CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Novel] Jangan Biarkan Dia Pergi

[Copy link]
 Author| Post time 23-6-2014 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
anna-zara posted on 23-6-2014 12:12 AM
hahhaa.....amboi....belajar mana tu belit2 ni

Anna lah ajar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2014 01:46 PM | Show all posts
bianglala posted on 23-6-2014 03:51 AM
nak imagine Tengku Azahan tu macam siapa ya.....

macam azhan rani

haha tua siap
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 01:46 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 23-6-2014 01:16 PM
Anna lah ajar

cepat la tepek sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 01:55 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 22-6-2014 03:05 PM
Dia sedar dia sering mempergunakan Afiza demi kepentingan dirinya. Setiap kali ibunya ingin
mengen ...

Wah, suka citer ni.
Macam bersegi-segi pulak kisah cintanya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
bianglala posted on 23-6-2014 03:51 AM
nak imagine Tengku Azahan tu macam siapa ya.....

Nay chopp Beto Khusyairi
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 03:13 PM | Show all posts
@NaylaArisha... bila nak sambung ni... tak sabar dh ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2014 03:13 PM | Show all posts


wahhh....nay ada cerita baru...  



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Weekend nay sambung aci x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2014 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
UsuFie posted on 23-6-2014 03:13 PM
wahhh....nay ada cerita baru...

Haii usu......
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 03:37 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 23-6-2014 03:29 PM
Weekend nay sambung aci x?

suspen betul cite Nay ni... kalau sambung weekend jawabnya minggu depan br boleh baca... takpe2... site yg menarik bila2 sambung pun takpe asalkn ada sambungannya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 05:05 PM | Show all posts
suspen...baru dapat baca sini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
@cmf_conan x nak sedekah tacang ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 11:32 PM | Show all posts
Bab 3

Tengku Asna sedang memilih menu sambil menunggu anaknya di restoran makanan segera di
Subang Parade. Sengaja dia memilih restoran itu untuk bertemu dengan Tengku Azahan. Kali ini
dia datang bersendirian. Sudah penat dengan alasan Tengku Azahan. Malah dia kasihan dengan
PA anaknya yang kadang-kadang di jadikan ‘TEMAN WANITA’ sementara. Bukan dia tidak
berkenan dengan Afiza yang polos dan lemah lembut itu tetapi Tengku Azahan dari awal sudah
mengatakan Afiza sudah di sunting oleh orang lain. Hampa juga dia ketika mengetahui yang
Afiza sudah berpunya.

Berkali-kali dia melihat ke arah wanita yang duduk di meja tepi itu. Seperti seseorang yang dia
kenal tapi dia ingat-ingat lupa di mana dia pernah bertemu. Pelanduk dua serupa mungkin.
Perhatiannya dihala kembali memandang handphone. Seingatnya sudah lebih 30 minit dia
menghubungi pemandunya tapi masih tidak berangkat. ‘Tidur mati agaknya’. Hatinya berdesis.

Tengku Asna mengangkat kepala matanya meliar memandang sekeliling. Dia merasakan ada
mata yang memerhati. Tapi dia tidak dapat meneka siapa kerana semua yang ada di situ tidak di
kenalinya. Dia cuba untuk memerhati setiap wajah di situ tapi mindanya langsung tidak boleh
berkerjasama untuk menterjemah wajah-wajah di hadapannya. Saat dia ingin mengangkat
handphone yang berdering matanya terpaku pada satu wajah. Mereka bertatapan untuk seketika.

Dia terpaku di situ. Merenung ke dalam mata wanita di depannya. Mencari sesuatu di sebalik kaca mata
wanita tersebut. Wajah itu saling tak tumpah seperti seseorang yang dia kenali. Tapi tidak mungkin
kerana wanita yang dia kenali itu sudah pergi menghadap Ilahi 35 tahun yang sudah. Otaknya
cuba untuk berkerja mengenang kembali tapi berbalam-balam.

Renungan itu persis seseorang yang dia kenal. Tengku Asna cuba untuk menajamkan ingatannya.
Tapi hampa. Dia tidak ingat malah langsung tidak mampu di terjemah oleh otaknya walau sekian
lama menatap wajah lelaki yang sedang merenungnya. Usia yang sudah lanjut membuatkan dia tidak mampu mengingati siapa lelaki di depannya itu.

