CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

[Contest] Cerpen: Aku, Ramadhan dan Syawal (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 7-7-2014 06:00 AM | Show all posts
cindelira posted on 7-7-2014 12:01 AM
Sedih...akak yg jual cek mek molek mc gamaknya....

Tp dok usha2 gak kot2 jumpa hat serupa Syafi ...

hehehe...kalau ada hat serupa kuih yg Shafiq buat, nak gak ipo beli..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2014 06:13 AM | Show all posts
Ipo... kalau ada cerita untuk join contest satukan dalam satu benang saja k.. senang nay nak monitor nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 06:17 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 7-7-2014 06:13 AM
Ipo... kalau ada cerita untuk join contest satukan dalam satu benang saja k.. senang nay nak monitor ...

oh ya ke nay?..

sorry la..ingatkan tajuk lain2..kena buka thread lain..

so, dah tak boleh buat apa ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 06:19 AM | Show all posts
Ipo posted on 7-7-2014 06:17 AM
oh ya ke nay?..

sorry la..ingatkan tajuk lain2..kena buka thread lain..

sambung ajer lah hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 08:14 AM | Show all posts
Ipo... you are the best... cerita yg mcm ni buatkan saya tergelak sorang2 kt office pagi2 buta ni... 2 thumps up for u...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 09:53 AM | Show all posts
Errr... kuih Si Munafik Talam tu halal tak?


Btw, tak ada kuih Jebat Lompat Tuah Tikam ke @Ipo ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-7-2014 11:09 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 7-7-2014 08:14 AM
Ipo... you are the best... cerita yg mcm ni buatkan saya tergelak sorang2 kt office pagi2 buta ni... ...

jangan lupa cari kuih tu kat bazar ramadhan...kalau jumpa ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 11:10 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 7-7-2014 09:53 AM
Errr... kuih Si Munafik Talam tu halal tak?

haha..halalan thoiyyiba, jangan bimbang..

ini kuih moden..terpaksa masuk geng kaki gangster..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2014 11:15 AM | Show all posts
MALAM TERAWIH



MALAM itu selepas habis berbuka dengan Kak Yati, Emi segera mengemas barang-barang yang digunakan untuk berniaga di bazar ramadhan petang tadi. Dia jeling Kak Yati yang juga sibuk menolongnya membersihkan bekas kuih yang digunakan tadi. Lincah kak Yati membuat kerja rumah.

“Emi, pergilah solat dulu. Biar akak yang kemas. Dah lambat ni.” Kak Yati senyum.

Emi pandang jam di dinding dapur. Sudah hampir lapan malam. Dia segera ke bilik air membersihkan diri. Selesai solat maghrib, Emi kembali semula ke dapur membantu Kak Yati yang masih sibuk membasuh pinggan mangkuk.

“Err..kak dah boleh solat tak?” Emi pandang Kak Yati yang leka membasuh pinggan.

“Kenapa?”

“Malam ni..Emi ingat nak terawih kat masjid tapi tak ada kawan la..” Emi jeling jam lagi. Sudah hampir lapan setengah malam.

“Macam ni..akak temankan Emi ke masjid. Lepas terawih nanti Emi baliklah ikut makcik yang tinggal dekat rumah kita ni.” Kak Yati senyum lagi. Kesian melihat Emi tiada teman untuk ke masjid pada malam itu. Terkebil-kebil Emi di situ.

Emi angguk tanda setuju. Walaupun jarak masjid dari rumahnya hanya 200 meter saja dan tidak jauh dari masjid itu pula, adalah tapak bazar ramadhan namun dia tidak berani berjalan seorang diri pada waktu malam begitu. Tambah lagi bila memikirkan bermacam-macam kejadian yang tidak diingini berlaku sekarang ini.Dia tahu makcik Nab yang dimaksudkan oleh Kak Yati tadi. Makcik Nab tinggal di sebelah rumah Shafiq dan selalu berjemaah di masjid. Hatinya mula lega bila Kak Yati sudi menemaninya ke masjid.

