CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8429|Reply: 25

MEMBURU ILMU ALAM (adaptasi kisah benar)

[Copy link]
Post time 4-6-2014 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Bismilah...
Jam di tangan menunjukkan pukul 1.00 pagi, Azri masih tekun memandu untuk pulang ke kampungnya di Kampung Lubok China, Melaka. Dalam kelam malam dia memandu dengan tenang ditemani lagu-lagu lama yang mengingatkanya tentang hari-hari yang dihabiskan sewaktu zaman kanak-kanaknya di kampung dahulu, hanya kereta Azri sahaja yang kelihatan menggunakan jalan yang sunyi dan gelap itu berikutan hari semakin larut malam. " sunyi betul jalan ni," keluh Azri sambil jarinya menekan butang untuk menurunkan cermin tingkap keretanya, sambil menghirup udara malam dengan menghabiskan sebatang rokok yang dibakarnya.

Selepas sejam memandu barulah Azri tiba di kampungnya, untuk masuk ke kampungnya Azri perlu melalui jalan kampung yang lama dan agak berlubang dek kerana tidak diselengara dengan baik, "haish..tak berubah betul kampung aku ni, dari dulu sampai sekarang same je ak tgk" kata Azri, sesekali kedengaran bunyi burung hantu berlawan-lawan diselangi salakan anjing sayup-sayup kedengaran jauh dari dalam hutan di kampungnya, " apa yang nak ditakutkan, kampung aku tempat ak membesar dahulu " hatinya berbisik sambil tersenyum. Jauh bezanya udara di kampung jika nak dibandingkan dengan bandar yang kotanya tidak akan pernah tidur walaupun seketika, di kampung udaranya lebih dingin dan segar bila malam semakin tua, itulah yang bermain di benak Azri sambil mengelak lubang-lubang kecil pada jalan kampungnya itu dengan sabar.

Gembira, terharu dan teruja, itulah yang dirasai Azri apabila selamat sampai di halaman rumahnya, tidak sabar bersalaman dengan mak dan ayah, tetapi dia tahu semua sudah lena kerana dia sampai lewat malam.." asalamualaikum.. mak, ooo mak! bukak pintu ni Azri balik ni mak, " jerit Azri sambil mengetuk pintu rumahnya yang hampir reput dimamah anai-anai itu. "Walaikumsalam.." sambut ibunya sambil mengosok-gosok kecil matanya yang baru bangun dari tidur lena, " oh Azri.. baru sampai kamu ye nak" "ha ah mak..lambat bertolak tadi" jawab Azri sambil mencium tangan tua ibunya. "Ayah kau dah tidur, esok je lah jumpa dia mak pun dah mengantuk ni, mak masuk tidur dulu kalau lapar nanti kat dapur tu ada mak tinggalkan sikit lauk malam tadi ". "Yelah mak", balas Azri sambil tanganya penuh dengan beg dan barang-barang dari kereta untuk dibawa naik. Selesai memunggah barang masuk ke bilik Azri terus rebah di katil empuknya sambil memandang ke bumbung rumahnya. " Lapar pulak pagi-pagi buta ni, apa-apa hal mandi dulu, makan pas tu tidur..." bentak hatinya yang melayan penat memandu yang tak hilang lagi. Selesai mandi Azri hanya mengenakan kain pelikat sahaja pergi ke dapur untuk mengisi perut kosongnya sebelum tidur dengan tenangnya, hanya kelihatan periuk nasi di atas dapur dan lauk semangkuk di atas meja makan yang ditutup mengunakan tudung saji anyaman rotan. Lauk ayam hutan masak lemak cili api, itu la lauk kegemaran Azri sejak kecil, itulah kasih ibu bila anak kesayangan nak balik kampung, "lame betol aku tak makan ayam hutan ni lagi-lagi masak lemak" mengancam! sambil menyuap nasi di pinganya satu demi satu. Dengan perut kenyang Azri duduk di tangga rumahnya sambil menghabiskan sebatang rokok Dunhill yang diangap sebagai pencuci mulut oleh golongan perokok tegar. "nyaman gile udara pagi ni," jam menunjukkan hampir pukul 4.00 pagi, suasana kampung yang sejuk dengan samar-samar diterangi lampu jalan membuatkan mata azri semkin layu disulam dengan kepenatan memandu tadi. "Masuk tidur dulu lah, tak larat aku "katanya sambil megunci pintu rumahnya dan terus berlalu ke biliknya merebahkan tubuhnya ke katil dan terus lena sehingga pagi.

Bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 03:53 PM | Show all posts
sambungan please ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 04:07 PM | Show all posts
gaya penulisan menarik... ala2 membaca cerpen atau novel gituu~~
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 04:10 PM | Show all posts
Lubuk Cina....
adakah bila Azri bangun...
dia berada di atas kubur...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 04:26 PM | Show all posts
Bunyi kokok ayam jantan dan hingar burung murai mengejutkan Azri dari tidur lena, jam menunjukan pukul 9.30 pagi tidur Azri mamang tidak cukup jika dibandingkan dengan waktu dia berjaga malam tadi. "Azri, bangun..matahari dah tinggi ni! " jerit ibu azri dari dapur. Azri dengan lemah bangun mengesat matanya yang seakan tidak mahu buka selagi dia belum puas tidur di katil empuknya. Selesai mengemas katil dan bilik, Azri segera ke dapur untuk melihat apa yang disediakan ibunya untuk sarapan pagi.

Kelihatan ibunya sedang sibuk menyiang sayur untuk masak tengahari nanti. "mak, mana ambil ayam hutan masak lemak malam tadi mak? " tanya Azri pada ibunya yang sedang memotong satu per satu sayur yang baru dibelinya daripada Ah Chow yang memang menjaja sayuran setiap pagi di kampung itu. Azri tahu bukan mudah untuk mendapatkan daging ayam hutan kerana bukan mudah untuk mendapatkannya tidak seperti membeli sayur pada Ah Chow.

"Pak long kau yang bagi petang semalam, katanya dia dapat lebih ayam hutan masa dia pergi memburu malam semalam tu yang dia bagi dua ekor kat mak,". "Pak long pergi memburu lagi ke mak?" boleh tahan jugak orang tua ni, dah tua-tua pun masih lasak masuk hutan, kata Azri sambil menghirup air kopi o panas yang disediakan ibunya bersama sepiring jemput-jemput panas di atas meja.

"Pak long kau tu kadang-kadang je pergi, kalau ade orang yang nak menemankan dia rajin lah dia pergi.".

Memang dari kecil Azri gemar meneman pak long pergi memburu ayam hutan pada waktu malam, desebabkan Azri sudah berpindah ke bandar dan bekerja di sana, sudah jarang pak long masuk ke hutan mencari lauk berseorangan kerana dia seorang yang penakut jika masuk ke hutan berseorangan. Tersenyum kecil Azri mengingat kembali telatah pak long yang mengeletek hatinya sambil menghabiskan kopi panasnya.

"Ayah pukul berapa balik dari kedai nanti tu mak?" tanya Azri dengan muka serius pada ibunya.
"ayah kau petang lah baru balik, macam biasa" jawap ibunya ringkas sambil menghalau ayam kampung yang nakal masuk ke pintu dapur rumahnya. Ayah Azri membuka kedai kopi di kampungnya, hanya ayahnya sahaja satu-satunya yang mengusahakan kedai kopi di sini.

"Tak apa lah mak, kejap lagi Ari nak pergi jumpa pak long sekejap". sambil mencapai tuala dan terus masuk ke bilik air untuk mandi.
"Hm.. yelah..mak rasa pak long kau ada kat rumah, nanti kalau lambat ke kebun pulak orang tua tu nanti" jerit ibunya.


Bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 05:05 PM | Show all posts
lol .... baca tajuk tt mcm mari belajar geografi pulak ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-6-2014 05:43 PM | Show all posts
Selesai mandi dan bersiap Azri ters keluar menaiki motor honda lama ayahnya untuk ke rumah pak long yang berada tidak jauh dari rumahnya, sinar pagi yang menerjah matanya membuatkan mata Azri mengecil menahan tusukan panas itu sambil tersenyum menghirup udara pagi ketika melalui bendang di kampungnya. sudah lama dia merindui saat-saat begini ketika menetap di bandar sebelum ini., kampung adalah tempat yang dapat menenangkan fikiran dan merehatkan otak yang bercelaru.

Selang lima buah rumah sampai lah Azri ke rumah pak long yang kelihatan uzur dan riuh dengan teriakan itik angsa yang dipelihara pak long.
"Asalamualikum..pak long ooo pak long.. pak long...", jerit Azri sambil menupangkan tongkat motornya. "Walaikumsalam" sambut pak long dari belakang rumah berjalan ke laman rumahnya sambil membawa penyapu lidi kelapa di tangannya.

"Eh kau Ari...bila balik? hah hah hah.." ketawa kecil pak long dengan muka tersenyum menghampiri Azri. Ari adalah nama manja Azri yang sering digunakan sahabat dan keluarga Azri di kampung.
"malam tadi baru sampai pak long" kata Azri sambil mencium tangan pak long yang baru disapu-sapu ke baju kerana dek kotor tanah.
"moh..sini duduk dulu kat pangkin ni, hah hah hah..lama betul tak jumpa kau ni, besar dah kau.. hah hah hah." ketawa kecil pak long bersambung.

"Ari, ni munim teh o mak long buat ni.." tegur mak long yang baru keluar dari pintu dapur sambil membawa seteko teh o panas bersama sepiring biskut tongkat di dalam dulang. "balik sorang je ke Ari, tak de lagi ke calon yang bekenan di hati nak kenalkan pada mak ayah kau tu" tanya mak long sambil tersenyum sinis terus duduk di sebelah pak long yang meneguk air masak dari botol yang dibawanya. "ha ha ha ha..tak de lagi lah mak long..muda lagi saya ni..lelaki pulak tu, kalau anak dara yelah tak boleh lama-lama..insyaallah ada jodoh nanti Ari kenalkan," kata Azri tersengih lebar.

"Yelah, borak lah dulu dengan pak long kau ni..mak long nak masuk dalam kejap" kata mak long sambil berjalan menuju ke pintu dapur.
"hah! pak long, macamana orang kampung ni ok ke macam dulu lagi?, dengarnya semakin aktif masuk hutan sekarang ni" tanya aku pada pak long sebagai pembuka cerita.
"haish kau ni..pak long ni kn dah tua..tak kan larat jalan jauh-jauh masuk ke hutan, kadang-kadang kalau teringin makan lauk hutan pak long gagahkan jugak masuk, itu pun kalau berteman." katanya bersemangat.
"kenapa, kau teringin nak masuk ke?" kalau nak pak long boleh siap-siapkan barang untuk berburu malam ni.
"hai pak long ni macam tau-tau je..memang saya berhajat pon, tu sebab datang rumah pak long ni, kalau pak long ok dapat jugak saya lepas gian memburu, kata Azri tersenyum.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 10:32 PM | Show all posts
menarik...sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2014 02:44 AM | Show all posts
Salam TT...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
nora bagi sepuloh bintang ! sambung tt !
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 07:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2014 11:15 AM | Show all posts
Matahari sudah semakin menegak, Azri masih bersembang dengan pak long yang semakin ghairah berkongsi ilmu dengannya. " macam ni lah Ari, malam nanti kita masuk, ajak sekali kawan kau tu si Mail. Baru-baru ni pak long ada jugak masuk dengan si Mail, tu yang dapat lebih pak long bagi sikit dekat mak kau semalam," lagi pun sekarang ni bulan tengah cantik bulan gelap". Azri semakin teruja mendengar celoteh pak long sambil menghabiskan teh o panasnya.