Matanya bagai tidak mampu untuk memandang ke arah lain. Hanya wajah itu sahaja yang
bermain di fikirannya. Panggilan telefon mematikan pandangannya. Dia bingkas apabila
panggilan telefon daripada setiausahanya mengenai mesyuarat bersama Dato’ Chua. Apabila dia
memandang kembali ke arah wanita itu, wanita tersebut sedang bercakap dengan pelayan.
Dimatikan hasrat untuk menegur.

Tengku Asna memandang ke arah kerusi lelaki itu tetapi kerusi tersebut sudah kosong. Otaknya
berkerja keras untuk mengingati seraut wajah itu tapi dia tidak mampu. Akhirnya dia melupakan
keinginan untuk mengingati sesuatu yang tiudak mungkin dapat diterjemah otaknya. Sesekali dia
mengerling jam di tangan sudah 30 minit dia duduk di situ menunggu anaknya. Mungkin
jammed. Tahu sahaja lah daripada pejabat anaknya di Leisure Commerce Square itu hendak ke
Subang Parade melalui kawasan jammed yang teruk.

“Assalamualaikum ibu.” Tangan Tengku Asna di capai dan di kucupnya. Dia tidak malu
mempamerkan rasa kasih dan sayang kepada ibunya sementelah ayahnya sudah pergi
menghadap Ilahi.

“Assalamualaikum Mak Engku.” Tengku Asna tersenyum sendiri. Dia sudah tahu pasti Afiza
juga akan di heret anaknya datang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 11:35 PM | Show all posts
“Waalaikumsalam… Jemput duduk Afiza.”

“Hai, Afiza saja. Macam lah ibu tak nampak anak ibu yang macho lagi handsome ni?”

“Lah, ada kamu. Ibu ingatkan Afiza jer datang sorang.” Tengku Asna mengulum senyum melihat wajah Tengku Azahan yang kemerahan kerana malu diusik begitu.

Seusai mereka memilih makanan Tengku Asna memandang Afiza di hadapannya. Comel.
Kulitnya bersih tanpa sebarang alak solekan. Walaupun tanpa secalit make up wajah itu tetap
menawan hati sesiapa sahaja yang memandang. Kalau bukan kerana sudah menjadi tunangan orang pasti dia meminang Afiza untuk anaknya Tengku Azahan.

Afiza duduk serba tak kena. Renungan Mak Engku membuatkan dia tidak selesa. Matanya
melirik atas bawah melihat dirinya sendiri. Dia menguis tangan Tengku Azahan untuk
menyatakan ketidak selesaan di tenung oleh ibu bosnya itu.

“Ibu.. ralit nampak. Macam nak tembus isi kulit Afiza ibu renung.” Tengku Azahan menegur
ibunya.

“Ibu terfikir kalau Afiza masih kosong, nak je ibu masuk meminang.”

“Ibu…. An kan dah cakap Afiza ni tunang orang.” Dia tidak mahu memanjangkan isu mengenai
Afiza lagi. Nampak seraut wajah itu berubah rona tika mendengar kata-kata ibunya.

“Itulah ibu pilih kamu tak nak, ada je alasan kamu. Semua yang ibu pilih kamu tolak mentah-
mentah.”

Afiza tidak berani untuk menyampuk. Itu masalah keluarga mereka dia hanya boleh mendengar
tanpa bersuara apa-apa. Dia tahu sebagai ibu mesti Tengku Asna mahukan anaknya itu berteman.
Kawan-kawan seusia Tengku Azahan semua sudah berpunya. Tidak kira kekasih, tunang
ataupun isteri. Tapi bosnya itu hendak di perkenalkan dengan perempuan pun tidak mahu.
‘Entah-entah bos ni gay’ah kot.’ Afiza berkata sendiri.

“Ibu kita bincang lain kali ok.” Ringkas tapi berbunyi arahan. Dia tidak mahu Afiza mendengar
ibunya membebel mengenai dirinya.

