CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31450|Reply: 277

Luahan seorang bapa: 'Jantung Ibarat Terhenti, Hilang Akal!' – Amy Search

[Copy link]
Post time 3-7-2014 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Jantung Ibarat Terhenti, Hilang Akal! – Amy Search. Ini Luahan Hati Seorang Bapa.

Hati bapa mana yang tak tersentuh jika perihal anaknya seringkali menjadi isu. Begitu juga dengan Amy Search, meskipun berimej rock, perasaan seorang bapa itu masih tersemat kemas di dalam sanubarinya.
Mungkin dek kerana terlalu lama memendam perasaannya, Amy baru-baru ini dilihat telah mengeluarkan kata-kata kesat di laman Instagram anaknya, Nabila Huda.

“Pasal isu masuk Kristian dah buat jantung saya ibarat terhenti. Bila cakap pasal boyfriend pula, saya terus jadi hilang akal”. Itu adalah antara luahan hati Amy apabila ditemubual semalam mengenai kontroversi Nabila Huda.
Amukan Amy Search di laman Instagram Nabila Huda


“Saya agak fep up juga kenapa saya yang perlu jawab. Saya harap wartawan jangan tanya saya lagi pasal isu dia. Saya tak nak bila ada sahaja isu, wartawan datang cari saya.

Lepas ni tiada lagi sebarang kenyataan daripada saya. Bukan saya tak peduli, cuma saya tak nak orang tanya saya. Dia dah besar untuk jawab apa saja soalan orang tanya pada dia, apa yang dia buat.

Saya memang marah sebab soal agama memang sensitif. Memang saya yang buat komen dan status tu. Saya ambil tanggungjawab atas apa yang saya cakapkan. Sama ada public suka atau tak, terpulang. Bagi saya simple, jangan buat perkara yang boleh mendatangkan isu.”

Bagaimanapun, Amy memberitahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah jika Nabila mahu bertemu dan duduk berbincang dengannya mengenai isu ini kelak.


Nama Nourish pula turut terjebak sama dalam konflik Amy-Nabila
Berkesempatan menemui isterinya, Nourish, kami pun terus bertanyakan adakah betul dakwaan sesetengah pihak mengatakan bahawa dia yang sebenarnya menulis komen dan status tersebut.
“Masa itu saya tiada dengan dia. Bila saya balik rumah hari Jumaat, saya terkejut tengok Abang Amy ada. Mata dia merah sangat.

Dia beritahu ada wartawan cakap Nabila diajak masuk Kristian dan dia pun sudah lihat gambar-gambar di Instagram.

Saya beri nasihat jangan komen apa-apa. Sekali rupanya dia dah komen di Instagram. Tapi, memang bukan saya yang buat.”

Nourish yang kelihatan semakin sebak apabila ditemubual turut memberitahu bahawa dia sedar akan perubahan ketara Amy apabila diajukan perihal Nabila, katanya lagi;

“Sebagai isteri yang duduk di rumah saya dapat tengok perubahan dia. Bila orang cakap pasal anak dia, dia banyak diam tapi sejak akhir-akhir ni dia banyak luahkan pada saya.
Saya nasihat dia dan cakap budak tu dah besar, bukan zaman dulu yang dia boleh diarah-arah. Sebagai ibu bapa kita kena banyak berdoa.”

Bagi kami, soal perbalahan ini hanya boleh diselesaikan jika mereka bertemu muka, sembang daripada hati ke hati.