"cantik.. ok pak long kalau macam tu malam nanti lepas maghrib saya ambil Mail datang rumah pak long, kita berkumpul kat sini jelah ye pak long." Banyak yang perlu di siapkan sebelum masuk ke hutan lebih-lebih lagi waktu malam, "balik ni nanti caskan dulu betri lampu kau tu..sampai petang nanti" ingat pak long pada Azri. " Yelah pak long, Ari balik dulu dah tengahari ni" sambil mengemas cawan dan piring ke dalam dulang. "tak apa, mak long kau kemaskan nanti, malam nanti jangan lambat pulak," Azri terus menghidupkan enjin motornya dan terus berlalu balik dengan teruja, kerana sudah lama dia tidak masuk hutan memburu sejak meninggalkan kampungnya itu.

Sesampai di rumah, kelihatan kereta kancil lama ayahnya sudah berada di halaman rumah. "eh awal balik ayah aku ni, da tutup kedai ke" bisik hati Azri. "Assalamualaikum" Azri memberi salam sambil menangalkan seliparnya menuju ke dapur.
"Walaikumsalam" jawab ayahnya yang sedang bersiap-siap hendak keluar. Azri terus bersalam dan mencium tangan ayahnya kerana baru saja berjumpa ayahnya sejak dia baru sampai malam tadi. "Nak ke mana ni ayah, bukan main segak lagi", tegur Azri bersahaja.

"Ini ha, nak pegi pekan kejap bayar bil api dengan air ni, lepas tu nanti nak beli barang kedai da nak habis tu". kata ayahnya leka menjamah pulut kuning yang dibuat ibunya.

"kamu kalau nak makan, makan lah Ari..ayah kau dah makan dulu tadi lapar sangat katanya" sambil mencedok lauk ke dalam mangkuk untuk disajikan.

Lauk daging salai masak lemak cili api dengan kentang, "fuh..bertuah sungguh rasanya kalau hari-hari macam ni" masakan ibu sesungguhnya tiada tandingan di dunia. "mak tak makan sekali mak? " pelawa Azri sambil mencedok nasi ke dalam pinggan.
"kau makan lah dulu, mak nak sidai kain dulu".
"ayah nak pergi dulu, kamu Ari nanti tolong tengok-tengokkan ayam kat belakang tu biawak kadang-kadang jahat dimakannya anak-anak ayam tu nanti" ayahnya berlalu sambil mulutnya berasap dek rokok surya yang hebat baunya.

"yelah ayah" jerit Ari yang sedang  menikmati makan tengaharinya tanpa menoleh kiri dan kanan.
Selesai makan, perut pun kenyang Azri terus menyiapkan peralatan untuk dibawa memburu malam nanti. Betri lampu perlu dicas dengan lama sehingga penuh untuk jangka hayat lampu lebih panjang pada malam nanti. "sreett...sreett...sreeett..." Azri mengasah parang kontotnya perlahan lahan, kerana parang adalah senjata wajib yang perlu dibawa untuk berburu lebih-lebih lagi pada waktu malam.

"Nak kemana kau ni Ari, mengasah parang bagai" tegur ibunya yang baru selesai menyidai baju.
"nak masuk hutan mak malam ni dengan pak long, lama rasanya tak pergi memburu dengan pak long teringin pulak rasanya mak, malam ni lepas maghrib kami masuk lah dengan si Mail sekali" terang Azri pada ibunya.

"masuk hutan ni jangan riak jangan sombong, kita niat dalam hati nak cari rezeki..jangan niat tak baik..ingat tu" pesan ibunya sambil duduk meneman Azri yang sedang mengasah parang di pangkin yang dipayungi pokok mangga yang rendang. Terhenti seketika Azri mendengar pesan ibunya itu,"kenapa pulak mak?". "Bukan apa, pernah terjadi dulu orang kampung ni juga, pergi memburu tapi niat kat hati tak betul, cakap besar, riak, akhirnya bila nak balik tak jumpa jalan keluar..pusing-pusing tempat yang sama sampai ke subuh lepas azan baru jumpa jalan keluar..itu sebabnya kalau nak masuk hutan kena pergi dengan orang yang pandai dan berilmu." Azri dengar dengan penuh berhati-hati sambil menganguk faham, Azri tahu dia berburu malam ini bersama orang yang betul, pak long bukan lah calang-calang orang di dalam kampungnya itu dan dikenali penduduk kampung sebagai orang lama yang penuh dengan ilmu hutan yang hebat. Kalau tak cukup ilmu di dada memang susah untuk menempuh berbagai dugaan ketika di dalam hutan terutama di waktu malam.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, Azri berlari mengutip baju yang baru dijemur ibunya tadi dan terus masuk ke dalam rumah, begitulah cuaca di kampung memang susah nak diduga, "tak kering lah baju tu nanti" keluh ibunya sambil menutup tingkap papan rumahnya supaya tempias hujan tidak membasahi ruang rumahnya.

