CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50748|Reply: 309

Misteri kawan yang PSYCHO

[Copy link]
Post time 4-6-2014 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Leafumi at 20-2-2015 01:41 AM

Kawan 1 Course Mendakwa Diganggu

first of all.. tiba2 teringat lak kisah ni and aku just nak share pengalaman aku bertemu dengan kawan yang psycho. Dia ni bukanlah kawan baik aku mahupun kawan rapat. cuma rakan sekelas je. Niat aku share cerita ni bukanlah untuk memburuk-burukkan dia atau hina dia. Cuma nak cerita pengalaman je kat peminat2 kisah2 misteri, tak salah kut ? cerita ni pun dah lama berlalu dalam 2 tahun lepas. ni 1st time aku ada pengalaman kawan macam ni. misteri tak ? takut tak ? orang psycho kut, mau nya tak takut ? and  bukan aku nak tuduh dia gila ke hapa... kawan2 aku yang tau pasal ni pun fikir yang dia ni memang bermasalah. kalau tak dibendung boleh sampai ke tahap teruk. eh2 panjang lak mukadimahnya.. sorry2.. meh aku namakan dia ni Sarah ( bukan nama sebenar ). nak kata ada gangguan2 dari family dia macam tak jelas & tak kukuh.

2 tahun lepas, first time aku masuk ke ipt and hidup sebagai pelajar asrama. Sarah ni pulak 1 course dengan aku & 1 kelas. Sarah ni dari hari pertama memang pendiam. sopan. tak kacau orang. nak bangun dari tempat duduknya pun susah. tapi biasa la kan tak kenal lagi time tu. so kami anggap dia ni memang pendiam and nothing weird. aku pun bukanlah jenis kepoh. but more to understanding. so aku pun tak kisah. mula2 dia join jugak kitorang pegi makan, pegi kelas sesama. kitorang pulak time tu kan baru berkenalan 1 kelas. so kalau pergi makan ke apa ke ajak ramai2. kira semua masa tu bersatulah. tak ada puak2 lagi time tu. dia ikut gak tapi diam je. kalau kitorang tanya baru dia jawab. so semua okay aje. cume dia sangat2 pendiam.

kira-kira lepas 2-3 bulan berlalu lah kalau tak silap aku, Mimi ( rakan sekelas kami & rakan yg selalu berkepit dengan Sarah) story kat geng aku pasal benda pelik2 dengan diri Sarah ni. Mimi cakap Sarah selalu bercerita pasal mesej2 dia dengan pakwe dia, Kamal. kadang2 mesej2 dia dengan sorang laki lain (katanya abang angkat yang masih berharap kat dia) abang angkat dia lak selalu nagi nasihat . then tak pasti la bila benda ni bermula, Mimi mula ngadu pulak Sarah jadi lebih pelik dari sebelumnya.

Mimi cakap Sarah ni kalau duduk dalam bilik siang2 tutup langsir bagi bilik kelam. selalu sangat rasa diri lemah. tak bersemangat. sakit2 badan. pening kepala. kadang2 tak boleh tidur. kadang2 tidur berlebihan. tapi study okay je. Sarah ni pun pandai gak la. pointer bagus. speaking pun bagus. so tak pe lah. maybe tu semua kelebihan dia. so kami pun tunggu je bila2 lagi Mimi ni nak bercerita. kitorang tak tanya direct lah kat Sarah. sebab nak investigate kes ni. nak buat observation dulu.. kakak yang jadi AJK asrama pun nak tau siasatan ni.. yelah.. kut2 jadi apa2 yang tak patut kan naya.. mau dia tiba2 serang orang ? tapi nasib baik tak sampai macam tu.. tapi perkara ni dirahsiakan dulu.. hanya kitorang & kakak2 AJK yang tau.. dan macam biasa di kelas sarah diam je sepi.. selalu dengar lagu sorang2 guna headphone..

