CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17674|Reply: 132

Cerpen Bersiri: MENCARI KONKLUSI ~ Part 8, Page 6

[Copy link]
Post time 25-6-2014 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nicki_Meow at 19-6-2015 12:52 AM

Salam,

Cerpen (mengarut ) ini hanya untuk hiburan semata-mata. Tiada pengajaran ataupun nilai moral sepenuhnya.

Boleh dibaca kalau nak buang masa lapang ataupun nak hilangkan stress walaupun, tidak dijamin kalau baca ni, stress anda akan hilang.





Bukankah hidup ini penuh dengan teka-teki?
Lalu kita pun mengembara untuk...Mencari Konklusi...




Last edited by Nicki_Meow on 30-9-2014 04:57 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2014 08:52 AM | Show all posts
MENCARI KONKLUSI: Macam Mana Awak Tahu Nama saya?

LOKASI: Bangunan di Jalan Imbi, Kuala Lumpur



Pagi ini, pagi yang biasa. Seperti waktu pagi di hari-hari sebelumnya. Cuaca agak berjerebu walaupun di waktu pagi. Ini kerana seperti yang diramal Jabatan Meteorologi Malaysia, Malaysia waktu ini sedang dilanda fenomena El Nino menyebabkan tiada hujan yang akan turun buat beberapa ketika. Masaklah… puasa tak lama lagi ni. Harap-harap, tak ada catuan air macam dulu. Lagipun, Menteri Besar Selangor dah janji, air tidak akan dicatu lagi…

Maaf. Sebenarnya...Menteri Besar Selangor dan Catuan Air bukanlah intipati sebenar cerita ini…

Saat Sham memakirkan motorsikalnya di ruangan parkir bawah tanah, jam sudah pun menunjukkan pukul lapan pagi. Topi keledarnya di buka lalu cermin sisi dipandang. Rambutnya yang sudah mula menunjukkan tanda-tanda perlu dikemaskini dibetulkan dengan jari agar kelihatan kurang serabai. Rambutnya lurus semulajadi, bukan rebonding. Lalu, dia betulkan guna jari saja. Setelah berpuas hati dengan kondisi rambutnya, Sham meninggalkan parkir motorsikal untuk menuju ke pejabat.

Sambil berjalan, telefon bimbit diperiksa. Ada tinggalan beberapa mesej di saluran perbualan group sosialnya. Tidak dipedulikan. Rakan-rakan di Group itu lebih banyak berbual kosong berbanding berbual secara berilmiah. Jadi, tidak penting untuk dibaca sekarang. Ianya cuma akan dibaca buat memenuhi masa lapang atau ketika bosan nanti.

Mesej Whatsapp dari Elaine, rakan sepejabat diteliti.

(Elaine)
Morning Sham. Can buy me Americano?

Sham senyum sendiri sambil menaip ‘Okay’. Memang Elaine seringkali meminta bantuannya untuk membeli kopi di Starbucks itu. Sham jarang mengatakan ‘tidak’ dengan Elaine melainkan ada hal-hal tertentu yang memungkinkan dia tidak dapat menunaikan permintaan Elaine.

Lagipun, Elaine selalu belanja dia makan Dim Sum. Pada awalnya, dia agak was-was juga dengan pemberian Elaine tetapi, setelah Elaine memberi pencerahan bahawa Dim Sum itu dibeli di kedai makanan Cina Muslim, Sham tidak was-was lagi. Dimakan saja pemberian Elaine dimulakan dengan bacaan Bismillah…

Dan…

Dim Sum juga bukanlah intipati sebenar cerita ini….

Sham berjalan  menuju ke arah Starbucks yang terletak lebih kurang 46 kangkang kera dari bangunan pejabatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 09:02 AM | Show all posts
“Selamat pagi.”

Sham disapa sopan tatkala melangkah masuk ke dalam kedai kopi. Satu senyuman diberikan padanya lalu Sham membalas. Kaunter dihampiri.

“Order Abang Sham?” Yati, si penjaga kaunter bersuara. Dia sudah kenal baik dengan Sham walau baru sebulan bekerja di sini.

“Tall Americano, two shot.” Jawab Sham, kekal tersenyum. Menu minuman Elaine sudah dihafal. Sama juga setiap kali. Yati mengangguk tanda faham lantas menyudahkan tugas.