“Terima kasih kak. Nanti saya belanja akak ais krim abang yang jual depan masjid tu ek!” Emi cium pipi Kak Yati yang sudah dianggap seperti kakak sendiri.

Last edited by Ipo on 7-7-2014 11:17 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 11:21 AM | Show all posts
EMI sudah siap bertelekung. Dia membawa sekali sejadah dan lampu suluh kecil yang dimasukkan ke dalam poket seluar sukan yang dipakainya.  Dia duduk dibangku di ruang laman sementara menunggu Kak Yati bersiap. Sempat juga dia jeling jiran sebelah kiri.

“Dah ke masjid agaknya..gelap je..” Emi jenguk ke laman sebelah. Lampu di ruang tamu gelapsementara lampu di depan laman terang benderang.

“Jom!”

Emi terkejut,tiba-tiba Kak Yati sentuh bahunya.

“Akak ni!Terkejut saya tau!” Emi mengurut dada.

“Tu la!Terjenguk-jenguk rumah bujang tu kenapa? Rindu kat Shafiq ke?” Kak Yati sengih.

Emi muncung bila diusik begitu. Dia segera berjalan beriringan dengan Kak Yati ke masjid. Terpaksa melalui depan rumah Shafiq untuk ke masjid. Lampu di sekitar jalan hanya satu saja yang bernyala. Keadaan jalan agak gelap. Nasib baik dia bawa lampu suluh kecil. Rapat Emi berjalan dengan Kak Yati. Jalan agak gelap.

“Kak..bila nak tambah lampu jalan ni? Gelap macam ni..risau saya. Buatnya kena culik ke apa ke..bukan siapa perasan pun dalam keadaan gelap macam ni!” Emi berjalan semakin rapat dengan Kak Yati. Dia lihat kiri kanan. Sebelah kiri sederet rumah setingkat dan sebelah kanan pula hanya ada semak kecil yang berselang seli dengan pokok bunga. Dekat dengan masjid pula baru ada taman permainan kanak-kanak dan tapak bazar ramadhan.

“Entahlah Emi.Jalan kat sini memang macam ni..sejak akak pindah rumah ni lagi! Tapi tak apa..tengok ramai yang berjalan kaki ke masjid tu. Janganlah risau!” Kak Yati turut menyuluh jalan dengan lampu suluh yang dibawanya.

“Err..kak..lepas hantar Emi nanti, macam mana akak nak balik?” Emi teringat Kak Yati nanti akan balik seorang diri selepas menghantarnya ke masjid.

“Jangan bimbanglah! Sebaik saja Emi dah sampai depan pintu pagar masjid, akak cepat-cepatlah balik. Masa tu kan masih ramai yang menuju ke masjid!” Kak Yati penuh yakin berkata sambil melempar senyuman.

Mereka berdua berjalan laju menuju ke masjid. Tiba di masjid, Kak Yati cepat-cepat berpatah semula ke rumah bila melihat masih ramai yang mula berjalan ke arah masjid. Kalau lambat nanti tentu sunyi jalan tadi.

“Eh! Kak Yati! Tergesa-gesa nampak!”

Kak Yati berpaling bila mendengar namanya dipanggil. Shafiq!

“Alamak! Aku kena buat tak kenal ni! Kalau dia banyak tanya nanti, aku nak jawab apa! Takkan nak cakap aku uzur..ish! ” Kak Yati laju melangkah membiarkan Shafiq dan Halim di situ.

“Eh, kenapa dengan kak Yati tu? Orang menghala ke masjid, dia pulak dari masjid menghala ke rumah!” Shafiq memandang Kak Yati yang laju melangkah seolah-olah cuba mengelak dari sesuatu.