Then Mimi cerita lagi. kali ni dia cakap Sarah semakin menjadi2 pulak manja mengada dia. sakit2 tula. sakit2 nilah. tiba2 takut lah. haa.. yg takut ni ada masuk bab paranormal sikit. dia cakap dia nampak kelibat orang lelaki pernah lalu depan pintu bilik dia and datang nak masuk bilik dia and datang kat dia.  time tido lak wajib meracau2. 2 org member aku (Ain dengan Ema ) pernah gi bilik dia. time tu nak hentikan Sarah ni tengah meracau-racau dan ketakutan lepas bangun tido. so Mimi datang tengokkan dia. Roommate Sarah ada tapi dia ni budak course lain. rasa2nya memang tak rapat dengan Sarah pulak tu langsung tak ambik port and selalu tak ada kat bilik. kira hubungan sebagai roommate semata2. kalau ada apa2 je pasal sarah ni dia serah kat kitorang. patut ke perangai roommate macam ni ? bila kitorang datang dia muka masam je macam tak suka kitorang pulak.. tiap2 kali kitorang datang dia mesti blah dari bilik..

aku time tu tak join pegi bilik sarah tu sebab geng aku tak bagitau aku. aku duk bilik tingkat bawah. diorang semua tingkat2 atas.. sampai hati.. takpelah. maybe time tu urgent sampai terlupa kat aku.. ni pun aku cerita berdasarkan cerita diorang part kat bilik sarah ni. Ain ni jenis ada boleh detect benda2 halus tu n boleh ubatkan orang sikit2. so dia lah yang tolong tenangkan Sarah. Dia pegang ibu jari kaki n baca2 sikit. Dia kata memang dia ada detect something kat Sarah. ada something duk mengikut sarah. so diorang pun recite sikit. lepas tu si sarah ni pun tidur dengan elok. masa diorang duk dalam tu, diorang cakap tiba2 almari sarah bunyi kuat macam ada orang langgar atau tampar PANGG!! kecut perut gak lah diorang. tapi memasing buat bodo. ema lagi lah. dia duduk betul2 tepi almari tu. kus semangat dia kejap.

so kitorang suspek maybe gangguan2 dari asrama kut..biasa lah kan benda2 camtu.. and maybe sarah ni lemah semangat kut.. bilik sarah pun macam something aje. dekat siling tu ada 2-3 kertas ayat suci al-Quran ditampal. tak taulah sapa yg menampalnya. maybe penghuni2 bilik yg dulu2 ? tapi kitorang fikir maybe amalan biasa lah kan lekat2 ayat2 Quran kat bilik nih. lepas tu sarah ni pulak cukup pantang kalau ada orang nak sentuh almari dia. apatah lagi bukak. pernah sarah bangun gi bukak almari then Mimi ke sape ntah aku tak ingat cakap dia ada simpan kain kuning dalam tu. selalu kain kuning ni orang cakap sesuatu ? aku actually tak berapa ingat.. tapi tak silap aku mimi cakap kain tu sarah kutip masa dia n mimi pergi mana tah.. macam tempat hutan2 gak la.. aku tak sure sangat pasal kain kuning ni.. itu jelah yang aku tau..

tapi sakit sarah ni berterusan lagi. sampai mimi yang rapat dengan dia pun tak larat nak jaga dia. sakit itulah sakit inilah.. sampaikan pakwe sarah ni selalu hantar mesej2 mcm2 pesan kat mimi suruh jagakan sarah. suruh mimi ingatkan sarah supaya makan ubat. suruh mimi urut2kan sarah. kena bagi perhatian kat sarah. kena peluk dia lebih2 lagi time dia lemah. Makan n minum kena tolong suapkan. boleh dikatakan setiap hari pakwe sarah ni mesej mimi pesan itu ini. pastu sarah pulak memang akan cerita sal  mesej2 dia dgn pakwe dia kat mimi. mesej2 dia dgn abang dia lagi.. Sarah pun selalu je cerita pasal mesej2 lama kwn lelaki dia yg kononnya teman tapi mesra dya (Adam). tapi katanya Adam dah arwah. bila dah selalu sangat sakit, Ain yang boleh mengubat ni tolong la tengok2kan lagi.

ada sekali tu waktu dalam kelas malam untuk siapkan projek berkumpulan, sarah ni macam biasa dengar lagu sorang2 dengan headphone dia. lepas tu dia tertidur lak kat meja dia. time tu kitorang tengah berusaha siapkan projek esaimen kitorang tu, tiba2 lak si mimi ni ambik pembaris pergi sagat2 dekat lengan kanan dia. lama pulak tu. sampai kawan2 yang lain kena hentikan dia. yang peliknya dia stop and terkejut. dia cakap dia tak sedar langsung time dia buat tu. dia cakap fikiran dia cam tengah mengelamun ke mana tah. gila tak sedar ? sampai merah2 dah lengan dia tu pergi sagat sendiri dengan pembaris.