“Shift pagi lagi, Ti?” Soal Sham, sekadar mengisi perbualan. Yati, remaja lepasan SPM itu mengangguk lagi. Sudah sebulan si Yati itu bekerja di Starbucks sementara menunggu panggilan dari mana-mana Universiti tempatan untuk menyambung pelajaran. Dalam masa sebulan ini juga, Sham rajin bertegur sapa dengan Yati kerana Yati yang menjaga kaunter setiap kali dia datang.

Semuanya dalam masa sebulan belaka.

“Macam tak ada luck aje nak masuk U…” Yati separuh mengadu. Sham sengih. Duit bayaran dihulur dan kemudian, menyambut baki yang diberi Yati.

“Ada rezeki tu nanti. Sabarlah…” Balas Sham. Yati mencebik dan mengangkat bahu. Mereka sambung sembang sementara menunggu kopi siap.

“Mr. Sham.”

Namanya dipanggil lagi tetapi oleh orang yang berlainan.

“Pergi dulu Ti..” Ayat biasa Sham ketika meminta diri. Yati angguk dan senyum. Sham mencapai cawan kertas di atas kaunter lalu melangkah keluar.

“Opps…”

Sham dilanggar. Atau dia yang melanggar…kurang pasti pula. Yang Sham pasti, dia berlanggar dengan seseorang lalu menyebabkan tas tangan milik seseorang itu terjatuh ke lantai. Secara refleks, mereka berdua melutut ke bawah. Dan Sham terlebih pantas, mencapai dahulu tas tangan berjenama Coach itu lantas menghulurkan kepada pemiliknya.

Mereka saling berpandangan. Mata bertentangan. Sham terpana seketika.

Bagai ada angin entah dari mana, meniup lembut rambut lepas bahu si pemilik tas tangan bak iklan syampu. Senyuman yang terukir dibibir menyentak seketika perasaan Sham. Wangian lembut yang dipakai menusuk ruang rongga. Entah jenama apa, Sham tidak tahu. Memang logiklah jika dia tidak tahu. Dia tidak bekerja di kedai menjual wangian kaum hawa untuk tahu jenama hanya melalui bau. Sham juga bukanlah kasanova terulung Malaya yang mampu menghafal setiap bau wangian kaum hawa sebagai salah satu cara untuk meng ‘impress’ setiap wanita yang menjadi dampingan. (Oh, sila jangan marah penulis sebab mencampur-adukkan bahasa Melayu dan Inggeris. Ianya sekadar mahu memberi penegasan dan sedikit impak urban dalam cerita. Tak masuk akal? Abaikan. Baca ajelah terus…)

Sham tersenyum kembali. Perlahan-lahan, mereka berdiri.

“Sorry…” Ujar Sham kemudiannya.

“It’s okay. Salah I sebab jalan menonong tak tengok keliling.” Jawab si gadis. Suaranya lembut menyapa gegendang telinga. Sham senyum.

“Anyway, thanks…ehhmmm…Sham.” Sambung si gadis dengan senyuman. Sham separuh nganga, terkebil-kebil.

“Err…macam mana you tahu nama I?” Soal Sham. Si gadis tersenyum. Tas tangan disangkutkan ke bahu.

“See ya next time…Sham.” Tanpa menjawab soalan Sham, si gadis memohon diri untuk pergi. Meninggalkan Sham yang termangu-mangu sendiri diulit teka-teki. Hanya senyum manis yang diberi sebagai tanda perpisahan. Sehingga si gadis hilang dari pandangan, barulah Sham bergerak untuk menuju ke pejabat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 09:06 AM | Show all posts
Di waktu begini, pejabat itu masih sunyi. Setelah menghidupkan komputer, Sham berlalu untuk menuju ke pantry. Di pertengahan jalan, cawan kopi milik Elaine diletakkan di atas meja Elaine.

Sham masih memikirkan si gadis yang di jumpai tadi ketika dalam pantry. Senyuman manis si gadis masih berlegar dalam minda. Persoalan yang sama bermain dalam kepala.

Siapa awek tu? Macam mana dia tahu nama aku?

Sham ligat berfikir.

Apakah selama ini dia diintai dari jauh? Adakah gadis itu sebenarnya secret admirer? Peminat misteri mungkin?

Rugi. Sepatutnya, dia bertanyakan nama awek itu tadi. Dan jika bernasib baik, dia bakal mendapat nombor telefon. Sekiranya nasibnya lebih baik, gadis itu sudi keluar dengannya untuk mengenali hati budi masing-masing. Mana tahu, ada jodoh di situ?

Ah, berangan saja yang lebih.

“Kau berangan apa, Sham?”

