CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Novel] Jangan Biarkan Dia Pergi

[Copy link]
 Author| Post time 22-7-2014 03:34 PM | Show all posts
fatehana posted on 22-7-2014 02:44 PM
mana new entry macit weiiii
copek ler

sabar lah macet..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 03:46 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 22-7-2014 03:34 PM
sabar lah macet..

apa sabar2
lain kali karang berkajang2 br post jd xdelah lama akak nunggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2014 04:39 PM | Show all posts
fatehana posted on 22-7-2014 03:46 PM
apa sabar2
lain kali karang berkajang2 br post jd xdelah lama akak nunggu

x der komen ke?

kata nak komen berdas2
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha posted on 22-7-2014 04:39 PM
x der komen ke?

kata nak komen berdas2

Akak nk reserve komen bak kata omputih to save up yo d last gitu......hahahaah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 04:41 PM | Show all posts
Bab 21


Danial memandang Rania yang bersembang dengan temannya di kejauhan. Dia tidak dapat menahan rasa hatinya untuk mengetahui topic perbincangan Rania bersama wanita bertudung berbunga2 merah jambu tersebut. Rasa hatinya tidak dapat menipu yang Rania sedang membicarakan perihal dirinya.


‘Kau buat apa kat sini?’


Argh…. Tiba-tiba suara misteri itu datang lagi. Dia sangat-sangat terganggu dengan suara ghaib itu. Suara yang sering menaikkan kemarahannya. Suara yang selalu membuat dia hilang pertimbangan ke atas Rania.


‘Jangan ganggu aku! Sebab kau Rania tinggalkan aku tau tak.’ Danial membentak geram.


‘Aku? Kau kata aku? Engkaulah puncanya. Bukan aku. Ha ha ha.’


‘Kau memang syaitan.’


‘Syaitan? Aku ni lahir dari dalam diri kau sendiri Danial. Aku adalah kau. Kita serupa.’


Danial menutup telinganya. Dia benar-benar rasa terseksa dengan gangguan suara-suara tersebut. Saat dia memandang ke arah Rania dan temannya itu sudah tiada di situ. Betapa dia kehilangan jejak untuk mencari Rania. Semua ini salah syaitan itu yang membuatkan dia leka sekejap.


Danial cuba untuk menghubungi Rania. Dia mahu tahu Rania berada di mana. Dia pasti Rania tidak akan balik ke rumah Donna selepas dia berjaya menjejaki Rania di situ. Mungkin wanita bertudung merah jambu itu tau keberadaan Rania. Danial menghentak tangan di stereng keretanya. Hendak mengesan melalui gps amat tidak membantu dirinya.


Nada dering dari lagu Apa Kono eh Jang yang menjadi tema nada telefonnya membuatkan Danial rasa bengang seketika. Ketika dia sedang sibuk menjejak Rania masa ini lah telefonnya berbunyi.


“Kau nak apa?” sergah Danial.


“Encik Danial, mesyuarat dengan pihak lembaga Getah akan bermula sebentar lagi. Dato’ Daud minta saya hubungi Encik Danial untuk masuk mesyuarat.” Rina, setiausaha kepada Dato’ Daud menyampaikan pesanan.


“Beritahu Dato’ saya di luar kawasan. I cannt join meeting with them.”


“But, Encik Danial…”


Do what I say!”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 04:43 PM | Show all posts
Danial menutup talian telefonya agar tidak di ganggu oleh sesiapa. Dia memandu terus balik ke rumah orang tuanya. Pasti dia akan dapat berita mengenai Rania dari ibu dan ayah mereka. Mustahil untuk Rania melakukan sesuatu tanpa pengetahuan orang tua mereka. Danial tersenyum lebar. Kali ini pasti dia akan dapat juga menemui Rania.

Happy nampak’

Suara itu lagi. Denial mendengus. Suara itu terlalu menganggu kosentrasinya.

‘Kau blah sekarang.’

‘Hai, kejap happy kejap marah.’

‘Kau tu yang buat aku naik angin. Kau nak apa dari aku.’

‘Aku tak nak apa-apa dari kau. Sebab apa yang kau dapat juga aku akan dapat.’