“Itu saja lah alasan An bila ibu bangkitkan hal ni.” Sebak dada Tengku Asna mengenang anak
keduanya itu. Bukan dia tidak tahu Tengku Azahan pernah terluka. Tapi sebagai ibu dia sudah
tidak sanggup melihat anaknya itu seperti membenci wanita.

“Afiza, kamu cubalah nasihatkan bos kamu ni. Cuma kamu saja perempuan yang dekat dengan
dia.” Tengku Asna mengalah.

‘Eh aku pulak.’ Bisik Afiza. Dia mengerling Tengku Azahan di sisi. Nampaknya dia ada misi
untuk di lakukan. Iaitu mencari cinta buat bosnya. Di mindanya di atur teman-teman nya yang
masih bujang. ‘Aku pun bujang jugak.. hihi’…. Nantilah tunggu dia sudah balik baru dia
mulakan langkah-langkah untuk ‘blind date’ bos nya.

Tajam mata Tengku Azahan memandang Afiza yang sedang mengelamun. ‘Minah ni kat sini pun
boleh jugak berkhayal.’ Geleng kepala Tengku Azahan melihat sikap suka berkhayal Afiza. Saat
dia ingin mengejutkan khayalan Afiza tiba-tiba matanya menangkap seraut wajah yang cukup di
kenali. Pasangan itu sangat mesra berpelukan. Melihat adengan itu membuatkan kemarahannya
memuncak.

“An.. Afiza…” Tengku Asna memecah kesunyian dia antara mereka. Afiza tersipu-sipu apabila
pandangan Tengku Asna melihat dia dengan pandangan aneh. Aneh melihat dia tersenyum
sendirian.

Melihat jam sudah menghampiri jam 2 petang laju sahaja Tengku Azahan mengajak Afiza berlalu daripada restoran. Mereka bertiga beriringan keluar daripada restoran. Tengku
Azahan cuba mengelakkan  Afiza daripada melihat sisi kanan restoran. Dia tidak mahu Afiza melihat adengan mesra pasangan tadi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 11:36 PM | Show all posts
Bab 4
Puteri sengaja memilih restoran itu apabila dia tanpa sengaja melihat Afiza sedang makan di situ.
Malah dia sengaja memeluk erat pinggang Hairi ketika melewati meja yang di duduki Afiza tadi.
Bukan itu sahaja dia sengaja memilih meja yangbertentangan dengan tempat duduk Afiza. Dia
mahu Afiza melihat kemesraan Hairi dan dia. Selagi mungkin dia cuba untuk memiliki Hairi
sepenuhnya.

Pandangan Hairi kaku melihat Afiza di situ. Walaupun jauh tapi dia boleh melihat pandangan
lelaki itu kepada Afiza. Pandangan yang penuh kasih sayang.Malah dia melihat Afiza tertawa
riang bersama wanita berusia yang pada firasat Hairi ibu lelaki tersebut. Hatinya geram melihat
Afiza yang seperti tidak mempedulikan kehadiran dia di restoran itu bersama Puteri.

Puteri tersenyum lebar apabila dia perasan yang Afiza seolah-seolah tidak menyedari kehadiran
mereka di situ. Satu kemenangan buat dirinya kerana pasti Hairi akan bergaduh besar dengan
Afiza. Pasti Hairi sedang cemburu melihat kemesraan Afiza dan lelaki berbaju kemeja hijau
belang itu.

“Hairi itu bukan Fie ke?” Puteri menyuntik jarumnya.

Soalan Puteri di balas anggukan sahaja daripada Hairi. Dia berpura-pura tekun memilih menu.
Dia tidak mahu Puteri sedar perasaan cemburu yang sedang menguasai dirinya tika ini. Boleh
sahaja Puteri  jadikan alasan untuk tidak membenarkan dia memiliki Afiza.

“Siapa lelaki tu? Nampak mesra je.” Semacam tidak berpuashati dengan jawapan sambil lewa
daripada Hairi.

“Itu bos Afiza. And you tak payah nak menimbulkan spekulasi.” Bengang Puteri mendengar
jawapan Hairi.

Seperti di sangka Hairi, Puteri menggunakan lelaki itu untuk membangkitkan cemburunya.
Memang dia cemburu tapi dia tidak mungkin akan tunjukkan pada Puteri. Perempuan itu
sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki dia. Dan dia juga sanggup melakukan apa sahaja
demi mendapatkan Afiza. Adil baginya Puteri inginkan dia dan dia inginkan Afiza.

