CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3895|Reply: 18

Peristiwa 27 Tahun Lalu Sebab Utama Ibu Dyana Berpatah Arah !!!

[Copy link]
Post time 21-5-2014 11:22 PM | Show all posts |Read mode
                        Ibu Dyana ‘rela’ anaknya calon DAP setelah peristiwa 27 tahun lalu!!                         Posted on 21/05/2014                                        Leave a comment                                                               
                       





Gambar calon PRK Teluk Intan, Dyana Sofya ketika kecil yang dikongsikan ibunya bersama Harakah Daily dan bukannya melalui akhbar partinya sendiri.
Gambar yang dikongsi bersama wartawan Harakah, Muhammad Faizal.
Ibunya turut berkongsi tentang apa yang dipendam selama 27 tahun lalu iaitu pada  penghujung Februari 1988 dibuang jawatan dalam Umno setelah cuti bersalin kerana melahirkan Dyana, dibuang jawatan kerana dikatakan menyokong Tengku Razaleigh Hamzah.
“Selepas melahirkan Dyana, makcik bercuti pantang 60 hari. Penghinaan berlaku terhadap makcik ketika makcik ingin mula bertugas selepas bercuti pantang.
“Makcik tidak akan lupa, penghujung Februari 1988 ketika makcik ingin memulakan tugas dan waktu menaiki pejabat Umno Bahagian makcik telah dihalang dan dimaklumkan bahawa khidmat makcik dihentikan serta merta.
“Makcik sendiri tidak tahu apa sebabnya dan kenapa Umno ketika itu mengambil tindakan sedemikian, makcik dihina sedemikian rupa sedangkan sudah banyak tenaga yang makcik curahkan kepada Umno bagi memastikan parti itu terus kukuh.” luah ibu Dyana.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2014 01:28 AM | Show all posts
oh begitu..tetiba jah nama dyana ni naik
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 06:17 AM | Show all posts
bukang makcik sorang ajo ...ramai lagi ado
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 08:20 AM | Show all posts
Bagus makcik..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 08:28 AM | Show all posts
ptt la anak dia jd calon DAP...cam pelik je...rupanya ade dendam yg belum telerai
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 10:10 AM | Show all posts
larrrr... anak dipilih jd calon .. baru kluar citer berdendam
klu idak harus bertapa menjilat umno dulu & selamanya....
sgt personal macik ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2014 02:37 PM | Show all posts
tp kenapa DAP..bukan PKR??? hmm..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2014 05:58 PM | Show all posts
Terbongkar mengapa Umno takut DAP letakkan Dyana                                               
                                                http://omakkau.blogspot.com/ | 22 Mei 2014.                                                        
                                                                                                               
RAHSIA TERBONGKAR DENGAN 3 GAMBAR SEBAGAI BUKTI MENGAPA UMNO AMAT TAKUT DAP LETAKKAN DYANA SOFYA SEBAGAI CALONNYA DI PRK PARLIMEN P076 TELUK INTAN!!!!




3 foto di atas sebagai bukti berbicara dengan sendirinya mengapa Umno cukup gerun, ketar kepala lutut, senak perut dan menggigil satu badan apabila DAP menamakan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calonnya di PRK Parlimen P076 Teluk Intan.

Jangan katakan penduduk Melayu tertarik, tertawan dan akan memberikan sokongan dan undi kepada Dyana Sofya Daud, para petugas perayu undi BN Puteri Umno pun cukup tertarik dan tertawan.

Mesti jauh di lubuk hati mereka akan berkata Umno sering melaungkan tidak kira tempat dan masa lebih-lebih lagi bila nak dekat pilihan raya akan memperjuangkan hak Melayu dan ketuanan Melayu sampai sanggup hancur badan berkecai tulang mati bermandikan darah tapi di PRK Parlimen P076 Teluk Intan Umno bersungguh-sungguh, bermati-matian berhempas pulas mau calon Gerakan Mah Siew Keong menang dan sanggup lawan calon Melayu DAP, Dyana Sofya Daud.