Last edited by maxim on 3-7-2014 08:49 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Abil,sila balik rumah papa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 08:54 AM | Show all posts
anak dah besar panjang sebegitu
memang payah lah nak di tegur
unless lah kalo dari dulu ditegur dan diajar
bila dah dewasa sebegitu - ditegur sekali tak akan merampus merajuk bagai
dan boleh juga mendengar kata

tu sebab sedari kecik kena didik dengan betul
jangan di biar lepas laku

sabar aje lah amy.... doa kepada Allah
semoga terbuka hati abil tu untuk berubah

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 08:54 AM | Show all posts
abil ni mengada2
dah jd mak orang pun fefeling mcm baru nak tumbuh bulu
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 08:55 AM | Show all posts
aku hanya mampu berdoa semoga nabila diberikan hidayah oleh Allah SWT sblm terlambat..Amin..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 08:56 AM | Show all posts
iols teringat cerita 'the journey'...seorang ayah, kalo dia tahu ada seorang lelaki yang baik, hormat orang tua, boleh jaga anak perempuan dia sebaik yang mungkin, ayah akan tidur lena sepanjang malam.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2014 08:56 AM | Show all posts
semoga abil diberikan hidayah-Nya secepat mungkin. kalau dah x kesian kat bapak, kesian lah kat anak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 08:58 AM | Show all posts
InsyaAllah doa ibu bapa tu moga2 abil dpt hidayah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 09:03 AM | Show all posts
sedih aku baca..

hati seorang bapak kan..
balik2 dia je yang kene kalau abil buat hal..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:05 AM | Show all posts
semoga Abil kan menemui hidayah abadi...
xrugi berhijrah Abil...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:09 AM | Show all posts
bila bercerai dosa saper yg tanggung?? bapak die ke atau die sendiri??
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:10 AM | Show all posts
asyik nak salahkan amy tak didik, bukan dia tak anta anak dia gi sekolah. bukan tak belajar subjek agama islam. duduk pun kat malaysia, sepanjang masa nampak masjid, dengar azan.

abil ni makin tua makin berangan mcm muda remaja, padahal dah jd mak org.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:13 AM | Show all posts
kalau amy baca caption insta dia yg baru..apa lak kata amy kan...

errr..rasanya kalau dah cerai...tanggung jwb jaga anak perempuan jatuh kepada ayah balik kan....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian amy.

Nabila ni, in order nak berubah dia kena lari dari dia punya circle of friends sbb bg i kwn2 dia sgt x membantu dia. Hanya membantu untuk keseronokkan duniawi je.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:19 AM | Show all posts
abil bukannya tak de otak nak fikir mana yg baik mana yg buruk..
tak boleh nak salahkan amy 100%...
abil tu dah besar panjang..dah ada anak dah ponn..tapi kalau perangai dia nak menjalang
je sepanjang masa..mampooo ke amy nak halang????
so semua ni berbalik pada abil...
dia tak kesian kt diri sendiri ke???sampai bila abil buat taik, amy lak nak kena jawab bagi pihak!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:19 AM | Show all posts
anumqis posted on 3-7-2014 09:10 AM
asyik nak salahkan amy tak didik, bukan dia tak anta anak dia gi sekolah. bukan tak belajar subjek a ...

Kesian Amykan.
Bukan dia yang bela Abil. Nenek sebelah mak dia.
Bila dah remaja umo 14, pindha duduk dengan kelaurga Man Kidal.
Orang cuma tahu si Abil anak Amy, bila Amy tayang dia
kat satu majlis anugerah, si Abil pakai baju itam jarang. Masa tu Abil
dah umo dalam 17 tahun. Ramai orang tegor baju Abil,
tapi Amy kata biasalah, bukan telanjang pun.
Sekarang, apa hal nak salahkan Amy  bila Abil buat hal......????
Salah si Abil sendirilah sebab tak pandai jaga diri......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 09:19 AM | Show all posts
Semuga Abil mendapat kesedaran di bulan yg penuh barokah ini.
Betul kata Nourish, sekarang Amy kena banyak doa je
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:20 AM | Show all posts
mudah2an dua beranak ni cepat2 berdamai...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:21 AM | Show all posts
alahai kesian....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:22 AM | Show all posts
nak tak nak…amy mesti terasa dan menyalahkan diri dia knp abil jadi mcm tu tapi he tried his best kot…
rasanya dah lama dorg ni tak bertegur sapa…raya last year yg amy buat status cam tgu abil x balik2 pun jmpa dia ms raya…dah x baik dah time tu.tu xtau la apa punca...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.082581 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list