|
Angelina tak mahu berlakon
ANGELINA JOLIE
PELAKON Angelina Jolie mendedahkan, dia kini lebih selesa untuk melaksanakan kerja-kerja belakang tabir seperti mengarah filem berbanding berlakon.
Ditanya adakah dia pernah terdetik mahu berhenti berlakon, katanya: “Sememangnya. Saya tak pernah berasa selesa sebagai pelakon, malah tak pernah suka untuk beraksi di depan kamera.”
Bintang berusia 38 tahun itu kini baru sahaja selesai mengarahkan filem Unbroken.
Sungguhpun mengakui tugasan itu bukan mudah dan mencabar dirinya, Angelina memberitahu, dia mahu meneroka dengan lebih serius bidang pengarahan pada masa akan datang.
“Saya mahu berlakon dalam beberapa filem lagi sebelum beralih sepenuhnya kepada bidang pengarahan,” kongsinya.
Kredit kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|