Azri terus baring di hadapan tv sambil ditemani secawan Nescafe panas yang masih berasap, dalam hatinya berkata " bagus jugak hujan petang ni, malam nanti lagi hebat memburu" kata Azri di dalam hatinya, kerana waktu selpas hujan adalah suasana yang paling sesuai untuk berburu pada waktu malam kerana keadaan lembab dan sejuk dapat membantu melancarkan pergerakan mereka supaya tidak bising dek bunyi ranting dan daun kering sehingga didengari oleh haiwan buruan terutama ayam hutan yang sedang tidur di pelepah pokok kelapa sawit.

Bersambung...





Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 11:18 AM | Show all posts
we want more we want more
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 11:52 AM | Show all posts
best citer dia...sebijik macam cerpen da....
mahu lagi..nama tu hero dlm tu...jarang orang pakai..hihih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2014 05:51 PM | Show all posts
Hujan turun dengan lebatnya sehingga membuatkan Azri terlena dibuai bunyi hujan yang berirama jatuh di atap zink rumah Azri. Jam di dinding rumah Azri menunjukan kurang lima minit pukul lima petang, "Azri..bangun..dah terlangsung asar ni, tak baik tidur lepas asar" kejut ibunya sambil menepuk manja kaki Azri.

Hujan sudah mula reda tetapi langit masih mendung seperti belum puas mencurahkan airnya ke bumi, Azri terpinga-pinga bangun dan terus ke dapur untuk mencuci muka. "puas rasanya dapat tidur dengan aman tadi..huh" menyatakan rasa puasnya sambil mengesat mukanya yang basah dengan tuala.

Selesai solat asar Azri terus ke rumah Mail, nanti kalau tak diberitahu nak masuk berburu malam ni takut dia keluar pulak. "Preengg..prengg.." bunyi motor Azri dan terus memecut ke rumah Mail. Mail merupakan kawan baik Azri sejak dari sekolah dahulu, sesampainya di rumah Mail kelihatan mail sedang leka bermain bersama ayam hutan kesayanganya "lenteng" . "Asalamualaikum, Mail..buat apa tu" tegur Azri.

" Eh Ari, bila balik tak bagi tahu pun nak balik" dengan tersengih lebar Mail melatakkan ayamnya ke tanah dan berjalan ke Azri dan bersalaman. " Wa makin maju nampaknya kau ni Ari yelah orang bandar lah katakan.." Mail memerli Azri sambil menepuk bahu Azri.
" ha ha ha ha..maju apanya Mail oi..bagi aku kampung ni lagi seronok daripada bandar tu haa.." berjalan menghampiri ayam si Mail.

"Wah main ayam lagi kau Mail, ak ingatkan dah cuci tangan..hahaha.." Azri membelek-belek ayam pikat si Mail. "cantik ayam ni Mail, pikat kau ke?. "Eh kau jangan main-main Ari..ni champion punya ayam ok..dah banyak bunuh dah ni, hari tu ada orang nak beli 600 pun aku tak jual Ari, ni lenteng ayam cari lauk aku ni mana boleh jual.." katanya sambil membelai-belai ayam pikatnya.

"ha, ade projek baik ke ko datang rumah aku ni?" Azri berjalan menuju ke arah sawah bendang di sebelah rumah Mail. "macam ni Mail, pak long..dia ajak kita masuk malam ni..cari ayam hutan, macamana..kau ok tak?

