CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

Cerpen: Cinta Merentas Benua (tamat sudah..)

[Copy link]
Post time 25-6-2014 05:01 PM | Show all posts

heh...apa ke gatei sgt mohamad ni..

sabau..umoq baru 23.... dijah pun baru 17...

esh..esh....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 05:59 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 25-6-2014 04:32 PM
“Khadijahlah yang terbaik buat ana.” Mohamad memang tak pernah goyah dengan keyakinannya.

Abdu ...

makin menarik cite ni TT... katy perry
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 09:03 AM | Show all posts
UsuFie posted on 25-6-2014 05:01 PM
heh...apa ke gatei sgt mohamad ni..

sabau..umoq baru 23.... dijah pun baru 17...

Gatei? huhuhu...

Mmg mcm tu kot lelaki2 yg mdekatkan diri pd agama ni. Bila dah jumpa soul mate, x nak fikir pjg lg, terus nak bg halal. sbb takut dosa berimajinasi apatah lg bila berjumpa.

Anak sedara lady ada yg kahwin awal...21, husband 22. Masih belajar lagi... Mmg mdpt tentangan hebat lerrr mula2nya...
Tapi dah jodoh... kahwin jugak...

Anak kawan lady lelaki, umur 22 gak... Bila disuruh tunggu habis belajar dia jwb air dah naik kepala... Nak buek camno? Dpd zina, elok ler nikah...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 09:12 AM | Show all posts
Bahagian 4

Berpinar mata Mohamad  melihat paparan wajah melalui hasil pencarian Google. Ini rupanya Katy Perry! Pergh... Menggeleng Mohamad melihat imej seksi yang terpapar. Tetingkap browser ditutup segera.

Dek kerana musykil kenapa Khadijah menggunakan nama Katy Perry sebagai pengenalan diri di Facebook, Mohamad menyelidik melalui enjin pencarian Google. Penyudahnya dia yang terperanjat beruk melihat hasil yang terpapar. Nasib baik imej yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya kecil dan kurang jelas. Kalau tidak mahu kelabu asap pandangan matanya yang selama ini dijaga rapi.

Mohamad belek pula status yang terdapat dalam Facebook milik Katy Perry Al-Yamani yang tidak diprivatekan. Penuh dengan perkara-perkara lagha. Peminat setia Katy Perry rupanya. Dari senarai teman-teman, nampaknya semuanya berbangsa asing. Sebahagian besar dari mereka bukan beragama Islam jadi kebanyakannya memaparkan wajah tanpa hijab di kepala.

Tijah.... Tijah.... Benarlah dia yang menyanyi dulu. Mohamad teringatkan suara orang menyanyi yang pernah dia dengar setahun yang lalu.

Remaja! Mohamad cuba memahamkan situasi Khadijah. Lagi pun Khadijah gadis kota Kuala Lumpur. Pemikiran Khadijah tentu tak sama dengan pemikirannya yang datang dari kampung cuma. Tambah pula Khadijah lahir dan pernah mendapat pendidikan di Australia.

Menurut Abdul Rahman, kali pertama tinggal di Australia ketika bapanya mengambil Master. Ketika itu lah Khatijah lahir. Dua tahun mereka berada di sana sebelum kembali ke tanah air. Tak hairanlah Abdul Rahman cukup fasih berbahasa Inggeris. Enam tahun kemudian keluarga sahabatnya itu kembali ke  Australia sekali lagi kerana ayahnya menyambung Phd pula.

Gambar-gambar dalam album milik Katy Perry Al-Yamani dibeleknya pula. Cantik orangnya. Hati kecil Mohamad memuji.

Tapi akan lebih cantik jika kamu berhijab, Tijah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 09:19 AM | Show all posts
Langsung Mohamad tak menduga bahawa gadis tertutup itu sebenarnya terbuka. Walau pun kesemua teman Facebook Khadijah perempuan belaka tapi akaun Khadijah disetkan sebagai public. Tak perasan agaknya... Mohamad cuba membuang jauh-jauh prasangka itu. Kemudian Mohamad hela nafas berat.

