all posts
Bestnya kawen ada org pujuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2014 10:08 AM | Show all posts
kalau isteri x blh ubat rajuk mmg sia2 ko kawin sol...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 10:09 AM | Show all posts
Alllolllolooo so suwit one
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 10:09 AM | Show all posts
suka je tgk couple nih!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 10:09 AM | Show all posts
isteri pengubat denggi
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 10:10 AM | Show all posts
Bagus diorg ni..semoga bahagia ke Jannah ye. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:06 AM | Show all posts
sukanya la tengok couple neh.. sweet jer
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:12 AM | Show all posts
muka puteri sarah ni dah macam nadia nissa sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:20 AM | Show all posts
alasan je tu .. nk tarik blk, maluu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:23 AM | Show all posts
Elelelelele...Mengade...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 11:33 AM | Show all posts
smg bole buat filem yg bgs2,no maksiat lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 11:42 AM | Show all posts
aku suka kapel ni.moga bahagia smpai bila2.jgn plak ada pencaras.amin..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 12:12 PM | Show all posts
makin santek tgk sarah skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 12:22 PM | Show all posts
catwoman91 posted on 21-5-2014 11:42 AM
aku suka kapel ni.moga bahagia smpai bila2.jgn plak ada pencaras.amin..

selalu yang hensem-hensem ni mudah jah nak berpayung emas pelbagai
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 12:49 PM | Show all posts
gud lak solllll
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.507760 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list