"aku ok je Ari, hari tu aku masuk dengan dia jugak..memberansangkan jugak lah hasilnya hahaha.." ketawa Mail. Pukul berapa kita nak masuk ni, kita bertiga je ke?". "kita bertiga je lah Mail..mana ada sapa lagi nak ajak.." jawab Azri. "Ok la kalau macam tu cuma.. kata orang tua-tua masuk hutan ni mesti genap, kalau kita bertiga ja ganjil lah jadinya, hmm..tapi tak apa lah, pak long ada..hehe" Mail ketawa kecil tersembunyi seribu makna. "dah lah, kau jangan fikir bukan-bukan lah Mail..lepas maghrib nanti aku datang ambik kau kat rumah".

"laa..tak payah susah-susah, aku ada motor ni kan..nanti aku pergi sendiri kita jumpa kat rumah pak long" Azri hanya menganguk mengiyakan kata Mail tanda setuju dan terus berlalu pulang.

Lampu betri dah penuh, kasut dah siap, beg berisi air sejuk sebotol dan lampu sudah tersedia, Selesai sembahyang maghrib Azri terus menjamah sedikit nasi dan lauk yang tersedia di atas meja, cuma lauk tengahari tadi sahaja cuma dipanaskan semula oleh ibunya. "Perut berisi baru lah bertenaga berburu sekejap lagi" kata Azri.

"Mak, ayah..Ari pergi dulu.." jerit Azri dari bawah rumahnya sambil memasukkan beg ke dalam raga motor.
"baik-baik Ari..ingat pesan mak tadi" jerit ibunya. "kirim salam pak long kau nanti.." sampuk ayahnya yang sedang bersandar di kerusi malasnya di hadapan tv smabil membalut rokok pucuk dengan tembakau jawanya bersama secawan kopi o panas, merehatkan diri bersama ibunya. "yelah mak, ayah" ringkas daripada Azri dan terus meninggalkan rumahnya dalam kepekatan malam.

Sesampainya di rumah pak long, kelihatan Mail sudah sampai dan leka berborak bersama pak long di pangkin sambil pak long membersihkan senapang angin miliknya yang telah membunuh banyak ayam hutan yang digunakannya sejak dia remaja lagi.

"Maaf pak long, lambat sikit" Azri terus menongkatkan motor dan mendekati pak long dengan teruja untuk membelek senapang angin milik pak long. "fuh..masih macam dula la pak long senapang ni..". "kena pandai jaga, baru tahan lama" sampuk pak long lagi sambil memakai kasut. Azri terus meneliti senapang angin itu dengan rasa kagum, sesekali dia cuba-cuba untuk membidik. "kau tau ke menembak Ari oi.. hahaha," perli Mail. "belajar lah dengan pak long kau tu, untung-untung kau lah pewaris senapang orang tua tu hehe" bisik Mail lagi perlahan.

"Dah..dah..Jum kita bertolak sekarang, lambat masuk lambat pulak balik nanti" bentak pak long serius sambil membakar rokok daunnya yang dibalutnya tadi.
"dengar sini baik-baik, kita ni bertiga ganjil jumlahnya..jadi, kalu berlaku apa-apa yang pelik atau aneh..pak long mintak dengan kamu jangan ditegur..buat tak tahu saja atau buat tak nampak saja..paham?" pak long seperti seorang komander yang memberi arahan tegas kepada anak-anak buahnya dengan nada yang keras dan padat. "baik pak long" jawab Azri dan Mail serentak. Pak long seakan tahu akan terjadi sesuatu yang aneh pada kami malam itu.

Suasana malam itu sangat nyaman dan sejuk kerana hujan yang turun petang tadi membuatkan malam itu agak berkabus dan jalan berlecak. "ikut belakang pak long, dan jangan selalu sangat buka lampu, buka bila perlu saja..kalu nak suluh jalan saja buka sekejap-sekajap dan jangan berborak, ha..lagi satu jalan tu perlahan sikit jangan pijak ranting atau apa-apa yang bising" amaran pak long berbisik sambil melangkah masuk menuju ke ladang kelapa sawit di belakang rumah pak long.

