CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15966|Reply: 103

Menangi Hati Mizan Dulu, Baru Boleh Pikat Saya - Maria Farida

[Copy link]
Post time 9-7-2014 08:19 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: [url=http://www.malaysiandigest.com/h ... a-maria-farida.html]Malaysian Digest[/url]

.

Hampir 10 tahun menjanda, sehingga sekarang pelakon jelita Maria Farida memberitahu yang dia masih belum bertemu lelaki yang sesuai dijadikan suami.

Begitupun, kata wanita berusia 44 tahun ini, walaupun bergelar solo namun dia bahagia bersama anak lelakinya, Mizan Ashley, 17. Malah kini gerak-gerinya kini sentiasa diawasi oleh anak anak lelaki tunggal kesayangannya itu.

Meskipun masih bersekolah namun Mizan dilihat sedang cuba membiasakan diri dengan suasana alam kerjaya ibunya. Ternyata anak muda itu dilihat sangat protective.

Sebagai contoh, sewaktu MD dan beberapa media lain ingin menemubual ibunya ketika bertemu di Majlis Berbuka Puasa anjuran Air Asia dan Air Asia X kelmarin, Mizan pada mula
agak keberatan untuk membenarkan ibunya ditemubual. Lalu dia berdiri di sisi ibunya sehinggalah mungkin dia sendiri berasa segan dengan pihak media, lalu dia beredar dan duduk sedikit jauh dari meja tempat kami berkumpul.

Lantaran kata Maria, sekiranya ada lelaki yang cuba mendekati dan ingin berkawan rapat dengannya, lelaki itu haruslah pandai mengambil hati anak kesayanganya itu dahulu.

"Sejak akhir-akhir ini ke mana saja saya pergi, anak sayalah bodyguard saya. Kalau dia tidak sibuk dengan aktiviti persekolahannya, dia akan ikut saya ke majlis-majlis hiburan tertentu, macam hari ini.

"Dia tu memang susah sikit, maksudnya kalau sesiapa yang nak dekati saya dia akan tengok dulu orang tu okay atau tidak. Sama lah kalau ada lelaki yang ahu berkawan rapat dengan saya, lelaki itu mesti menangi hati anak saya dulu. Tapi buat masa ini saya tak mengenali mana-mana lelaki", tuturnya sambil tersenyum.


Maria Farida bersama anak lelakinya Mizan Ashley.

Tahu Had Seksi

Selain memiliki raut wajah jelita, Maria Farida juga sedia dikenali dengan seorang berpenampilan seksi. Walaupun begitu dia tahu akan batas berpakaian apatalagi dalam usianya kini yang sudah mencecah 40-an.

"Jolokan seksi sudah diberikan pada saya sejak dulu lagi tu. Saya terima. Saya tak boleh nak buat apa, kan. Tapi saya tahu batas dan had saya nak tampil seksi", ulasnya.

"Macam kontroversi baru-baru ini, sebenarnya gambar bikini tu tak bersalah. Saya cuma muat naik gambar yang menunjukkan beberapa bikini. Bukannya saya pakai dan tayangkan badan saya.

"Tapi ada juga yang bagi komen, suruh saya buat solat istikharah. Mereka tahu tak solat istikharah itu apa tujuannya? Bukan boleh dibawa bergurau seperti itu. Saya hanya tergelak bila ada komen-komen yang saya kira sangatlah kurang bijak. Mereka kononnya berlagak alim tapi seolah-olah cuba mempermainkan hal agama", katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, sepanjang bulan Ramadan ini kata Maria dia tidak mengambil sebarang tawaran berlakon. Justeru masa terluang dimanfaatkan dengan menjalani ibadah puasa di siang hari dan bersolat terawih pada malam harinya.

Ditanya mengenai persiapan raya pula, seperti biasa Maria dan anaknya akan meraikan Aidilfitri di ibukota dalam suasana yang sederhana.



Last edited by adik^manis on 9-7-2014 08:19 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 08:22 AM | Show all posts
Hahahaha. Kutip kacang
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:23 AM | Show all posts
dah emak pun hot. bulan pose pakai jarring.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
da bujang anak maria... tp maria tetap cun melecun
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:34 AM | Show all posts
wow masih maintain cantik persis anak dara
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:35 AM | Show all posts
Sejak kak pah meninggal sume feeling nak nak jadi mcm dia nak tunjuk kengkonon anak diorang pun alim, raja azmi pun nak meninggal mcm kak pah....agak2 cemana la perasaan retis yg ada anak lelaki but terlalu sosial... Yg ada harapan ada anak macam kak pah, in my opinion la is Ziana Zain...my opinion ye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2014 08:37 AM | Show all posts
Anak jantan dia protective sgt la bab2 wartawan nk interbiu..tu mak hang bulan puasa pon dok pakai baju kain jarang tak pa la pulak kan???
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:39 AM | Show all posts
protective bab agama kalu, baru aku bagi thumbs up.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 08:40 AM | Show all posts
dah 44 years..tp body still hot ....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:42 AM | Show all posts
ak mmg x leh blah bab retis ckp soal agama.. yg dia ulas psl bikini dia yg ade sorg tu kata dah buat istikharah... i think dia tu juz sindir sbnanrnya bukan nak main2kan agama.. maria kertu ni je nk main2kan agama, g tayang segala bikini sampai org pk bukan2... n seksi2 segala tu, bukan sendakan agama ke??

come on la makcik..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
cruz2 posted on 9-7-2014 08:37 AM
Anak jantan dia protective sgt la bab2 wartawan nk interbiu..tu mak hang bulan puasa pon dok pakai b ...

Gambar mana? Kalau gambar atas ni gambar lama noks. Bukan terkini
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
xtau pulak beliau ada ank lelaki..
maria nih kacukan pinoy ke yea, selalu muka cantik body gebu gebas nih belah2 pinoy sana
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:50 AM | Show all posts
dah 40 an .. udah udahlah tu maria farida..

mmg betul pun buat solat isktiharah.. semoga dapat petunjuk dan pelan pelan berubah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:50 AM | Show all posts
da besar panjang da anak dia..
tapi maknya still dok fefeling teenager nak pakai bikini bagai..
tak malu ke kat anak bujang dia tu???
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:57 AM | Show all posts
anak die tak ensem dan sehot maknye....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi posted on 9-7-2014 08:49 AM
xtau pulak beliau ada ank lelaki..
maria nih kacukan pinoy ke yea, selalu muka cantik body gebu geb ...

Rasanya iye klu x silap mcm penah bace
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 09:03 AM | Show all posts
laaaa...da ada ank teruna ker..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 09:04 AM | Show all posts
+1 terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 09:08 AM | Show all posts
Suchi posted on 9-7-2014 08:49 AM
xtau pulak beliau ada ank lelaki..
maria nih kacukan pinoy ke yea, selalu muka cantik body gebu geb ...

sheols mmg kacuk pinoy
and sheols juga ialah kezen kpd badrul muhayat
ex-hasben sheols ialah pakcik kpd tiara jacqueline
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 09:11 AM | Show all posts
promote diri sendiri gittew
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.080760 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list