CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15588|Reply: 164

[Tempatan] Jamu air paya berperisa sirap di majlis kenduri

[Copy link]
Post time 4-6-2014 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Terpaksa jamu sirap air paya


Hashimah bersama keluarganya menunjukkan paya yang menjadi sumber air selepas Sada gagal menghantar bekalan pada majlis perkahwinan anaknya.


KUALA NERANG - Sebuah keluarga di sini terpaksa menyediakan minuman kepada tetamunya dengan sirap air paya pada majlis perkahwinan anak mereka gara-gara Syarikat Air Darul Aman (Sada) gagal menghantar air pada majlis itu, Sabtu baru-baru ini.

Nik Hassan Nik Lah, 49, dan isterinya, Hashimah Ismail,47, berkata, mereka terpaksa menggunakan air paya berdekatan rumah selepas menunggu bekalan air dari Sada tidak sampai hingga menimbulkan kekecohan semasa majlis itu.

Kata Nik Hassan, dia terpaksa menggunakan air paya itu kerana sudah tiada sumber air yang boleh didapati di kawasan itu.

“Kami sungguh sedih kerana terpaksa menggunakan air itu untuk dijadikan minuman kepada tetamu. Pada hari itu, aktiviti gotong-royong menjadi kecoh kerana tiada bekalan air.

“Saya terpaksa menggunakan air paya itu kerana tanpa bekalan air sudah pasti majlis akan terjejas dan terpaksa menggunakan generator bagi mengepam air hingga sampai ke rumah. Bagaimanapun saya bersyukur, tiada keracunan makanan berlaku,” katanya.

Sementara itu, Hashimah berkata, pihak keluarganya sudah memaklumkan bekalan air itu kepada Sada Kuala Nerang seminggu sebelum majlis itu lagi.

Katanya, dia telah berjumpa dengan pegawai Sada yang membuat lawatan ke situ sebelum majlis dan mengarahkan dia membuat surat rasmi supaya memohon bekalan air bagi majlis perkahwinan anaknya itu.

“Bagaimanapun, kami sekeluarga kecewa kerana kelalaian Sada hingga menyebabkan kami terpaksa menggunakan air paya untuk dijamu kepada tetamu,” katanya.

Menurut Hashimah, dia mengaku tidak sepatutnya menyediakan air sirap dicampur air paya untuk hampir 2,500 tetamu pada majlis itu tetapi keadaan terdesak dan tiada pilihan lain lagi.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Sada, Rofedi Sulaiman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu bagaimana perkara itu boleh berlaku  kerana sebelum itu pihaknya sudah pun menghantar air pada 29 Mei lalu.

p/s- erk! jemputan yang dah g kenduri tu tahu ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 01:49 PM | Show all posts
Nape xpi beli air mineral???
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:49 PM | Show all posts
harap dimasak la airnya terlebih dahulu sebelum dibancuh untuk para tetamu mereka.... seriau dok teringat pernah terbaca kes minum air ada telur lintah.... ngiluuuu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:50 PM | Show all posts
Aku tengok bersih je... tapis, masak, mati la bakteria2 dlm air tu. No big deal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:54 PM | Show all posts
beli je air RO tu...tah2 sama harga dengan minyak isi dalam generator tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:54 PM | Show all posts
samshuri posted on 4-6-2014 01:49 PM
Nape xpi beli air mineral???

aah, nape x bli mineral?
takyah bancuh2... taruk je botol mineral atas meja mkn.
sekotak (sedozen) dlm RM10 lebih utk botol besar (jenama tesco)
klu rasa mineral mahal, bli la drinking water je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2014 01:57 PM | Show all posts
Naper tak ruih dalam brita TV3 suku ek?? Oppssss.... lupa... gomen dia dah bertukar....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:58 PM | Show all posts
samshuri posted on 4-6-2014 01:49 PM
Nape xpi beli air mineral???

a'ah boleh jer beli air mineral
kang orang sakit baru tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 01:59 PM | Show all posts
kne byk kali msk ni..
tp nmpk bersih airnya...serupa mata air suci murni
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:08 PM | Show all posts
haniryan posted on 4-6-2014 01:49 PM
harap dimasak la airnya terlebih dahulu sebelum dibancuh untuk para tetamu mereka.... seriau dok ter ...

erkk.. mana blaku kes tu??

seram plk baca...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:09 PM | Show all posts
makton posted on 4-6-2014 01:54 PM
aah, nape x bli mineral?
takyah bancuh2... taruk je botol mineral atas meja mkn.
sekotak (sedoze ...

Org kampung noks xcukup duit lerr...
sebotol besar berapa org minum.. Tetamu kenduri mau ratus2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:13 PM | Show all posts
beli air mineral kan sempat je lagik... ke nak cut cost?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:17 PM | Show all posts
sodap nee....back to nature ....hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:19 PM | Show all posts
sanggup ambil risiko ..kalu semua keracunan lepas mkn kenduri kahwin anak dia camner ? takkan sorang pon  takder kasi idea pi beli mineral water..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:19 PM | Show all posts
johndoe17 posted on 4-6-2014 02:09 PM
Org kampung noks xcukup duit lerr...
sebotol besar berapa org minum.. Tetamu kenduri mau ratus2.. ...

ntah.. kwn2 aku yg duduk kat kg ckp slalunya jmputan org kat kg x seramai kat bandar.
psg kemah pun 1@2 biji je.. buat kad kawin pun dlm 200-300. xtau la klu jmputan org kmpg ramai.
tp awat la smpai amik air paya? seminggu sblm mjlis gi la amik air sungai ke...
sewa lori tanki air & amik air sungai yg terdekat. atleast lepas utk masak & air minum.
utk basuh2 tu bleh la pakai air paya @ guna pinggan kertas.

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
lgpun air tu bukan tetiba je xde masa majlis berlangsung kan?
kena usaha & kreatif skit..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:24 PM | Show all posts
makton posted on 4-6-2014 02:19 PM
ntah.. kwn2 aku yg duduk kat kg ckp slalunya jmputan org kat kg x seramai kat bandar.
psg kemah p ...

nenek moyang orang nusantara dulu2 pon minum air paya je kalo buat kenduri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 02:26 PM | Show all posts
makton posted on 4-6-2014 02:19 PM
ntah.. kwn2 aku yg duduk kat kg ckp slalunya jmputan org kat kg x seramai kat bandar.
psg kemah p ...

tak baca sampai abih terus hentam eh????
die sewa lori air, tapi lori tak datang..
tu yg posting2 kat atas tu cadang beli air mineral..
tapi kot la org kg.. bajet byk mana sgt..

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:26 PM | Show all posts
erk...takkan takde sorang pun org kg dia ada telaga? biasa kat kg-kg ni ada telaga yang pam guna enjin air tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:27 PM | Show all posts
paya dia tu cam telaga yang besar jek...jernih jek air..cam ada air mata air....cuma rumput2 dlm tu jek yang menampkkan dia sedikit comot...

klu paya kat kg aku...air nyer tak tergamak dek tekak ni nak minum...walaupun dimasak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:28 PM | Show all posts
siputsedut posted on 4-6-2014 02:26 PM
erk...takkan takde sorang pun org kg dia ada telaga? biasa kat kg-kg ni ada telaga yang pam guna enj ...

kalo benda dah takda nak wat mcm mana.........kalo minum air tu elok dimasak dulu.....tpkan ngk gak air tu sumber mana....mungkin paya tu jernih asenya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.259401 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list