Suara Fatimah Rohani arau lebih suka dipanggil Kak Timah dari HR, mematikan lamunan. Sham mengangkat kening, tanda menyuruh Kak Timah mengulangi soalan. Bukanlah dia tak dengar tadi cuma, mahu memastikan sekali lagi soalan Kak Timah.

“Kau berangan apa?” Kak Timah mengulang soalan.

“Tadi…Kak Timah…” Setelah berfikir lima saat, Sham mengambil keputusan untuk bercerita kepada Kak Timah. Kak Timah menumpukan perhatian.

“Tadi…saya terlanggar sorang awek ni…” Sambung Sham.

Kak Timah terangguk-angguk. “Lepas tu?”

“Lepas tu…saya pun tolonglah angkat handbag dia semua. Lepas tu, dia pun ucap terima kasih. Yang pelik tu Kak Timah…” Sham menghentikan ayat. Kak Timah mengangkat kening.

“Awek tu tahu nama saya…”

“Jadi, apa yang pelik?” Soal Kak Timah.

“Iyalah…pelik. Macam mana awek tu tahu nama saya?”

“Kawan lama kau, kot?” Kak Timah menelah. Sham menggeleng. Dia pasti bukan.

“Jiran yang kau tak pernah kenal?”

Sham geleng. Mustahil sungguh kalau jiran.

“Ex gepren kau?”

“Eisshhh..Agak-agaklah sikit Kak Timah. Kalau iya pun, takkanlah saya tak kenal ex-girlfriend sendiri…”

Kak Timah senyum sengih. “Akak agak aje. Manalah tau…”

Perbualan terhenti seketika. Masing-masing seolah berfikir. Sham masih berfikir tentang awek yang dijumpainya tadi manakala Kak Timah berfikir tentang menu makan malam keluarganya hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 09:11 AM | Show all posts
“Baru saya tahu, Kak Timah….” Tutur Sham, memecah sunyi.

“Tahu apa?”

“Yang saya ni...ada secret admirer rupanya…”

“Eh?” Kak Timah buat muka ‘menyampah’ dengan ayat perasan Sham dan Sham hanya tersengih kerang melihat wajah Kak Timah.

“Kau nak air Sham?” Pantas Kak Timah menukar tajuk. ‘Perasan’ Sham tak boleh dilayan sangat.

“Teh tarik kurang manis, boleh?”

“Iyalah.” Balas Kak Timah. Permintaan Sham dituruti. Sham hanya memerhatikan Kak Timah membuat teh tarik dengan kagum. Kecekapan Kak Timah membuat teh tarik hampir serupa dengan pembuat air di kedai mamak, malah mungkin...lebih hebat lagi.

“Nah…” Mug berisi teh tarik dihulur kepada Sham enam minit kemudian. Sham senyum menyambut.

“Terima kasih Kak Timah.” Ucap Sham. Kak Timah mengangguk. Mereka meninggalkan pantry dengan masing-masing memegang mug di jari.

“Hey… Sham.”

Tatkala melalui depan meja Elaine, terdengar Elaine menegur. Sham menoleh.

“Thanks.” Elaine mengangkat cawan kopi Starbucks sebagai tanda terima kasih pada Sham kerana membelikan kopi itu untuknya.

Selalunya, Sham akan membalas dengan mengucapkan ‘You are welcome’ atau 'No problem'. Tetapi, ketika ini dia tidak membalas apa-apa. Matanya mencerun. Pandangan ditala tajam pada cawan kopi milik Elaine.

Lebih tepat lagi, pada namanya yang tertulis atas cawan Starbuck. Siap ada ‘Smiley’ lagi.

Patutlah awek tadi boleh tahu namanya.

Ceh! Peminat misteri konon. Secret Admirer konon! Puik!

Sham berlalu terus ke meja kerjanya sambil mengingatkan diri sendiri untuk tidak bercerita dengan Kak Timah tentang bagaimana awek itu tahu namanya.

Mahu seminggu Kak Timah ketawakan dia…

~The End : Part I~
Last edited by Nicki_Meow on 25-6-2014 09:19 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 09:15 AM | Show all posts
Fatimah Rohani aka Kk Timah..xde nilai komersial ler nama Timah..



ehhhhhhhhhh..dh tamat ke???


lom panas enjin lagi dh abiss
Last edited by awanjingga on 25-6-2014 09:16 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-6-2014 09:17 AM | Show all posts
awanjingga posted on 25-6-2014 09:15 AM
Fatimah Rohani aka Kk Timah..xde nilai komersial ler nama Timah..

