CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1968|Reply: 11

Umno kudis negara – Edwin Michael

[Copy link]
Post time 24-5-2014 02:13 PM | Show all posts |Read mode
Umno kudis negara – Edwin Michael
MAY 24, 2014
Tiada di dunia ini sebuah institut pendidikan yang dikhaskan hanya untuk satu etnik sahaja dan pada masa sama menganaktirikan etnik lain demi survival politik.
Tidak pernah terbaca kerajaan mana-mana negara menggunakan institut pendidikan negara mereka sebagai medan  untuk  mengaib dan menjatuhkan maruah penganut agama lain. Semua ini hanya berlaku di Malaysia, di bawah pemerintahan regim Umno Barisan Nasional.
Menguruskan hubungan sesama etnik merupakan satu cabaran utama kepada setiap rakyat Malaysia. Maka seharusnya perlu satu kefahaman akan terhadap kedinamikan setiap kumpulan etnik di negara ini berhubung dan bertindak secara positif antara satu sama lain.

Sayangnya, Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedikit pun tidak menyumbang kepada keperluan untuk menstabilkan hubungan sesama etnik dan sebaliknya bertindak sebagai satu medium provokasi yang secara jelas diguna pakai oleh regim Umno untuk menghalalkan matlamat mereka dengan menyebarkan propaganda kebencian dan rasis dalam kalangan anak muda.
Kekangan sebegini menjadikan proses pembinaan bangsa Malaysia terlalu sukar dan segala propaganda kononnya Malaysia sebuah  negara plural yang aman damai hanya merupakan satu iklan murahan regim Umno BN.
Selagi regim ini terus menguasai Putrajaya dan selagi wujud dasar pecah dan perintah seperti kewujudan UiTM yang menjadi pusat doktrinasi dan suntikan kebencian serta rasis pada etnik lain, selagi itu proses pembinaan bangsa Malaysia akan gagal serta merencatkan pembinaan identiti kebangsaan dan kenegaraan merangkumi kepelbagaian etnik.
Contoh terbaik bagaimana integrasi nasional tidak mungkin akan dapat dicapai ialah apabila Pemuda Umno merusuh dan mengugut membakar bangunan DAP. Tindakan bacul anak-anak didik menteri Belia dan Sukan ini harus dilihat sebagai satu mekanisma dalam  mewujudkan ketegangan etnik.
Ungkapan 'Umno celaka' itu tidak mungkin dan tidak harus disamakan dengan Melayu. Persepsi Umno adalah penyelamat etnik Melayu merupakan satu persepsi yang amat dangkal dan tidak mencerminkan realiti apabila masih ada Melayu yang ditindas dan hak mereka dirampas oleh ahli politik Umno.
Maka untuk memastikan survival kemelayuan Umno ini terus dipelihara dalam usaha menguasai Putrajaya, rusuhan digerakkan, UiTM dijadikan pusat penyebaran kebencian agama dan etnik dan Umno akan terus berpura-pura sebagai penyelamat negara.
Rakyat Malaysia amat malang. Mandi air 7 jenis bunga mahupun 70 jenis bunga pun belum tentu akan dapat membuang kesialan yang mencengkam mereka selama lebih 50 tahun ini.
Pembinaan bangsa Malaysia tidak mungkin dicapai selagi regim Umno terus menindas etnik lain. – 24 Mei, 2014.
* Penulis ialah aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2014 02:25 PM | Show all posts
akak pun terfikir cmtu.

kalau betul DAP yang racist awat dap tak merusuh buat huru hara.

balik tengok umno yang vandalism.

serang.

buat benda yang tak betul.

pelik tapi benar.

budaya racist di semai di benih.

@umnoumnoumno pasti tak mampu jawab.

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 03:06 PM | Show all posts
takde ker penulis bebas?
yg bebas dari belenggu politaik..

macai2 politaik jamban demokrasi semua macam cilaka..
sama macam penulis macai utk artikal thread nih..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 10:22 PM | Show all posts
Ya setuju

tidak ada dalam dunia
ada sekolah cina utk cina
sek keling utk keling

ada kuil terbesar
ada pendaantn g dari india dan china
dok ramai2 dlam satu negara orang
boleh jadi menteri
boleh maki hamum polis

tapi apa nak buat melayu bodoh

kasi muka



Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 03:20 PM | Show all posts

Rakyat Malaysia amat malang. Mandi air 7 jenis bunga mahupun 70 jenis bunga pun belum tentu akan dapat membuang kesialan yang mencengkam mereka selama lebih 50 tahun ini.
Pembinaan bangsa Malaysia tidak mungkin dicapai selagi regim Umno terus menindas etnik lain.

bab neh ..nak tergelak ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 12:52 PM | Show all posts
kudis, kurap tokak, songkla dah lama dah puak2 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2014 06:06 PM | Show all posts
takde dalam dunia ni negara yang benarkan ada sekolah banyak aliran cam kat Mesia... ekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:33 AM | Show all posts
Siapa Edwin Michael ini..? dia ini Belsih sangat kah?...bijak sangat kah?...advance sangat kah?...

berak pun tak cebok..pandai nak ajar org...hahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau si edwin ni perasan sgt suruh ja dia balik negara asal dia. Cina ka india dia ni? Lepas tu suruh g tulis mcm ni kt negara asal tu. Nak gak tgk apa bakal jadi kat dia. Ini la satu contoh manusia yg x tau bersyukur dan perasan bagus. Sapa dia pun x dikenali. Ada resume kejayaan apa dia dah buat utk malaysia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:43 PM | Show all posts
kihkihkihkihkih..

kawan2 dan staf2 aku yg bukan melayu/bumiputera cakap kalau UiTM dibuka utk semua pun depa tak mau masuk.. UKM, UM, USM dan byk lg Universiti awam Malaysia yg lain punyai ranking jauh lg baik drp Uitm dan open for all.. so why bother applying, kata depa?

Dan aku setuju beberapa pendapat yg mengatakan klu betul xnak ada institusi pendidikan yg berasaskan kaum, sekolah vernikular perlu dihapuskan at the first place.. Baru lah fair and square ye dak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
betul tu mana ade negara yang ade sekolah jenis2 kebangsaan ni. yg ade kalu bukan sekolah kebangsaan sekolah swasta...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 10:52 AM | Show all posts


kudis ka kurap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.088624 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list