Shafiq pandang pula ke arah masjid. Emi sudah berada di tangga masjid sambil meletakkan selipar merah jambu yang dipakai di tepi tangga.

“Oh..agaknya teman minah sombong tu la tu…” Fikir Shafiq sendiri sambil senyum penuh makna.Matanya melirik ke arah selipar merah jambu Emi.

Last edited by Ipo on 7-7-2014 11:24 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 11:28 AM | Show all posts
HABIS solat terawih, Emi masih di dalam masjid. Dia tidak mahu berasak-asak bersama jemaah lain berebut hendak keluar dari masjid. Sementara menunggu jemaah semakin berkurang, dia periksa lampu suluh kecil. Mana tahu kalau-kalau lampu suluhnya tak menyala. Tadi hanya lampu suluh Kak Yati yang digunakan masa meredah kegelapan di jalan menghala ke masjid. Bila dirasakan jemaah sudah semakin kurang, dia mula bangun dan mula keluar dari masjid.

“Eh! Mana pulak selipar aku ni?” melilau Emi mencari selipar yang seingatnya diletakkan di tepi tangga dekat dengan rak kasut sebelum masuk ke masjid tadi.

Dia terus mencari. Terbongkok-bongkok Emi mencari selipar di bawah rak kasut dan di bahagian tangga lain. Mana tahu seliparnya tercampak ke bahagian rak kasut lelaki pula. Dalam keadaan jemaah yang ramai, tidak mustahil seliparnya tersepak ke tempat lain.

“Ada orang hilang selipar la!”

Emi yang terbongkok-bongkok tadi mula menegakkan badannya dan berpaling ke arah suara yang  menegurnya tadi. Shafiq?? Dia tidak hiraukan kata-kata Shafiq sebaliknya dia teruskan mencari seliparnya  yang masih belum ditemui.

“Boleh aku tolong?” Shafiq menawarkan diri bila melihat Emi mula panik.

“Tak payah! Kau bukan tahu pun  selipar aku macam mana!”Emi jeling Shafiq yang berbaju Melayu hijau.

“Sombongnya!Macamlah selipar kau tu mahal sangat!” Shafiq sengih sambil jeling Halim di sebelahnya yang turut sengih.

“Eh! Suka hati aku la! Mahal ke murah ke..selipar aku!” Emi masih mencari. Kali ini dia baru jumpa sebelah seliparnya.

“Kau carilah!Sampai esok pagi pun takkan jumpa!” Shafiq masih berdiri di tepi tangga sambil memerhati Emi yang masih terbongkok-bongkok mencari.

Last edited by Ipo on 7-7-2014 11:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 11:30 AM | Show all posts
Ipo posted on 7-7-2014 11:09 AM
jangan lupa cari kuih tu kat bazar ramadhan...kalau jumpa ya

kena cari semua kuih ni Ipo... mcm pelik jer... rasanya mesti lain mcm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 11:35 AM | Show all posts
Emi mula mendongak ke arah Shafiq. Dirasakan kata-kata Shafiq tadi ada sesuatu yang tidak kena. Dia perhati wajah Shafiq dan sesekali wajah Halim. Lagaknya seperti watak Detective Conan yang sedang mencari jawapan dari wajah-wajah yang mencurigakan itu. Teringat drama tv kegemarannya, Lie To Me. Emi masih merenung wajah-wajah yang mula dirasakan ada sedikit keraguan di hatinya. Mana tahu dia dapat baca riak wajah Shafiq dan Halim.

“Hmm..jadi kau la yang sorokkan selipar aku ya?” Emi cuba meneka kata-kata Shafiq tadi.

Shafiq hanya angkat bahu. Dia jeling Halim di sebelah yang turut terpinga-pinga.

Halim pula mula pandang Shafiq dengan wajah curiga. Kalau benar Shafiq yang sorokkan selipar Emi, bila masa pula Shafiq buat? Halim mula menggaru kepala. Kupiah atas kepala dibuka.

