CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: royzy888

ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK(KISAH BENAR)

[Copy link]
Post time 10-7-2014 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
imam masjid shah alam? imam berapa ya? nape kata2nya mcm bukan gaya imam?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 08:11 AM | Show all posts
Ipo posted on 9-7-2014 10:50 PM
Ipo ada cerita juga pasal orang yang dah meninggal ni balik ke rumah

tak silap...dari satu majala ...

ni mcm cerita Pusara di lebuh Raya ke ape ntah nama penuh cter tu.. lakonan Lisdawati dan Fauzi Nawawai.. dia x tahu laki dia dh mati mse bawak bas. laki balik rmh mcm biase je. mcm cte ni lah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 08:16 AM | Show all posts
mr_cool5885 posted on 10-7-2014 01:10 AM
Seramm oiii....
Ade g x ipo..cite lg..

ipo tumpang tepek citer kat sini je..
kalau ada lagi, nanti tepek lagi..marah TT
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 08:17 AM | Show all posts
chinta89 posted on 10-7-2014 08:11 AM
ni mcm cerita Pusara di lebuh Raya ke ape ntah nama penuh cter tu.. lakonan Lisdawati dan Fauzi Na ...

pernah gak tengok citer tu..
tpi yang ni dari majalah..lupa dah majalah apa..kisah benar..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 08:23 AM | Show all posts
Ipo posted on 10-7-2014 08:17 AM
pernah gak tengok citer tu..
tpi yang ni dari majalah..lupa dah majalah apa..kisah benar..

myb dia ambik inspirasi dari cter ni kot?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 08:24 AM | Show all posts
chinta89 posted on 10-7-2014 08:23 AM
myb dia ambik inspirasi dari cter ni kot?

mungkin la kut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2014 08:38 AM | Show all posts
Ni ada satu lagi citer..dah lama kisah ni..

kisah ni ada kaitan ngan ex bos ipo dulu..dia org cina

ni dari citer dia la..

dia ada tiga orang adik beradik, masing2 gilir2 jaga bapak yang dah tua ni. Bapak dia orang ni dah nyanyuk, so, kena jaga betul-betul. Silap haribulan, bapak dia ni merayap entah ke mana. Disebabkan anak2 sibuk ngan kerja, so, bapak dia orang ni terabai la sikit. Lepas tu, jalan penyelesaian, hantar ke rumah orang tua. Habis cerita.

Satu hari, bapak dia orang ni terlepas dan merayap entah ke mana. jenuh cari..rupanya sudah meninggal kat tepi jalan. So, rumah orang tua ni inform anak2 dia orang. Mayat bapak dia orang ni ditanam.

Malam pertama, 'bapak' dia orang ni pergi  ke rumah anak pertama (kakak bos ipo). Masa tu, kakak bos ipo ni baru balik dari oversea. So, dia tak sempat diberitahu tentang kematian bapak dia ni. Dia ingat nak jenguk ler bapak dia kat rumah orang tua tu. Malam tu, lebih kurang kul 12 malam, pintunya diketuk. Dia buka. terperanjat tengok bapak dia tercegat di muka pintu. Muka pucat.
Tanpa rasa pelik, dia pelawa bapak dia masuk. Orang tua tu pun masuk ler...terus duduk di tempat yang dia selalu duduk tu..kerusi goyang. Anak dia dia pun layan ler. tanya itu ini. Tapi haram nak jawab. Bapak dia senyap je. Dah tengah malam kan, dia pun masuk tidur ...dah mengantuk sangat tpi sempat beri selimut kat 'bapak' dia ni.

Esok, bila bangun pagi...'bapak' dia ni dah tak dak. Puas cari merata tempat. Dia call bos ipo tanya ada tak 'bapak' pergi rumah adik dia tu. Terkejut la bos ipo ni. terus dia cakap..'bapak' dah mati semalam.
Pucat muka kakak bos ipo tu...

Malam kedua, 'bapak' dia orang ni pergi pulak rumah kedua anaknya (bos ipo la). Ketuk banyak kali. Time tu dah 1 lebih dah. Bos ipo ni yg sedap tidur..terjaga..dlm keadaan mamai tu, dia buka pintu. Mukanya pucat. 'Bapak' dah tercegat kat depan pintu, minta nak masuk rumah. Bos ipo ni dah panik..takut..dia treus tutup pintu. tak berani nak buka lagi. ketukan di pintu berlaku lagi...sampai pagi.

Malam ketiga, adik bongsu dia orang pulak kena kacau. Last sekali, mereka 3 beradik ni berpakat nak buat sembahyang kat kubur. Pergi bakar replika benda2 yang bapak dia orang suka masa hidup..lepas buat acara tu..tiada lagi gangguan. tapi seminggu lepas tu..datang lagi...huhuhu

bos ipo tanya ipo, macam mana nak buat supaya bapak dia tak datang?...huhuhu...ipo tak tahu nak bantu macam mana...
kalau kita org islam..tentulah ada caranya kan..panggil ustaz ke apa ke..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.066470 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list