Suara itu terlalu sinikal. Suara itu selalu datang ketika dia sedang bersendirian. Tidak kira apa juga yang sedang dia lakukan suara itu pasti datang.

‘Kau tak payah nak sibuk hal aku.’

‘ Aku sibuk hal kau? Ha ha ha aku adalah diri kau. Dalam erti kata lain aku juga terlibat dalam hal kau.’

Danial menekan minyak dan memecut kereta agar lebih laju. Dia tidak mahu melayan suara ghaib itu lagi. Dulu dia hampir memperkosa Rania kerana suara itu dan sekarang suara itu bagai menjadi duri dalam daging. Sangat menganggu dirinya ketika itu.

Last edited by NaylaArisha on 1-8-2014 04:45 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-8-2014 04:47 PM | Show all posts
Bab 22

Hajah Salbiah menyambut kedatangan anak terunanya itu ketika dia sedang membersihkan laman rumah. Rindu hendak menatap wajah anak teruna yang agak payah hendak balik ke rumah selepas mendapat perkerjaan dan juga selepas Rania ikut berpindah ke rumahnya di Damansara.
Dulu setiap hujung minggu pasti anak itu akan datang melawat meraka. Kini setiap kali di hubungi tanya bila nak balik kampung pasti ada seribu satu alasan dari anaknya itu. Dan hari ini, tanpa perlu di paksa anak terunanya itu sedang berdiri menghadapnya.


“Assalamualaikum ibu.” Di capai tangan Hajah Salbiah dan di kucup penuh kerinduan.


“Waalaikumsalam. Danny seorang saja ke? Kenapa Nia tak ikut sekali?”


“Nia sibuk ibu, kebetulan Danny ada kerja dekat area sini itu yang terus datang singgah nak jumpa ibu dan ayah. Ayah mana ibu?” mata Danial meliar mencari bayang ayahnya.


“Ayah kamu biasalah bila waktu-waktu macam ni kat kebun dia lah. Tengok buah durian, rambutan yang baru nak masak tu.”


Denial tidak tahu bagaimana hendak mengorek cerita Rania. Kelihatan seperti ibunya masih menganggap yang Rania masih lagi tinggal bersamanya di Damansara. Mungkin Rania tidak menceritakan perihal yang terjadi antara mereka berdua. Kalau tidak masakan ibunya menyambut dirinya dengan senyuman. Pasti akan di kejar dirinya dengan batang penyapu ketika dia sampai tadi.


Tidak sangka yang Rania merahsiakan cerita itu dari orang tuanya. Pasti Rania tidak mahu mereka tahu mengenai sisi gelap dirinya. Sekurang-kurangnya dengan tindakan Rania itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk menjejaki Rania. Mungkin juga dengan begini Danial boleh meracun fikiran orang tuanya untuk membenci Ariff, kekasih kesayangan adiknya Rania. Dan dengan itu, ibunya akan memaksa Rania supaya balik semula ke kampung bersama-sama Danial. Apabila sampai saat itu, dia akan bawa Rania lari ke mana sahaja. Agar cintanya pada Rania tidak ada gangguan lagi.


“Ibu, Danny nak cakap sikit pasal Nia.”


Hajah Salbiah menatap wajah Danial di sebelahnya. Bagai tidak percaya dengan khabar yang di bawa oleh Danial. Rania lari dari rumah kerana Ariff?


“Kamu jangan main-main hal macam ni Danial, dengar dek ayah kamu habis Rania dikerjakan nanti.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 04:50 PM | Show all posts
“Danny tak tipu ibu, hari yang Danny beritahu ibu Nia nak balik rumah ibu tu sebenarnya Nia lari mengikut Ariff. Nia marah sebab Danny larang Ariff berkawan dengan Nia.” Danial tunduk menunjukkan wajahnya yang sugul.

“Siapa Ariff tu? Anak siapa? Keturunan siapa? Berani-berani bawa lari anak aku?” satu suara mencelah perbualan Danial dan juga Hajah Salbiah.

Pantas pandangan mereka beralih kepada empunya suara. Siapa lagi kalau bukan Haji Baharin ayah Danial dan Rania.

“Danny tak tahu ayah. Tapi dari maklumat rakan-rakan Danny, Ariff ni kuat bersosial.”

