CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mushroomsup

TVN - Marriage Not Dating

[Copy link]
Post time 29-8-2014 01:35 PM | Show all posts
Habis dah citer nii..
nanti mesti rindu kat gi tae
fly suka cerita ni..santai&kelakar..
wedding scene diorang memorable, habis jahanam semua..
tapi mcm jangmi kata la, wedding tu mmg reflect diri diorang berdua..
cerita yang dari awal sampai abis kecoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 07:36 PM | Show all posts
nie mmg cerita romcom yg best dari tvn....
kelaka2 sengal camtu... last skali hari betul2 nak kawin pon mcm2 masalah.. sempat lagi bercekau... kelaka gile
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 09:30 PM | Show all posts
nzhass79 posted on 28-8-2014 07:52 AM
kalo dlm one sweet word mmg aku tak tgk sgt... adik heroin>>> sape heroin dia yer pon aku tak tau  ...

Opppss sori sori .... empat2 watak dlm one sweet word tu penting ...
Jangmi jadi adik kpd pompuan yg mengduakan suami dia tu ... pastu jangmi bercinta ngan adik lelaki wife kpd bf kakak dia tu ....
Mmg sian kat watak dia dlm tu .... mangsa keadaan ....


Gong gitae dlm ojakgyo n gf ahjumma



Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 09:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 07:57 AM | Show all posts
thafly posted on 29-8-2014 01:35 PM
Habis dah citer nii..
nanti mesti rindu kat gi tae
fly suka cerita ni..santai&kelakar..

ha kan??? sampai wedding pon kecoh gakkk... las2 kawin berdua2an jek...
org lain seme dh lari...
siyes best citer ni...

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 07:58 AM | Show all posts
mitnick posted on 29-8-2014 07:36 PM
nie mmg cerita romcom yg best dari tvn....
kelaka2 sengal camtu... last skali hari betul2 nak kawi ...

bayangkan lps kawin camne?? kompem sampai ke tua kecoh kapel ni
kalo ada yg siri ke2 plak citer dia lps kawin bes gak tu...
masing2 ikot suka nk ckp ape

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2014 08:00 AM | Show all posts
kayla posted on 29-8-2014 09:30 PM
Opppss sori sori .... empat2 watak dlm one sweet word tu penting ...
Jangmi jadi adik kpd pompuan ...

aaaaa... aku dh tgk dh one sweet word tu...
watak dia dlm tu ngan dlm citer ni sama jek...
yang kat situ periang... yang kat sini pon sama...
kira dia yg menghidupkan suasana

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2014 12:32 AM | Show all posts


(((((ATTENTION))))))
>> PANDUAN REVIEW <<




Pada tahun ini, buat pertama kalinya kami mengadakan cara penulisan review yang lebih mudah.
Markah review akan dikira untuk CARI 2014 K-Drama Awards.
Bagi sesiapa yang sudah menonton drama  MARRIAGE NOT DATING,
anda boleh memilih mana-mana cara yang anda rasa memudahkan anda
.

Tagkan @dauswq, @nzhass79 , @eddlisa_uyuk untuk menuntut kredit setelah masukkan review.

REVIEW BOX
(Pilih yang mana yang anda rasa mudah untuk dibuat)

CARA 1: >>KLIK SINI<<
CARA 2: >>KLIK SINI<<
---> Baca Review dari CARA 2
" >>KLIK SINI<<"

(Kredit extra diberikan pada those yang menulis / memasukkan review dengan details dan lengkap)





@fadzssha  @thafly  @kayla @mitnick @norim @mafilee  @WeAiNe
Last edited by dauswq on 27-9-2014 12:33 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2014 09:04 AM | Show all posts
tenkiu daus tag
nantilah ek...
byk lagi tak review
alasan: malas
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 11:11 PM | Show all posts
Dah siap aku nye review.. @dauswq ssi please check.... kamsahamnida...

Rating Keseluruhan Drama: 6.8 + 7 + 6.5 + 3 + 2.5 = (6.45/10)

