CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Mahu lupakan sengketa,Marina dah anggap Zizan seperti adik #pg8

[Copy link]
Post time 27-6-2014 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
entah2 tak bayar income tax syarikat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2014 03:09 AM | Show all posts
emma jijang mmg annoying... tak tau nape...
like dorg bkn in love sgt pn... cm cinta seasonal je
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
lumie posted on 27-6-2014 03:09 AM
emma jijang mmg annoying... tak tau nape...
like dorg bkn in love sgt pn... cm cinta seasonal je

Tah2 cinta settingan...hahaha mcm kat indon... sebab nak jadi bahan gosip atau sbb nak pemas buat la cinta setting-an.. bercinta yg dibuat2 dpn org ramai.. padahal target nak pemas je.. kat indon ramai artis buat mcm tu.. infact ada artis yg canang mereka bertunang.. lepas pemas baru la buka cerita sebenar yg mereka x bertunang betul.. sekadar buat cerita biar org kenal.. tp masa dlm setting-an tu mesti buat mcm kapel bercinta. Peluk2..cium2..mcm belangkas kesana kemari
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 07:29 AM | Show all posts
x profesional lsg la zizan oi.. da nama rakan kongsi, xble bawa bincang ker..

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 09:12 AM | Show all posts
byk duit pulak jadi camni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 09:16 AM | Show all posts
pasni nak pecah syarikat ke? bwk haluan masing2?

tuelah kalau portion duit kita bnyk dlm company tapi bukan kita yg 100% manage 24/7 mmg sshlaa.... possibility utk org seleweng duit tue sgt tinggi...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2014 09:22 AM | Show all posts
nak buka syarikat ngan maembong letteeewww ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 09:28 AM | Show all posts
peguam company dorg peguam hanes soraya kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2014 09:44 AM | Show all posts
suka sgt bercinta ngan budak tak sekolah, ko pun jadi mengarut zizan.

kesian, lepas kapel ngan emma terus mcm2 hal zizan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 09:46 AM | Show all posts
zizan..ko x perasan ke sejak ko ngan emma, populariti ko makin jatuh?

ko dah x best (dulu pon x best, sekarang lagi lah bertambah x best)

aku cuma nak bagitahu kat ko zizan, apesal lah ko join karoot komedia, ko x best doe!

mintak johan dan jehan masuk balik.. macam karoot komedia first sesaon..  

sorry OT jap ..nak luahkan perasaan jerr
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:24 AM | Show all posts
bedahmulutpuaka posted on 27-6-2014 09:46 AM
zizan..ko x perasan ke sejak ko ngan emma, populariti ko makin jatuh?

ko dah x best (dulu pon x b ...

ha?seyes zizan join Karoot?
dah lama tak tengok.
dolu dolu suke tengok musim 1 yang ada johan.
tengok muka dia dah boleh gelak.
yang musim 2 nabil masuk dah tak best sangat.


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:24 AM | Show all posts
makin lama makin merudum nampak si zizanxbest ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
bedahmulutpuaka posted on 27-6-2014 09:46 AM
zizan..ko x perasan ke sejak ko ngan emma, populariti ko makin jatuh?

ko dah x best (dulu pon x b ...

Khenn..bleh plak die gi nyemak kt kkx tuh..ni mesti pasal kitkat yg jdik sponsor..dah malas nak tgk!
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:29 AM | Show all posts
apa kata lepas ni zizang.. engko buka company partner gf engko, artis naungan adik2 gf engko jer..

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:32 AM | Show all posts
Bisnes kongsi ni memang banyak masalah, banyak pertikaian....
Awal bisnes, semuanya ok ...lepas tu, satu persatu masalah akan timbul...dah banyak kali dah aku duk perhatikan masalah yg melibatkan bisnes kongsi ni....ada sesetengah tu asalnya kawan rapat, boleh bergaduh akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:58 AM | Show all posts
Serabut ngat mung ni mat jang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2014 11:01 AM | Show all posts
naya je kat staff yg xleh nak amik gaji
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 11:04 AM | Show all posts
nouz posted on 26-6-2014 08:49 PM
Mmm gara2 si emma..nama zizang makin merudum,..skrg zmn kejatuhan zizang.

so adakah si Emma ni jenis pompuan pembawa sial???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 11:13 AM | Show all posts
Emma punca kemelut Zizan-Marina?

[url=]<[/url] 1 / 2 [url=]>[/url]


KEMELUT membabitkan Zizan Razak dan Marina Juki yang juga rakan kongsi serta pengurusnya kembali menjadi perhatian, setelah Zizan dikatakan membekukan dua akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. (WFE), sehingga urusan pembayaran artis dan pekerja tidak dapat dilakukan.


