CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NHSMUM

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan

  [Copy link]
Post time 18-9-2014 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Frustnyaaa.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 07:49 AM | Show all posts
selamat pagi TT...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 04:02 PM | Show all posts
i want more. i want more
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 08:47 AM | Show all posts
best best best I want more n3....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2014 10:49 PM | Show all posts
Part 6

Lama juga dia berdiri di situ sampai naik lenguh kakinya itu. Dia berjalan melangkah untuk ke meja mereka. Tidak mahu membuat rakan-rakan setugas bimbang akan dirinya.

Kakinya terkaku saat terpandang susuk badan tegap yang sedang bersandar di dinding dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

“You dah okay?” Soal Zafran perlahan. Saat menyedari kehadiran Adellya. Matanya tepat memandang ke dalam mata Adellya.

“Maksud you?” terpingga-pingga Adellya dengan soalan Zafran.

“You tak nak kongsi dengan I ke, Lya?” Keluh Zafran.

“Kongsi apa?” Semakin pelik Adellya dengan soalan yang keluar dari mulut Zafran. Tup! Jangan-jangan…

“Sampai bila you nak rahsiakan daripada I pasal hubungan you dengan Kapten Hareez?” Soal Zafran sedikit tegas namun tetap perlahan.

“Arr.. app… apaa yang you cakapkan ni?” Soal Adelly gagap. Tak kan Zafran dah tahu?

“You still nak berdalih lagi? I dah dengar semuanya tadi, Lya. About your marriage. Then, cerai semua tu. Kenapa you tipu I selama ni, Lya?” Pelahan suara Zafran. Sakit hatinya saat mengetahui hubungan antara Adellya dan Hareez.

Adellya hanya mengetap bibir menahan air matanya dari jatuh. Akhirnya tiada apa yang dapat dia sembunyikan lagi daripada jejaka di hadapannya kini.

***************************************** *************
Adellya menghenyakkan badannya di atas katil empuk itu. Dia ingin melepaskan semua penat lelah yang dia lalui. Tangan diletakkan ke atas dahi. Keluh dilepaskan. Masih terngiang-ngiang di telinganya perbualan anatara dia dan Zafran.

*************************************************
“How could he did this to you, Lya?” Bentak Zafran. Panas hatinya setelah Adellya meluahkan semuanya. Itu pun selepas dipaksa olehnya. Kalau tidak, sampai ke sudah tak adanya dia nak bercerita. Walaupun terdetik di sudut hati dia kecewa dan terluka atas berita  Adellya telah pun dimiliki, dia tidak sanggup melihat keadaan Adellya sekarang. Keluh dilepaskan perlahan-lahan.

“Habis tu, apa yang you nak buat? You nak bercerai? You setuju dengan permintaan dia tu?” Bertubi-tubi soalan keluar dari bibir seksi itu. Zafran berpusing memandang Adellya. Berjujuran air mata yang mengalir di pipi gebu itu.

“I… I… I tak tahu, Zaf. I tak tahu.” Semakin kedengaran tangisan Adellya . Kepala dielengnya berkali-kali. Sungguh tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Setuju atas permintaan Hareez? Atau…

“Lya, do you love him? Do you still love him?” Soal Zafran perlahan sambil mengusap perlahan air mata yang mengalir di pipi Adellya.

Diam. Sepi. Tidak tahu apa jawapan yang patut dia berikan. Cinta? Ya. Tapi, masihkah si dia mencintai dia? Tapi, kenapa begitu berat bibir ini untuk member jawapannya?

“Lya, look at me. Tell me. Do you still love him selepas apa yang dia buat dekat you?” Mata bertentang mata. Kelu lidah Adellya untuk bertutur.

“If the answer is yes, I will help you to change it to be no. I will help you to forget about him. Just give me a chance and I will make you happy forever, your life will become like a rainbow, Adellya. That’s my promises. Trust me. I will.” Ucap Zafran ikhlas sambil memandang tepat ke mata Adellya.

********************************************************************
Dia masih cintakan Hareez. Tapi setelah apa yang Hareez lakukan, masih layakkah mereka untuk hidup bersama kembali? Berkali-kali dia mencari dan berfikir. Dimana kesalahannya, kekurangannya sehingga Hareez sanggup menduakan dia dan ingin menceraikannya? Sempurna sangatkah perempuan itu? Dan jika dia memilih Zafran, akan bahagiakah hidupnya nanti?

