CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2250|Reply: 0

Sejarah berkaitan sambutan hari bapa

[Copy link]
Post time 23-5-2014 01:54 PM | Show all posts |Read mode


Sambutan hari bapa bermula di Amerika Syarikat dengan ideanya dicetuskan  oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah Spokane. Beliau mahu  sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Smart, seorang  veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan  enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil.

Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri.
Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS,  Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan  hari tersebut dicatat di dalam kalendar.
Tarikh yang diakui secara rasmi di berlainan negara.

Ahad ketiga bulan Jun - Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh,  Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus,Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun,  Kanada, Malaysia, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay,  Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka,  Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela,  Zimbabwe.

23 Jun - Nicaragua, Poland, Uganda.

30 Julai - Vietnam.

Ahad ketiga bulan Julai - Uruguay.

Ahad terakhir bulan Julai - Republik Dominican.

23 Mordad (bulan kelima kalendar Iran) - Iran.

Ahad kedua bulan Ogos - Brazil.

8 Ogos - Taiwan.

Ahad pertama bulan September - Australia, New Zealand.

Ahad kedua bulan November - Estonia, Finland, Norway, Sweden.

5 Disember - Thailand.

23 Februari - Belarus, Rusia, Ukraine.

19 Mac - Bolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol.

5 Mei - Romania.

8 Mei - Korea Selatan.

Hari Ascension - Jerman.

Ahad pertama bulan Jun - Lithuania.

5 Jun (Hari Perlembagaan) - Denmark.

Ahad kedua bulan Jun - Austria, Belgium, Ecuador.

17 Jun - El Salvador, Guatemala.

Pelbagai cara Hari Bapa disambut oleh semua penduduk dunia untuk menghargai jasa seorang bapa, Antara aktiviti aktiviti yang dilakukan boleh lihat disini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.064359 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list