Kenangan bersama keluarga sahabatnya Abdul Rahman diimbas kembali. Tiap-tiap tahun dia datang berziarah ketika hari raya. Namun terserempak dengan Khadijah cuma sekali itu saja. Dia sebenarnya tidak mengetahui secara mendalam tentang Khadijah. Secara zahirnya dia merumuskan Khadijah gadis solehah. Namun apa yang dia lihat dalam Facebook milik Khadijah tidak sama seperti Khadijah yang dia nampak depan mata.

“Anak makcik tak cantik...” Mohamad teringatkan kata-kata Makcik Asiah suatu ketika dahulu ketika dia menyatakan hajatnya terhadap Khadijah.

Hmm... Apakah ini yang dimaksudkan oleh Makcik Asiah? Dahi Mohamad sudah berkerut.

Teringat pula kata-kata sahabatnya Abdul Rahman...

“Tapi ana rasa anta berhak mendapatkan yang lebih baik.”

Fuhh... Desiran angin halus berhembus dari celahan dua bibir.

Menyesal? Sudah goyah?

Dahi Mohamad yang masih lagi berkerut-kerut kini mula dibasahi oleh titisan-titisan kecil air  jernih. Dibiarkannya saja. Mahu mengangkat tangan bagi mengesat peluh pun Mohamad tak mampu. Mohamad terus terkedu sambil bebola matanya merenung skrin telefon bimbitnya itu tanpa kedip. Last edited by ladyFinger12 on 26-6-2014 09:26 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 09:38 AM | Show all posts
Kuala Lumpur, 2012

Asiah menatap wajah Khadijah dalam album lama. Sudah 10 bulan Khadijah pergi, sudah 10 bulan jugalah Khadijah menyepi. Bukannya Khadijah tak boleh guna internet langsung, cuma tablet milik anaknya itu disimpan oleh pihak madrasah. Cukup bulan baru Khadijah boleh guna. Kalau tidak melalui Facebook sekali pun, Khadijah masih boleh menghantar mesej melalui telefon bimbit cap ayam yang telah dibekalkan kepadanya. Namun Khadijah sengaja tak mahu memberi khabar berita. Malah akaun Facebook anaknya itu pun sudah tidak dapat diakses kerana namanya telah digugurkan dari senarai kawan Khadijah. Bukan namanya saja yang digugurkan, nama Fatimah juga dibuang sekali. Kalau dulu masih boleh akses lagi tapi kini sudah disetkan kepada private.

Tegarnya hati Khadijah! Asiah menahan sebak.

Telefon bimbit cap ayam merupakan istilah yang digunakan oleh Khadijah bagi menunjukkan rasa bengangnya terhadap peraturan madrasah. Hanya telefon bimbit yang tidak mempunyai kamera dan tidak mempunyai fungsi akses internet dibenarkan di madrasah. Kerana tak bersedia dengan peraturan-peraturan madrasah yang dianggap Khadijah terlalu ketat itulah Khadijah sering saja bertukar madrasah. Puas sudah dia mengingatkan anaknya itu bahawa mana-mana madrasah dalam dunia pun mempunyai peraturan seperti itu. Malah ada sesetengah madrasah langsung tak membenarkan penggunaan telefon bimbit.

Akhirnya demi memuaskan hati Khadijah, Asiah pilih madrasah yang berhampiran dengan rumah supaya Khadijah boleh berulang-alik saja dari rumah ke madrasah. Namun, masih juga lagi ada sungutan dari anak manjanya itu. Walau pun penat melayan kerenah Khadijah, hatinya tetap puas  kerana Khadijah berjaya menamatkan hafazannya. Bila memasuki kelas alimah, Khadijah buat hal lagi. Ada saja yang tak kena. Memang letih melayan kerenah Khadijah.

“Menungkan pasal Khadijah lah ni...” Suara suaminya menegur membuatkan Asiah berpaling. Air matanya yang gugur lekas-lekas diseka.

Maybe she needs some more time...” Tutur Yusuf setelah melabuhkan duduknya di samping isteri.

“Dah dekat setahun bang...”

“Selagi dia tak menelefon kata nak balik, she'll be okay. Trust me.”

“Lagi pun dia masih contact Fatimah, kan? Kira okey lah tu...” Yusuf cuba menceriakan hati isterinya.