Emi pula pandang Shafiq yang masih tersengih begitu. Sakit hatinya melihat Shafiq buat tidak tahu saja pertanyaannya tadi.  Dia jeling kakinya yang tersarung selipar yang dijumpainya tadi. Hanya sebelah, sebelah lagi masih hilang! Sekali lagi dia pandang Shafiq. Nyata wajah selamba Shafiq masih dalam keadaan sengih macam kerang busuk!

“ Aku tanya!Kau pekak ke? Sengih-sengih! Macamlah handsome sangat!” Emi tenung Shafiq lagi.

“Memang aku sangat handsome! Sebab tu kau suka cakap dengan aku!Kan?” Shafiq mula ketawa. Dia sebenarnya suka melihat wajah Emi yang mula marah begitu. Merahnya sudah macam merah bunga kertas!

“Fiq, tak baik tau kau buat macam tu! Kesian dia. Mana kau sorok selipar dia?” Halim tepuk bahu Shafiq.

“Mana aku tahu!Aku saja je nyakat dia tadi!” Shafiq pandang Halim yang mula terpengaruh dengan kata-katanya sebentar tadi.

“Tu la..siapa suruh baling senduk kat kita orang petang tadi! Sekarang selipar kau dah hilang!” Shafiq masih ketawa.

Emi mengetap bibir melihat Shafiq ketawa begitu. Dia genggam tangannya dengan kuat. Lampu suluh dikeluarkan dari dalam poket seluar sukannya. Kain telekung masih tersarung.Dia pandang kiri kanan. Jemaah masjid sudah tidak ramai. Dia lihat pula jam tangan. Sudah hampir sepuluh setengah malam.

“Macam mana ni…orang dah tak ramai ni. Makcik Nab dah balik agaknya. Mana selipar aku ni?Tadi aku letak kat anak tangga sana..” Emi merungut sendiri. Kalau tidak jumpa juga dia terpaksa balik ke rumah dengan berkaki ayam.

“Memanglah anak tangga! Takkan bapak atau mak tangga pulak cik Emi oi!” Shafiq sekalilagi menyakat Emi. Dia jeling Emi yang tercari-cari seliparnya dari tadi.

“Aku bukan cakap dengan kau lah!” Emi jeling Shafiq yang mencuri dengar rungutannya tadi.

Shafiq sengih lagi. Halim mula rasa bersalah melihat Emi masih mencari selipar seorang diri. Dia cuit lengan Shafiq supaya membantu Emi mencari seliparnya yang hilang.

“Ni hah! Aku dah jumpa!” Shafiq senyum.

Emi cepat-cepat berpaling. Dia lihat Shafiq senyum hingga ke telinga.

“Mana ?” Emi berkerut kening bila melihat Shafiq tersengih-sengih dari tadi. Bayang seliparnya pun tak nampak!

Last edited by Ipo on 7-7-2014 11:38 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 11:41 AM | Show all posts
“Aku nampak abang long yang ambik tadi!” Shafiq ketawa sambil menjeling Halim di sebelah.

Abang long mana pulak ni! Eii!!! Emi renung Shafiq dengan perasaan curiga. Dia pasti yang Shafiq sengaja sorokkan seliparnya. Kalau tidak takkan tak sampai seminit, Shafiq dah boleh jumpa seliparnya yang hilang.

“Abang long mana?” Emi mula geram.

Shafiq senyum sambil melirik ke arah Halim yang mula sengih. Dia biarkan Emi tertanya-tanya.

Halim senyum.  Faham benar dengan kata-kata Shafiq. Dulu dia juga pernah terkena.

“Apa sengih-sengih? Tak payahlah tunjuk muka tak sudah kau tu!” Emi semakin geram.

“Sengih aku ada makna tau tak! Abang long tu dekat je..dia ada dekat-dekat sini je! Kau nak ketak nak selipar mahal kau tu? Kalau tak nak..kau baliklah kaki ayam!” Shafiq ketawa lagi.

