ARTKAL BERKAITAN
Panda: Bukan keutamaan kita
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Dr Jacob George kesal dengan tindakan pihak kerajaan yang membawa dua ekor pasangan Panda Gergasi dari China iaitu Fu Wa dan Feng Yi. Katanya, sepatutnya pihak kerajaan lebih mengutamakan, menghargai, dan memfokuskan haiwan dan hidupan liar yang berada di tanah air sendiri yang semakin lama semakin terancam. “Haiwan dan hidupan liar seperti orang utan, gajah, dan burung enggang sepatutnya lebih menjadi keutamaan pihak kerajaan. Hal ini seolah-olah haiwan dan hidupan liar di negara kita telah di anaktirikan,” ujarnya swaktu dihubungi oleh FMT. Katanya, pihak kerajaan telah melakukan pembaziran kerana membelanjakan jutaan ringgit bagi membina sangkar dan membayar sewa kepada Negara China selain perlu menanggung kos penjagaan yang tinggi.
http://www.freemalaysiatoday.com/
Apoh meke pedulikan ...meke berkuasoh
|