CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: mat_top

MEMBURU ILMU ALAM (adaptasi kisah benar)

[Copy link]
 Author| Post time 6-6-2014 05:09 PM | Show all posts
Selang tiga batang pokok sawit Mail bersiul lantang, serta merta lampu Azri dan pak long dipadamkan kali ini Mail yang menjumpai sekelompok ayam hutan yang tidur dengan banyak pada satu batang pokok sawit. Mail segera memberi isyarat lampu kepada pak long supaya pak long datang kepada mereka kerana hanya pak long yang mempunyai senjata. "psstt..Ari..sini nak tengok tak macamana ayam hutan tidur" Mail berbisik lembut kepada Azri sambil menarik tangannya di dalam gelap.

"tuu..nampak tak..sekor betina dua ekor jantan..ha ni ada lagi ni, aku rasa banyak ni" bisik Mail sambil menyuluh ke pelepah sebelah lagi menunjukkan kepada Azri saat-saat paling berharga yang didambakan oleh seseorang pemburu ayam hutan untuk melihat dengan lebih dekat ayam hutan yang sedang nyenyak tidur itu.

Ayam hutan itu tidak menyedari bahawa mereka terancam kerana lena tidur serta ditiup angin malam yang sejuk dan basah. Azri dan Mail terus membisu di bawah pokok sawit itu sambil menunggu ketibaan pak long membawa senapang anginnya, ternyata pak long memang penyabar orangnya kerana dia berjalan begitu senyap tanpa sebarang bunyi asing hanya bunyi cengkerik berlagu kedengaran ketika itu.

"Mana dia?" tanya pak long sehabis perlahan kepada Mail, Mail menyuluh ke arah ayam hutan yang ditemuinya masih nyenyak tidur tanpa sepatah kata dari Mail. Pak long dengan perlahan menarik tangan Mail ketepi mengarahkan mereka duduk supaya ayam hutan tidak terjaga, Azri dan Mail duduk ke tanah dengan berhati-hati tanpa bersuara. "bukan senang nak makan ayam hutan ni, memerlukan tahap kesabaran yang tinggi" hati Azri berkata. Untuk memburu spesies burung yang dikatakan lebih enak daripada ayam bandar dan ayam kampung ini.

Ayam hutan sering diburu oleh golongan orang berada kerana khasiatnya yang tersendiri bebas daripada suntikan bahan kimia di dalam dagingnya seperti yang terdapat pada daging ayam pendaging atau dikenali sebagai ayam bandar. Tidak hairan lah jika ayam hutan ini dijual dengan harga yang mahal kerana terlalu sukar untuk mendapatkannya." Puuffstt..! " pak long melepaskan pelurunya..Mail dengan pantas menerpa ke arah ayam yang jatuh dari pelepah sawit itu lalu membawanya kepada Azri untuk disembelih. " Shiiii....ada lagi ni..jangan pasang lampu lagi.." pak long berhati-hati memberi arahan sambil menyuluh ke arah pelepah sawit yang berjuntai di atas kepalanya. Ternyata banyak lagi ayam hutan yang masih nyenyak tidur.

Pak long terus memipih satu per satu ayam hutan itu dangan bantuan Azri dan Mail menunggu di bahagian bawah pokok bersedia untuk mengutip dan menyembelih setiap ayam yang jatuh ke tanah dibedil pak long. Tidak sampai setengah jam sudah tujuh ekor ayam hutan yang berjaya ditembak jatuh oleh pak long, "dah tujuh ekor dah kita dapat ni pak long, dapat lagi tiga ekor cukup lah" Mail memberi cadangan. "haiiss..kau ni Mail, binatang liar ni kita tak boleh janji nak dapat berapa ekor, kalau banyak tu ja yang Dia bagi..banyak tu ja lah yang kita dapat..rezeki ni tuhan yang bagi, kita jangan tamak" nasihat pak long sambil mereka bertiga duduk untuk berehat kali kedua minum air menghilangkan dahaga.

"Banyak jugak rezeki kita malam ni pak long" sampuk  Azri, "ada lah sikit Ari, tapi pak long pelik jugak..tak pernah pak long jumpa satu batang pokok sawit tu dekat sepuluh ekor ayam yang tidur..selalu paling banyak pon satu pokok tu dua ekor ja.." pak long mengerutkan dahinya memikirkan perkara pelik tadi.

Pak long mengeluarkan botol termosnya dari dalam beg lalu menuang air kopi o panas yang masih berasap dibawanya "ni kalau nak ambik lah sikit air panas ni segarkan badan kamu tu sikit" meletakkan termosnya di tengah-tengah. Jam pada tangan menunjukkan pukul sepuluh malam, "baru pukul sepuluh, awal lagi ni..pukul 12 kita balik lah" pak long memberi semangat kepada mereka. Azri mengiyakan cadangan pak long dengan semangat "tak terasa penatnya pak long kalau banyak hasilnya, betol tak Ari?" semangat Mail berkobar-kobar smbil menghirup kopi panas yang diberikan pak long.