Emi mula cekak pinggang. Sakit hatinya sudah membuak. “ Naklah! Mana  abang long tu? Mana??”

“Abang longkang!!! ” Shafiq ketawa berdekah-dekah dengan Halim. Sempat dia jeling muka Emi yang semakin merah. Dari merah bunga kertas sudah jadi merah bunga ros!

Emi mula jenguk ke dalam longkang. Seliparnya sudah terapung dalam air longkang! Dia pandang semula Shafiq yang masih ketawakannya. Eiii!!!!

“Hoi! Tak kelakarlah!”Emi baling ranting kayu ke arah Shafiq. Shafiq cepat-cepat mengelak.

“Kalau kau nak, kau ambiklah sendiri! Nah! Guna ni..” Shafiq hulur semula ranting kayu yang dilempar oleh Emi tadi.

Emi merenung Shafiq yang nyata telah membuang seliparnya ke dalam longkang. Dia tarik ranting kayu dari tangan Shafiq dan mula menguis seliparnya yang masih terapung dalam air longkang. Dia cepat-cepat ambil dan mula beredar dari situ. Sebelum beredar, sempat dia melempar satu lagi ranting kayu ke arah Shafiq.

Last edited by Ipo on 7-7-2014 11:43 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 12:03 PM | Show all posts
jahat sungguh si shafiq ni... dhlah org tu nak kena menapak blk rmh sorang2... dia plk buat dajal kt org tu... teruk betullah dia ni Ipo... geram plk saya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 12:06 PM | Show all posts
LANGKAH Emi terhenti. Dia menoleh ke arah kiri jalan. Pokok kecil dan semak kecil di situ bergoyang-goyang. Dia menelan liur. Langkahnya diatur perlahan ke depan. Matanya masih menala ke arah semak tadi. Jelas dia melihat ada sesuatu di situ.

"Siapa pulak yang duduk kat situ malam-malam ni?" Terjenguk-jenguk Emi melihat dengan mata disepetkan. Hanya bayangan hitam saja kelihatan di tempat itu.

"Siapa??" Emi beranikan diri bertanya.

Pokok tadi dilihat sudah tidak bergoyang lagi. Senyap. Sekali lagi Emi bertanya. Masih senyap. Kali ini dia terasa hidungnya bau sesuatu. Ya..sesuatu yang cukup menusuk ke lubang hidung. Semakin lama semakin kuat.

"Eh..macam bau kemenyan. Takkan bulan puasa pun ada orang bakar kemenyan? Nak buat apa?" Emi mula curiga. Dia beranikan diri menghampiri kawasan semak tadi.

Hampir saja dia sampai di situ, satu kelibat mula keluar dari celah semak dan berlari laju menuju ke tapak bazar ramadhan. Emi tergamam. Jelas dia melihat kelibat itu memakai pakaian serba hitam dan bertanjak hitam. Lagak seperti pakaian orang bersilat! Dan yang paling jelas, ada kesan bara kemenyan di situ.

"Dia buat apa kat sini?" Emi pandang pada rumput yang sudah berasap terkena bara kemenyan.

"Ehem!"

Emi berpaling. Shafiq dan Halim sudah tercegat di belakangnya.

"Kau buat apa kat tepi semak ni? Kut ya pun nak melepaskan hajat, takkan dalam semak kut. Tak tahan dah ke?" usik Shafiq. Dia jeling Halim di sebelahnya yang turut sengih.

"Malaslah cakap dengan kau ni. Buat sakit hati jelah!" Emi ingin beredar dari situ. Namun sempat dia melihat sekali lagi kelibat itu yang terbongkok-bongkok di tapak bazar ramadhan sedang membuat sesuatu.

"Kau tengok apa? Eh..apa bau ni?" Shafiq kembang kempiskan hidungnya. Bau kemenyan semakin kuat.