“Hairi, kenapa you terima cadangan dia?” Puteri berbalik pada topik asal pertemuan mereka.

Bukan tidak boleh berbincang di rumah tetapi dia tidak mahu papa atau mamanya mendengar
perbincangan mereka. Dia tidak lupa wajah papa yang menyinga ketika dia memberitahu Hairi
meletakkan syarat yang dia tetap akan menikahi Afiza sekiranya Puteri ingin bersamanya. Mula-
mula dia tidak kisah dan bersetuju sahaja dengan permintaan Hairi. Tetapi hati kecilnya semakin
di hasut rasa ingin menguasai Hairi sepenuhnya. Dia tidak mahu kasih Hairi di kongsi.

Hairi memandang hadapan tempat Afiza duduk yang sudah kosong. Dia sendiri tidak yakin
dengan keputusannya yang bersetuju dengan permintaan Afiza.Tapi demi Afiza dia sanggup
sekali pun Afiza meletakkan syarat dia tidak boleh menyentuh Puteri. Sedangkan Afiza Cuma
meletakkan syarat yang dia tidak mahu kewujudan Puteri diketahui. Itu sahaja.


Last edited by NaylaArisha on 23-6-2014 11:46 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 11:47 PM | Show all posts
“Apa salahnya cadangan dia? I tak rasa salah.”

“Tapi I isteri you. I lebih berhak berbanding Afiza”

“Dia tunang I. You hadir selepas dia.” Hairi membentak.Terkesima Puteri mendengar Hairi menengkingnya.

“Hairi, you bagi I hadith ataupun ayat Al-Quran yang menafikan hak seorang isteri? Memang dia
tunang you tapi I isteri you. Kedudukan I lagi tinggi daripada dia.”

“Jangan gunakan agama sebagai jalan keluar Puteri. You yang mulakan semua ni. You tahu I dah
bertunang dan nak berkahwin tapi you desak I untuk berkahwin dengan you. Apalagi yang you
tak puas hati?” Hairi geram dengan sandiwara Puteri.Semasa memujuk dan merayu dia dulu apa
sahaja sanggup. Malah apabila dia mengatakan hasratnya untuk meneruskan niatnya mengambil
Afiza sebagai isteri pun Puteri menyatakan kesanggupannya.Sekarang belum sampai dua bulan
pernikahan mereka Puteri sudah mula menunjukkan sikap sebenar yang ingin menguasai.

“I tak puas hati sebab Afiza nafikan hak I sebagai isteri pertama. Lepas tu dia menafikan
kewujudan I. Lepas ni tak tahu pulak apa yang di rancang oleh Afiza.” Sejak malam pertemuan
bersama Afiza dia ingin meledakkan kemarahannya. Sudah diizinkan kahwin dengan Hairi
macam-macam pulak syarat yang di tetapkan.

“I tak nak fikir apa-apa lagi. Yang penting Afiza dah bersetuju untuk berkahwin. Itu sahaja.”

Mudahnya lelaki itu berkata-kata. Hatinya langsung tidak di jaga. Apa yang penting Afiza sahaja
bagi Hairi. Apa yang lebihnya Afiza berbanding dirinya.Dia lebih kaya daripada Afiza yang
hanya makan gaji berbanding dia walaupun tidak berkerja harta papa dan mamanya sudah cukup
untuk dia makan seumur hidup. Dari segi penampilan pun dia lebih anggun berbanding Afiza
yang hanya berpakaian seperti golongan-golongan marhain.Apa lagi yang tidak cukup. Nak kata
Afiza itu cantik dia dua kali ganda lebih cantik daripada Afiza. Tapi dia pelik kenapa Afiza juga
yang di kejar oleh Hairi.