“Betul ke apa yang kita buat ni, bang?” Asiah mula ragu dengan tindakan yang telah mereka ambil. Sekarang Khadijah benar-benar merajuk nampaknya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-6-2014 09:40 AM | Show all posts
“Insya-Allah... Kita sudah mohon petunjuk dari Allah jadi kita mesti bersangka baik dengan Allah.”

Asiah tak berani meletakkan harapan yang tinggi. Dia takut kecewa lagi. Dalam empat orang anak, Khadijah lah yang paling menguji kesabaran. Bukan senang nak pujuk Khadijah mengikuti pengajian tahfiz setelah 4 tahun terbiasa dengan cara hidup moden. Dari pakai skirt pergi sekolah terus bertukar kepada purdah ke madrasah. Sedikit sebanyak Asiah kagum juga dengan pengorbanan Khadijah. Walaupun Khadijah tak menutup muka di luar madrasah, Asiah tak kisah. Janji Khadijah menutup aurat.

“Kita teruskan berdoa... Kalau tiada ujian, iman kita entah berada di mana. Bila ada kesusahan, baru Allah dekat dalam hati kita...”

Asiah mengangguk perlahan. Membenarkan apa yang dituturkan oleh suaminya. “Kadang-kadang I rasa apa yang berlaku pada Khadijah sebagai kifarah dosa-dosa lampau.”

“Kita memang sentiasa dalam dosa. Dosa-dosa yang kita sedari mahu pun yang tidak kita sedari. Bila kita rasa berdosa, kita tahu kita masih belum sempurna. Ada yang perlu diperbaiki lagi.”

Mengenangkan betapa dulu dia dan suami pernah tersasar dari jalan Tuhan, membuatkan Asiah sering menyesali diri. Dulu dia bersekolah agama tapi bila hidup di negara asing yang bebas tingkah laku, dia merasakan seperti tiada pencatit dosa dan pahala. Bertemu pula suaminya yang merupakan  anak orang berada yang biasa hidup mewah dan moden, dia turut terikut-ikut.

Anak-anak diajar panggil mommy dan daddy. Khadijah jadi Katy, Fatimah pula bertukar Faty. Pakaian jangan nak cakap. Walau pun tak seksi tapi masih tak patuh syariat. Namun semuanya berubah setelah suaminya mengenali sebuah keluarga Islam berbangsa Inggeris yang begitu mentaati perintah agama sewaktu di Australia. Keluarga itu baru 10 tahun memeluk Islam, tapi amalan mereka mengalahkan orang-orang yang telah Islam sejak lahir. Anak-anak mereka dihantar ke pusat pengajian tahfiz Al-Quran. Rupa-rupanya di Australia pun ada pusat pengajian tahfiz.

Dulu bapanya pernah tegur Asiah yang sudah jauh berubah tapi Asiah buat tak endah sampai kecil hati bapanya yang merupakan guru agama pondok. Bila kena tegur dengan 'mat salih' baru dia ada akal. Akhirnya termalu sendiri. Mommy dan daddy segera tukar jadi umi dan abi. Anak-anak dipanggil dengan nama sebenar kerana nama-nama mereka sudah cukup cantik. Nama isteri dan anak Rasulullah. Sememangnya 'God acts in mysterious ways.' Di bumi kufar dia dan suami mendapat hidayah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 09:41 AM | Show all posts
Kerana itulah Asiah tak mahu Khadijah mengulangi kesilapan yang pernah dilakukannya masa lalu. Khadijah masih muda jadi masih boleh dilentur. Menurutkan kemahuan Khadijah menjadi penyanyi tidak sama sekali. Khadijah boleh pilih apa saja tapi bukan jadi penyanyi atau apa-apa bidang hiburan.

“Apa yang berlaku dulu kita jadikan iktibar. Kita patut rasa bersyukur kerana Allah masih pilih kita untuk diberi hidayah. Khadijah akan berubah juga nanti. I yakin. Semua ini hanyalah ujian buat kita. Allah mahu melihat seteguh mana keimanan kita.”

Tangan isterinya digenggam erat. Asiah seka lagi air mata. Suami serta anak-anaknya adalah kekuatan meski pun Khadijah seorang saja yang masih tak seiring jalan.