"Ari, lepas ni kita masuk baris yang bawah bukit dengan anak air tu..situ pun rajin jugak ayam tidur dekat dengan anak air sebab sumber air tu dekat" pak long menurunkan ilmu hutannya sedikit demi sedikit tanpa Azri dan Mail sedari. "Pak long ni kuat lagi berjalan turun bukit naik bukit..fuh..kami ni dah rasa macam berperang dengan jepun dah ni.." Azri terus baring ke tanah menghilangkan penatnya. "Itulah kamu orang muda dah macam ni, lain kali jangan minum air batu, tukarkan air batu tu kepada air yang panas..baru badan tak cepat lemau..paham?!".

"Dah, jum kita sambung..habis dua barisan ni kita balik lah..kesian tengok kamu ni, macam biasa ya, Ari dengan Mail..kalau jumpa apa-apa bagi isyarat lampu kat pak long" mereka meneruskan pemburuan mereka  ke lokasi yang diberitahu pak long ketika berehat tadi. Kali ini Mail jalan di hadapan dan Azri mengekori dari belakang dan pak long kekal dengan posisinya, terus tekun menyuluh ke arah pelepah kelapa sawit di hadapannya.

Hampir lima belas minit menyuluh dan memerhati dengan teliti setiap pelepah sawit itu tiba-tiba Mail barhenti serta merta. "Mail, apa hal kau berenti mengejut ni, nasib baik aku tak tersondol kau tadi..ishh" marah Azri kepada Mail. Mail hanya berdiri kaku sambil menarik kepala Azri untuk melihat sesuatu yang bakal merubah perasaannya malam itu. "Tuu..nampak tak" Mail menunjuk ke arah pak long yang sedang leka berjalan perlahan sambil menyuluh ke pelepah sawit. Satu lembaga bersaiz orang dewasa sedang mengekori pak long dari belakang setapak demi setapak. Dengan sedikat samar-samar dari cahaya lampu pak long mereka dapat melihat dengan jelas susuk tubuh badan lembaga itu di belakang pak long.

"Mula-mula aku ingatkan kau Ari..tapi aku fikir tak kan macam tu punya cepat kau boleh pergi kat pak long tinggalkan aku kat sini, lepas kau marah aku dari belakang tadi baru aku sedar yang dengan pak long tu bukan kau." bisik Mail sambil memerhatikan lembaga itu. "Mail...meremang bulu roma aku Mail.." Azri mula seram sejuk mengosok-gosong lengan tangannya. Mail menambah, "Aku dah cakap Ari..kita ni ganjil jumlahnya..benda tu mesti akan kacau kita..dia akan seboleh-boleh nak genapkan tiga orang kepada empat..aku dah cakap.." Mail membebel ketakutan.

Tiba-tiba muncul satu sumber cahaya lampu dari arah belakang mereka, pak long yang diekori lembaga hitam itu tadi sudah jauh kehadapan meninggalkan mereka. Cahaya lampu tidak dikenali itu semakin hampir kepada Azri dan Mail, mereka hanya mendiamkan diri membatu, "ha kenapa berhenti ni..dah jumpa ayam ke?" suara pak long kedengaran dari arah lampu itu. "Ah, sudah yang ni siapa pulak dah ni..yang tadi tu siapa pulak..??" Mail Mula bingung menyalakan lampunya terus menyuluh ke arah orang tersebut, ternyata dia adalah pak long. Kedua-dua mereka pucat lesi tidak terkata dan terus Azri menceritakan apa yang dilihat mereka tadi kepada pak long.

Pak long hanya tesenyum mendengar cerita dari Azri, "pak long dah agak, mesti benda ni akan terjadi..pak long dah biasa semua ini..sebelum kamu jumpa benda tu tadi pak long dah kena dulu, empat batang pokok kelapa sawit yang tinggi kat depan pak long tiba-tiba bergoyang macam ribut meliuk lentok kiri dan kanan macam ada seekor burung besar sedang terbang di atas empat batang pokok tu..tapi pak long tak nampak pun apa-apa kat atas tu,pokok-pokok sawit yang lain langsung tidak bergoyang.. itu yang pak long ikut kamu dari belakang takut benda tu gangu kamu..tapi nampaknya kamu pun dah terkena." pak long menceritakan detik anehnya kepada Azri dan Mail sambil berjalan keluar menuju ke jalan tanah merah yang lapang.

"duduk dulu...sekejap lagi kita balik..jangan fikirkan sangat, angap benda tu satu dugaan kita untuk mencari rezeki Allah." pak long memberi semangat kepada mereka berdua. Azri dan Mail masih terkaku dan diam mengenangkan perkara seram yang dialaminya. Selepas semuanya tenang dan penat hilang mereka bertiga berjalan pulang tanpa berkata sepatah perkataan keluar dari mulut mereka.



Bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2014 05:30 PM | Show all posts
terima kasih kepada yang follow cerita tt, Insyaalah tt akan sambung pada minggu hadapan di hari dan waktu yang sama..hope enjoy..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 08:59 AM | Show all posts
Terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 11:28 PM | Show all posts
menarik... tetap setia menanti~~
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 11:50 PM | Show all posts
sambung lagi TT.. best!
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 08:41 AM | Show all posts
Bestt... nak lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.052578 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list