Sumber inspirasi: Emma Maembong...

Tak apa. Kak Timah bukanlah watak penting hingga perlu diberi perhatian berlebihan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 09:22 AM | Show all posts
awanjingga posted on 25-6-2014 09:15 AM
Fatimah Rohani aka Kk Timah..xde nilai komersial ler nama Timah..

Err... plan sebenarnya nak buat cerpen bersiri gitu dalam satu benang sebab cerita sume kontot-kontot. Tapi ada kesinambungan antara satu sama lain. Lagipun, malas pulak rasanya nak bukak benang bebanyak....

Part II coming... (bila idea coming.... )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 09:28 AM | Show all posts
Kak Timah.... nama rakan sekerja hubby tp berlainan negeri. Bila ada masalah asyiklah call encik suami ku. Lepas tu rabung ler bercerita dlm gaya bahasa perak pekat.

Baru pencen thn ni.... Tak ade ler teman dengor nama kak timah disebut2 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 09:30 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 25-6-2014 09:22 AM
Err... plan sebenarnya nak buat cerpen bersiri gitu dalam satu benang sebab cerita sume kontot-kon ...

oooo..faham..satu bab satu kisah..

okeyyy..cepat smbung....

tepek muka sham skit..mcm hemsem je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 09:41 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 25-6-2014 09:28 AM
Kak Timah.... nama rakan sekerja hubby tp berlainan negeri. Bila ada masalah asyiklah call encik sua ...

Dia minat laki hang kot? Fefeeling nak jadi binik nombor dua....
Gurau jersss....


@awanjingga    Sham hensem? Err..yg ini boleh?



Sejak Conan letak gambo mamat ni kat benang sinun... iols ala2 gila bayang... ahahahahhahahampeh.....




Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 09:42 AM | Show all posts
@Nicki_Meow... cerita baru lg... sukanya... sambung lg ya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 09:47 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 25-6-2014 09:41 AM
Dia minat laki hang kot? Fefeeling nak jadi binik nombor dua....
Gurau jersss....

...

Lakinya pulak nak dicampakkan ke mana?
idak ler teman jeles sbb udah bercucu pun kak timah....

Kalau adik timah embong, harus berapi tp Perempuan lindungan kaabah sound direct kat en somi bukan kat ig...
atau pun buat operasi dlm senyap.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 09:53 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 25-6-2014 09:41 AM
Dia minat laki hang kot? Fefeeling nak jadi binik nombor dua....
Gurau jersss....

...

sila ingt kat somi sndirik ye puan nicki....

ni dak fadlan tu ke..

hemsem but not my taste....
yg mamat ereb main bola tu baru la my taste..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:23 AM | Show all posts
nanti sambung ya Nicki... nak sambung kerja dulu... chow...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 01:12 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 25-6-2014 09:22 AM
Err... plan sebenarnya nak buat cerpen bersiri gitu dalam satu benang sebab cerita sume kontot-kon ...

suka idea neh... citer bersiri.. tapi kisah satu watak pada hari lain2..
kalo citer ko ni buat dlm bentuk komik mesti lawak gilers kan...
dlm komik kan ekpresi watak kadang2 ntah apa2 jek.. nama pon komik kan..
pernah jugak baca cerpen tapi rasa mcm baca komik yg diterjemahkan dgn baik dlm bentuk cerpen..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 02:48 PM | Show all posts


nasib cepat dpt tau yer sham...

kalo tidak sampai ke malam dok mikir cemana awek tu tau nama....

silap2 stress sampai takleh tido bagai.....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 04:11 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 25-6-2014 09:47 AM
Lakinya pulak nak dicampakkan ke mana?
idak ler teman jeles sbb udah bercucu pun kak timah.... ...

ehh...walau udah bercucu, jangan sangka tak laku. Nek Wok pun mampu berlaki muda uolsss.....

Harap takde kes suami Puan Bendi dibaling pinggan mangkuk....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 04:14 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 25-6-2014 10:23 AM
nanti sambung ya Nicki... nak sambung kerja dulu... chow...

InsyaAllah...bila idea datang. Thanks for reading Zam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 04:16 PM | Show all posts
awanjingga posted on 25-6-2014 09:53 AM
sila ingt kat somi sndirik ye puan nicki....

ni dak fadlan tu ke..

Eheh. Taste kat mamat ereb penjaga gol tu gak ke? Ingatkan taste uols ala2 Kpop jers...  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.088217 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list