CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Cerpen Bersiri: MENCARI KONKLUSI ~ Part 8, Page 6

[Copy link]
Post time 5-9-2014 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-8-2014 11:55 AM
Selepas sejam mereka berbual, Yasmin meminta diri. Tak tahu apa lagi yang hendak dibualkan dengan Sh ...

agak da.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2014 04:46 PM | Show all posts
MENCARI KONKLUSI: Merajuk pada yang sayang? Errr…entah.

LOKASI: UKAY PERDANA (Rumah Sewa Budak Bujang)


Sham hanya tersengih memandang kelakuan Zaki yang tak keruan. Sekejap-sekejap dia mencangkung. Sebelum tu hampir-hampir juga Zaki mahu masuk ke dalam akuarium. Telefon bimbit bagai terlekat di telinga kanan. Muka Zaki, tak usah cakaplah. Keruh, masam, kelat dan macam nak menangis  pun ada.

“Tak. Itu bukan saya yang hantar.”

“Tak tipuuuuuuu.”

“Gurau ajelah. Awak faham tak maksud gurau?”

Zaki berkata sambil mengetap-ngetap bibir. Sham masih sengih. Walaupun matanya ke arah TV, telinganya masih dapat menangkap perbualan sebelah pihak dengan si dia yang bernama Sherry.

Tidak lama kemudian, Zaki memutuskan talian. Sham menjeling sedikit. Zaki terduduk di sofa sambil menark nafas panjang.

“Hampeh! Kau punya pasallah ni!” Tutur Zaki, nada suaranya sedikit meninggi.

Sham ketawa terbahak-bahak.

*****
Last edited by Nicki_Meow on 30-9-2014 04:52 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2014 04:50 PM | Show all posts
Setengah jam sebelum itu…

Sham yang baru keluar dari pintu dapur menjadi hairan dengan tingkah laku Zaki. Nak kata mengeja, bukan. Nak kata membaca, bukan. Mengaji Quran, memang jauh panggang dari api.

Zaki sedang membelek telefon bimbitnya sambil mulut terkumat-kamit. Sesekali terkeluar bunyi yang Sham tak faham akan biji butirnya.

“Ttttiiii…”

“Waaaaa…”

“Trrrrr….”

“……..”

“Oi, mati aku macam ni.”

Kasihankan Zaki yang membaca seumpama kanak-kanak baru mengenal ABC, Sham merasakan dia perlu masuk campur.

“Ki..” Tegur Sham. Zaki mengangkat muka dengan kening yang berkerut.

“Kau dah kenapa?” Soal Sham.

“Aku tak fahamlah dengan Sherry ni.” Jawab Zaki.

“Kenapa?” Sham mengulang soalan yang sama.

“Hhhmmm…” Zaki mengeluh.

“Macam berat aje masalah kau. Dah berapa lama kau kenal Sherry ni?” Sham tunjuk prihatin.

“Dah dua bulan. Ala..budak trainee kat tempat aku.”

“Oh.” Sham angguk-angguk. Dia lalu duduk di sebelah Sham.

“Apa masalahnya?” Sham bertanya lagi.

Dengan satu dengusan, Zaki menghulur telefon bimbitnya pada Sham. “Aku tak faham apa dia tulis sebenarnya.”

Dengan gaya macho, Sham menyambutnya. Skrin telefon Samsung 4S itu direnung.

“Cun gak.” Ujar Sham, menilai dari gambar profail di Whatsapp. Sekali pandang, serupa dengan Anzalna Nasir. Dua kali pandang…Hhhmm. Tak payah nilailah.

“Apadaaa! Camni pun kau tak faham ke?" Kata Sham setelah membaca ayat Sherry. Zaki dipandang sambil menggeleng. Zaki buat muka moyok.

"Aku tolong reply ek?” Sham bersuara penuh keyakinan, mahu membantu.

"Betul?"

Sham angguk.

“Okay. Tapi, kau jangan lebih-lebih lak. Aku baru nak try masuk line.” Zaki memberi amaran. Hati sudah berkenan, pasti pecah berderai jika gadis pujaan dirampas teman baik sendiri.

“Jangan risaulah. Dia bukan tahu aku yang reply.” Balas Sham, dengan senyuman buaya tembaga. Pantas jarinya menaip di skrin.  Zaki mengangguk, pasrah.

“Nama betul, sapa?” Soal Sham lagi ketika menaip.

“Sharifah Sheryna Elfazura Balqis.”

“Humangaihhh. Terbelit nak sebut.”

Zaki sengih saja.

“Dah.” Sham hulur kembali telefon bimbit pada Zaki.

(Sherry)
Cuke2 jer awaqs niey kate titew combonks. Titew taqs combonks ler awwaqs. Mommie titew tueeee ler, taq kasiq quar ame-ame dgn awwaqs. Agiey atue, mommie titew, taq kasik quar nite-nite. Tapiey, alau tite quar ngan awwaqs, awwaqs lanje ler titew mamam nasik ayms. Itue feveret titew tawww..