Maka benarlah kata-kata Tun Mahathir, DAP mempertaruhkan calon anak muda Melayu berkelulusan jurusan undang-undang dari UiTM di PRK Teluk Intan akan membawa mala petaka kepada Umno, belum apa-apa Umno dah nampak akan ditimpa mala petaka apabila anak-anak muda Umno terutamanya Puteri Umno yang dikerah sebagai perayu undi sudah tidak mampu merayu lagi untuk calon BN.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2014 06:01 PM | Show all posts
Saya belajar Muay Thai - Dyana                                                
                                                SALMIYAH HARUN | 22 Mei 2014.                                                         
                                                                                                               


KUALA LUMPUR: Siapa sangka di sebalik wajah yang lembut, calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud sedang belajar seni bela diri Muay Thai.

Beliau yang yang cukup terserlah dengan sifat keperempuanan mengakui mula belajar sukan lasak itu sejak Febuari lalu dan masih di peringkat permulaan.

"Saya juga mengamalkan sukan Muay Thai sejak Februari lalu. Saya masih di peringkat 'beginner'," katanya dipetik dalam tembual eksklusif dengan Mstar Online.

Dyana turut memberitahu beliau suka memakai baju kurung berkain songket bahkan mempunyai banyak koleksi baju kurung dirumahnya.

Beliau juga seperti anak gadis yang lain suka membeli belah secara online dan menyifatkan semua gadis mempunyai 'masalah' itu sama seperti dirinya.

Menjelas peribadinya, Dyana berkata beliau adalah seorang yang begitu komited dengan kerja dan berusaha untuk mencapai sesuatu dalam hidup dengan bersunggh-sungguh.

Dyana mengakui beliau merupakan 'hantu coklat' dan akan memakan coklat terutama apabila tidak berkesempatan untuk mengambil hidangan lengkap.

"Saya seorang 'hantu coklat'. Saya akan pastikan coklat dibawa ke mana-mana," katanya yang tidak mengemari makan segera tetapi menyukai masakan gulai lemak pucuk ubi dan sambal tumis.

p/s : nah abam boya hadiahkan cekelat semuga berjaya di PRK Teluk Intan


Mengulas pujian banyak pihak terhadap rupa parasnya, Dyana berkata beliau menghargai pujian itu tetapi akan memastikan rakyat lebih menilai yang dikatakanya.

Dalam temubual itu, Dyana turut mendedahkan dirinya masih single namun dan tidak mahu berkongsi lanjut kerana belum sampai masanya.

Dyana, 27, merupakan anak perempuan tunggal pasangan Mohd Daud Ismail dan Yammy Samat. Beliau juga merupakan bekas Setiausaha Politik Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Pilihan Raya Kecil Teluk Intan yang akan diadakan pada 31 Mei ini bakal menyaksikan pertanding dua penjuru antara calon DAP Dyana Sofya dengan calon BN Datuk Mah Siew Keong. - HARAKAHDAILY 22/5/2014

p/s : hek eleh, kalau setakat samseng taik minyak BN terr, rasa nya kalau Dyana bukak langkah ONG BAK jer, mau lari tak cukup tanah. takat ram pulas minyak kasik ekzos bising, Dyana gelakkan ajerlah.

Samseng pakai topi BN halau Dyana                                               
                                                MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | 22 Mei 2014.                                                        
                                                                                                               
Seorang samseng yang memakai topi BN menghamburkan kata-kata kesat kepada rombongan kempen Dyana.
TELUK INTAN: Kekecohan berlaku apabila beberapa pemuda berpakaian berlogo BN membuat provokasi mengganggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan calon DAP.

Insiden berlaku kira-kira jam 5.50 petang semalam di tapak pasar Malam Rumah Awam, Kampung Padang Tembak.

Samseng tersebut bersifat biadab apabila berteriak serta cuba menghalau calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud bersama pasukan kempennya.

Provokasi semakin melampau apabila samseng-samseng yang menaiki motosikal itu membuat bising dengan bingitan ekzos motor hingga menyebabkan pengunjung dan peniaga terganggu.