“Bersosial? Kaki perempuan maksud kamu?”

“Ya ayah.Malah apa yang Danny tahu Ariff dekati Nia sebab rasa tercabar dengan kawan-kawan dia. Dia juga ada cakap yang dia akan sentuh Nia sebelum waktunya. Bila Danny beritahu Nia, dia berdegil dan kata yang Danny sengaja reka cerita.”

“ Ya Allah, abang bawa balik Rania ke sini abang. Dia satu-satunya anak perempuan yang kita ada. Jangan lah dia rosak kerana lelaki keparat tu.” Hajah Salbiah sudah tidak dapat menahan sebak di hatinya. Itulah satu-satu cahaya mata perempuannya. Anak yang membawa nama, darjat dan maruah keluarganya. Jangan lah tercalar maruah itu kerana cinta yang membuta tuli.

“Kamu telefon Rania sekarang. Ayah nak cakap dengan dia.”

“Nia tak nak jawab panggilan telefon Danny ayah. Dah puas Danny telefon dia.”

Haji Baharin mencapai telefon rumahnya. Hatinya berbara mendengar cerita daripada Danial. Harapannya terlalu tinggi buat Rania. Anaknya itu ibarat permata yang harus dijaga. Kalau bukan kerana Danial yang mahukan Rania duduk bersamanya memang dia tidak akan pernah membenarkan Rania ke mana-mana.

Denial memerhatikan tingkah ayah dan ibunya, nampaknya jarum yang di suntik sudah memainkan peranan. Kemarahan ayahnya, kebimbangan ibunya pasti akan membawa Rania balik semula. Waktu itu akan tiba juga. Denial tersenyum kemenangan.

Last edited by NaylaArisha on 1-8-2014 04:53 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2014 04:56 PM | Show all posts
Bab 23

Rania memandang skrin telefonnya. Senyumannya terukir. Tanpa wasangka panggilan itu di jawab.


“Assalamualaikum ayah.”


“Waalaikumsalam Rania!”


Rania terkedu. Nada suara ayahnya agak berlainan seperti sedang menahan rasa amarah yang amat. Mungkinkah ayahnya sudah tahu mengenai Danial? Rania berteka teki sendiri. Satu perkara yang sangat di faham mengenai ayahnya, ketika sedang marah pasti ayahnya akan memanggil namanya begitu.


“Apa khabar ayah, ibu sihat?” Rania cuba menyedapkan hatinya sendiri.


“Ayah telefon bukan nak bertanya khabar. Ayah nak kamu balik dengan Danial esok.” Sah ayahnya sedang marah.  


“Tapi ayah….”


“Ayah tak nak dengar sebarang alasan. Yang ayah tahu kamu mesti sampai sini esok.”


“Err… ya lah ayah. Nia balik dengan kawan Nia esok.” Rania cuba berlembut dengan ayahya.


“Kawan? Siapa kawan kamu tu? Ariff? Kamu bawa lah dia datang sini biar ayah parang-parangkan dia.”
Rania terdiam.

“Ayah, Nia balik dengan kawan perempuan lah ayah. Sekarang ni Nia duduk dengan dia.”


“Apa pun alasan kamu, ayah nak kamu balik dengan Danial. Noktah.”


“Nia tak nak balik kalau abang Danial ada.”


“Jangan melawan cakap ayah. Apa yang kamu buat jangan ingat ayah tak tahu. Kamu lari dari rumah semata-mata kerana jantan tak guna tu, apa yang abang kamu cakap langsung kamu tak nak dengar.”


“Jadi ayah lagi percayakan abang Danial daripada Nia? Kalau ayah…” tau siapa Danial……… Rania hanya mampu menyambung di dalam hati.


“Nia tak nak balik ayah. Nia tak tahu apa yang abang Danial dah racun fikiran ayah dan ibu. Apa yang Nia tahu, Nia tak salah.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 04:58 PM | Show all posts
Rania menghempaskan telefonnya atas meja. Sebak rasanya bila abang kandung sendiri sanggup melempar fitnah terhadap dirinya. Tegarnya Danial menjadi api dalam sekam. Hanya kerana hajatnya untuk mendapatkan Rania, sanggup mereka-reka cerita palsu.

