CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leonarzi

Isu RASUAH terus dimainkan PR utk jatuhkan reputasi BN

[Copy link]
Post time 27-5-2014 08:27 AM | Show all posts
leni posted on 26-5-2014 11:40 PM
Zoo dlm dunia yg ada panda semua buat duit. Panda tu investment. Jadi x salah malaysia nak cuba. O ...

Pengalaman drpd zoo lain yg mengambil panda, pelawat memang bertambah pada mulanya, tapi akan berkurangan biasanya selepas setahun.

Lending fee mesia kna bayar setahun ialah US$1 million. Upkeep by zoo negara RM1.5 juta setahun. So bila visitors berkurangan, revenue pun berkurangan. In the end, costs of the exhibit, transport, panda rental fee, maintenance and feeding ......ni semua akan menjadi beban yang amat berat. Ini yg berlaku kat Adelaide  Zoo....pandas terpaksa dikembalikan dengan meninggalkan hutang sebanyak A$24 million!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2014 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Al-Patih posted on 27-5-2014 04:51 AM
ARTIKAL BERKAITAN




Shahrizat ni sampai bila bila orang akan ingat isu rasuah dia songlapkan duit penternakan lembu... Toksah duk buat baik lah.. Esok tunggu la kau azab api neraka... BN patut cuci bersih imej dr orang orang korupt mcm ni, kalau btul BN sayangkan org melayu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:04 AM | Show all posts
Ada je member opis yang duk kutuk gomen korup, rasuah berleluasa. Benci kerajaan, kondem semua benda yg gomen buat. Tapi bila kontraktor bagi set golf, belanja makan, dia yang tadah dulu. Hampas... Senang kata melayu dan rasuah berpisah tiada.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
godaan duniawi.. lelagi bab pangkat ngan harta benda.. mmg leh mengaburi mata meracuni iman.. bagi orang orang biasa mmg la boleh ckp korang benci rasuah.. korang kecam penerima rasuah.. korang leh ckp camtu sbb korang tak berada di tempat orang yak terima rasuah ni semua.. cer korang yak jadi menteri menteri ni semua.. mesti korang tau langit tu tinggi ke rendah.. mesti korang leh rasa godaan ni semua.. kebal mana diri korang nk elak..

paling pelik.. walo camne korang tak suka.. orang yak sama tu gak rakyat Malaysia puja dan beri kebenaran untuk meruntuhkan negara..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:56 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 27-5-2014 04:51 AM
ARTIKAL BERKAITAN

RM500 duit siapa punya? Pocket money Kak ijat sendiri ka duit taxpayer ?? Aci patut tanya camgituh wakakaka

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 02:37 PM | Show all posts
isu rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa ini semua soal political will
punya kekuatan utk banteras habis-habisan, hingga semua org takut nak buat kesalahan atau tidak
punya kekuatan utk membiarkan pihak berkuasa menjalankan tugas tanpa sebarang fear or favour, tanpa sebarang campurtangan pemimpin politik atau tidak

apa yg berlaku sekarang, dari yg kecik2 bilis, hingga sebesar2 jerung, semua tidak rasa takut utk sama2 membaham apa yg bukan hak mereka, drpd org lain rembat, baik aku rembat, tak takut tuhan, tak takut undang2 sebab usaha pembanterasan terlalu terhad, ala2 asal ada saja cukuplah
bagaimana utk banteras jika mereka yg berada di puncak juga sama bergelumang?
tak timbul soal pihak situ semua korup pihak sinun semua bersih serba maksum, kerna kita ini semua manusia
tak timbul soal jaminan jika tukar dari pihak situ ke pihak sinun semua akan jadi serba bersih kerna tidak ada apa yg pasti atas dunia ini, kecuali mati, tapi setidak2nya kita berusaha utk cegah kemungkaran dari terus bernanah
manusia jenis apa kamu2 ini, yg depan mata kamu buat bodo, yg belum berlaku, yg di luar pengetahuan kamu pula yg sibuk kamu persoalkan?

