Sumber: [url=http://www.malaysiandigest.com/h ... a-maria-farida.html]Malaysian Digest[/url]
.
Hampir 10 tahun menjanda, sehingga sekarang pelakon jelita Maria Farida memberitahu yang dia masih belum bertemu lelaki yang sesuai dijadikan suami.
Begitupun, kata wanita berusia 44 tahun ini, walaupun bergelar solo namun dia bahagia bersama anak lelakinya, Mizan Ashley, 17. Malah kini gerak-gerinya kini sentiasa diawasi oleh anak anak lelaki tunggal kesayangannya itu.
Meskipun masih bersekolah namun Mizan dilihat sedang cuba membiasakan diri dengan suasana alam kerjaya ibunya. Ternyata anak muda itu dilihat sangat protective.
Sebagai contoh, sewaktu MD dan beberapa media lain ingin menemubual ibunya ketika bertemu di Majlis Berbuka Puasa anjuran Air Asia dan Air Asia X kelmarin, Mizan pada mula agak keberatan untuk membenarkan ibunya ditemubual. Lalu dia berdiri di sisi ibunya sehinggalah mungkin dia sendiri berasa segan dengan pihak media, lalu dia beredar dan duduk sedikit jauh dari meja tempat kami berkumpul.
Lantaran kata Maria, sekiranya ada lelaki yang cuba mendekati dan ingin berkawan rapat dengannya, lelaki itu haruslah pandai mengambil hati anak kesayanganya itu dahulu.
"Sejak akhir-akhir ini ke mana saja saya pergi, anak sayalah bodyguard saya. Kalau dia tidak sibuk dengan aktiviti persekolahannya, dia akan ikut saya ke majlis-majlis hiburan tertentu, macam hari ini.
"Dia tu memang susah sikit, maksudnya kalau sesiapa yang nak dekati saya dia akan tengok dulu orang tu okay atau tidak. Sama lah kalau ada lelaki yang ahu berkawan rapat dengan saya, lelaki itu mesti menangi hati anak saya dulu. Tapi buat masa ini saya tak mengenali mana-mana lelaki", tuturnya sambil tersenyum.
Maria Farida bersama anak lelakinya Mizan Ashley.
Tahu Had Seksi
Selain memiliki raut wajah jelita, Maria Farida juga sedia dikenali dengan seorang berpenampilan seksi. Walaupun begitu dia tahu akan batas berpakaian apatalagi dalam usianya kini yang sudah mencecah 40-an.
"Jolokan seksi sudah diberikan pada saya sejak dulu lagi tu. Saya terima. Saya tak boleh nak buat apa, kan. Tapi saya tahu batas dan had saya nak tampil seksi", ulasnya.
"Macam kontroversi baru-baru ini, sebenarnya gambar bikini tu tak bersalah. Saya cuma muat naik gambar yang menunjukkan beberapa bikini. Bukannya saya pakai dan tayangkan badan saya.
"Tapi ada juga yang bagi komen, suruh saya buat solat istikharah. Mereka tahu tak solat istikharah itu apa tujuannya? Bukan boleh dibawa bergurau seperti itu. Saya hanya tergelak bila ada komen-komen yang saya kira sangatlah kurang bijak. Mereka kononnya berlagak alim tapi seolah-olah cuba mempermainkan hal agama", katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, sepanjang bulan Ramadan ini kata Maria dia tidak mengambil sebarang tawaran berlakon. Justeru masa terluang dimanfaatkan dengan menjalani ibadah puasa di siang hari dan bersolat terawih pada malam harinya.
Ditanya mengenai persiapan raya pula, seperti biasa Maria dan anaknya akan meraikan Aidilfitri di ibukota dalam suasana yang sederhana.
Last edited by adik^manis on 9-7-2014 08:19 AM
|