Last edited by NaylaArisha on 23-6-2014 11:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2014 11:51 PM | Show all posts
Bab 5

Tengku Azahan termenung atas katil. Dia mencuba untuk tidur tapi matanya tidak mahu
terpejam. Di matanya bermain-main adengan pasangan yang dilihatnya siang tadi. Dia kenal
lelaki yang dilihatnya berpeluk mesra dengan wanita lain. Wajah yang membuatkan dia serba salah untuk
berterus terang dengan Afiza. Kalau bukan kerana lelaki itu terlebih dahulu menyunting Afiza
sudah lama dia melamar Afiza. Sekuat mana pun dia cuba mengelak hati lelakinya tidak boleh
menafikan Afiza semakin lama semakin serasi menduduki takhta hatinya. Tapi sayang dia
terlewat untuk meluahkan perasaannya kepada Afiza.

“Bos, kenapa susah sangat nak cari girlfriend? Rupa ada harta ada apa lagi yang kurang?” Soalan
Afiza bagaikan peluru berpandu menerjah gegendang telinganya.

“Perkahwinan bukan untuk sehari dua tapi kalau boleh untuk sepanjang usia. Harta dan rupa
bukan ukuran kalau hati tidak secantik luaran.”

“Tapi pilihan Mak Engku rasanya memang tip top luaran mahupun dalaman. Paling sesuai
Engku Juita tu, itu pun Bos pandang sebelah mata pun tak.” Bukan niat untuk mencampuri
urusan majikannya itu tapi dia ingin tahu kenapa susah sangat majikannya hendak menerima
perempuan.

“Awak yakin ke Engku Juita tu perfect?” Soalan Tengku Azahan berbaur sinis.

“Manusia mana yang sempurna Bos?”

“Ada…. Awak.” Lagi sekali Tengku Azahan menjadikan dia sebagai contoh. Apa yang
membuatkan Tengku Azahan berkata begitu dia sendiri kurang pasti. Mungkin kerana solatnya
yang terjaga. Atau mungkin juga kerana dia tahu membatasi pergaulan bersama mereka-mereka
yang bernama lelaki.

Afiza tidak mampu untuk meneruskan perbalahan kerana apa sahaja yang ingin dia katakan pasti
ada sahaja jawapan daripada majikannya. Bukan sekali dua tapi sudah berkali-kali dia berbahas
mengenai isu tersebut dengan Tengku Azahan. Tetapi dia juga yang kalah di saat akhir
perbahasan.

Bukan dia anti perempuan… dan bukan juga kerana dia terluka. Lukanya sudah lama sembuh
sejak dia mengenali Afiza. Walaupun Afiza sering membuat dia naik angin tapi dalam masa
yang sama dia menyukai sikap Afiza yang tersipu-sipu setiap kali dia tertangkap sedang
mengelamun. Sudah banyak kali dia cuba memberi ‘hint’ kepada Afiza mengenai perasaannya
tapi Afiza seperti tidak pandang lelaki lain selepas bergelar tunangan Hairi. Silapnya juga tidak
mampu mengawal perasaan sedangkan tidak manis dia menganggu wanita yang sudah bergelar
tunangan orang.

Last edited by NaylaArisha on 23-6-2014 11:54 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 11:55 PM | Show all posts
Tok…tok..

Lamunannya terganggu apabila pintu biliknya di ketuk. Rasa malas menguasai diri tapi rasa
ingin tahu membuatkan dia bangkit juga dari pembaringan menapak ke arah pintu. Hatinya
menduga pasti ibu kerana melihat lampu bilik yang masih terang. Lagi pula selain dia dan
Tengku Asna tidak ada orang lain lagi di rumah itu kalau ada pun hanya Mak Munah. Tapi Mak
Munah tidak pernah mengganggunya pada waktu-waktu seperti ini.

Matanya mengecil cuba mengenal wajah yang tersembul di sebalik pintu biliknya. Bukan ibunya
kerana penampilan wanita di depannya ini hanya berpakaian baju tidur yang nipis. Dalam
berteka teki wanita itu terus masuk ke dalam bilik Tengku Azahan. Saat wanita itu enak duduk di
birai katilnya baru dia sedar wanita itu adalah kakak iparnya Tengku Aida. Baru dia teringat
yang ibunya tidak ada di rumah dan abangnya meninggalkan isteri dan anaknya itu di rumah
mereka kerana dia menemani ibunya ke luar daerah.