kita mengaku kita beriman, tapi kita lihat kemungkaran, kita buat bodo, beriman taik kucing apakah itu?
setiap satu tindakan kita (juga yg kita memilih utk tidak bertindak) akan dipersoal esok2
di sana nanti, tidak berguna sesen alasan kamu "pihak sini buat, pihak sana pun buat juga, so what a big deal?"
mereka yg hipokrit mulut pungpang anti rasuah, tapi diri sendiri pun 2x5 tak jujur mana, akan dapat pembalasan
mereka yg kunun2 baik, jaga iman sendiri saja cukuplah, asal aku tak buat sudahlah, tapi bila berdepan dgn kejahatan, memilih utk tak buat apa2, juga akan dapat pembalasan

kamu tahu kisah kaum nabi shuib? yg negerinya serba makmur tapi penduduknya mempersekutukan allah? tidak cukup dgn itu, mereka juga sangat sangat tidak jujur dlm berurusan sehingga membawa kpd kerosakan dlm masyarakat, yg kaya menjadi semakin senang lenang, yg miskin menjadi semakin terhimpit. apabila datang seruan utk mereka kembali ke jalan kebaikan, mereka yg senang lenang memperoleh segala nikmat dlm negeri yg serba makmur itu mengejek2, memperlekeh2kan dan mencari 1001 alasan utk tidak meninggalkan segala perkara kejahatan yg sudah sebati dgn kehidupan mereka. apa jadi kepada mereka? allah sudah bayar cash, sudah dibinasakan, tak tinggal sekor pun.

beraninya kamu2 semua ini ingat soal ketidakjujuran, rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan ini soal kecil, asal aku tak buat cukuplah, asal aku jujur cukuplah, org lain yg hidup terhimpit akibat dr ketidakjujuran org lain, apa ada hal, bukan mendatangkan kesan kat aku pun, asal aku cukup makan pakai cukuplah...


Last edited by hzln on 27-5-2014 02:41 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2014 02:51 PM | Show all posts
Leonarzi posted on 27-5-2014 08:28 AM
Shahrizat ni sampai bila bila orang akan ingat isu rasuah dia songlapkan duit penternakan lembu. ...

tukang cuci poong korupt Beb ...abih macang mano ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 07:20 PM | Show all posts
Simunggu posted on 27-5-2014 07:24 AM
mcm lah PR tak ada rasuah...mcm lah belsih sangat...mcm lah melaikat sangat...mcm lag pandai sangat. ...

tak dinafikan pr maybe ade cacat cela jugak.....

tp kecacatan bn mmg lagi kritikal n mmg xleh nk dinafikan lagi beb
Last edited by kgdangar on 27-5-2014 07:22 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 07:22 PM | Show all posts
hzln posted on 27-5-2014 02:37 PM
isu rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa ini semua soal political will
punya kekuatan utk bantera ...

terbaik....harap2 ramai la yg baca tulisan tuan yg panjang lebar penuh isi dan makna ni....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
d-7-0ne posted on 27-5-2014 08:27 AM
Pengalaman drpd zoo lain yg mengambil panda, pelawat memang bertambah pada mulanya, tapi akan berk ...

Ini lah yg dipanggil investment. Risk & reward.mcm bank la juga. Bg loan ada risk pemiutang x bayar dan rugi. Again risk & reward. Sapa nk bg ko untung/ return klau kau sendiri tak try invest in the 1st place. Ingat untung dtg dr langit ka tanpa usaha. takkan tu pun x faham kot. Klau asyik nk play safe jer baik lerak duit bwh bantal.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 11:10 PM | Show all posts
leni posted on 27-5-2014 09:55 PM
Ini lah yg dipanggil investment. Risk & reward.mcm bank la juga. Bg loan ada risk pemiutang x baya ...

Tau lah ni investment...... tapi ni investment yang berrisiko tinggi boleh mendapat kerugian. Ni duit rakyat, so berhati-hati tidak membazir dngan melabur ke projek yang dah tau mempunyai higher risk.

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:17 AM | Show all posts
kgdangar posted on 27-5-2014 07:20 PM
tak dinafikan pr maybe ade cacat cela jugak.....

tp kecacatan bn mmg lagi kritikal n mmg xleh n ...

buktinya?..tak kan cakap shj....

o ya..sebelum saya lupa...siapa yg settlekan masalah air di selangor ari tu....

kalau aku kirim salam...baik bawa semua duit kat Sabah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:35 AM | Show all posts
"BELSIH..BELSIH..BELSIH.."

memalukan sebut pun tak betul nak ajar org apa itu bersih....

lain kali cuba cebok bersih dulu....hahahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
d-7-0ne posted on 27-5-2014 11:10 PM
Tau lah ni investment...... tapi ni investment yang berrisiko tinggi boleh mendapat kerugian. Ni d ...