Bersambung....

Hey. Sorry readers. Ciput je bagi. Sorry ya. Paper tak habis lagi ni haaa. Next week baru habis. InsyaAllah lepas habis paper, Sya akan bagi lagi okay. Don't worry.  Enjoy!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
NHSMUM posted on 29-11-2014 02:49 PM
Part 6

Lama juga dia berdiri di situ sampai naik lenguh kakinya itu. Dia berjalan melangkah untuk ...

good luck beb!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-12-2014 02:10 AM | Show all posts
Esmiria posted on 1-12-2014 09:42 AM
good luck beb!

Thanks dear. Alhamdulillah. Semua daa selesai. Exam daa habis. InsyaAllah after this Sya akan siapkan cerita ni dengan cepat. Doakan Sya dapat idea banyak banyak
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
NHSMUM posted on 2-12-2014 06:10 PM
Thanks dear. Alhamdulillah. Semua daa selesai. Exam daa habis. InsyaAllah after this Sya akan siap ...

Amin to that……
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2014 03:12 PM | Show all posts
TT I harap dpt n3 terbaru dari u....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2014 09:48 PM | Show all posts
fatimz posted on 3-12-2014 04:12 PM
TT I harap dpt n3 terbaru dari u....

InsyaAllah. I'm trying my best now for you guys. Stay with me okay? Loveyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 10:41 AM | Show all posts

I'm waiting....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Me too....lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2014 08:09 PM | Show all posts
Part 7

Sinaran matahari di sebalik langsir membuatkan Hareez terpaksa membuka matanya. Terasa malas untuk bangun selepas seharian menerbangkan kapal terbang dari Kuala Lumpur ke London. Perlahan-lahan dia bangun melangkah. Slinding door di buka dan senaman ringan di lakukan di beranda biliknya.

Udara segar London di hirup perlahan-lahan. Baru saja beberapa minggu lepas dia meninggalkan bumi London. Dan hari ini, dia di sini lagi. Melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang juruterbang. Hareez memandang ke bawah. Melihat suasana sekeliling hotel. Terdapat ramai pelancong di sekitar kolam renang yang di sediakan
oleh pihak hotel.

Seketika matanya terpaku pada dua susuk tubuh yang dia sangat kenal. Mata disipitkan lagi untuk mengenal pasti sama ada tekaannya benar atau salah. Ya. Tekaannya tepat. Adellya dan Zafran. Bergelak ketawa. Bergurau mesra. Tangan dikepalkan. Perasaan tidak enak hadir di dalam hati menyebabkan api kemarahan menyala. Tidak
tahu kenapa dia rasa begitu. Dada yang terasa sesak itu dipegang. Kenapa?

****************************************
Adellya ketawa saat Zafran menceritakan beberapa jenaka kepadanya. Mungkin berusaha untuk membuatkan dia tersenyum kembali setelah kejadian semalam. Mungkin. Kerana itu yang dia rasakan sekarang. Kalau memang betul sangkaan dia, dia sangat berterima kasih kepada Kapten tampan di depan dia ini. Itu sangat membantu dirinya saat ini. Dia memang memerlukan seseorang untuk menghiburkan dirinya yang terluka.

“Lya, you dengar tak apa yang I cakapkan ni?” Soalan ditujukan kepada Adellya. Dia perasan wanita di hadapannya kini hanya tersenyum termenung. Dia bertanya, Adellya senyum. Tak akan dah gila kut selepas di lukakan suaminya?

“Huh? Apa, apa?”

“You tak dengar Lya? Seriously?” Mata sengaja disipitkan. Pura-pura marah.

“Haha. Sorry. I’m sorry. You cakap apa tadi?” Tak takut pun dengan riak muka Zafran. Tak akanlah Zafran berani marahkan dia kan?

“You ni! Penat-penat I bercakap dengan you. Tapi, you tak dengar? You dah sampai mana sebenarnya ni?”
Belum sempat Adellya membalas tiba-tiba suara deheman muncul di belakang mereka berdua. Wajah dipalingkan untuk mengenal pasti punya siapakah deheman itu?