Then 1 mlm tu kecoh diorang papah si sarah ni datang bilik Nini (pun salah sorang geng aku). bilik nini ni pulak memang kitorang jadikan sebagai markas berkumpul. nak discuss esaimen ke, lepak tgk movie ramai2 ke, nak bincang apa2 ke, bukak posa ke, nak revision utk exam ke apa2 semua kat bilik dia. so baringkanlah si sarah ni kat katil. kes nya mcm biasa. meracau2 msa tido. ain ni cam biasa jd tukang ubat dia. siap recite yassin lagi. so dia pun lena dgn baik. time tu kitorang masing2 pelik n duduk berbincang ramai2. biar je sarah tu tido. kami pun bincang dengan nada suara yang slow sebab tak nak dia terjaga, lagipun time tu ain cakap dia suspek ada yang tak kena sebab dia cakap dia dah tak detect apa2. n cakap benda yang ikut dia tu pun dah lama hilang. so dia suspek sarah ni macam berlakon aje. mula2 kitorang cam tak caya gak. tapi Mimi pun sokong ain. dia cakap sakit2 yang  sarah buat2 semua tu mcm dah melampau sangat. melebih2 katanya. sampai dia dah malas nak layan. ada ke patut nak berkepit je dengan mimi ni 24 jam ? kitorang dah pelik takkan lesbian kot sarah ni..

Sebenarnya sebelum tu, sarah pernah cerita dia dah bertunang sebelum sambung belajar situ. And masa cuti seminggu tu (lepas dah datang ipt ) dia bernikah dengan kamal. sarah pun dah ber'sama' dengan kamal pada malam pertama. and time malam yang kecoh tadi, dia cakap mimpi ada makhluk ni datang nak ambik baby dia. Katanya kandungan dia baru dalam seminggu lebih. Dan yang lebih mengkantoikan, sebelum dia tidur, kitorang ramai2 ambik wuduk atas cadangan ain. then suruh dia pun ambil wuduk. Dia cakap tak boleh sebab period. Hah ? Period ? Tapi cakap dah pregnant ? peliknya..

so time bincang tu, barulah mimi tunjuk kat kitorang mesej2 pakwe mimi yg dihantar kepada dia. Kitorang  pun baru perasan yang kamal n abang angkat dia tak pernah nak call sarah n mimi. yang pelik n kelakarnya nombor phone kamal ni sama dengan nombor phone sarah. tapi mimi cakap sarah dah bagitau mimi yang dia, abang angkat dia & kamal kongsi nombor yang sama. wait, ada ke 1 nombor bole dikongsi 2-3 orang ? duk jauh2 lak tu. ada ke ?? ke aku yg tak sedar memang ada ?? kut kalau ada pun tak banyak ?? then lagilah kami syak sarah tu pelakon handalan. tapi mimi ni pun lambat je nak kasi tau yang semua tu dari 1 nombor yang sama ?? haishh.. sebelum dia bagitau, kitorang semua mati2 ingat dari nombor yg berbeza2..

Kitorang tergerak hati nak try call nombor adam yang dikatakan telah arwah. masa ni malam lain pulak. sarah tak dibawa dah ke bilik nini. paling kelakar gak laa time call arwah adam. Nombor tu masih disimpan sarah kononnya. Memang kelakar habis. Tak sangka ada org angkat ! Dan yg kelakar orang yang angkat tu cakap loghat cina. Tanya nama apa. Dia jawab nama adam lee. (nama ditukar tapi versi sesuai). Habis2 je call kami pelik last2 semua pakat gelak tak ingat. Ohh, adam yang dah mati tu dah hidup balik agaknya ?? Sah2 lah kami fikir sarah ni memang something. so kami plan nak tanya dia direct je lepas tu. so plan ni diteruskan di bilik sarah sendiri.