Dah guarantee ke rugi? ni la dipanggil risiko. Klau dah confirm rugi tu cerita lain...ada ke dokumen kata confirm rugi. Klau ada share la sini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 01:30 PM | Show all posts
leni posted on 28-5-2014 11:51 AM
Dah guarantee ke rugi? ni la dipanggil risiko. Klau dah confirm rugi tu cerita lain...ada ke dokum ...

Aku tak kata guarantee rugi.....aku kata risiko rugi adalah tinggi. Ni melibatkan duit rakyat, kalau duit persendirian aku takde hal punya.  

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
d-7-0ne posted on 28-5-2014 01:30 PM
Aku tak kata guarantee rugi.....aku kata risiko rugi adalah tinggi. Ni melibatkan duit rakyat, kal ...

Andaian jer rugi. Bkn confirm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 10:39 PM | Show all posts
Leonarzi posted on 26-5-2014 09:09 PM
rupa yang cantik tidak menjamin apa apa...
kalau calon DAP tu jujur, knp dia tipu yg kata dia pegua ...

Rakan peguam Dyana dedah putar belit Umno                                                
                                                HARAKAHDAILY | 28 Mei 2014.                                                         
                                                                                                               
KUALA LUMPUR: Rakan peguam Dyana Sofya tampil mengemukakan bukti menjawab tohmahan beberapa laman blog pro-Umno kononnya calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Teluk Intan itu bukanlah seorang peguam.

Peguam Afiq Mohamad Noor yang menulis di laman sosial Twitter mempamerkan sijil perakuan amalan guaman Dyana yang merupakan seorang rakan kongsi firmanya dan menjalankan amalan guaman pada tahun 2012 dan 2013.

“Akhir-akhir ini ramai yg mempersoalkan adakah benar Dyana Sofya merupakan seorang peguam atau tidak?”

“Saya mengesahkan bahawa Dyana Sofya adalah rakan kongsi, peguam dan rakan sekerja saya di sebuah firma di Cyberjaya,” tulis beliau di Twitter dipetik Roketkini.

Afiq yang juga seorang peguam Lawyers for Liberty, menunjukkan dua sijil amalan guaman tahunan Dyana bagi tahun 2012 dan 2013 yang kedua-duanya ditandatangani Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Mohd Khushairy Ibrahim.

“Dyana telah bersama dengan firma kami sejak 9 November 2011 sehingga 30 Disember 2013,” tambah beliau lagi.

Dyana menerima ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 2010, sebelum menjalani latihan dalam kamar di sebuah firma undang-undang korporat di Bukit Bintang dan seterusnya diiktiraf sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2011.

Beliau tidak menjalankan amalan guaman setelah tidak memperbaharui sijil tahunannya apabila dilantik sebagai setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang tahun lalu.

Carian di laman web Majlis Peguam menunjukkan Afiq merupakan seorang peguam di firma undang-undang Nizamuddin Hamid & Co. yang beralamat di Cyberjaya.


               
p/s : amengok, Bee End patut jugak hentikan amalan menfitnah, menipu secara terus2an. dah muak dah dengan cara tersebut
Last edited by boyagombak on 28-5-2014 10:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:28 PM | Show all posts
salah satu sebab org tak mau hudud pasal kes rasuah ni la.....ramai sgt yg terlibat dr rasuah yg kecil2 sampai rasuah juta2
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:36 PM | Show all posts
kgdangar posted on 26-5-2014 10:47 PM
memang la jadi gitu sbb undang2 kat malaysia ni masih dikawal gomen....

ramai kot kene transfer ...

kadang2 org bawah tak makan suap tp org atas pulak makan...org atas tak makan org bawah pulak makan...banyak jugak jabatan kerajaan dan swasta aku masuk...boleh kata 60% tu terlibat rasuah....istilah duit kopi la, duit minum la, komisyen la, pulangan balik lebihan dari pembekal la padahal tu semua tukar nama je
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 06:46 PM | Show all posts
leni posted on 28-5-2014 11:51 AM
Dah guarantee ke rugi? ni la dipanggil risiko. Klau dah confirm rugi tu cerita lain...ada ke dokum ...

tu dh share kat bawah tuuu......

sila la buka mata luas2 n rajin2 la bace ye.....

hazab btol aku ngn sek2 macai seumur hidop ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.072697 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list