Samseng bertopi BN cuba mendekati Dyana (bertudung putih) tetapi dihalang para petugas kempen Pakatan Rakyat.
"Ini kampung Melayu, jangan bawa masuk orang kafir. Keluar daripada sini!" jerit pemuda samseng itu.

Tindakan biadab penyokong BN itu menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan orang ramai sehingga mendorong seorang penduduk menasihati mereka supaya menghentikan perbuatan tersebut.

Bagaimanapun tindakan penduduk itu nyaris mencetuskan pergaduhan.

Hadir mengiringi Dyana pada waktu itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Baharin serta Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Mereka bagaimanapun menasihati para petugas kempen Pakatan Rakyat agar tidak menghiraukan provokasi tersebut.

Dyana bagaimanapun tenang menghadapi situasi tegang itu walaupun dihamburkan dengan pelbagai bentuk cacian.

Tindakan provokasi itu tidak diendahkan pasukan kempen sebaliknya mereka meneruskan agenda menyantuni masyarakat dan mengedar risalah.

Pasukan polis hadir ke tempat kejadian dan seorang daripada mereka ditahan namun dibebaskan tanpa sebarang tindakan. - HARAKAHDAILY 22/5/2014

Seorang pengunjung pasar malam cuba menasihati samseng BN  agar tidak membuat kacau. Last edited by boyagombak on 22-5-2014 06:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 03:31 AM | Show all posts
Melayu BN tolong cina
bila kalah cina tu kata UMNO bodoh
bila menang cina tu kata cina tolong dia.

bila menang minta besarkan kadang barbii najib pun kasi.

lebih baik undi Dyana tak perlu besarkan kandang barbi kuil dan sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 10:38 AM | Show all posts
nanti jgn terkejut plak bila tak sehaluan dgn DAP cite buruk lak pasal DAP.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 06:11 PM | Show all posts
tapi seriusly geng penyokong umno byk yg xberpendidikan sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 11:09 AM | Show all posts
MengkuduMasam posted on 26-5-2014 06:11 PM
tapi seriusly geng penyokong umno byk yg xberpendidikan sgt...

Setuju dengan pandangan ni... mungkin sebab bergantung sangat pada duit dan habuan yang ditabur pemimpin BN. Mereka takut hilang sumber kewangan dan sanggup buat apa saje termasuk bertindak ganas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 03:38 PM | Show all posts
ini bukan perjuangan utk partis, apatak lagi bil dah agama dibelakang....
semua jadi parti balas dendam kesumat...ishishish..
kotornya hati manusia lebih hitam daripada gelap malam atau dapur arang
tak terasa nak belajar belajar agama ke....belajo2 bertobat
cerita dendam isu tak puas hati ni, sampai bila2 tak tidor lena
ntah2 tgh2 lena maut menjemput pulang, abes kess...
masuk dalam tanah kena piapp...piapp....piap....atoyai....
salam isra' mikraj smua....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:06 PM | Show all posts
Salaam.

Menarik.

Saya sedar BUSUKNYA umNO pada 1998...genap 10 tahun makcik tinggalkan umNO.

Ahad ni saya datang rumah mak ya

Nak jumpa Dyana sekali


PS: umNO 'baru' memang CELAKA Ada reti?
Last edited by BelovedTaeyeon on 27-5-2014 09:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 04:55 PM | Show all posts
TT, Berpatah arah ke.. atau yang ni?

Berkerat rotan berpatah arang
Maksud : Perselisihan yang tidak akan dapat berbaik-baik sernula

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 09:11 AM | Show all posts
Ramai je pengundi BN yang terdiri dari golongan cendekia. Jangan shallow sangat lah !
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 07:15 PM | Show all posts
sebab dendam sanggup mok cik berpatah arang.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 12:27 PM | Show all posts
UMNO cuma perlu jaga org India, Sabah dan Sarawak...kompom menang mana mana PRU mcm di PRU13....semua cina dah berpaling tadah pun BN masih boleh menang...apa UMNO mau takut sama cina...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.730036 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list