“Nia, kenapa ni?” Afizah yang kebetulan keluar dari biliknya menegur Rania yang duduk di ruang tamu.


“Abang aku Fia. Dia cerita bukan-bukan kat orang tua aku. Dia kata aku lari ikut Ariff.” Rania melepaskan tangisnya atas bahu Afizah.


“Aku dah agak.” Afizah melemparkan senyuman.


“Maksud kau?”


“Abang kau dah mula menunjukkan sedikit demi sedikit sisi gelapnya yang kamu semua tak pernah nampak sebelum ni. Keinginan dia mengatasi segalanya.”


“Tapi apa kaitan dengan Ariff?”


“Baiklah. Cuba kau fikir sekarang ni, siapa yang jadi penghalang untuk dia mendapatkan kau? Ariff kan? Siapa lelaki yang kau cintai? Ariff. Jadi untuk mendapatkan kau, dia kena hapuskan Ariff. Cara dia hapuskan sekarang ni bukan dengan membunuh Ariff tapi dia membunuh watak Ariff yang baik dan menjadikan Ariff seorang yang jahat di mata orang tua kau. Itu langkah pertama dia. Dan sekarang langkah kedua pula menghidupkan peluang untuk mengetahui di mana kau berada.”


“Macam mana kau boleh tahu? Maksud aku, abang aku pun kau tak pernah jumpa tapi kau seolah-olah boleh membaca setiap gerak langkah abang aku.”


Afizah tersenyum.


“Aku kan pakar pasal ni.”


“Fia, jawablah betul-betul soalan aku. Macam mana kau boleh tahu fikiran dan pergerakan abang aku?”


“Penyakit yang di alami oleh abang kau sudah melangkah fasa yang seterusnya. Fasa-fasa dimana akan terjadinya perbuatan yang boleh mencederakan diri sendiri atau mencederakan orang yang berada di sekeliling kau. Cuma buat masa ni aku rasa dia masih ingin tahu kau berada di mana sebab tu dia pergunakan ayah kau. Besar kemungkinan dia akan bawa kau lari jauh dari sini. Nothing imposibble right?”


Rania memandang wajah Afizah. Bagai tidak percaya apa yang baru keluar dari mulut Afizah. Denial nak bawa lari dia? Ke mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 05:01 PM | Show all posts
Bab 24

Afizah memandu kereta perlahan-lahan keluar dari kawasan rumahnya. Hari ini dia ada temu janji dengan seorang pesakit. Pesakitnya yang lain dari yang lain. Bila di lihat tiada siapa yang menyangka sebenarnya lelaki itu merupakan seorang yang menghidap masalah kejiwaan. Sebelum ini kes lelaki itu di pegang oleh Doktor Affendi, tetapi seminggu lalu kes itu telah dirujuk kepadanya dengan alasan Doktor Affendi terlalu ramai pesakit yang perlu di rawat dan masalah yang di hadapi oleh lelaki itu hanyalah minor kes.


Wajah yang sangat bersih dan jernih. Betapa dia hampir tergoda apabila melihat senyuman lelaki itu. Kalau bukan kerana dia terikat dengan polisi doktor tidak boleh bercinta dengan pesakit rasanya boleh angau seminggu bila menatap wajah lelaki yang menjadi pesakitnya tersebut.  Wajah polos seolah-olah tidak ada noda yang terlekat.


“Siapa nama awak?” Afizah memulakan rawatan dengan bertanyakan nama pesakit itu.


“Fareez.” Satu senyuman tersungging dibibir Fareez.


“Fareez saja? Bin apa?”


“Fareez Bin Baharin.”


“Oo… nama yang bagus. Awak tahu tak apa maksud Fareez tu?”


“Saya tak pernah ambil tahu erti di sebalik nama saya. Ibu dan ayah dah pilih nama tu bererti mereka sudah meneliti lebih dahulu sebelum daftarkan nama tu ke atas saya. Betul tak Doktor Afizah?”


Afizah terkedu. Pesakit yang berada di depannya ini sangat berbeza dengan pesakit-pesakit yang menerima rawatannya. Jawapannya sahaja boleh membuatkan lidah Afizah kelu untuk menjawab.