(Zaki)
Natey bewok!

----------------------

The End ~ Part V

Last edited by Nicki_Meow on 30-9-2014 04:53 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-9-2014 04:50 PM
Setengah jam sebelum itu…

Sham yang baru keluar dari pintu dapur menjadi hairan dengan tingkah l ...

Bewok mu sham Last edited by cmf_conan on 30-9-2014 08:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:57 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-9-2014 04:50 PM
Setengah jam sebelum itu…

Sham yang baru keluar dari pintu dapur menjadi hairan dengan tingkah l ...

shell sham! Sharifah lak tulis mcm budok terncat akai!
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 08:18 AM | Show all posts

(Zaki)
Natey berok matyeh mu..






adeh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2014 10:39 AM | Show all posts
hahaha.. meme natey bewok betul sherry
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 11:10 AM | Show all posts
alamak! baru perasan yg panjang2 tu sherry tulih.. ingatkan sham yg tulih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 07:59 AM | Show all posts
bila nak hapdet?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Samsung 4s? S4 i tau la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2014 12:21 PM | Show all posts
mawibotak posted on 30-11-2014 05:51 PM
Samsung 4s? S4 i tau la

Hahahaha..... typo...typo...

Thanks for reading.



Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-12-2014 04:21 AM
Hahahaha..... typo...typo...

Thanks for reading.

agak dah dn tk perasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 01:46 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 27-1-2015 08:34 AM

MENCARI KONKLUSI: KAU RASA KAU KELAKAR?
LOKASI: Ukay Perdana (Rumah sewa budak bujang)


Sham pandang Lan, tajam. Posisi mencangkung masih kekal sejak lima minit tadi. Tangannya masih lagi memegang majalah Ujang. Bukan untuk dibaca, tetapi untuk dibuat mengipas Zaki yang masih tidak sedarkan diri. Meruap-ruap rasa dalam hati. Jika ikutkan hati, mahu saja diluku-luku kepala Lan. Tak cukup luku, akan ditepuk-tepuk kepala Lan itu agar sel-sel otaknya lebih berhubung.

“Apalah kau ni, Lan.” Suara Sham mendatar. Sedang cuba menahan geram rasa.

“Aku gurau aje, Sham.” Lan mempertahankan diri.

“Kau rasa kau kelakar?”

“Jangan marah, Sham.”

“Nak gurau pun, agak-agaklah!” Suara Sham meninggi sedikit. Lan tersengih, terkulat-kulat.

“Aku tak sangka pulak, dia nak pengsan.”

Sham geleng kepala. Hendak di marah lebih-lebih, sudah besar panjang.

“Sekarang ni, apa kita nak buat?” Sham pandang Zaki yang terbaring di atas lantai.

“Kejap lagi dia okaylah tu…kot?” Lan turut memandang Zaki.

“Kalau tak okay?”

“Kita bawak pergi klinik ke? Hospital ke?”

“Nampak gaya, bukan kena bawak pergi klinik ni. Ini kena bawak jumpa Ustaz. Betul-betul macam kesurupun aku tengok.”

Lan pandang Zaki lagi. Rasa bersalah menguasai hati. Sesekali, dia menyapu wajahnya dengan tapak tangan. Menghilangkan kesan-kesan putih pada muka.

“Iyalah. Aku sorrylah. Kot kalau dia tak sedar-sedar gak, aku pergilah rumah Ustaz Amin tu nanti.” Lan bersuara lagi. Lily dipeluk dan kepala Lily diusap-usap.

Mereka terdiam kemudiannya.  

Sham pandang Lan. Lan pandang Sham. Kemudian, mereka pandang Zaki yang masih pengsan. Sham pandang Lan lagi.

“Tapikan…” Sham berkata. Lan angkat kening.

“Kelakar giler dowh!”

Gelak terbahak-bahak memenuhi ruang tamu.

Posisi mencangkung Sham sudah berubah. Dia terduduk sambil menepuk perut. Lan juga sama. Mereka bergelak ketawa dalam masa yang lama.

Tiada sesiapa yang menyedari yang Zaki sudah pun terkuit-kuit mula terjaga.

***
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 01:50 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 2-2-2015 05:04 PM

Setengah jam sebelum itu…

“Huaarrghhhh….hahahahahahahahhaha.” Zaki gelak terbahak-bahak. Terasa benar-benar lucu. Wajah Abam yang lebih mirip Kung Fu Panda dari Pontianak itu mencuit hati. Jeritan Acey yang selalunya membingitkan telinga itu kedengaran seperti alunan merdu kali ini. Wajah Fad yang selamba-selamba takut itu mampu membuatkan dia terhibur.

“Makan bangkai agaknya.” Abam Bocey berkata.

