CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Hidup bermadu ujian hebat saya dan Aida - Erma Fatima (pg.13)

[Copy link]
Post time 7-10-2014 05:15 PM | Show all posts
kuatnya ko .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 07:25 PM | Show all posts
anakkg posted on 7-10-2014 11:35 AM
its really happy family even dalam hati hanya Allah yang Maha Mengerti..cubaan dan dugaan seorang  ...

Hati nangis memang tak de orang yg tau, tapi Allah tau mak.  Itulah selemah2nya hati manusia apabila diterpa dugaan berat drp  Allah s.w.t.  Orang luar hanya boleh katakan 'kasihan' tetapi itu bukanlah obat penenang jiwa.  Airmata dijadikan wadah mententeramkan hati dn perasaan sedangkan kesabaran dn iman menjadi tunjang kekuatan menghadapi ujian.  Qada' dn qadr Allah, siapalah kita.  Therefore, menyedari kita siapa, kehidupan hanyalah pinjaman dn bukan hak mutlak manusia.  Namun doa, doa tetap menjadi sandaran manusia memohon kesejahteraan sekalipun bahagia dlm derita atau redha dlm terpaksa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2014 07:32 PM | Show all posts
Selasa, 7 Oktober 2014 @ 2:49 PM

Hidup bermadu ujian hebat saya dan Aida - Erma Fatima


ERMA bersama madunya, Aida Abdul ketika beraya di rumah mentua mereka. - Foto ihsan Erma Fatima

KUALA LUMPUR: Tindakan Erma Fatima memuat naik gambar beliau beraya bersama madunya, Aida Abdul di kediaman keluarga mentuanya membuktikan bahawa sutradara itu menerima dengan hati terbuka suratan suaminya, Bade Azmi berkahwin lain.

Sebelum ini, timbul pelbagai spekulasi kononnya Erma tidak merestui perkahwinan kedua suaminya, sekali gus tidak rela bermadu.

Malah lebih buruk lagi apabila bertebaran cerita bahawa rumah tangga Erma dan Bade ibarat telur di hujung tanduk.

Bagaimanapun, semua spekulasi itu lenyap apabila gambar yang dimuat naik Erma di laman Instagram itu turut dipuji ramai pengikutnya.

Ramai yang menyifatkan Erma sebagai wanita yang cekal kerana perlu menjalani hidup bermadu.

"Tiada sebab untuk saya bermusuh dengan dia (Aida). Hidup di dunia ini pun sementara saja. Saya berkahwin dengan suami sudah 24 tahun. Andai dia pilih untuk kahwin lain, maknanya dia inginkan kebahagiaan. Saya pun nak tengok dia bahagia.

"Kalau cara itu (berkahwin lain) yang mampu saya buat untuk membahagiakan dia, saya reda. Poligami ini mungkin juga satu tugasan dari Tuhan untuk ajar saya jadi ikhlas. Dan ternyata saya sedang melalui ujian itu," kata Erma.

Menurut Erma, beliau enggan mengambil pusing apa persepsi orang di luar mengenainya.

"Saya tak peduli. Tiada cinta yang kekal pun di dunia ini. Kenapa saya perlu berperang dan bermusuh hanya untuk berebut cinta.

"Bagi saya, cinta yang agung ialah cinta yang tak kesampaian. Namun kita tetap bertahan meneruskan kehidupan.

"Lihat saja contoh, cerita Romeo dan Juliet, Laila Majnun atau Uda dan Dara. Semua cinta yang dipapar hancur di tengah jalan. Tapi itu juga cerita cinta agung yang dibanggakan seluruh pelusuk dunia.

"Mungkin saya boleh dapat apa saja yang dimahukan di dunia ini tapi bukan cinta," katanya.

Mengenai Aida, Erma menyifatkan madunya itu seorang yang baik.

"Kami berdua dalam proses kenal mengenal. Dia cuba menyesuaikan diri dengan keluarga yang baru. Ia bukan perkara mudah dan dia sanggup lakukannya. Itu juga bererti dia benar-benar cintakan suami saya.

"Dalam erti kata lain, hidup bermadu ini ujian hebat buat saya dan dia. Saya sendiri tidak kejar bahagia tapi nak sangat mencari erti sebenar keikhlasan.