“Kak Long buat apa masuk bilik An?” Pelik dia melihat kakak iparnya yang tiba-tiba bangun dan
menutup pintu. Tiba-tiba jantungnya rasa tidak menentu melihat Tengku Aida yang semakin
hampir. Dia seakan mengerti keinginan kakak iparnya.

“Kak Long keluar dari bilik An sekarang!.” Tanpa membuang masa dia menuju ke arah pintu
bilik tetapi langkahnya terhenti apabila Tengku Aida memeluknya pinggangnya kejap dari
belakang.

“An…. Malam ni jer please…. Akak dah lama mimpikan An dalam dakapan akak.” Tengku
Aida cuba menggoda Tengku Azahan. Dia sudah lama menahan rasa terhadap Tengku Azahan.
Dan inilah peluangnya untuk melunaskan impian melayari lautan asmara bersama adik suaminya
Azahan.

“Gila ke? Aku ni adik ipar kau tahu tak?” Sudah hilang rasa hormat apabila mendengar
permintaan Tengku Aida.

“An…. Please jangan hampakan akak…. Buatlah apa sahaja yang An nak pada akak. Akak rela
An.”

“Get OUT!!!”

Tengku Aida tidak berganjak walau seinci pun malah pelukan di pinggang Tengku Azahan
semakin kejap. Pantang apabila keinginannya di tolak mentah-mentah. Selama ini berpuluh
lelaki meratah tubuhnya apabila di tawarkan tetapi lelaki ini sungguh pelik. Sanggup menolak
hidangan yang terhidang di depan mata. Dan dia akan pastikan Tengku Azahan terkulai dalam
pelukannya.  Tengku Aida semakin di kuasai nafsu serakahnya. Tanpa segan silu dia mengucup rakus bibir Azahan.

Tengku Azahan menahan nafasnya yang semakin tidak teratur. Kucupan dari Tengku Aida
membuatkan dia hampir hanyut dalam gelora asmara. Malah tanpa di kawal dia membalas
kucupan Tengku Aida dengan rakus. Sudah lama dia berpuasa menyentuh bibir seorang wanita.
Hanya Rania sahaja yang pernah menerima ciumannya. Dan kini kerana nafsu dia sekali
lagi mengharung gelodak asmara yang tersimpan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 11:57 PM | Show all posts
Merasakan pelukannya berbalas tanpa segan silu Tengku Aida menanggal satu persatu butang
baju tidur Azahan. Keinginan yang membuak-buak bagai tidak dapat menahan gelora jiwanya
yang sentiasa bergetar setiap kali memandang Tengku Azahan. Tapi tangannya tiba-tiba direntap
dengan kuat oleh Tengku Azahan. Pandangan mereka bersatu, Tengku Azahan bagaikan melihat
Afiza membuatkan dia tersedar daripada buaian nafsu serakah Tengku Aida.

“Kau memang tak ubah seperti pelacur kelas atasan.” Tengku Azahan menolak Tengku Aida ke
katil.

Tengku Aida terkesima. ‘Tak guna. Jantan bodoh.’Hampir sahaja dia menjerit kemenangan apabila Tengku Azahan hampir terkulai dalam pelukannya. Perlahan-lahan dia bangun dari katil dan berjalan ke pintu. Kemudian dia berpaling pada Tengku Azahan dan melemparkan senyuman sinis.

“Aku tahu macam mana nak buat kau tunduk pada aku. Jangan panggil aku Tengku Aida Ariffin
kalau lelaki macam kau ni tak tunduk pada aku!” Getusnya perlahan tapi cukup untuk di dengari
oleh Tengku Azahan.

“Aku akan pastikan along ceraikan kau perempuan jalang.” Balas Tengku Azahan.

“Kita tengok aku atau kau yang Asy percaya. Eh aku tak heran lah dengan Asy ataupun kau.
Yang penting batin aku terisi.”

Selepas menuturkan kata-kata itu Tengku Aida keluar daripada bilik Tengku Azahan. Dia terfikir
sesuatu apabila melihat Mak Munah baru keluar dari bilik. Dia sengaja mengusutkan rambut dan
mengoyakkan sedikit lengan baju tidur satinnya seolah baju itu di rentap semasa bergelut.
Kemudian dia berlari ke arah Mak Munah sambil teresak-esak.

“Mak Munah…….”