Motor Azri dan Mail ditinggalkan di rumah pak long dan mereka hanya berjalan kaki masuk ke dalam kelapa sawit itu yang berada tidak jauh daripada rumah pak long. Berbekalkan sedikit cahaya daripada lampu pak long, Azri dan Mail hanya membisu mengekori rapat pak long dari belakang kerana hanya pak long sahaja yang bertanggungjawab membuka lampu untuk menyuluh jalan. Kedengaran pelbagai bunyi ungas dan haiwan yang aktif pada waktu malam membuatkan Azri tidak senang hati memandang ke kiri dan kanan yang gelap gelita berikutan langit yang masih mendung ditambah dengan bulan gelap.

Baru lima belas minit berjalan peluh sudah mula membasahi baju Azri " fuh dah macam training komando dah aku rasa" bisik Azri di dalam hatinya sambil mendaki bukit yang entah bila penghujungnya. Mail hanya membisu mengekori belakang Azri yang semakin lambat mendaki, pak long agak kehadapan sedikit meninggalkan mereka.

"Mail, kau tak penat ke? aku dah separuh nyawa ni Mail..baru nak pergi ni, belum balik lagi" rungut Azri berbisik kepada Mail sambil terus berjalan. Mail hanya membisu dan terus mengekori Azri dari belakang, Azri mula berasa pelik, tetapi diendahkannya dan terus mempercepatkan langkahnya mengejar pak long yang terus maju selang dua batang pokok kelapa sawit.

"Pssstt..psstt... suara orang memangil Azri dari belakang, "jauh pulak bunyinya suara psstt.. tu" katanya di dalam hat terus menoleh ke belakang..kelihatan satu lembaga bayangan manusia sedang berlai kearahnya dan semangkin hampir. "uishh.. lajunya jalan..kan ak suruh tunggu sekejap tadi aku nak kencing, yang kau menonong-nonong jalan tingalkan aku kenapa?" marah Mail kepada Azri termengah-mengah seperti dikejar anjing. "eh kan kau ada ja dengan ak tadi Mail...baru kejap ni tadi kau belakang aku..kau jangan nak buat lawak malam-malam ni Mail" Azri berkeras.

Bersambung...


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2014 10:24 AM | Show all posts
Lambat toll.. Sambungan nyer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2014 11:46 AM | Show all posts
berapa kali kena sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2014 12:00 PM | Show all posts
Azri dan Mail berpandangan sesama sendiri, muka Azri mula berubah daripada mengerut marah kepada pelik sambil memandang kiri dan kanan. " betul Ari..aku berhenti kencing kejap tadi.." tegas mail bersunguh-sunguh kepada Azri meneruskan perjalanan mengejar pak long yang semakin jauh.

Dari jauh kelihatan pak long menyuluh ke arah mereka dan Azri dan Mail mempercepatkan langkah mengejar pak long yang sedang berhenti menunggu mereka. " kenapa lambat sangat kamu ni..kan pak long dah bagi tahu ikut belakang pak long.., dah, sekarang kita dah sampai..kita duduk dulu kat sini berehat " pak long duduk ke tanah sambil meneguk air dari botol yang di bawanya.

"huh..tak ada apa-apa pak long, ini ha tunggu si Mail ni kencing kejap tadi kat tepi semak tu tadi..fuh! letih sungguh" keluh Azri, Mail memandang Azri sambil tersengih, dia tahu Azri cuba menyembunyikan perkara sebenar kepada pak long.

"kita dah sampai pun tempatnya..pak long rasa baris pokok sawit yang ini mesti ada ayam hutan yang tidur," pak long berbisik kepada Azri dan Mail sambil menuding jarinya kepada beberapa baris pokok kelapa sawit di hadapan mereka. Azri masih mengesat peluh di mukanya sambil meneguk air yang dibawa di dalam beg sandang dibawanya.