********** Last edited by ladyFinger12 on 26-6-2014 09:43 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 10:06 AM | Show all posts
patutlah... sabarlah wahai hati umi Khadijah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 10:09 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-6-2014 09:03 AM
Gatei? huhuhu...

Mmg mcm tu kot lelaki2 yg mdekatkan diri pd agama ni. Bila dah jumpa soul mate ...


tottally agreed...!!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 02:46 PM | Show all posts
Bahagian 5

Yaman, 2012


Apa yang kita mahu tidak selalunya akan kita dapat. Kadang-kadang apa yang kita suka belum tentu baik di sisi Allah. Yang memberi itu Allah. Dia lebih tahu apa yang baik untuk kita. Jadi belajarlah menyukai atas apa yang kita terima.

Bukan kebahagiaan yang memjadikan kita bersyukur tapi dengan bersyukur membuatkan kita bahagia.


Status pada dinding Facebook Anggerik Desa penuh dengan tazkirah dan kata-kata hikmah. Khadijah memang suka membacanya. Apa yang membuatkan Khadijah boleh ngam dengan Anggerik Desa ialah Anggerik Desa juga sukakan hiburan. Kadang-kadang Anggerik Desa memuat naikkan video klip nasyid dan qasidah. Kadang-kadang zikir terapi penenang jiwa. Ada beberapa qasidah yang dimuat naikkan oleh  Anggerik Desa turut dinyanyikan di Darul Zahra, tempat dia menuntut ilmu. Kata Anggerik, hiburan tak salah dalam Islam selagi ia tidak melalaikan dan tidak melibatkan perkara-perkara yang haram di sisi agama.

Antara tazkirah Anggerik Desa yang Khadijah suka ialah kata-kata motivasi untuk kaum wanita. Khadijah gemar membacanya. Motivasi yang ditulis menaikkan semangatnya untuk menjadi wanita solehah.

Kecantikan wanita terletak pada akhlaknya.

Kata-kata ini menyedarkan Khadijah bahawa tiada gunanya memiliki kecantikan paras rupa sedangkan tingkah laku tak seiringan. Bahasa jiwa bangsa. Akhlak pula cermin Al-Quran. Kalau dalam dadanya ada Al-Quran, kenapa akhlaknya bertentangan?

Biar kita tidak dihargai tetapi masih ada harga diri daripada hilang harga diri demi untuk dihargai.... Kerana wanita yang hebat itu bukanlah wanita yang di dunia dia menjadi siulan tetapi wanita yang hebat sebenarnya apabila di langit namanya menjadi bualan.

Satu lagi mutiara kata dari Anggerik Desa yang mendapat perhatian Khadijah. Selain daripada tarbiah yang diterimanya di Darul Zahra, Khadijah belajar banyak perkara dari Anggerik Desa. Melalui Anggerik Desa baru dia tahu kewujudan seting private dan public dalam Facebook!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 02:49 PM | Show all posts
Anggerik Desa merupakan satu-satunya kawan Facebook Khadijah yang berbangsa Melayu. Dulu dia pernah mempunyai kawan-kawan Melayu yang terdiri daripada para pelajar madrasah. Setelah beberapa lama berkawan, dia rimas dengan sikap kawan-kawannya yang suka menegur. Lagak bak perempuan lindungan Kaabah baginya. Semuanya tak boleh.

Gambar kenangan bersekolah di Australia yang dia muat naik dalam Facebook teruk dikecam oleh kawan-kawan madrasahnya kerana gambar-gambar itu tidak menutup aurat. Jenuh dia mempertahankan perbuatannya kerana gambar-gambar itu gambar zaman dia belum baligh. Kawan-kawannya tetap menganggap kurang sopan kerana memberi ruang kepada lelaki bukan mahram berimaginasi tentang auratnya pada masa kini.

Kemudian dia letak gambar-gambar di madrasah yang berhijab tapi tanpa niqab. Sekali lagi dia dihentam kerana kata mereka dengan menayangkan wajah, hilang nur pada wajah seorang hafizah. Fuhhh... Cukup bengang Khadijah pada masa itu. Bertambah dia bengang apabila urusan peribadinya di luar madrasah diadukan kepada ustazah. Teruk dirinya dimarah kerana dikatakan tak pandai menjaga maruah. Terasa begitu hina dirinya sedangkan dia masih menutup aurat, cuma tak berpurdah apabila berada di luar madrasah.

