CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14964|Reply: 112

Cerpen: Cinta Merentas Benua (tamat sudah..)

[Copy link]
Post time 24-6-2014 10:30 AM | Show all posts |Read mode
syok plak menulis cerpen. Tak sakit kepala...


CINTA MERENTAS BENUA


Rasa ini bukan dibuat-buat
Rasa ini anugerah dari Tuhan
Apa yang aku perlu buat
Memagari rasa itu dengan tiang iman
Sesungguhnya cinta itu milik setiap insan...


Bahagian 1

Kuala Lumpur, 2011.


“Anta sabarlah. Adik ana tu masih muda dan masih belajar lagi. Kalau dah jodoh tak ke mana.” Terngiang-ngiang kata Abdul Rahman di cuping telinga Mohamad. Tangannya yang diletakkan atas dahi dijatuhkan. Mohamad tak dapat lena. Entah apa yang sudah melanda hatinya. Hatinya begitu tak keruan semenjak dua menjak ini. Apakah hatinya telah dilanda tsunami cinta?

Mohamad bangun dari perbaringan. Sia-sia saja dia berkalih badan ke kiri dan ke kanan. Lena tak juga. Mohamad duduk di birai katil pula. Mindanya mengimbas semula peristiwa di rumah sahabat baiknya Abdul Rahman...

**********

“Mak dan ayah kamu macam mana? Makcik tak nak lah nanti kamu saja yang beria-ia mahukan anak makcik tapi mak dan ayah kamu dah ada calon lain.”

“Mak dan ayah saya tak kisah makcik, pakcik. Mereka serahkan soal jodoh kepada saya. Lagi pun yang nak kahwin tu saya. Mereka faham. Mereka terima siapa saja yang saya pilih asalkan saya berbahagia dengan pilihan saya.”

“Mohamad, kami bukan tak sudi bermenantukan Mohamad tapi anak makcik tu masih muda lagi.  Belum pandai uruskan rumah tangga.”

“Yang tu saya faham makcik. Dia boleh belajar. Lama-lama pandailah.” Masih lagi Mohamad berminat. Last edited by ladyFinger12 on 30-6-2014 12:17 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2014 10:35 AM | Show all posts
“Tapi anak makcik bukan saja tak pandai urus rumah tangga, anak makcik tak berpendidikan tinggi.”

“Saya pun tak punya kelulusan akademik yang tinggi, makcik. Sekadar pelajar madrasah.” Mohamad merendah diri.

“Khadijah juga tak cantik.” Asiah menyambung kata.

“Mempunyai Al-Quran dalam dada, merupakan satu kelebihan yang tiada tandingannya. Tentu saja Khadijah lebih cantik dari segala-galanya makcik. Itu sudah mencukupi bagi saya.”

Apa pun alasan yang diberi, hati Mohamad sedikit pun tak goyah. Bagi Mohamad, sudah cukup sepadan dirinya dengan Khadijah. Dia seorang hafiz, Khadijah pula hafizah. Sekarang ini dia sedang mendalami ilmu agama begitu juga Khadijah. 3 tahun lagi dia bakal menjadi seorang maulana. Khadijah pula bakal alimah. Insya-Allah. Bukankah begitu padan sekali mereka berdua?

“Macam ni lah... memandangkan kamu pun masih belajar, apa kata kamu habiskan dulu pengajian kamu? Jika masih ada jodoh, selepas tamat belajar nanti kamu datanglah lagi.”

**********

Lamunan Mohamad terhenti. Nafasnya dihela panjang. Apa tak sudikah umi dan abi Abdul Rahman bermenantukan seorang yang bakal menjadi maulana? Abdul Rahman pula, tak mahukah beriparkan sahabat sendiri? Hati kecilnya tertanya-tanya. Banyak sungguh alasan yang keluarga Abdul Rahman beri.

Atau aku ini sekadar budak kampung? Tak layak buat Khadijah, anak kepada seorang yang bergelar doktor?

Mohamad kembali bermenung. Sepanjang persahabatannya dengan Abdul Rahman, tidak pernah dia mendengar Abdul Rahman meninggi diri. Walau pun anak orang berada, Abdul Rahman hidup biasa-biasa saja. Tidaklah bermewah-mewahan. Pakaiannya tidak juga dari material mahal-mahal. Sama saja dengan apa yang pelajar-pelajar lain pakai. Bahkan ketika datang berziarah ke rumah Abdul Rahman, dia mendapati rumah umi dan abi sahabatnya itu pun biasa biasa saja. Besar tapi tidak pula dilengkapi dengan perabot-perabot mewah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 10:39 AM | Show all posts
Iols baru nak tempek, uols dah tempek dulu....  

