CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32483|Reply: 189

Taniah!! Irma hasmie dah bersalin Baby Girl!!pic Pg5

[Copy link]
Post time 18-6-2014 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Irma Hasmie Bakal Dapat Bayi Perempuan
[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 12:03 AM


[size=0.75em]Irma dijangka bersalin pada 18 Julai depan.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Irma Hasmie teruja apabila doktor mengesahkan dia dan suaminya, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan bakal menimang seorang bayi perempuan.

Irma, 32, berkata, sejak mengetahui hamil buat kali kedua pada akhir tahun lalu, dia memang mengimpikan untuk mendapat anak perempuan dan bersyukur doanya dimakbulkan Tuhan.

"Mula-mula saya resah juga kerana sudah beberapa kali buat imbasan sebelum ini masih belum nampak jantinanya dan Alhamdulillah akhirnya doktor mengesahkan bakal mendapat bayi perempuan.

"Saya paling teruja berbanding suami kerana saya memang mengimpikan mendapat anak perempuan dan Insya-Allah lengkap keluarga kami kerana sebelum ini saya sudah dapat anak lelaki," katanya kepada mStar Online.
[size=0.98em]Irma ditemui pada majlis pelancaran Program Ramadan TV Al-Hijrah yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.





[size=0.75em]Irma masih aktif sebagai pengacara program Assalamualaikum biarpun sedang sarat mengandung.


Irma dijangka bersalin pada 18 Julai depan.

Dalam pada itu Irma berkata, biarpun teruja namun persiapan bagi menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka dibuat secara sederhana.

Kata Irma,  barangan anak lelakinya, Redza Syah Irfhan, yang kini berusia setahun masih elok dan boleh lagi digunakan.

"Ikutkan perasaan memang ingin beli banyak benda tetapi banyak barangan milik Irfhan masih elok dan boleh digunakan.

"Saya hanya beli beberapa keperluan seperti baju bayi perempuan dan beberapa barangan yang perlu sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu Irma berkata, biarpun tarikh dia dijangka bersalin semakin hampir namun itu tidak menghalangnya daripada terus aktif sebagai hos program Assalamualaikum yang bersiaran secara langsung di TV Al-Hijrah.

Menurut Irma, kemunculan sebagai hos program bual bicara itu tidak membebankan dan jadual tugasnya juga fleksibel.

"Alhamdulillah setakat ini masih ada kekuatan untuk bekerja dan ia sebenarnya membantu saya supaya bergerak aktif selain menjaga anak sulung.

"Biasalah jika kadang-kadang berasa penat kerana berbadan dua tetapi itu tidak menjadi halangan buat saya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain Irma berkata, bersempena kedatangan bulan Ramadan dan Syawal dia turut mengambil kesempatan untuk menjual pakaian Muslimah yang direkanya sendiri.

Jelas Irma, koleksi yang diberi nama Debumas itu akan dijual menerusi laman Instagram miliknya bermula 1 Ramadan depan.
Last edited by mixed on 20-7-2014 06:19 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2014 08:58 AM | Show all posts
taniah irma mesti comel cam abg nya & papa nya yg ensom tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 08:59 AM | Show all posts
alhamdulillah rezeki dia kan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 09:11 AM | Show all posts
irma ni nampak makin bertambah cantik with age
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 09:13 AM | Show all posts
produtif gk dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 09:13 AM | Show all posts
Alhamdulillah, tahniah Irma..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2014 09:15 AM | Show all posts
alhamdulillah...moga dipermudah kan urusannye sehingga bersalin...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 09:16 AM | Show all posts
alhamdulillah...sepasang la nnt anak irma n reza...
smoga irma slamat melahirkan....ibu n anak2 sama2 slamat n sihat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2014 09:18 AM | Show all posts
tahniah Irma & Husband & Abd Irfhan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2014 09:26 AM | Show all posts
dah besar anak sulong iram comel banget nmpk wangi

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2014 09:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2014 09:30 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 09:32 AM | Show all posts
sepasang dah dia dapat.. syoknye..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 09:32 AM | Show all posts
best nye dah sepasang... nak gak!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 09:34 AM | Show all posts
bagus juga dia ni masih nak guna barangan anak sulung untuk anak kedua..separuh org x suka macam tu...dari pengalaman mie la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 09:37 AM | Show all posts
tahniah irma.mesti comel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2014 09:39 AM | Show all posts
sonok tgk irma & asben yg ensem giler tu bhg bersama anak2....semoga berkekalan hgga hujung nyawa ye irma...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 09:41 AM | Show all posts
anak lelaki dia mirip muka Irma..ikut muka mak sejuk
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 09:43 AM | Show all posts
alhamdulillah.. rezeki murah tul irma ni...

moga selamat semuanya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 09:46 AM | Show all posts
laaa sonoknye dapat sepasang dahh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.540057 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list