“Awak sangat bijak menutur kata. Apa yang menyebabkan awak berada di sini pada hari ini?”


“Kalau saya bijak menutur kata adakah saya tergolong dalam golongan yang sihat dari segi mental. Sekarang saya berada di hospital pakar jiwa bukan? Maksudnya Doktor lagi arif dan faham kenapa saya berada di sini?”


“Saya tidak nampak di mana datangnya masalah awak. Melainkan awak cerita apa yang membuatkan awak rasa awak mempunyai masalah mental?”


“Saya tidak pernah mengatakan yang saya mempunyai masalah mental. Did I said before?”


“Jadi kalau awak tidak ada masalah mental kenapa awak datang sini? Awak tahu tak setiap saat saya amat berharga buat pesakit-pesakit yang betul-betul memerlukan rawatan?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 05:04 PM | Show all posts
Afizah benar-benar geram. ‘Kalau tak sakit buat apa datang sini’ gerutunya di dalam hati. Afizah pandang lelaki di hadapanya dengan pandangan yang agak menggerunkan. Memang sesiapa yang mengenali Afizah kalau nampak keadaan seperti in pasti sudah tahu yang Afizah sedang menahan rasa amarahnya.

“Saya dihantar oleh pihak atasan untuk menentukan tahap pemikiran saya sama ada normal ataupun tidak.” Fareez melemparkan senyuman yang tahap boleh membuatkan perempuan-perempuan gila bayang.


“Awak boleh ambil laporan ni dan balik. You’re normal.”


Afizah membuang pandang ke arah lain. Dia benar-benar geram dengan lelaki ini.


“Kalau saya normal maksudnya, saya bukan lagi pesakit Doktor Afizah kan?”


“Bukan.”


“Macam tu saya boleh jadi teman lelaki Doktor Afizah?”


Afizah tergamam. Lelaki di hadapannya ini sangat mencabar kesabarannya. Sudahlah banyak masa yang terbuang melayan karenahnya. Sekarang nak jadi teman lelaki pulak.


“Maaf, saya tak layan permintaan seperti ini. Khaira, tolong panggil pesakit seterusnya. Dan awak Encik Fareez boleh balik. Terima kasih.”


“Kasihmu akan ku kejar. Kita akan bertemu lagi Doktor.”


Fareez berlalu meninggalkan Afizah. Di bibirnya masih terukir senyuman. Senyuman jatuh cinta. Dia jatuh cinta dengan perempuan bernama Afizah Eresha. Fareez berpaling seketika melihat wajah Afizah yang sedang merona merah menahan rasa marah. ‘Ini Fareez lah. Within 3 days I will make sure you fall in love with me.’


“Doc, handsome apa mamat tu. Siap pelawa diri nak jadi teman lelaki Doc pulak tu. Kalau Khaira lah memang tak tolak.” Khaira tersengih-sengih.


“Kalau awak nak pergi lah tackle. Saya tak berminat.”


“Macam lah Khaira tak tengok cara Doc pandang mamat tu. Doc dah jatuh cinta kan. He he he.”


“Jangan nak mengarut Khaira. Saya malas nak layan kamu.” Afizah berpura-pura menyibukkan dirinya. Malas nak melayan karenah Khaira yang tersengih bagai kerang di depannya. Deringan telefon bimbitnya membuatkan dia lari seketika dari perkara yang di ungkit oleh Khaira. Panggilan dari Rania.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 05:06 PM | Show all posts
Bab 25

“Fia, aku nak minta tolong sikit boleh tak?”


“Assalamualaikum Rania.” Sengaja Afizah mengenakan Rania yang terlalu gelojoh tanpa memberi salam.


“Kau ni. Waalaikumsalam Afizah. Puas hati?”


Afizah tergelak besar. Suka sangat dia mengusik Rania. Mudah sangat untuk membuatkan Rania naik geram.


“Fia, aku nak minta tolong ni.” Rania sedikit merengek.


“Tolong apa? Kalau kau nak makan aku dah beli barang-barang dapur untuk masak. Kalau kau nak basuh kain ada mesin basuh kat sebelah bilik aku tu kau sumbat saja kain-kain kau dalam tu. Nak apa lagi?”