“Hai.” Sepatah perkataan dikeluarkan dari seulas bibir merah itu.

“Oh, hai. Hareez, kau buat apa kat sini?” Sapaan Hareez dibalas oleh Zafran. Adellya di sebelahnya hanya sepi membatu. Mungkin terkejut atau tidak selesa dengan kehadiran Hareez.

“Saja. Nak cuci mata tengok pasangan kekasih bermesra.” Ayat sinis sengaja dikeluarkan. “Eh, korang jangan terasa pulak. Aku bukan maksudkan korang.” Sambung Hareez apabila Zafran dan Adellya hanya mendiamkan diri. Mana tahu mereka berdua terasa dengan dirinya walaupun ayat itu memang ditujukan kepada mereka berdua.

Adellya hanya memandang suaminya itu dengan pelbagai rasa di hatinya. Baru saja dia mahu melupakan lelaki itu dan masalah mereka berdua. Tiba-tiba muncul pula di depan mata. Keluhan dilepaskan.

“Kenapa, Adel?”

Kepala diangkat memandang wajah yang dirinduinya itu. Rambut yang sedikit keperangan itu nampak sedikit basah, mungkin baru sudah mandi. Mata yang dilindungi dengan cermin mata hitam jenama Rayban. Badan yang sedikit sasa itu dibaluti dengan T-shirt Polo lengan pendek berwarna putih dan berseluar jeans slim fit biru gelap. Yalah, sekarang musim panas yang bertandang dibumi London.

“Adel.” Sekali lagi suara itu memanggilnya.

“Ya..ya?” Sedikit gagap dia menyahut. Mata dilarikan sebelah mencari susuk tubuh Zafran. Hilang. Mata sibuk meliar ke sana sini. Mana pula Zafran ni?

“You cari apa? Zafran?” Soal Hareez.

Laju mata memandang Hareez. Kepala dijatuhkan tanda menjawab soalan suaminya. Berat mulut untuk mengeluarkan suara.

“Dia pergi naik ke bilik. Tertinggal phone katanya.” Jawapan Hareez sedikit membuatkan Adellya mengeluh kecewa. Kenapalah Zafran pergi tinggalkan dia dengan Hareez?

“Kenapa?” Soal Hareez. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Nampak begitu macho pada pandangan Adellya.

“Kenapa apa?” Soalan Hareez dibalas dengan soalan.

“You terdengar sedikit kecewa bila I cakap Zafran ke mana. Dah rindukan dia ke?” Senyuman sinis terlakar di wajah Hareez.

“Apa yang awak cakapkan ni, Hareez?” Sedikit tidak faham  dengan kata-kata yang keluar dari mulut suaminya itu.

“You tak faham or buat-buat tak faham, Adellya?” Wajah dirapatkan sedikit dengan wajah Adellya. Adellya hanya diam terkaku dengan kelakuan suaminya. Dah kenapa pula dengan mamat ni?

“Saa...saaya memang tak faham apa yang awak maksudkan.”

“Okay, straight to the point. Apa sebenarnya hubungan you dengan kapten muda tu?” Wajahnya dijauhakan.  Sepasang mata disebalik Rayban itu memandang tajam ke arah Adellya. Dia ingin tahu apa hubungan di antara Adellya dan Zafran.

Tak sangka soalan itu yang keluar dari mulut Hareez. “Hubungan saya dengan Zafran hanyalah sebatas rakan sekerja dan kawan saja. Tak lebih dari tu.” Jawapan jujur dikeluarkan. Tetapi nampak dari riak wajah suaminya seperti tidak berpuas hati saja dengan jawapannya.

“Kawan? Are you sure?” Soalan itu terdengar sinis sekali. “Tapi, I langsung tak rasa yang you berdua hanya kawan.” Sambung Hareez dengan nada geram. Masih tak nak mengaku ke yang korang ada hubungan?

“Kenapa? Kalau hubungan kami lebih dari tu, awak cemburu?” Sedikit berbunga hatinya saat ayat yang baru saja keluar dari bibir merah itu terdengar seperti cemburu. Cemburu tandanya perasaan cinta terhadapnya masih wujud. Senyuman mula terukir di wajah cantiknya.