Agree. Seronok lak buat CerKOT. Tak sakit kepala....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita bru
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 10:43 AM | Show all posts
wah! @ladyFinger12  dh tempek cite baru... makin berwarna-warnilah hidupku  ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 10:44 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 24-6-2014 10:35 AM
“Tapi anak makcik bukan saja tak pandai urus rumah tangga, anak makcik tak berpendidikan tinggi.”
...

rentas benua tu agak2 sampai tak dekat iols


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-6-2014 10:44 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 24-6-2014 10:39 AM
Iols baru nak tempek, uols dah tempek dulu....  

Agree. Seronok lak buat CerKOT. Tak sakit kepa ...

Kann?? Pastu tacang pun dapat... Berrghhh.... kenyang.

pst... tempek aje lah nicki oi, tak ada rules mengatakan cerita mesti sebulan satu sajorkkk atau mesti tunggu puan bendi habiskan cerita dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2014 10:46 AM | Show all posts
khaizarina posted on 24-6-2014 10:44 AM
rentas benua tu agak2 sampai tak dekat iols

sorry beb... bertentangan arah...
ini kisah alim dan alimah. Agak2 benua mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 10:48 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 24-6-2014 10:44 AM
Kann?? Pastu tacang pun dapat... Berrghhh.... kenyang.

pst... tempek aje lah nicki oi, ta ...

Tacangs tu penting. Padahal cerita kontot je....

Sat gilah tepek. Layan cerita orang lain dulu....

Tetiba teringat lagu ni.....




Haaihhh.... tetiba terasa dah berumur....




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2014 10:56 AM | Show all posts
Umi dan abi Abdul Rahman pun begitu ramah-tamah melayan kedatangannya. Walau pun keduanya ber I You ketika berbicara sesama mereka, tapi keduanya mengekalkan dengan hidup cara sunnah. Tidak pula makan bersudu garfu malah makan bersila atas lantai yang beralaskan saprah. Umi Abdul Rahman sendiri berpurdah walau pun berkelulusan luar negara dalam bidang psikologi. Cuma umi kepada sahabatnya itu sekadar menjadi suri rumah dan pendidik kepada anak-anak sepenuh masa. Patutlah Abdul Rahman begitu tertib orangnya. Pasti telah dididik dengan begitu sempurna.

Mohamad tak pernah lihat wajah Khadijah, hatta dalam gambar pun tidak. Namun hatinya tetap mahukan Khadijah. Dia sendiri pun tak tahu kenapa. Setelah ternampakkan Khadijah di dapur sewaktu dia datang menziarahi sahabatnya pada hari raya tahun lepas, hatinya terus tertawan. Anehnya dia lihat Khadijah dalam keadaan berhijab. Bukan saja tubuh, malah wajahnya juga terselindung di sebalik tabir.

Khadijah dan Mohamad... Kan best tu? Aduhai... sejak pertemuan itu dia ditimpa penyakit angau. Sebenarnya sebelum terpandangkan Khadijah, dia sudah terdengarkan suara Khadijah terlebih dahulu. Beberapa bulan sebelum raya, dia ke rumah Abdul Rahman kerana sahabatnya itu tidak hadir ke kelas. Melalui telefon, dia dapat tahu Abdul Rahman demam.

Ketika mahu memberi salam, dia terdengar suara orang menyanyi. Pada mulanya dia sangka suara itu dari jiran sebelah rumah. Takkanlah sahabatnya memasang radio sedangkan dia demam.  Lagu Inggeris pula tu. Kenapa tak dipasangkan saja bacaan Al-Quran? Namun semakin dia mengamati, semakin hatinya meyakini bahawa suara yang menyanyi bukannya dari corong radio. Sumbangnya tetap ada. Setelah salam diberi, suara itu senyap terus.