Itu belum lagi kecaman-kecaman yang dia terima kerana memuat naikkan klip video Katy Perry. Dosa turut sama terpalit kerana menyebarkan maksiat. Bila dia kata minat Jay Ryan pun dia dikecam tak hengat. Minat aje pun... Tapi kawan-kawan madrasahnya kata lebih berfaedah minat kepada Rasulullah. Akhirnya kesemua kawan madrasahnya digugurkan dari senarai. Baru aman!

Setelah menyambung pelajaran ke Yaman, ahli keluarganya turut digugurkan dari senarai. Dia tegar menunjukkan protes di atas keputusan umi dan abinya menghantarnya jauh ke Yaman. Biar mereka menyesal dan merinduinya.

Khadijah tidak mengenali Anggerik Desa. Entah bagaimana tiba-tiba saja dia menerima permintaan untuk menjadi kawan dari Anggerik Desa setelah 6 bulan dia berada di Yaman. Memikirkan Anggerik Desa dari Malaysia, permintaan Anggerik Desa diterimanya. Melalui Anggerik Desa dapat juga dia merisik khabar tentang tanah air. Dia rindukan tanah air sebenarnya. Siapa kata dia tak rindu? Dengan adanya Anggerik Desa, kerinduan itu terubat sedikit. Kini sudah setahun dia berhubung dengan Anggerik Desa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 02:51 PM | Show all posts
Khadijah membaca lagi status-status yang tertulis. Dalam tempoh sebulan, banyak yang disampaikan. Rajin sungguh Anggerik Desa mengemaskini statusnya. Malah Anggerik Desa mempunyai ramai kawan. Setiap pos yang dibuat, pasti mendapat banyak 'like'.

Ibu adalah harta simpanan yang hilang bagi orang-orang yang derhaka dan harta simpanan berharga bagi orang-orang yang berbakti lagi mengasihi.

Terkedu Khadijah membaca satu lagi status  Anggerik Desa. Tiba-tiba Khadijah rasa sayu. Teringat Khadijah kepada uminya. Sudah agak lama mereka tidak berhubung. Setelah dihitung-hitung, sudah lebih setahun rupa-rupanya masa berlalu. Selama itu jugalah dia membawa rajuk di hati. Dalam pada merajuk tiap-tiap bulan dia mesej Fatimah untuk ingatkan umi masukkan duit dalam bank.

Ya Allah! Teganya seorang anak melupakan seorang ibu hanya kerana dendam semalam. Khadijah menangis. Tulisan Anggerik Desa begitu membekas di jiwa.

“Khadijah! Kenapa menangis?” Sufiyah, teman sekuliah yang berasal dari Syria bertanya.

“Saya rindukan umi!”

“Kalau rindu, telefon lah.” Saran Sufiyah.

Khadijah diam.

“Awak beruntung sebab masih ada ibu dan ayah. Kedua orang tua saya terbunuh dalam perang dua tahun lepas.”

Kian lebat hujan air mata Khadijah turun....

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 03:09 PM | Show all posts
“Umi tak pernah bencikan Khadijah sayang. Umi lakukan semua ini demi kebaikan Khadijah.”

“Umi, Khadijah minta maaf....” Khadijah sebak mendengar suara umi yang dirinduinya selama ini.

“Umi dan abi juga nak minta maaf kalau apa yang umi dan abi buat ni menyebabkan Khadijah terasa hati.” Sebak suara uminya kedengaran di hujung talian.

“Tak lah umi... Khadijah seronok sangat kat sini.” Khadijah akui Yaman tidaklah seteruk mana. Bumi Yaman yang tandus masih dipenuhi dengan ramai orang dari seluruh pelosok dunia yang dahagakan ilmu. Tandusnya bumi Yaman lebih bererti dari tandusnya hati seorang anak. Kini Khadijah benar-benar dahagakan kasih ibu.

“Apa yang buat Khadijah seronok?”

“Macam-macam umi... Pagi-pagi sebelum kelas, kami berqasidah dan berzikir. Zikir-zikir semuanya dibuat dalam bentuk nasyid. Asyik sangat umi.”