Kat bilik sarah, waktu siang. kitorang geng bdk pompuan 1 kelas lepak bilik dia. Roommate dia pun blah keluar macam biasa. maybe sebab tak nak campur urusan kami. Dekat 10 orang gak lah dalam tu. Mula2 pertanyaan dimulakan dgn tanya lembut2.. Baik2.. Dia mula2 ok je.. Siap peluk bantal peluk ala2 manja gitu atas katil dia.. Kitorang yang ramai2 ni duduk kat lantai. Ada yang duduk atas katil roommate dia. dah sempit kan. Tapi dia tak nak mengaku apa2. Yang lebih sakit hati tu diam seribu bahasa. macam cakap dengan patung. Kami desak2 dia. Duk tak nak cakap apa gak.

Last2 kitorang guna plan B. Suruh 2-3 orang sound dia termasuk ema. Kali ni paksa n cara keras. . Suruh terus terang cita sebenar. Kenapa buat macam tu ? Betul ke semua tu ? N bla3 soalan lain2 aku dah tak ingat. Siap ugut nak bagitau lecturer & parents dia. Alih2 dia nangis pulak. Maybe sebab telah di sound. Aku pun sound sekali. Tapi tak da la ganas sangat ala2 gertak je. member aku ema ni lagi ganas. Dia tu memang pernah gaduh2 time sekolah dulu. Aku naik takut dengar suara dia tengking2. Yg len diam je. Patutlah sarah ni menangis. Tapi sebenarnya masing2 nak tergelak jugak. Si ema ni cakap dia ada 1 time tu dia macam nak tergelak terus ambik kain tutup muka jap. Konon2 buat macam tension padahal cover gelak. Ceh mati2 aku ingat dia stress betul.

Tapi si Ain ni bengang gila. Yelah, dia tukang ngubatnya. Tak pasal2 ditipu hidup2 dgn sarah ni. Ain dh tengking2 cm org gila. ain cakap sakit tau tak kena lawan dnegan benda tu. Badan dia sendri pun sakit2. Yelah, dia ni ngubat sikit2 je ala2 amatur. ingat fight menda2 tu tak rasa apa2 ke ? Patutlah masuk kali kedua ngubat n seterusnya dia dah tak boleh detect & rasa macam tak da apa kat sarah ni. dia marah2 cakap benda macam ni bukan boleh dibuat main-main. Sampai hati sarah mempermainkan dia. smapai menangis2 si ain ni.

Akhirnya si sarah ni pun buka mulut. Dia cerita sebenarnya dia memang berpura-pura. Berlakon bagai.. meracau2.. buat2 sakit.. Tapi dia sebenarnya nakkan perhatian aje. Dia cakap kalau kat rumah, dia macam tak dipedulikan family. Family lak asyik lebihkan abang dia. Dia cakap mak tak suka dengan dia. Ayah pulak macam tak kisahkan dia. Kadang2 dia lari rumah. Tapi kitorang tengok dia ni senang aje. Anak orang kaya tu. Gadget ke apa ke semua barang mahal mintak aje kat ayah dia dapat. Takkan macam tu dia cakap tak sayang ? Maybe kekurangan kasih sayang kut ? Dia cakap dia sedih dan rasa tak ada sapa sayang dia. semua yang dia buat lakonan kecuali masa ain pertama kali ubatkan dia. masa tu memang ain dapat detect. yang selepas2 tu dah bukan benda tu tapi lakonan sarah.

So kami dah mula faham. Maybe sebab macam ni dia psiko ? Kurang kasih sayang..dengki dgn abang.. Paranoid dengan parents.. Dan dia cakap watak kamal sebagai suami/pakwe dia tak wujud.. dia tak kawen pun.. what ?? padahal time dia mengaku dah menikah bagai tu kitorang siap ucap tahniah bagai saling berpelukan.. tumpang gembira lah katakan.. Abang angkatnya tu pun tak wujud.. N watak adam pun tak wujud.. Rekaan semata2.. So we all nasihatkan dia macam2.. Basuh minda dia cukup2.. Tapi kenapa sampai melampau2 sangat lakonan & bohongan dia ?