1. Cerita  (6.8 /10)
   
  • Sebuah cerita romantik komedi yang sangat comel dan ringan. Takperlu pening kepala nak fikir. Namun begitu, para pelakon sangat berjaya membawakan watak masing-masing dengan berkesan.
  • Pada Episod pertama, pengarah telah berjaya memesongkan perhatian dan memberikan salah tanggapan tentang yang mana satu heroin sebenar serta pasangan yang sebenar. Good Job! Tak sangka langsung.
  • Gong Ki Tae: Seorang doktor pakar kosmetik yang berjaya dan memiliki hospital ternama. Atas sebab-sebab tertentu dia tidak ingin terikat dengan perkahwinan. Ada seorang kekasih/bekas tunang bernama Kang Se Ah yang sangat obses dengan Ki Tae tetapi tidak dilayan cintanya dengan baik.
  • Jang Mi: Seorang gadis yang naif dan setia mencintai seorang kekasih. Namun ditipu kekasihnya yang playboy. Pada mulanya saya menjangkakan dia akan kembali kepada bekas kekasihnya Lee Hon Dong. Saya juga sangat mengharapkan Jang Mi bercinta dengan Han Yeo Reum berikutan adegan kiss scene yang sangat romantika d’amor di dalam restoran Lee Hon Dong. Namun tekaan meleset. Watak Jang Mi sangat comel terutamanya sewaktu dia mabuk dan mengkucar kacirkan rumah Gong Ki Tae. Paling kelakar aksi di fish tank memanggil Nemo.
  • Terlalu banyak aksi kelakar yang mencuit hati. Selain aksi fishtank memanggil Nemo, juga aksi memecahkan cincin pusaka serta aksi mengkucar-kacirkan majlis peringatan kematian datuk Gong Ki Tae.  
  • Paling best bagi saya, cerita ini reliable. Iaitu cerita yang berpaksikan kepada hakikat kehidupan sebenar. Tidak mempunyai unsur hiperbola dan angan-angan tak logik yang melampau.
  • Ending cerita ni okay. Ia lari dari jangkaan asal iaitu sebuah perkahwinan yang gilang gemilang. Majlis perkahwinan yang dimulakan dengan perlambangan suasana gelap diiringi cuaca ribut memberikan gambaran sebenar majlis mereka. Disangkakan mereka tak jadi kahwin. Rupanya hanyalah latihan (rehearsal) sebelum perkahwinan. Pengarah bijak menjentik unsur terbalik/salah jangkaan dari jangkaan sebenar penonton.


2.Keberkesanan Lakonan (7/10)

Menariknya drama ini diisi dengan para pelakon yang sangat mantap. Selain Hero dan heroin, pelakon sampingan terutamanya emak Gi Tae, ayah Gi Tae, emak Jang Mi dan nenek Gi Tae sangat memberi impak besar kepada drama ini. Masing-masing berjaya membawakan watak yang menarik dan menimbulkan seribu satu pertanyaan kenapa watak mereka jadi begitu.


Han Groo (Joo Jang Mi)
  • Watak Joo Jang Mi sangat bersahaja. Saya tidak pernah mengenali Han Groo tetapi bermula Ep 1 hati sudah melekat untuk mengenali watak Joo Jang Mi yang dibawakan oleh Han Groo.
  • Lakonan Han Groo just okay sahaja, memandangkan cerita ini adalah sebuah cerita yang sangat ringan dan ringkas. Tidak terlalu bermain dengan emosi. Sangat berharap Han Groo dapat sebuah watak yang berlainan daripada watak cinta. Dia ada potensi besar. Namun auranya masih kecil.


Yeon Woo Jin (Kong Gi Tae)
  • Watak Gi Tae sama seperti jejaka hero lain di dalam drama. Handsome, bergaya, kaya, berlagak.
  • Lakonan Yeon Woo Jin okay sahaja, memandangkan cerita ini adalah sebuah cerita yang sangat ringan dan ringkas. Tidak terlalu bermain dengan emosi.


Kim Hae Sook (Shin BoYang)
  • Watak Shin Bo Yang sama seperti watak ibu-ibu orang kaya yang agak ego namun ada sedikit kelembutan kerana sanggup menerima Joo Jang Mi pada beberapa episod awal.
  • Namun selepas beberapa episod berlalu barulah terlihat perbezaan dengan watak ibu-ibu lain dalam drama yang biasa kita lihat.
  • Watak Shin Bo Yang dibina dengan baik. Daripada suka kepada Jang Mi, jadi tak suka, kemudian suka, kemudian tak suka. Pelbagai penampilan watak ditonjolkan dengan sangat baik sehingga kita tidak boleh menjangka apa sebenarnya yang bakal berlaku terhadap hubungan sesama mereka.

Pencalonan: Lakonan Kim Hae Sook sebagai Shin Bo Yang boleh diangkat sebagai calon Pelakon Pembantu Terbaik ataupun pelakon emak-emak terbaik.



3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (6.5/10)

-       Dari segi perwatakan yang dicipta sangat menarik.
-       Teknik pengarahan yang simple dan direct to the point.
-       Lain2 aspek, biasa sahaja.

4. Skor muzik (3/5)

-       Background music yang simple dan menarik.
-       Namun begitu, tiada lagu yang boleh membawa minat saya untuk turut sama terngiang-ngiang dalam cerita ini.


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2.5/5)

-       Mungkin akan menonton semula kerana jalan cerita yang tak payahpening kepala.
-       Mungkin juga tidak. 50-50

Last edited by tuna_sandwic on 6-11-2014 10:15 AM

Comments

TOTAL =6.8 + 7 + 6.5 + 3 + 2.5 =6.45 Terima Kasih atas review Nomination: Kim Hae Sok   Post time 6-11-2014 12:02 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 11:58 AM | Show all posts
WeAiNe posted on 29-9-2014 09:04 AM
tenkiu daus tag
nantilah ek...
byk lagi tak review

itu tuna dah review..
giliran kau lak acik aine
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:04 PM | Show all posts
tuna_sandwic posted on 5-11-2014 11:11 PM
Dah siap aku nye review.. @dauswq ssi please check.... kamsahamnida...