"Kau nampak tak tu?" Emi tuding ke arah tapak bazar ramadhan yang terletak tidak jauh dari masjid. Di kawasan itu ada sebiji lampu jalan berwarna kuning dan boleh nampak kelibat tadi walaupun agak samar.

Shafiq dan Halim terintai-intai ke arah tapak bazar ramadhan.

"Ya la...dia buat apa tu?" Halim pula mencelah.

"Tadi..aku nampak kelibat tu berlari keluar dari semak tu. Dia bawa bekas kemenyan. Korang tak bau ke?" Emi pandnag Shfiq dan Halim silih berganti.

"Bau!" Serentak Shafiq dan Halim menjawab.

"Eh, tu macam dia pergi kat tapak gerai kau tu!" Shafiq panjangkan lehernya.

Emi turut meninjau melihat kelibat tadi sudah berada betul-betul di depan gerai Kak Eton.

"Jom kita pergi tengok!" Shafiq pantas ajak Halim ke sana.

Emi pula masih tercegat di situ. Dia masih teragak-agak hendak ikut bersama. "Ah, ikut jelah. Aku pun nak tahu jugak apa orang tu buat kat situ."

Pantas saja Emi berlari menuju ke arah Shfiq dan Halim ke arah tapak bazar ramadhan. Langkahnya terhenti sebaik melihat Shafiq dan Halim berhenti di tapak gerai selang dua buah dari tapak gerai kak Eton. Dia cuba melihat apa yang dilakukan oleh orang itu.Orang itu kelihatan terbongkok-bongkok di depan tapak gerai kak Eton dan menanam sesuatu di situ.

"Ni tak boleh jadi ni! Entah-entah orang tu nak dajalkan gerai kak Eton." Emi melilau mencari anak batu.

Shafiq dan Halim berhati-hati mendekati orang tadi yang masih tidak sedar perbuatannya diketahui orang lain.

"Hoi! Kau buat apa tu hah??" Shafiq jerkah dengan kuat.

Orang itu berpaling. Cepat saja dia berdiri dan ingin melarikan diri. Halim sempat mengejar lelaki itu yang berpakaian serba hitam. Shafiq pula terus saja mengilas tangan lelaki itu ke belakang.

"Kau siapa?" Shafiq bertanya kasar.

Lelaki itu diam. Tangannya sudah dipegang kuat oleh Halim.

"Aduh!" Shafiq pegang dahinya yang berdarah. Seketul batu sudah terpelanting jatuh atas kakinya setelah mengenai dahinya tadi. Pantas saja dia pandang ke arah balingan tadi.

Emi terdiam. Rupanya batu yang dilontar tadi bukannya kena penjahat tadi tetapi sudah 'sapu' dahi Shafiq! Pantas saja Emi berlari pulang ke rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2014 12:11 PM | Show all posts
hahahhaha... padan muka shafiq... buat dajal lg kat minah tu... kan dh kena...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 12:16 PM | Show all posts
TIBA di rumah,Emi segera masuk ke rumah. Termengah-mengah dia menahan nafas. Nak lari dariShafiq punya pasal, lampu suluhnya terjatuh entah ke mana dalam perjalanan tadi. Dia lihat Kak Yati tengah seronok menonton tv.

“Eh! Emi! Dah balik?” Kak Yati berpaling.

Emi senyum. Dia masih tercungap-cungap.

“Kenapa tercungap-cungap ni?” Kak Yati hulur segelas air sirap kepada Emi.

Emi duduk di sofa sebelah Kak Yati sambil meneguk air sirap. Bila dirasakan sudah reda, dia mula senyum dan terus ketawa. Kak Yati pula terpinga-pinga melihat Emi yang tiba-tiba seperti orang gila. Ketawa sorang-sorang!

“Padan muka!”

