CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5670|Reply: 3

Gula tiruan boleh jejaskan kesihatan

[Copy link]
Post time 10-7-2014 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Tahukah anda?
Ibu gula, gula E955, ekstrak gula adalah antara produk gula tiruan iaitu sam juga dengan sucralose.

Sebagai peringatan untuk kit semua. Anda boleh baca info dibawah:

APAKAH IBU GULA/E955/EKSTRAK GULA/SUCRALOSE?
Sucralose adalah bahan yang terhasil secara kimia daripada sucrose (gula) dengan penambahan molekul klorin melalui tindakan kimia yg kompleks & melibatkan penggunaan  bahan kimia bertoksid tinggi.

SUCRALOSE DIPERBUAT DARIPADA APA?
Sucralose adalah pemanis klorin tiruan yang terhasil apabila kumpulan hydroxyl dalam molekul gula digantikan dgn klorin molekul.

ADAKAH IBU GULA/E955/EKSTRAK GULA/SUCRALOSE PRODUK SEMULAJADI?
Tidak. Sucralose tidak mengandungi elemen gula kerana ianya dihasilkan dalam keadaan proses kimia bukan melalui bidang tebu atau bit gula. Sucralose melalui proses kimia yang tinggi.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA IBU GULA/E955/EKSTRAK GULA/SUCRALOSE & SUKROSE(GULA)?
Sucrose dihasilkan secara semulajadi daripada tebu atau bit gula. Sucralose pula terhasil secara kimia. Penggunaan nama lebih kurang sama kerana untuk memasarkan produk dan menarik perhatian pelanggan

ADAKAH KLORIN YG DIGUNAKAN DLM SUCRALOSE DAN KOLAM RENANG SAMA?
Ya. Atom klorin yg dijumpai dalam sucralose sama digunakan untuk membasmi kolam renang. Product tersebut dilabelkan sebagai mengandugi klorin tetapi tidak bagi produk ibu gula/E955/ekstrak gula.

ADAKAH SELAMAT UNTUK KITA MAKAN ATAU MINUM PRODUK MENGANDUNGI KLORIN?
Setakat ini tidak lagi diketahui berapa lama tempoh penggunaan sucralose memberi kesan ke atas jangka hayat manusia. Sesetengah professional kesihatan menyatakan kebimbangan bahawa Sucralose boleh menyebabkan kesihatan manusia dalam bahaya. Pentadbiran Makanan & Dadah (FDA) telah mengkaji kemungkinan kesan sampingan menggunakan Sucralose termasuklah pembesaran hati & buah pinggang, mengurangkan bilangan sel darah putih, mengurangkan kadar pertumbuhan dan menurunkan berat badan janin.

ADAKAH IBU GULA/E955/EKSTRAK GULA/SUCRALOSE SELAMAT BAGI KITA SEBAGAI GULA SEBENAR SEMULAJADI?
Disebabkan tiada kajian jangka masa lama dijalankan ke atas manusia, tidak diketahui sama ada Sucralose selamat digunakan sebagai gula sebenar yg semulajadi. Gula selamat digunakan oleh manusia untuk lebih 2,000 tahun.

ADAKAH SUCRALOSE LEBIH MAHAL DARI GULA SEBENAR YG SEMULAJADI?
Ya.

KENAPA KEBANYAKAN PENGELUAR TIDAK MENGGUNAKAN SUCRALOSE?
Semestinya kerana kebanyakan orang diluar sana sudah mengetahui bahawa sucrolase adalah bahaya kepada kesihatan.

Ada company tidak membongkarkan kebenaran sebenar penggunaan sucralose dalam produk mereka. Sebagai contoh:
-        Ada yg menyatakan produk ‘Sugar Drop – Natural Sugar Replacement, Derived from Sugar Cane Extract’. Hakikatnya tidak betul kerana disitu sudah jelas bahawa proses ekstrak gula adalah proses kimia dimana molekul klorin digunakan untuk menggantikan kumpulan hidroksil.
-        Ada juga sesetengah company menggunakan Al-Quran sebagai bahan untuk melariskan produk walaupun sebenarnya produk tersebut adalah sucralose.
-        Sekarang juga ada company menghasilkan gula ekstrak menggunakan nano teknologi. Benda yg sama yg terhasil sebenarnya iaitu Sucralose.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kesan bahaya Sucralose ke atas kesihatan manusia boleh klik link di bawah:

1.        http://www.prevention.com/food/h ... lth-risks-sucralose
2.        http://www.livestrong.com/article/85719-dangers-sucralose/
3.        http://www.splendaexposed.com/
4.        http://www.fitday.com/fitness-ar ... 4-health-risks.html
5.        http://www.rense.com/general63/SPLENte.htm
6.        http://articles.mercola.com/site ... ralose-dangers.aspx
7.        http://www.truthaboutsplenda.com/resources/faqs.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2014 04:38 PM | Show all posts
Elakkan pengambilan sucralose berlebihan..atau pun tukar produk lain yg lebih selamat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2014 10:55 AM | Show all posts
Untuk tahu lebih lanjut kesan gula boleh la tgk video ini..

Bahaya Pemanis Tiruan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2014 05:00 PM | Show all posts
Dalam ini pun banyak info tentang gula.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.222500 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list