CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2284|Reply: 2

Aaron aziz paling popular keputusan abpbh2013 penuh kejutan

 Close [Copy link]
Post time 25-5-2014 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Memang penuh dengan kejutan sungguh keputusan Anugerah Bintang Paling Popular 2013 kali ini. Setiap kali nama pemenang diumumkan,  terkesima dibuatnya. Bukan apa, hampir kesemua tekaan ramai salah. Secara jujur, kali ini sangkakan Zizan akan membolot beberapa kategori, namun tiada sekali pun namanya disebut sebagai pemenang.


Namun kesemua para pemenang sangat-sangat layak membawa trofi untuk kategori masing-masing. Pemenang besar sudah tentu Aaron Aziz yang berjaya merangkul Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH2013 dan juga Pelakon Filem Lelaki Popular. Turut membawa pulang 2 trofi ialah Siti Saleha untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon Drama Wanita Popular.


Jepp Sepahtu juga berjaya mengenepikan Zizan Razak untuk kategori Artis Komedi Paling Popular. Sementara kejutan paling besar sudah tentu apabila nama Achey diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Baru Lelaki Popular menewaskan Waris, Dazrin, Nomad dan Mikael Andre. Turut membuat kejutan ialah Shah Iskandar yang membawa pulang trofi Pelakon TV Lelaki Popular.


Apa pun, tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan anda. Semoga kemenangan ini akan menjadi pemacu untuk anda meningkatkan prestasi dan mengurangkan kontroversi di masa hadapan. Kepada semua yang terlibat dalam ABPBH2013, tahniah diucapkan atas penganjuran kali ini.



Sunlife Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2014 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
berapa banyak benang daaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047001 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list