“Apa yang Emi merepek ni? Siapa yang padan muka? Emi ni..ketawa macam orang putus fius ni kenapa?” Bertubi-tubi soalan Kak Yati.

“Shafiq sorokkan selipar saya tadi. Geram saya kak! Padan muka dia!” Emi ketawa lagi. Walaupun dia tidak sengaja tadi, namun dia rasa itu balasan yang tidak dirancang olehnya atas apa yang Shafiq telah buat tadi.


“Emi..Emi..apa yang Emi cakap ni?” Kak Yati pandang Emi yang tak habis-habis bergaduh dengan jiran sebelah kiri.

“Kak..tadi kan, masa nak balik ke rumah, Emi nampak seseorang bakar kemenyan dan lakukan sesuatu kat gerai kak Eton. Kebetulan Shafiq dan Halim ada sama tadi. Mereka ekori lelaki tu. Emi pun ikut juga tapi dari jauh la. Jelas Emi nampak, lelaki tu macam tanam sesuatu kat depan gerai kak Eton. Geram punya pasal, Emi cari anak batu dan baling ke arah lelaki tu tapi...” Emi terhenti kata-kata.

"Tapi apa?"

"Batu tu terkena dahi Shafiq.." Emi sengih.

"Hah? Berdarah tak?" Kak Yati mula cemas.

"Entah!" Emi jongket bahu.

"Ish budak ni! Tak baik Emi bua tmacam tu tau! Ni kan bulan puasa! Kalau kena mata macam mana? Esok akak nak Emi minta maaf dengan Shafiq!” Kak Yati mula berleter.

Emi akur. Dia mula rasa bersalah walaupun balingan batu tadi untuk lelaki jahat itu. Dia tidak sengaja sasarkan batu itu ke arah Shafiq.

Last edited by Ipo on 7-7-2014 12:18 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 12:28 PM | Show all posts
PAGI-PAGI lagi Emi bangun. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata. Dia harus minta maaf dengan Shafiq. Betul kata kak Yati. Kali ini dia ingin jumpa Shafiq dan minta maaf. Dia mula keluar ke laman depan. Terjenguk-jenguk rumah sebelah kirinya. Hmm..senyap. Emi betulkan tali kasut sukan. Dia lihat jam. Sudah tujuh pagi walaupun hari masih gelap. Hari itu hari minggu. Pagi itu dia bercadang untuk pergi joging. Pukul sebelas nanti dia akan mula membuat kuih untuk dijual di bazar ramadhan di sebelah petang nanti.

“Hmm..tidur lagi agaknya..” Emi jenguk lagi sebelum menutup pintu pagar dan mula berlari perlahan mengelilingi kawasan taman.

Sudah satu pusingan Emi berlari sekitar taman perumahan itu. Penat. Sempat dia berehat di taman permainan kanak-kanak. Suasana nyaman dan udara segar di pagi hari cukup menyihatkan. Matanya melirik pada tapak bazar ramadhan. Dia beranikan diri pergi ke gerai kak Eton. Malam tadi dia pasti lelaki jahat itu ada menanam sesuatu di depan gerai kak Eton. Emi mencari-cari sekitar depan gerai kak Eton. Tidak ada apa-apa. Dia menggaru kepala.

"Dia tanam apa ek?" Emi cari lagi. Terbongkok-bongkok.

"Ah..lantaklah.." Emi segera beredar dari situ dan menyambung semula berlari ke arah rumahnya.

“Alamak! Shafiq!” Emi jenguk ke laman rumah Shafiq sebaik tiba di depan pintu pagar rumah jiran sebelah kirinya itu. Keningnya berkerut bila melihat dahi dekat dengan kening sebelah kanan Shafiq berbalut dengan kesan merah.