"dengar sini, kau Ari jalan dengan Mail ikut baris ini...pak long tak apa sorang-sorang ikut baris atas ni." arah pak long bersiap sedia untuk memulakan operasi menyuluh sambil bergerak ke arah pokok kelapa sawit itu. " ok, pak long" jawab Azri, Mail hanya mengekori Azri dari belakang sambil menyalakan lampu yang dibawa masing-masing. Jarak antara mereka dengan pak long tidak jauh kerana pak long berada di baris atas dan mereka berada di baris bawah kerana keadaan muka bumi yang berbukit.

Mereka memulakan pemburuan mereka, " senapang ada kat pak long..kalu terserempak lah apa-apa kat depan ni nanti mati aku, ada parang kontot ja kat pingang aku ni" bisik Azri kepada Mail. "Itu lah, aku pun tengah fikir benda yang sama ni Ari, tak apa..kita ikut pak long rapat-rapat, jangan biarkan dia jauh sangat kalau apa-apa nanti dia yang boleh bertindak dahulu" bisik Mail kepada Azri menyedapkan hati kawannya itu.

Kelihatan pak long sedang tekun menyuluh pelepah kelapa sawit satu per satu dengan sabar dan tenang, ayam hutan kebiasaannya akan tidur pada pelepah-pelepah daun kelapa sawit dan memerlukan tahap penglihatan yang teliti ketika menyuluh ke arah pelepah kelapa sawit yang tebal. Mail juga banyak pengalaman memburu ayam hutan pada waktu malam dan boleh dikira hebat kitika memburu.

Sepuluh minit berjalan menyusur baris pokok kelapa sawit dangan perlahan sambil menyuluh setiap sudut pelepah sawit, tiba-tiba kedengaran siulan pak long sambil menghalakan lampunya ke arah mereka berdua dengan mengelipkan lampunya beberapa kali menandakan pak long sudah tersuluh sesuatu. " hah, Ari..pak long dah jumpa ayam tu.." bisik Mail kepada Azri dengan perlahan dan lantas mematikan lampu mereka serta merta kerana itu adalah syarat dan teknik jika salah seorang menjumpai atau terlihat kelibat ayam hutan yang sedang tidur di pelepah kelapa sawit.

"dah, mari kita duduk dulu, biar pak long uruskan" kata Mail sambil duduk ke tanah di dalam gelap gelita itu, hanya lampu pak long sahaja yang kelihatan dalam pekat malam itu. Azri dan Mail hanya memerhati sahaja daripada dalam gelap tidak beberapa jauh dari mereka, pak long hanya berada di baris atas dari mereka. Peluh mencurah-curah pada dahi Azri menahan rasa penat dan berdebar menanti tindakan dari pak long.

Pak long hanya memasukkan peluru senapangnya di dalam gelap sahaja, terus menyuluh ke arah pelepah kelapa sawit itu sambil membidik tekun. " Puufftt..!" tembakan dilepaskan pak long, kelihatan satu objek jatuh mengelupur ke atas tanah dan terus ditangkap oleh pak long lantas disembelih olehnya. Pak long turun ke arah Azri dan Mail sambil menjinjing seekor ayam hutan jantan di tangannya. "Nah..simpan dalam beg kau Azri, baik-baik pegang taji ayam tu panjang" sambil menghulurkan ayam itu kepada Azri. Seekor ayam jantan yang sudah tua bertaji lebih kurang dua inci lebih panajng dan runcing, Azri membelek-belek ayam itu sebelum memasukannya kedalam beg. "wah, tua dah ayam ni pak long" kata mail.

Pak long berdiri sambil mengisi peluru ke dalam senapangnya "pak long rasa banyak lagi kat sini, kepala bapak ayam ni tadi menghala ke depan sana, mungkin ada lagi ayam yang lain kat depan tu" bisik pak long sambil memanjangkan muncungnya menunjuk ke arah kelam malam. "Jalan perlahan-lahan sikit jangan bising-bising nanti ayam kalu dengar habis semua terbang..ikut laluan macam tadi ye" pak long terus berjalan mengambil posisinya sebelum ini, dan Azri dan Mail juga menyusuri baris mereka.

......................... . . .
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2014 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt... Best cerita awak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2014 02:58 PM | Show all posts
dah mcm novel...pasni sambung balik!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.085792 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list