“Yang tu aku tau lah Fia. Aku nak jumpa Ariff. Dah 2 minggu aku tak jumpa dia. Tapi aku takut abang aku ikut Ariff. Aku tak nak abang aku tahu aku tinggal sini.”


“Habis tu aku nak buat apa?”


“Kau tolong ambil Ariff kat Kl Sentral. Aku dah suruh dia naik lrt saja dari Subang Jaya.”


“Lepas tu? Kau nak jumpa dia kat mana?”


“Kat rumah kau lah mana lagi yang selamat.”


“Wei, aku tak nak bersubahat. Cukuplah si mangkuk hayun Baby tu jer yang bawak jantan masuk rumah. Kau jangan nak buat dajal Rania.”


“Hoi, kau ingat aku ni perempuan jalang ke? Aku cuma nak makan malam lah. Kau duduk lah sekali dengan aku.”


“Okay. Jam berapa aku nak pick up si Ariff tu?”


“Lepas kau balik kerja lah.”


“Kalau aku balik tengah malam?”


“Agak-agaklah tengah malam. Sebelum maghrib tu kau ambil lah dia kat situ.”
“Okay bos.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 05:09 PM | Show all posts
Rania mematikan talian telefon. Dia mempunyai banyak plan untuk makan malam nanti. Banyak menu yang melayang-layang di fikirannya. Ayam golek, ayam rendang, ayam kukus. ‘Apasal semua ayam jer’ Rania tersengih sendiri.

Rindunya pada Ariff menggebu-gebu. Tapi dia tidak mahu mengambil risiko untuk keluar dari rumah Afizah. Dia takut Danial sedang mencarinya. Kalau dia berjumpa Ariff di luar pasti Danial akan menjumpainya. Fikiran Danial agak sukar untuk dijangka.


Bunyi seseorang muntah di dalam bilik air membuatkan Rania tersedar dari lamunan panjangnya. Seketika kenangan bersama Danial ketika kecil terlupus. Dia bergegas ke pintu bilik air tersebut. Pasti Baby. Siapa lagi yang ada di rumah ni selain dia dan Afizah. Afizah sudah berada di pejabatnya. Jadi orang di dalam itu tidak lain lagi pasti Baby.


Rania tersenyum apabila melihat Baby keluar dari bilik air. Wajah Baby agak sugul dan keletihan. Mungkin kerana terlalu banyak mengeluarkan isi perut tadi. Rania menghulurkan segelas air suam kepada Baby. Walaupun Baby agak berangin dengan dia dan Afizah tapi dia tidak pernah putus asa untuk mendekati Baby.


Baby menolak huluran Rania dengan kasar. Baginya tidak ada keperluan untuk berbaik-baik dengan Rania. Walaupun dia sedar yang sejak Rania berpindah masuk ke rumah itu dia memang tidak pernah menegur Rania dengan baik. Tapi Rania tetap berusaha untuk mendekati dia.


“Minum. Tadi kan Baby baru muntahkan isi perut. Mesti perut berangin sebab di biarkan kosong.”


Rania yakin yang Baby langsung tidak menjamah makanan. Semalam ketika balik dari kerja pun Baby langsung tak menyentuh apa-apa. Bila di ajak makan langsung tak mahu. Dari wajah Baby yang sugul, Rania dapat mengagak punca Baby bersikap begitu. Pasti kerana Hilman. Sejak dia pindah masuk hanya sekali sahaja dia bertembung dengan Hilman. Selepas itu, memang Hilman tidak pernah datang lagi.


“Tak payah lah nak buat baik. Aku tak perlukan bantuan kau.”


“Baby, saya fikir untuk kesihatan awak saja. Tengoklah muka awak yang pucat dah biru pun. Jangan anggap semua orang di sekeliling awak ni tak prihatin.”


“Prihatin? Semua orang sama saja. Tak kira lelaki perempuan semua cuma nak ambil kesempatan saja.”


“Baby….”