Perasaan bersalah semakin terasa. Dia melangkah perlahan ke arah pintu pagar rumahnya.Dengan langkah longlai, Emi buka pintu pagar dan mula duduk atas bangku di tepi rak kasut. Dia termenung seketika. Sesekali dia jeling ke arah Shafiq. Kelihatan Shafiq sedang berehat di kerusi depan pokok bunga kertas. Mukanya berkerut menahan sakit. Takkan Shafiq tak perasan aku kat sini? Fikir Emi sendiri. Mata masih menala ke arah Shafiq.

“Err..sa..sakit ke?” Emi beranikan diri bertanya.

“Mestilah! Tak nampak ni! Darah pekat meleleh kat dahi aku ni!” Shafiq tunjuk dengan jari.

Emi diam. Dia seolah dapat merasakan kesakitan akibat terkena batu kecil malam tadi. Dia menghampiri pagar yang memisahkan rumahnya dengan rumah Shafiq. Dia pandang lagi Shafiq,tidak berkelip. Terasa dia sudah membuat kesalahan besar.

“Err..aku minta maaf..tak sangka sampai macam tu sekali..aku ingat tak ada apa-apa..” Emi renung muka Shafiq yang masih berkerut menahan sakit.

“Emm..ok! Apology accepted! Tapi aku nak kuih free!” Shafiq pandang Emi yang mula suram.

“Boleh! Boleh!Kau nak kuih apa?” Emi mula terasa bersemangat semula bila Shafiq sudi memaafkannya.

“Hmm..aku nak kaki gangster, minah seksi dan si cute berinti gula..” Shafiq sengih. Sesekali dia pegang dahi yang berbalut dengan muka berkerut. Dia mula masuk ke rumah sambil tersenyum.

Emi pula hanya pandang Shafiq dengan rasa bersalah. Kasihan melihat Shafiq luka berdarah begitu. Kalaulah dia boleh tolong ubatkan luka di dahi Shafiq. Shafiq dipandang penuh sayu. Dia mula buka kasut dan diletak di atas rak. Dia capai pula kasut sukan jenama Nike pemberian ayahnya dulu. Masih cantik. Sudah lama dia tidak memakai kasut itu. Segera disarungkan ke kaki. Tiba-tiba terasa seperti ada benda lembik dan melekit. Cepat-cepat dia keluarkan kakinya dari kasut itu.Semerbak bau busuk menusuk hidung!

“Apa benda ni?”Emi cuba intai dalam kasut.

Eiii!!! Macam mana tahi lembu ada dalam kasut aku ni???” Emi mula menyinga. Kasut kesayangannya sudah berbau dengan tahi lembu.

Aaaaarrgggghhh!!!

Last edited by Ipo on 7-7-2014 12:30 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 12:32 PM | Show all posts
SHAFIQ ketawa mengekek bila mendengar  Emi menjerit begitu.  Dia masih terhendap-hendap di sebalik langsir di ruang tamu rumahnya. Perlahan dia pulas tombol pintu dan mula mengintai dari celah pagar di sebelah rumah. Terbongkok-bongkok dia mengendap Emi. Jelas  wajah Emi sudah merah menyala!Kali ini sudah merah macam buah naga!

“Fiq! Apa yang kau mengekek sorang –sorang tu? Eh! Malam tadi elok je dahi kau?” Tiba-tiba Halim muncul di depan pintu.

Shafiq masih ketawa. Dia berpaling ke arah Halim yang sudah tercegat di muka pintu rumah.Dia mula bergerak ke arah Halim dengan terbongkok-bongkok, bimbang Emi akan nampak dia menyorok di sebalik pagar tadi.

Shh! Aku yang letak tahi lembu dalam kasut dia!” Shafiq pandang Halim yang terpinga-pinga.

Shafiq mula mencabut pembalut  dan membasuh pewarna merah yang melekat di dahi. Dia terus ketawa. Lakonannya berjaya membuat Emi rasa bersalah tadi.








bersambung lagi episod lain nanti...
Last edited by Ipo on 7-7-2014 01:53 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.067595 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list