“Berqasidah dan berzikir di awal pagi menimbulkan semangat sebelum ke kelas. Besttt!” Khadijah menyambung bicara.

“Alhamdulillah... Satu bentuk hiburan gak tu, kan?” Usikan uminya itu membuatkan Khadijah tertawa.

“Umi.... Khadijah rindu umi dengan abi.... Dengan Fatimah, Ibrahim dan along....” Apa yang mencengkam dada diluahkan akhirnya. Setahun lebih lamanya rasa itu diperam.

“Kami pun rindu Khadijah... Ramadhan ni cuti, kan? Khadijah nak balik? Umi belikan tiket.”

“Tak apalah umi... Khadijah dah request friend kat Fatimah. Nanti suruh Fatimah approve. Lepas tu suruh Fatimah upload gambar banyak-banyak dalam FB, ya umi.”

Khadijah tak mahu menyusahkan umi dan abinya lagi. Sudah banyak duit dibazirkan kerananya. Bertukar madrasah nampak mudah tapi sebenarnya melibatkan belanja yang besar. Setiap kali tukar, perlu membayar yuran baru. Itu belum termasuk belanja pengangkutan di mana tiap-tiap minggu dia mahu umi dan abinya datang menziarahinya di madrasah. Kalau umi dan abinya tak datang, mulalah dia buat hal. Mulalah beri alasan macam-macam supaya dapat berhenti dari madrasah.

Berada di bumi Yaman yang kurang dari segi pembangunan menyedarkan Khadijah betapa selama ini dia hidup mewah. Itu pun dia masih tak bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan kepadanya.

Benarlah sabda Nabi, bumi Yaman bumi iman dan hikmah. Yaman merupakan tempat tarbiah yang terbaik. Di bumi Yaman ini Khadijah semakin dewasa dan mula memahami erti tanggungjawab.

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 03:11 PM | Show all posts
U r such a gr8 fren.... Luv u!

Khadijah tulis pada dinding Facebook Anggerik Desa. Khadijah amat berterima kasih dengan kawan Facebooknya itu. Selama ini dia sangka orang Melayu sukar dibuat kawan. Konservatif. Out of date punya pemikiran. Rupa-rupanya tidak semuanya begitu. Malah Anggerik Desa banyak menyedarkan Khadijah supaya berpijak di bumi nyata. Kini Khadijah sedar tanggung jawabnya sebagai anak, sebagai hamba dan yang paling penting sebagai khalifah!

Teringin sekali Khadijah melihat wajah Anggerik Desa. Dalam Facebooknya satu pun tiada gambar Anggerik Desa. Kata Anggerik, dia pemalu orangnya. Lagi pun dia takut nanti ada kawan-kawan yang menyebarkan pula gambarnya. Buat superimpose dengan gambar lucah tak pasal. Kata Anggerik, perlu berhati-hati dengan kawan-kawan maya. Bukannya semua dikenali dari sudut hati budi mereka. Sebab itulah Anggerik tidak memuat naikkan gambarnya dalam Facebook.

Sekarang baru Khadijah faham kenapa kawan-kawan madrasahnya marah apabila gambar-gambar mereka dipaparkan dalam dinding Facebook miliknya.

Fuhh! Sudah beribu mata yang melihat agaknya. Baru Khadijah nak menggeletar. Sebelum ini sudah banyak gambar kawan-kawannya tanpa hijab, tanpa niqab dipaparkan. Sangkanya hanya kawan-kawan dalam senarai saja yang boleh lihat.

Bodoh sombong! Khadijah kesal dengan sikapnya yang dahulu. Namun perkara yang sudah lepas tak mampu ditarik kembali. Hanya kemaafan dari kawan-kawan yang dia harapkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 03:22 PM | Show all posts
Bahagian 6

Kuala Lumpur 2013


Keindahan kamu tak perlu aku gambarkan melalui bait-bait kata
Biarkan aku terus memuja kamu dalam dada
Kebisuan aku bukan tanda aku tak cinta
Kebisuan aku perlu untuk memenjara gelora rasa

Kau yang bersembunyi di sebalik niqab
Tetap hatiku tidak akan buta
Meski pun bibirku terkatup kejap
Namun pintu hatiku masih luas terbuka

Menunggu dan aku akan terus menunggu
Saat kau hadir dalam kamar hatiku
Tika itu barulah aku akan menutup pintu
Agar tiada siapa-siapa lagi datang bertamu....