Baby berlalu meninggalkan Rania terkebil-kebil seorang. Dia sudah tidak dapat menahan sebak yang datang. Bukan dia sengaja bersikap begitu kepada Rania. Tapi dia terpaksa demi menyembunyikan sebuah luka. Last edited by NaylaArisha on 1-8-2014 05:10 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 05:12 PM | Show all posts
Bab 26

Baby melepaskan tangisnya yang di tahan. Sungguh dia terseksa dengan dugaan yang amat berat. Betapa dia tidak mampu untuk bertahan lagi. Selama ini dia terlalu enjoy tanpa memikirkan akibat daripada perbuatannya. Semuanya kerana Hilman. Sudah lah pergi tanpa pesan, tiba-tiba ibunya menyampaikan berita yang agak meranapkan seluruh jiwanya.

“Biah, kamu ada masalah dengan Hilman ke?”

“Tak ada lah mak. Baik-baik saja.”

“Kalau baik kenapa semalam Hilman datang dengan keluarganya untuk putuskan pertunangan kamu?”

“Putus tunang?” Baby terjerit.

Kenapa Hilman sanggup memutuskan pertunangan mereka. Bukankah selama ini Hilman berjanji untuk menjadikan dia sebagai isteri. Setelah apa yang dilalui mereka bersama inikah balasan yang Hilman berikan kepada dia? Ditinggal terkapai-kapai setelah segala keinginan Hilman dituruti.

Selama ini dia dibutakan nafsu semata-mata. Benar kata Afizah cinta Hilman padanya hanyalah nafsu semata. Kenapalah dia susah hendak terima nasihat Afizah dulu. Sekarang bukan kah dia yang menanggung beban. Sudahlah pertunangan diputuskan, ditinggalkan pula tanpa pesan dan kini terpaksa membawa perut yang semakin membesar. Baby meraung sekuat hatinya.

“Cik, daripada pemeriksaan air kencing tadi memang positif. Cik sedang hamil 6 minggu.”

Baby kaku. Berita itu sungguh mengejutkan dirinya. Saat Hilman sudah meninggalkan dia siapa sangka ada benih yang bercambah hasil permukahan mereka selama ini. Kenapa baru sekarang hendak terjadi? Kenapa tidak masa Hilman masih ada di sisi? Dia benar-benar buntu. Kalau lah masih boleh untuk di buang…..Tidak benih yang di cambah itu tidak bersalah. Dia yang bersalah terlalu hanyut dalam ransangan nafsu.

“Terima kasih Doktor.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 05:14 PM | Show all posts
“Tolong jaga pemakanan kamu. Hasil pemeriksaan mendapati hemoglobin kamu sangat rendah. Banyakkan pengambilan makanan merah untuk menaikkan sel-sel darah merah kamu. Lagi 3 minggu kamu kena datang semula ke sini untuk pemeriksaan gula dalam badan. Ini buku kamu. Lain kali datang dengan suami. Kalau kamu pengsan siapa nak jaga kamu.”

Suami? Kalau lah doktor tahu yang dia tidak bersuami pasti pihak hospital akan menghubungi jabatan kebajikan. Lepas tu pihak polis juga akan terlibat. Dia tidak mahu. Biarlah dia hanya mengangguk kan kepala tanda dia mendengar saranan doktor. Dimana dia hendak letak muka kedua orang tuanya andai berita kehamilannya tersebar. Hanya rumah inilah tempat dia bersembunyi.

Rania terpaku di depan pintu bilik Baby. Sebentar tadi dia mendengar suara Baby yang meraung. Disebabkan pintu itu berkunci dia tidak dapat hendak melihat apa yang terjadi ke atas Baby. Apapun dia terpaksa menunggu kepulangan Afizah petang nanti untuk membincangkan masalah Baby.

Rania berlalu ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Mengingatkan janji temu dengan Ariff malam itu membuatkan dia lupa seketika mengenai Baby.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2014 05:14 PM | Show all posts
Dah update 6 bab..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 09:29 PM | Show all posts
fareez ni siapa pulak ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 10:06 PM | Show all posts
anna-zara posted on 1-8-2014 09:29 PM
fareez ni siapa pulak ni

Tak kan anna tak boleh agak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 10:19 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 1-8-2014 10:06 PM
Tak kan anna tak boleh agak?

danial???


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.074356 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list