Khadijah.... Nama itu tak mampu dia humban jauh-jauh kerana sudah Mohamad persembahkan munajat cintanya kepada si Pemegang Takdir. Mohamad benar-benar yakin dengan petunjuk yang telah Allah beri. Tidak syak lagi.  Khadijah merupakan calon isteri solehah. Jika uminya sudah kelihatan cukup sempurna, tentu saja Khadijah lebih lagi. Ah! Cinta begitu menggamit-gamit.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2014 11:03 AM | Show all posts
Tapi.... Bagaimana dengan Khadijah? Mohamad meraup mukanya yang mula basah. Dia yakin dengan petunjuk yang diberi. Hatinya tekad memilih Khadijah tapi di pihak Khadijah pula, dia tak pasti.

“Kalau dah jodoh tak ke mana...”

Mohamad tak akan berputus asa. Kata-kata itu akan digenggam hingga jadi debu. Biarlah takdir yang menentukan...

Cinta...Aku pasti rasa ini bukan satu dosa
Sebaliknya rasa ini anugerah dari Tuhan
Akan aku pagari rasa ini dengan tiang taqwa
Biar nafsu tak melangkaui rasa
Biar rasa tetap pada landasan iman

Aku rela teraba-raba dalam lautan rasa yang membara
Aku juga rela dipanah petir asmara
Namun rasa yang bergelora tak akan melepasi tiang taqwa
Berpagarkan taqwa, berlandaskan iman
Rasa yang kian bercambah pasti diredai Tuhan

Khadijah...aku tak akan menyingkap tabir rasa ini
Biarlahcinta aku terus buta dalam lautan rasa
Cantik atau buruk, kamu tetap bersemadi di hati
Mekar dan terus mewangi sentiasa

Selagi rasa itu tidak berselimutkan nafsu
Takdir itu pasti menjadi milik aku
Di ketika itu nanti hati aku dan hati kamu akan bersatu....

Buku coretan rasa ditutup...

esok lakk...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:22 AM | Show all posts
semakin menarik jalan ceritanya TT... cinta pandang pertama... eh bukan cinta di pendengaran pertama...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 12:05 PM | Show all posts
khaizarina posted on 24-6-2014 10:44 AM
rentas benua tu agak2 sampai tak dekat iols


yuhuu......uols...


lama tak nmpk...



Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 12:07 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 24-6-2014 10:48 AM
Tacangs tu penting. Padahal cerita kontot je....

Sat gilah tepek. Layan cerita orang lain du ...


amboih...kilauan emas sgt lagu uols...



ada scene ahmad deram korek idung dlm citer ni kan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 01:12 PM | Show all posts
adakah nih kisah cinta jarak jauh?....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 01:51 PM | Show all posts
UsuFie posted on 24-6-2014 12:07 PM
amboih...kilauan emas sgt lagu uols...

Ada eh? Dalam banyak2 scene, scene yang itu juga yg  Usu ingat?

Iols cuma ingat tang Haliza Misbun bukan main lagi 'ehem' dgn Ahmad Idham. Hahahaha.....





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 02:33 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 24-6-2014 01:51 PM
Ada eh? Dalam banyak2 scene, scene yang itu juga yg  Usu ingat?

Iols cuma ingat tang Haliza  ...


errr...jap..

ada haliza misbun ke citer ni?
bukan budak yg berlakon citer opah tu ke heroin..asyanti apa ntah..

haliza misbun ni yg citer cinderella tu kan...

dah lama sgt drama ni..ingat2 lupa dah..

tp scene korek idung tu mmg sah usu ingat..sudah tu dia lap kat tiang...

ni link utk drama cinta antara benua - http://goo.gl/d6ExF

sorry naa puan bendi..cheq mencelah..bkn apa..nostalgia drama ni..





Last edited by UsuFie on 24-6-2014 02:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 03:46 PM | Show all posts
UsuFie posted on 24-6-2014 12:05 PM
yuhuu......uols...

iols ada je... uols tak nampak kot

iols pun dok terpikir.. mcm lama je tak nampak usu.. alih2 hr ni usu tegur dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 08:36 AM | Show all posts
UsuFie posted on 24-6-2014 02:33 PM
errr...jap..

ada haliza misbun ke citer ni?

Errr... ye ke?

Iols dah konpius le Usu. Maklulmlah.... cerita ni zaman iols sekolah lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 09:31 AM | Show all posts
UsuFie posted on 24-6-2014 12:07 PM
amboih...kilauan emas sgt lagu uols...

caitt! Geli nya...

Tq bg link. nak juga tengok besor mana taik hidungnya...

@sellie003  ye... ini kisah cinta jarak jauh. jauh di mata tp dekat di hati...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.138052 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list