Wah! Puisi dari cinta hati awak ke? I likeee!

Mohamad tersenyum-senyum ketika membaca pada ruangan komen status yang telah ditulis sebulan yang lalu. Katy Perry menyukai puisi hatinya.

Kini tempoh pengajiannya sudah tamat. Walau pun keputusan periksa belum lagi diketahui, dia sudah disambar oleh madrasah tempat dia belajar atas rekomen mudirnya sendiri. Kata mudirnya dia tak perlu bimbang. Keputusan periksanya pasti cemerlang seperti tahun-tahun sebelumnya. Selepas ini, dia akan menghantar rombongan meminang secara rasmi.

Ku pinang-pinang tak dapat, ku pujuk-pujuk ku bawa lari...

Hah, tidaklah sampai macam tu... Hajatnya kali ini direstui cuma di pihak perempuan masih menjadi tanda tanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2014 03:31 PM | Show all posts
Hope 2 chat wit u l8r!

Mesej peribadi dari Katy Perry Al-Yamani yang telah diterimanya sebulan yang lalu dibacanya pula. Dari dulu sehingga kini begitulah cara penulisan gadis itu. Gaya tulisan Gen Y. Ada kalanya dia juga terikut-ikut sekali. Untuk ubah Gen Y ke Gen Q kena pelan-pelan. Nak membentuk Gen Q bukan senang. Pasti banyak halangannya. Syaitan mana suka.

Lol, bff, hw r u?, g2g, c ya, y'all, l8r....

Pada kali pertama membaca status Facebook milik Katy Perry Al-Yamani, sepatah habuk pun dia tak faham. Nak kata bahasa Melayu bukan Melayu. Nak kata bahasa Inggeris, apa ke pelik cara ejaannya? Walau pun dia tak mahir bahasa Inggeris tapi dia tahulah ejaan bahasa Inggeris tak macam tu. Jenuh juga dia nak memahamkan apa yang dibualkan oleh Katy Perry dengan teman-temannya. Bila otaknya dah penat nak mentafsir, dia main agak-agak saja. Nak fahamkan apa yang Katy Perry tulis, lebih susah dari nak fahamkan tafsiran hadis Quran.

R u there?

Mesej di ruangan bual diterima. Mohamad girang. Sebulan lamanya dia setia menunggu. Bukan senang dapat berbual live dengan Katy Perry. Memandangkan Yaman lewat 5 jam dari waktu Malaysia, Mohamad sanggup berjaga malam semata-mata untuk berbual dengan Katy Perry. Itu pun sebulan sekali saja.

Ya...

Gr8! Hw r u?

“Bunyi dah macam hawau u...” Mohamad tertawa kecil. Bagi orang Melaka, hawau tu bahasa yang agak kasar. Namun Mohamad faham Katy Perry tak bermaksud sedemikian. Setelah banyak kali bersembang dengan Katy Perry, dia sudah faham bahawa Hw r u itu bermaksud how are you atau dalam bahasa Melayunya apa khabar.

Sihat... awak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 03:34 PM | Show all posts
Kita x chat

Sekali lagi Mohamad tersenyum. Mula-mula dulu dia ingat chat itu merujuk kepada sembang. Rupa-rupanya sihat...

Awak sakit kepala lagi?

Yup

Jangan study teruk-teruk sangat. Kalau penat, relax dulu...

Bkan psl stdy

Psl apa?

Umi nak kita kawin

Mesti dgn maulana

Tp kita x suka

Sebab?

Kita x kenal dia

Cubalah kenal dulu

x nak!

Nape?

Kita dah jatuh cinta dgn mamat Arab handsome kat sini...

Berdegup jantung Mohamad.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 03:45 PM | Show all posts



sabar mohamad...katy pery dah jatuh cinta dgn awak sebenarnya tu..

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 03:47 PM | Show all posts
lady....

usu pun tergeliat lidah la baca chat box katy pery ni...

l8r  ---> apa ni ? tak paham sungguh..



psstt....ni ala2 najiha jatuh chenta kat fahmi ka...??




Last edited by UsuFie on 26-6-2014 03:49 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.105569 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list