Kira hujung bulan lepas tu, dia cakap nak berhenti study situ n bertaubat. Sebab dia dapat tawaran belajar SPA dalam course nurse. Lagipun dia dah janji dengan ayah dia kalau dia dapat tawaran tu, dia akan berhenti. Wahh.. Psiko2 dia pun bagus gak.. Hurmm.. So dia pun berhenti.. Kitorang hope dia memang dah bertaubat. N sembuh. Sekarang tak tahu lak apa khabarnya. Facebook dia pun tak active. Hope dia okay2 je. So aku setakat ni lah kisah kawan aku ni. Macam kesian pun ada dengan dia. kalau orang-orang yang lagi teruk dari dia mau jadi cam cerita 7 lagu lakonan farid kamil tu..


p/s : ada part yang aku edit sikit masa mula2 intro sebab aku baru dapat ingat balik sebenarnya sarah ni bukan selalu menunjukkan mesej2 pakwe dia kat mimi  tapi menceritakan.. tu masa dia baru nk 'berlakon'..

sorry yea sebab buat thread putus2 sebelum nie.. korang pun if ada experience camni share la.. aku tak kisah pun.. TQVM readers yg komen & menegur..  .. dah aku nak pi sambung kerjaku..

Last edited by Leafumi on 4-6-2014 09:24 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 01:36 PM | Show all posts
alaaa..sambung plak dahh...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:47 PM | Show all posts
suka betul sambung2...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:47 PM | Show all posts
intro dah best ni.. macam intro pilem thriller
tajuknya There's something about Sarah
episod seterusnya tt
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:53 PM | Show all posts
main sambung2 lakkkkk...
taip siap2 kat tmpat lain, pastu cut & paste ke kat thread tak leh ke???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
nanti sambung.. mlm ni ke ? banyak gak keja nak buat nih.. Sabo ye readers..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2014 02:15 PM | Show all posts
malam baru nak sambung..?? haiyooo.... lain kali dah tau nak sambung taip la banyak sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:25 PM | Show all posts
Bersambung la pulak...
Kenapa xdraf dulu...takut thread abis ke? Thread byk kosonggggg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 02:48 PM | Show all posts
so far biasa2 jek
but still menarik utk tau what happen next
sbb tt pandai menulis
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 03:05 PM | Show all posts
aku pantang btl bukak benang citer benti tetiba...
kalo ye pon tggu la btl2 free br bukak benang...
blk2 alasan bz la...bos pggl la...nk berak laa....bla...blaa....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 03:07 PM | Show all posts
adoi potong stim btol
bersambung plak
baru excited nak baca..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 03:12 PM | Show all posts
mcm kenal je konsep cerita bersambung ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa len kali baik hbs type baru bukak benang.. Ntah la rasa x patut plak satu citer duk page 1 ... Satu citer bersambung plak dh ddk ntah page blkg mana... Unless ko reserve bawah citer pertama tu... Aishhh nak kena beklog2 ni yg menyampah
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 03:21 PM | Show all posts
Perlu ke sambung2 ni????

citer abis terus tak leh ke?? Grrrrrrr.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 03:40 PM | Show all posts
yelah2.. haduii.. jgn marah.. ni duk buat sambungan ni.. jap yea.. nasib baik free sikit nih. ni baru on laptop balik semata2 sebab uolls k.. kalau tadi duk on kat phone ja..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 03:54 PM | Show all posts
hahaha....biase peminat tegar MPS mmg gitu la TT.... diorg tau nak cepat updates je...mcm mase aku baru bukak rumah baru, pastu masuk spital....kena lahar aku... bertabahlah TT...hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 04:11 PM | Show all posts
aiiyaaaak.....

sambung cepat....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 04:24 PM | Show all posts
adehhhh..jenuh laa nak menunggu sambungan neh...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 04:27 PM | Show all posts
woiihhhh cepat laaa sambunggggg
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 04:27 PM | Show all posts
sambung le pulakkkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.096176 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list