Zaki terbahak lagi. Sudah beberapa kali dia mengulangi menonton video itu di You Tube. Walau berbelas kali dia tonton, rasanya masih sama. Tetap lawak, tetap lucu, tetap mampu membuatkan dia ketawa berdekah-dekah.

“Bengong mu…” Zaki terkekeh-kekeh untuk ke sekian kali. Yang sebenarnya, dia sengaja menonton video itu untuk menghiburkan hati. Hari ini, seluruh kawasan apartmen tempat tinggalnya tiada eletrik ketika ini. Menurut Pakcik Hamid jiran sebelah yang punyai anak gadis yang boleh tahan lawa itu, hari ini ada kerja-kerja penyelengaraan. Jadi bekalan eletrik akan diputuskan pada siang hari. Siapa tahu, dari siang membawa ke malam.

Apatah lagi, dia berseorangan di rumah. Lan dan Sham tiada. Mungkin terus ke kedai makan setelah pulang dari surau tadi. Nak tonton TV pun tak boleh. Hendak tidur, mata masih belum ngantuk. Jadi, bertemankan komputer riba yang bakal kehilangan kuasa bateri kurang sejam lagi, dia menghiburkan hati sendiri.

“Hahahahahahhahaha.” Gema suaranya memenuhi ruang tamu rumah lagi. Meja kopi di tepuk-tepuk.

“Gila wei…hahahahaha.”

“Kelakar sangat ke, bang?” Terdengar satu suara lembut menegur.

“Kelakar gila!” Zaki menjawab. Sisa-sisa ketawa masih terkeluar dari mulutnya. Mata masih memandang ke skrin.

“Apa yang kelakar sangat tu?”

“Ni ha. Maharajalawak Mega.” Jawab Zaki.

“Oooo….mesti kelakar habis ni.”

“Memang kelakar.” Tersengih-sengih Zaki menjawab.

Senyap seketika.

Zaki masih memaku mata di skrin. Terasa meremang bulu tengkoknya. Setahu dia, Sham dan Lan belum pulang. Jadi, sepatutnya dia berseorangan ketika ini, bukan?

Sepatutnyalah kan.

Jadi, siapa yang bersuara tadi?

“Kenapa senyap pulak bang? Dah tak kelakar dah?”

Zaki terasa mulutnya kering. Darah menyerbu naik ke kepala. Sejuk terasa dari hujung kaki membawa ke badan. Nafas menjadi tidak teratur.

“Ehh…tadi gelak-gelak. Sekarang diam pulak. Gelaklah lagi bang….” Lembut suara menusuk telinga. Tapi itu tak mampu membuatkan Zaki tenang.

Zaki menguatkan semangat menoleh ke kiri. Yang terpacul di hadapan mata benar-benar membuatkan dia tak mampu bernafas lagi. Wajah pucat putih itu terlalu menyeramkan.

“Barulah puteeehhhhh….”

Zaki rebah ke lantai.

~The End - Part 6~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 02:08 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 26-1-2015 01:50 PM
Setengah jam sebelum itu…

“Huaarrghhhh….hahahahahahahahhaha.” Zaki gelak terbahak-bahak. Tera ...




adeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 05:15 PM | Show all posts
Hahah...barulah puteh...

satu lagi...

Sham pandang Lan, tajam. Posisi mencangkung masih kekal sejak lima minit tadi. Tangannya masih lagi memegang majalah Ujang. Bukan untuk dibaca, tetapi untuk dibuat mengipas Zaki yang masih tidak sedarkan diri. Meruap-ruap rasa dalam hati. Jika ikutkan hati, mahu saja diluku-luku kepala Lan. Tak cukup luku, akan ditepuk-tepuk kelapa Lan itu agar sel-sel otaknya lebih berhubung.



MLM jugak ko ya....kepala ka kelapa???


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 06:26 PM | Show all posts
Ipo replied at 26-1-2015 05:15 PM
Hahah...barulah puteh...

satu lagi...

ku puteh gak jadik bahan

lagi satu ipo:

“Nampak gaya, bukan kena bawak pergi klinik ni.
Ini kena bawak jumpa Ustaz. Betul-betul macam keserupun aku tengok.”

selama ni elok je eja kesurupan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 07:26 PM | Show all posts
ayat  terakhir tu mmng lawok sis!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 08:39 AM | Show all posts


Typo Error adalah sejenis penyakit berjangkit. Virus ini semakin menular di kalangan Forumer Cari terutama kepada penulis di Bod Bakat dan Ruangan Penulis.

Beberapa orang penghidap tegar penyakit ini telah dikenal pasti.

Ubat dan Antibiotik penyakit Typo Error masih dalam peringkat ujian.



@NaylaArisha @cmf_conan Nak tacang, boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 10:50 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 27-1-2015 08:39 AM
Typo Error adalah sejenis penyakit berjangkit. Virus ini semakin menular di kalan ...

penyakit lupa bagi tacang kira penyakit berjangkit tak @NaylaArisha ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.071974 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list