Rating Keseluruhan Drama:  ...

kim hae sok ni best benar lakonan
plg terkesan dlm drama i hear your voice..
sekejap jek muncul smpi epi 9, tp kesannya sgt kuat...

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:19 PM | Show all posts
dauswq posted on 6-11-2014 12:04 PM
kim hae sok ni best benar lakonan
plg terkesan dlm drama i hear your voice..
sekejap jek muncul ...

tuna dah try tengok i hear your voice tapi mood tak mari.... takde daya penarik dalam beberapa episod pertama... mungkin kalau ada masa terluang nak gak tengok sbb byk review kata best... will see
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 09:32 AM | Show all posts
[Claim Credit]
Reason: Review Submission

@nzhass79

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 04:59 PM | Show all posts
1. Cerita  (7/10)

kalau dari segi sinopsis korang rasa drama ni macam cerita cinta korea yang lain cliche, cerita pasal plasstic surgeon anak orang kaya yang disuruh kawin oleh mak dia tapi tak nak kawin berjumpa dgn perempuan yang memang teringin sangat nk kawin dan diorg berlakon jadi pasangan yang bercinta demi mengaburi mata mak lelaki tu. perempuan tu plak terpaksa berlakon jadi bakal menantu yang gila2 supaya mak si plastic surgeon ni tak approve perempuan ni.

sinopsis memang nampak cliche tapi jalan cerita dia tak cliche. Jalan ceritanya lebih mendalam ia bukan sahaja pasal dua orang watak utama tu tetapi penceritaan watak sampingan di buat dengan baik dan mendalam juga.

Cerita yang paling berkesan adalah penceritaan mengenai plastic surgeon , jang mi, keluarga plastic surgeon tu dan juga keluarga jang mi. Apa sebab munsabab yang menyebabkan diorg semua berkelakuan begitu.

2. Keberkesanan Lakonan (8/10)

aku cuma akan komen dua watak je dalam drama ni yang aku rasa berbaloi utk di bagi review

Han Groo as Joo Jang-mi
sepanjang aku tgk drama ni aku bole cakap jang mi bagi aku mcm2 feeling. Daripada rasa annoying, sedih, gembira , kecewa dan sebagainya. Han groo lakonkan watak jang mi dgn baik. Aku paling suka watak jang mi dalam banyak2 karakter heroin yang pernah aku tgk jang mi antara watak terbaik yang pernah penulis skrip reka dan pelakon yg di ambil tersangat la sesuainya. memang terbaik

Kim Hae-sook as Shin Bong-hyang
sama juga dgn watak mak si plastic surgeon ni antara watak supporting dan mak hero yg plg aku suka. Ada pelbagai eksperesi dan perasaan yang bermain untuk watak ni. kim hae sook bawa watak ni dengan bagus sekali aku bole rasa kesedihan dan kesunyian yg dia rasai sehingga menyebabkan dia terpaksa berkelakuan sebegitu kat anak dia.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (9/10)

sinematografi sangat cantik..pakai kaler pastel dan sangat lain berbanding drama - drama korea yang lain.
teknik pengarahan bagus, cara pengarahan yang fresh dan tak skeptikal.

4. Skor muzik (3/5)
Ost yang digunakan sgt loveable sesuai dengan penceritaan

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)
akan ditonton semula tapi bkn masa terdekat

--------------------------------------------------------------------------
TOTAL = (7+8+9+3+3=30/4=7.5)

Nomination: Han Groo - Best Actress
                    Kim Hae Sook - Best supporting actress


@dauswq meh credit

Comments

TOTAL =7+8+9+3+3=30/4=7.50 Terima Kasih atas review Nomination: Han Groo, Kim Hae Sook   Post time 22-12-2014 08:24 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 07:03 PM | Show all posts
[Claim Credit]
Reason: Review Submission

@dauswq @eddlisa_uyuk @nzhass79

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2015 12:38 PM | Show all posts
CARI 2014 K Drama Awards

Marriage Not Dating tercalon Best Supporting Actress - Kim Hae Sook
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 03:07 AM | Show all posts
Drama ni disiarkn di tv9 skrg.. Isnin-Khamis 6.40pm ganti Emergency Couple...
Betul la hero poyo tu yg berlakon dlm Arang & The Magistrate...yg jd tuan muda bertunang dgn Arang tu...masa drama Arang tu nampak cam gemuk skit & kurang handsome...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 03:59 PM | Show all posts
baru nak start layan ka tv9..nampak macam bes aja..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 09:46 PM | Show all posts
aku pon tgk kat tv9.... mcm best jer... bekas pakwe jangmi tu sengal giler...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.081768 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list