"Saya mahu ikhlas menerima dia sebagai adik demi kebahagiaan mereka," katanya. - Oleh Zaidi Mohamad (zaidim@bh.com.my)


Credits: bharian.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 07:47 PM | Show all posts
achik2009 posted on 7-10-2014 07:32 PM
Selasa, 7 Oktober 2014 @ 2:49 PM

Hidup bermadu ujian hebat saya dan Aida - Erma Fatima

Sedihnya. Semoga kak erma berjumpa keikhlasan yang dicari dan diberi kekuatan oleh Allah selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 07:48 PM | Show all posts
May u be blessed, Erma.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kelip2_07 posted on 7-10-2014 10:41 AM
biasa la ustad2 nie..dlm2 dok ceramah dia xprasan..ape yg dia cite byk brt seblh..ustaz klu baik s ...

Stuju..byk ustaz kwen yg mude2..aku rs kahwin lbih pd nfsu je tkde mkna sbb laen..kalo janda dan tua sure tk bnafsu kann..ini ujian tuk erma moga tabah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2014 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
achik2009 posted on 7-10-2014 07:32 PM
Selasa, 7 Oktober 2014 @ 2:49 PM

Hidup bermadu ujian hebat saya dan Aida - Erma Fatima

Besar sungguh hati k erma...
Moga Allh bg yg terbaik utk semua...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 08:26 PM | Show all posts
anakkg posted on 7-10-2014 11:34 AM
Alhamdulillah...meskipun perit..k.erma tempuhi dengan jayanya.. mak tatau la kalau mak jadi k.erma.. ...

dari sentap sampai mati .dan hari2 menangung hati yg sedih .terguris ..lebih baik bercerai ..sedih tu memang lah sedih but  you can slowly move on.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 10:01 PM | Show all posts
moga terus kuat dan tabah
jgn dengar sgt ckp2 wartawan malaysia ni
ikut naluri hati
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 10:23 PM | Show all posts
achik2009 posted on 7-10-2014 12:32 PM
Selasa, 7 Oktober 2014 @ 2:49 PM

Hidup bermadu ujian hebat saya dan Aida - Erma Fatima

sangat kuat perempuan yg bernama erma Fatimah ni....kehkehkehkeh....semoga dua2 bahagia dan belajar mengenai ikhlas....aminnn....

hiii @achik2009 kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 10:25 PM | Show all posts
Kagum aku dengan erma fatima
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 10:28 PM | Show all posts
kelip2_07 posted on 7-10-2014 03:41 AM
biasa la ustad2 nie..dlm2 dok ceramah dia xprasan..ape yg dia cite byk brt seblh..ustaz klu baik s ...

ntah...ramai je ibu tunggal perlukan pembelaan....anak2 yang nak kena jaga....yg tu tak nak pulak 'tolong'....budak umo 18 thn gak yang disapu.....kehkehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 10:29 PM | Show all posts
moga terus diberikan kekuatan... perjalanan masih panjang... berliku, bnyk rasa yg perlu dikorban... harap erma kuat ler menghadapi nyer... jgn kalah ngan emosi
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry..
Tak beklog.

Madu umo.bpe?


* pakai.fon.ssh.nak.beklog.



Haha.
Alasan cliché mls nk gali.

Haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 10:53 PM | Show all posts
achik2009 posted on 7-10-2014 07:32 PM
Selasa, 7 Oktober 2014 @ 2:49 PM

Hidup bermadu ujian hebat saya dan Aida - Erma Fatima

semoga diberi kesabaran dan ketabahan
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
soraya posted on 6-10-2014 12:32 PM
khennn nokkkss...berkorban sungguh......kehkehkeh

amboiii...dmana2 name dbibir mu hahaha......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bambimo posted on 6-10-2014 11:58 AM
Betul kan..selalunya had isteri 1st yg sudi beralah.move on..im so touched....
You have my respect  ...

macam serap dayana n sakinah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 11:20 PM | Show all posts
RUZANA posted on 7-10-2014 04:10 PM
amboiii...dmana2 name dbibir mu hahaha......

dibibir dan dihatiku jugaaaa nokksss....kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
soraya posted on 7-10-2014 11:20 PM
dibibir dan dihatiku jugaaaa nokksss....kehkehkeh

xpa noks.....kehkehkehkh.....dalam hati xpa xda org nmpk..miahaahhahahha.....mesti avvy u tu mnjadi igauanmu siang dan malam..bibir name seksi bak di sengat tebuan itu...kehkeheh...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 02:12 AM | Show all posts
Tak ada siapa yg nak diduakan, cuba kalau pompuan boleh nikah lagi....kiamat dunia dlm sehari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.101062 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list