CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3572|Reply: 10

Kawasaki ZRX 1200 nostalgia

[Copy link]
Post time 3-7-2014 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Getaran nostalgia Kawasaki ZRX 1200

SEKALI pandang, rupa motosikal Kawasaki ZRX 1200 seakan-akan motosikal retro yang popular pada zaman 70-an.

Boleh dikatakan kesemua pengeluar Jepun mempunyai sekurang-kurangnya sebuah motosikal naked dalam rangkaian produk mereka.

Begitu juga dengan beberapa pengeluar motosikal Eropah yang turut menawarkan varian tersebut. Akan tetapi, pengeluar Eropah tidak berani untuk menggayakan produk mereka sepertimana Kawasaki ZXR1200.

Rekaan ZRX 1200 menawan dan agak meyakinkan. Barangkali, konsep rekaan ZRX cuba mengekalkan era kegemilangan Eddie Lawson dalam konteks yang lebih moden.





Pada asasnya, varian ZRX 1200 diperkenalkan bagi menyambut ulang tahun kemenangan Eddie Lawson dalam kejohanan superbike AMA pada tahun 1981 dengan jentera KZ1000R1.

Selepas beberapa generasi sejak 2001, Kawasaki ZRX telah menerima penambahbaikan dari segi prestasi enjin, sistem brek dan casis.

Pada zahirnya, ia tampak tua, tetapi model ini dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api dan beberapa peningkatan prestasi injap, sistem ekzos terkini di samping transmisi enam kelajuan berbanding lima kelajuan yang digunakan pada model terdahulu.

Meneliti setiap inci rekaan motosikal gaya retro ini, ZRX menerima kemasan krom pada bahagian radiator. Kelompok instrumen meter yang menggabungkan takometer analog, odometer digital dan beberapa informasi asas mudah untuk dibaca.

Kedudukan tempat duduk selesa di atas pelana tebal lebih menegak dengan capaian hendal yang selesa walaupun tangki bahan api agak panjang.  Pertama kali menunggang ZRX1200, pada awalnya saya merasakan ia agak berat untuk dikendalikan.

Memasukkan gear pertama dan perlahan-lahan melepaskan tuil klac, saya dapat merasakan kuasa enjin 109 kuasa kuda mula diagih dengan sempurna. Setelah ia bergerak, saiz fizikal dan berat badan tidak lagi terbeban.

Jentera berat ini menawarkan sensasi tunggangan yang hebat yang disokong unit enjin 1200 cc empat silinder sejukan cecair. Enjin tersebut dilengkapi profil cam-shaft baharu bagi membolehkan capaian rpm yang tinggi dan lancar pada julat kitaran enjin rendah.

Dengan pengagihan tork yang besar, ia mula menarik kuat bermula pada 3500 rpm. Saya cukup selesa memecut dalam kelajuan di antara 100 kilometer sejam (km/j) hingga 140 km/j.  Apa yang pasti, motosikal ini mempunyai sekatan kuasa bagi mengawal kadar emisi dan penggunaan bahan api.

Selain daripada faktor rekaan, saya cuba mencari kelebihan lain yang dimiliki ZRX 1200. Selepas berhenti seketika di stesen minyak untuk mengisi RON97 sepertimana yang disyorkan, saya menguji kemampuan motosikal ini di jalan raya berliku, jalan-jalan bandar dan di luar bandar.

Selepas mengharungi perjalanan hampir 350km, saya dapati jentera ini benar-benar universal dan serba boleh. Ia sebuah motosikal yang selesa dan cekap, sesuai untuk digunakan sebagai tunggangan harian, tunggangan santai hujung minggu dan mampu melakukan perjalanan jarak jauh.

Prestasi ketika di selekoh juga memuaskan dengan tahap redaman sistem penggantungan tradisional di samping lengan ayun di bahagian belakang. Fork hadapan jenis teleskopik juga memainkan peranan dengan baik dalam pelbagai permukaan jalan raya.

Sedikit kekurangan, prestasi brek tidak terlalu meyakinkan kerana gigitan awal yang diperlukan kurang memberangsangkan.

Secara keseluruhan, ZRX 1200 mempunyai kelebihan dari segi reka bentuk dan tahap prestasi enjin yang mengagumkan. Jentera ini memiliki mempunyai gaya unik dan mampu disesuaikan kepada penunggang generasi lama dan baharu.


Spesifikasi Kawasaki ZRX1200R

  • Enjin: 1164cc 4-silinder sejukan cecair
  • Kuasa maksimum: 109hp @ 8500rpm
  • Tork maksimum: 107 Nm @ 6000rpm
  • Transmisi: 6-kelajuan
  • Kapasiti bahan api: 19 liter
  • Berat: 224kg (berat kering)
  • Harga: RM64,900 (harga asas)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2014 09:46 AM | Show all posts
motor santai yg power nihhh...

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 10:11 AM | Show all posts
brapa boleh pegi ni? dengor kabor x setanding cc nye..betoi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 08:41 PM | Show all posts
Sagoo posted on 16-7-2014 10:11 AM
brapa boleh pegi ni? dengor kabor x setanding cc nye..betoi ke?

laju lagi motor bangyop, sila lupakan motor ni hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 08:56 AM | Show all posts
dune1989 posted on 16-7-2014 08:41 PM
laju lagi motor bangyop, sila lupakan motor ni hehe

mane adeeee
motor ni nampak gagah perkaseeeee....
teringin nk membelainyeee
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 11:03 AM | Show all posts
Sagoo posted on 17-7-2014 08:56 AM
mane adeeee
motor ni nampak gagah perkaseeeee....
teringin nk membelainyeee

hahaha.. z800 tu lg best..

kalau bawak awek gebus..

montot tu nmpk lg ermmm haha...

larikkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2014 12:11 PM | Show all posts
dune1989 posted on 17-7-2014 11:03 AM
hahaha.. z800 tu lg best..

kalau bawak awek gebus..

xde awek gebusssss
lone ranger jewwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 02:23 PM | Show all posts
Sagoo posted on 17-7-2014 12:11 PM
xde awek gebusssss
lone ranger jewwwwww

bangyop mana gambar motor? tepek ler sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2014 02:27 PM | Show all posts
dune1989 posted on 17-7-2014 02:23 PM
bangyop mana gambar motor? tepek ler sini

malu le dune, motor same je mcm org lain.. no plate je lain
lgpon motor bukan mahal mana nk tunjuk2 kt org..malu aih
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 02:31 PM | Show all posts
Sagoo posted on 17-7-2014 02:27 PM
malu le dune, motor same je mcm org lain.. no plate je lain
lgpon motor bukan mahal mana nk  ...

yop, motor mike tu dh sama harga dgn keta teman..

amenda tak mahal nye.. langgor dengan pijot 208 kang haha

apak teman baru dp fz baru.. katanya kena tunggu 2 - 3 minggu juga.. uhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 02:36 PM | Show all posts
dune1989 posted on 17-7-2014 02:31 PM
yop, motor mike tu dh sama harga dgn keta teman..

amenda tak mahal nye.. langgor dengan pijot 2 ...


atee mahal le..kwn2 teman ade yg pakai zthou, bm1000RR le, cbr600 le, gsxr le

kite ni kawa je..murahan punye motoran....huuuuuu

jgn le yop..jgn le langgor..kang teman hentak dgn steering lock kang haaaa

wow!! apak mike pakai fz baru?? mengancam wooo...dr blakang mcm kawa 250 baru tu je...skali tgk fz....hehehe
nape x suh amik kawa250 SL tu yop hehehe baru mude sket
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.075364 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list