“What? Cemburu?” Hareez tergelak apabila mendengar soalan Adellya. “Look, Adellya. I dah ada Eleena. So, nak buat apa I nak cemburu bagai? Tak lama lagi you pun I akan ceraikan.” Terdengar sedikit angkuh suara Hareez apabila menutur ayat yang membuatkan senyuman yang sebentar tadi mekar tiba-tiba mula layu. Hati yang baru saja berbunga-bunga mula hancur berkecai.

“I tanya sebab I nak pastikan lelaki yang akan jagakan you lepas ni bukan lelaki yang sebarangan. Ibu dan ayah pun mesti gembira kalau lelaki macam Zafran yang akan jagakan you after this. Lagipun, I tengok, he’s not bad. Dia pun macam cintakan you sangat.” Pandangan dilarikan ke hadapan. Tidak mahu melihat wajah kecewa Adellya. Entah kenapa rasa sesak yang dia rasakan tadi mula kembali saat melihat wajah kecewa Adellya.

“Hareez, perasaan cinta awak dekat saya dulu, memang langsung dah tak ada dalam hati awak ke?” Terdengar lirih suara itu bertanya.

“Yes. Cinta I terhadap you dah pupus after I met Eleena. Diganti dengan cinta Eleena.” Tanpa perasaan dia mengungkapkannya.

“Langsung tak ada sedikit ruang untuk saya?” Air mata ditahan dari jatuh mengalir di pipi. Kepala perlahan-lahan diangkat memandang susuk tubuh yang mebelakanginya.

“I’m sorry, Adel.”

Jawapan itu cukup membuatkan hati Adellya musnah. Harapan yang dia bina sebelum ini untuk menambat kembali hati suaminya hancur berkecai dengan jawapan suaminya itu. Ya Allah! Kuatkanlah hati hambaMu ini.

“So, dah tak ada gunanya lagikan saya setia di samping awak, kan? Dah tak ada gunanya lagi saya berharap awak kembali kepada saya, kan? Dah tak ada guna saya pertahankan rumah tangga kita kalau awak sendiri menolak, kan? Dah tak ada gunanya lagi. Selepas kita sampai Malaysia, kita selesaikan semua urusan penceraiaan kita. Lebih cepat lebih bagus, am I right?” Laju air mata yang ditahan tadi mengalir. Sudah tiada kekuatan untuk menahannya lagi.

“Yes, you’re right.” Tergamam saat dia berpaling. Air mata yang mengalir dipipi gebu isterinya itu dan juga kata-kata yang Adellya keluarkan. Kenapa dengan aku ni? Kenapa tiba-tiba perasaan ini muncul?

“I hope, keputusan yang awak buat ni akan membuatkan awak bahagia, Hareez. Semoga awak bahagia atas kesakitan yang saya tanggung selama ni.” Laju kaki melangkah meninggalkan Hareez yang masih tergamam itu. Air mata diseka dengan kasar. Tidak mahu lahi menangis kerana lelaki yang sudah menyakitkan hatinya itu. Lelaki yang telah menghancurkan hatinya. Cukup sampai sini saja. Dia sudah penat setia dengan Hareez. Sangat penat.

Bersaambung...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 11:34 AM | Show all posts
klu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 01:23 PM | Show all posts
thank for the n3...jgnlah lama sgt utk sambung...yea..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2014 08:19 PM | Show all posts
fatimz posted on 8-12-2014 02:23 PM
thank for the n3...jgnlah lama sgt utk sambung...yea..

InsyaAllah. Sekarang tengah cari idea untuk next part. Huh! Doakan Sya. Nasib baik Sya tak kene PLKN. Kalau tak, lagi lambatlah nak tunggu Sya sambung. Hehehehe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 10:42 AM | Show all posts
ok saya doakan...tp jgn lupa sambungannya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 03:15 PM | Show all posts
Best!!

nak lagi..

lagi best kalau novel.. nak tau perjalanan kecemburuan dorang...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 12:51 PM | Show all posts
ingat dah update n3
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 12:38 PM | Show all posts

still waiting for the n3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.092895 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list