Jika diimbas semula, kemelut membabitkan Zizan, Marina dan WFE mula hebat diperkatakan sejak awal Februari lalu.


Ia bermula dengan khabar angin Emma Maembong yang juga salah seorang artis di bawah pengurusan WFE disingkir pada bulan Februari lalu, kerana sering menimbulkan masalah kepada syarikat pengurusannya.


Kemudian diikuti perseteruan Zizan dan Marina yang menjadi perhatian ramai selepas ura-ura mula kedengaran bahawa Zizan bakal beralih ke bawah pengurusan Astro biarpun mempunyai syarikat pengurusan sendiri.


Tidak berakhir setakat itu sahaja, Zizan dan Marina memberi dua kenyataan berbeza apabila terdengar ura-ura Emma bakal disaman WFE kerana melanggar kontrak syarikat, diikuti pengakuan Zizan beralih di bawah pengurusan Astro tidak lama selepas itu.


Biarpun kedua-duanya menafikan berseteru, namun banyak pihak khasnya media menghidu kerenggangan hubungan Zizan dan Marina.


Terbaru, luahan rasa tidak puas hati melibatkan dua lagi artis di bawah naungan WFE iaitu Johan As'ari dan Kaka Azraff kerana bayaran gaji mereka tidak dapat dibuat selepas Zizan membekukan akaun.


Bagi menjelaskan kemelut yang melanda, Marina bersama peguamnya; Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyana daripada Tetuan Harjit Sandhu bersama Sasha Lyna Abdul Latif dari Tetuan Sasha Lyna yang merupakan peguam syarikat WFE dan Azlan Karim juga juruaudit akaun WFE mengadakan sidang media di Holiday Villa Hotel, Subang, petang semalam.


"Saya sangat terkejut apabila mendapat tahu kedua-dua akaun syarikat dibekukan atas arahan Zizan ketika saya mahu mendepositkan cek pada awal Jun iaitu selepas seminggu Zizan mengeluarkan arahan membekukan akaun.


"Apatah lagi, Zizan langsung tidak berbincang mengenai hal itu dengan saya biarpun dia pemegang saham terbesar dalam syarikat.


"Lebih mengejutkan saya, apabila ada pihak menyampaikan kepada saya, Zizan mendakwa saya menyeleweng duit syarikat. Padahal penyata akaun bagi 2013 belum lagi dikeluarkan. Namun bagi penyata, akaun 2011 dan 2012, tidak ada sebarang masalah penyelewengan," katanya.


Marina berkata, selain Kaka dan Johan yang sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu, dia juga sudah membuat laporan polis.


Tidak dapat menyembunyikan lagi kemelut yang melanda, Marina akhirnya mengakui bahawa hubungannya dengan Zizan berantakan semenjak bulan Februari lalu.


"Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu.


"Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang.


"Saya agak sedih kerana saya dan Zizan sudah berkawan rapat sejak empat tahun lalu. Kami dah macam adik beradik dan kami jatuh bangun bersama.

"Tapi kerana salah faham itu, saya dan Zizan tidak bercakap sejak bulan Februari. Namun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan segera," ujarnya sambil menahan sebak.




Selesai cara baik


Marina berkata, dia sudah menghantar surat kepada pihak bank bagi mendapatkan penjelasan mengapa akaun itu dibekukan tanpa mendapat persetujuan daripadanya yang juga pemegang 30 peratus saham syarikat.


Dia juga menanti kepulangan Zizan dari Jepun untuk menyelesaikan isu ini secara baik.


"Saya harap Zizan dapat luangkan masa  bertemu saya dan jelaskan beberapa perkara. Pertama mengenai pembekuan akaun syarikat.


"Kedua, saya minta Zizan tampilkan bukti andai benar saya membuat penyelewengan dalam syarikat dan ketiga, saya harap Zizan dapat jelaskan hasratnya sebelum ini yang mahu berundur sebagai salah seorang pengarah WFE.


"Saya tiada perancangan membawa perkara ini ke peringkat yang serius dan hanya berhasrat menyelesaikan dengan cara baik," akhirinya.


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 12:19 PM | Show all posts
akieys posted on 26-6-2014 10:32 PM
yup klo sdn bhd at least kene 2 director & majoriti director setuju.. klo 2 org director, 1 setuju ...

klu mcm tu, mmg tak sah la arahan beku tu...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.072897 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list