“Eh Puan kenapa ni? Ada perompak masuk ke Puan? Puan tak ada apa-apa ke?” Bertalu-talu
soalan di hambur oleh Mak Munah. Apatah lagi melihat keadaan menantu kepada majikannya
yang agak kusut masai.

“An.. Mak Munah.. An….” Sengaja kata-katanya tidak di habiskan dan membiarkan Mak
Munah membuat andaian sendiri.

“Kenapa dengan Tengku Azahan, Puan?” Hatinya meneka-neka perkara  buruk terjadi antara
Tengku Azahan dan Tengku Aida.


“An… An rogol saya Mak Munah.” Habis sahaja ayat itu meluncur dari bibirnya dia terus berlari
naik ke biliknya meninggalkan Mak Munah termangu sendirian di pintu biliknya.

‘Astaghafirullahalazim’. Mak Munah beristighfar. Hatinya berbolak balik antara percaya dengan
tidak. Mustahil Tengku Azahan yang lembut dan sangat baik itu sanggup melakukan kejahatan
kepada kakak iparnya sendiri.

Dalam bilik Tengku Aida sedang tertawa gembira apabila Mak Munah mempercayai pembohongannya tadi. Permainannya belum berakhir lagi. Sekarang dia perlu menghubungi suaminya. Dia tahu dia pasti akan menang kerana dia sudah mempunyai Mak Munah sebagai saksi. Saksi pada pembohongannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 11:58 PM | Show all posts
Dicapai handphone dan dia mendial nombor suaminya Tengku Asyraf. Tanpa menunggu lama deringannya bersambut.

“Assalamualaikum sayang.” Kedengaran suara suaminya di talian sebelah.

Dia membiarkan talian senyap dan hanya mengeluarkan suara tangisan yang seperti di tahan-
tahan.

“Sayang…. Are you okay babe?”

“Papa…………………………” Tengku Aida bersuara serentak tangisannya bergema.

“Whats wrong? Please don’t cry.” Tengku Asyraf memujuk isterinya yang sedang menangis di
talian. Fikirannya mula berteka teki kenapa isterinya itu menangis.

“Mama… mama kena rogol.”

“What??? Are you kidding me?” Tersentak dia mendengar perkataan rogol yang keluar dari
mulut isterinya.

“Mama tak tipu. Mama kena rogol.”

“Siapa jantan tak guna tu?” Hatinya cuba di sabarkan apalagi mendengar suara isterinya yang
serak akibat menangis.

“Azahan.” Satu patah perkataan tapi cukup buat Tengku Asyraf terduduk. Mindanya tidak
mampu menerima pelakunya adalah adik kandung sendiri. Malah hubungan mereka seperti isi
dengan kuku.

“Papa tak percaya…. Mama apa salah angah pada mama sampai mama fitnah angah begitu
sekali?” Sungguh walaupun Tengku Aida isterinya tapi dia lebih kenal adiknya. Kenapa setelah
dua tahun baru kejadian ‘rogol’ itu berlaku? Bukannya baru sekali dia meninggalkan isterinya
tinggal di rumah agam itu kalau dia terpaksa berpergian ke luar daerah.

“Papa…. Papa boleh tanya Mak Munah. Dia nampak apa yang terjadi tadi.” Sakit hatinya apabila
mendengar suaminya membela Tengku Azahan.

Mendengar nama Mak Munah membuatkan Tengku Asyraf terdiam. Tanpa pamitan dia mematikan talian telefon. Hatinya masih berbolak balik dengan aduan isterinya. Hatinya sedih mendengar adiknya di tuduh oleh isterinya. Dia terlalu sayangkan Tengku Azahan. Dia mengambil keputusan bersemuka dengan ibunya kerana dia betul-betul perlukan sokongan ibunya.

Tengku Aida menjerit marah apabila panggilannya ditutup tanpa kata akhir daripada suaminya.
Dia tahu Tengku Asyraf sudah termakan racunnya. Hatinya menjerit kerana berjaya membuat
suaminya dan Tengku Azahan bakal berpatah arang. Suami mana yang boleh terima lelaki lain
menyentuh isterinya inikan pula adik beradik seibu sebapa.

“Damn you Azahan. Hahaha.”




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.173003 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list