CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Nazrey Johari ( Ex- Raihan ) Kini Nyanyi Nasyid Di Bazar Ramadan!

[Copy link]
Post time 11-7-2014 10:58 AM | Show all posts
AnBulisia posted on 11-7-2014 10:49 AM
aku masih lagi konpius, kenapa dia keluar dari raihan

artikel lama

Jadi apakah sebab sebenar Nazrey ambil keputusan keluar Raihan?

Saya fikir sudah sepuluh tahun lebih dengan Raihan. Saya sudah beri kerjasama dengan baik bersama kawan-kawan. Tetapi untuk buat kerja dakwah masa tak menentu di samping protokolnya juga tidak menentu. Kerja dakwah hanya bergantung kepada kesanggupan diri masing-masing. Kita kena turun padang ke kampung-kampung dan nikmati kemudahan ala kadar saja. Atas sebab ini saya tak boleh hendak bawa kawan-kawan lain bersama. Mereka lebih mahu meneruskan hiburan secara sepenuh masa, teruskanlah dan saya kena hormati. Saya sudah nekad hendak buat kerja ekonomi dan dakwah ini. Maka terpaksalah berpisah dengan Raihan. Tapi hubungan tetap baik, kalau ada penganjur hendak saya bersama Raihan saya akan pergi kalau masa saya tidak sibuk.

Apakah Nazrey sudah fikir dengan semasak-masaknya?

Memang saya sudah nekad. Sebelum ini saya banyak terganggu untuk buat kerja amal. Kerja amal orang tak boleh bayar kita ikut harga yang kita tetapkan. Bayaran menyanyi RM8,000 misalnya, tetapi untuk berdakwah tak macam itu. Jadi bergantung kepada kehendak dan kesanggupan masing-masing. Kesanggupan kitakan berbeza-beza. Saya tahu Raihan perlu terus survive. Tetapi saya hendak buat ini pun untuk tujuan yang baik. Hanya tawakal kepada Tuhan.

Sejak bila Nazrey berfikir untuk tinggalkan Raihan? Adakah sudah lama?

Sejak hujung tahun 2005 dan awal 2006. Mula atur langkah. Cari kawan-kawan aktivis dakwah. Awal 2006 sudah mula. Dakwah ini juga macam hidayah yang datang kepada kita. Tak semua orang sanggup hendak buat kerja-kerja macam ini. Ada yang buat dakwah tetapi hendak ikut waktu kerja macam di pejabat. Tetapi mereka tetap juga kerja dakwah cuma kesanggupannya berbeza.

Apakah ini yang dinamakan pengorbanan Nazrey demi kerana agama dan bangsa?

Pengorbanan? Ramai lagi orang yang lebih hebat pengorbanannya daripada saya. Tetapi ini adalah satu benda yang baik untuk saya buat.

Tapikan dengan Raihan juga katanya perjuangan untuk agama?

Betul. Tetapi sebagai penyanyi yang total kita hanya boleh bekerjasama dengan orang yang mampu membayar jumlah wang tertentu. Banyak orang yang tak mampu tetapi rindukan kita, mahu bertemu dengan kita. Tetapi mereka ini tidak mampu bayar. Jadi kalau kita rasa kita sudah ada rezeki dan tanggungjawab sudah lepas, orang tak bayar pun tak apa kita boleh buat. Ada orang hanya boleh sediakan tempat, tak mampu bagi duit untuk undang saya. Hanya dengan kesanggupan saja kita boleh buat dalam keadaan itu. Kalau bukan daripada hati kita, tak boleh pergilah sebab tak ada duit yang disediakan. Saya teruskan juga dunia nyanyian yang selama ini saya perjuangkan tetapi untuk golongan yang seperti ini yang kurang mampu. Sebab itu saya perlukan sokongan umat Islam lain. Sumber ini adalah sokongan untuk buat kerja dakwah. Ada rezeki lebih kita sumbang kepada anak yatim, rumah kebajikan. Kalau tak buat macam ini, sampai bila pun tak boleh buat. Orang yang tak mampu macam mana?

Apakah yang membataskan perjuangan kepada agama ketika dalam Raihan?

Masa membataskan. Penumpuan kepada kumpulan itu sendiri membataskan kerja-kerja dakwah secara terus macam ini. Kita pergi berdakwah ke sesuatu tempat mengikut kemampuan orang. Bayangkan tiket kapal terbang saja berapa orang kena bayar? RM10,000 untuk tiket kapal terbang, kan membazir tu?

Tidak mudah membina nama Raihan hingga dikenali di rantau Asia, tetapi di akhirnya Nazrey menarik diri. Bukankah ia sesuatu yang merugikan anda?

Itulah dari segi logiknya. Tapi saya yakin kalau Raihan bergerak dengan ikhlas dan hati baik, benda itu tak akan hilang. Saya pun bila-bila masa akan bekerjasama dengan mereka. Lainlah kalau lepas saya tak ada, mereka hilangkan diri mungkin saya akan bangunkan semula kumpulan itu. Tetapi saya percaya mereka akan teruskan perjuangan macam biasa juga.

Pengunduran anggota kumpulan popular biasanya akan dikaitkan dengan perselisihan faham, apakah benar Nazrey dan Raihan juga berhadapan dengan hal yang sama?

Kita ini bukan wali. Perselisihan faham semua orang akan lalui. Tapi itu bukan masalah besar. Kalaulah manusia tak ada perselisihan itu sudah mengalahkan malaikat namanya. (ketawa)




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 11:05 AM | Show all posts

Semoga Allah rahmati usaha murni beliau dan semoga kita semua  support semampu yang boleh....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 11:23 AM | Show all posts
Kan kite disuruh berbaik sangkA.... klu nk derma.. dermalah.. klu x nk diam... kite derma kerana allah.. btulkn niat tu... samaada dia guna kn duit tu ke tempat yg btul ataw x... itu antara dia dgn allah... kite da wat part kite
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 11:28 AM | Show all posts
Jika niatnya benar... Semoga di permudahkn..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 11:44 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan niatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 12:18 PM | Show all posts
Ala xde MBB ke? Iols ada MBB jer... Nak mebengtuyu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2014 02:05 PM | Show all posts
moga syurga tempat nya nanti.. allahuakbar
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 02:20 PM | Show all posts
semalam baru jumpa dia kat restoran tempat kaka n geng gi buka posa. dia dgn family dia. sebelum ini ada kawan opis bgtau dia dok taman sebelah ngan kaka jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 02:59 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan niatnya amin
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:26 PM | Show all posts
aku sokong apa y dia buat. duit tu mmg makan masa yg lama untuk dikumpul. lebih2 klu memerlukan berjuta2 ringgit. kecuali klu ada beberapa org kaya yang murah hati nak derma beberapa juta, maka cepatle sikit pengumpulannya. macam masjid kaws. rumah aku pun dah masuk 4 thn x cukup2 dana lagi. klu nak minta bantuan kerajaan kn tunggu lama. so cara y cepat dengan meminta derma kepada penderma yang bermurah hati.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan...amin..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
All d best abang raihan
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya usaha dia...jom kita saling membantu..walaupun pungutan mungkin x byk..sekurang2nya dia tidak berhenti usaha..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
DayangKirana posted on 10-7-2014 06:52 PM
Sebut pasal collect duit utk dana ni, i teringat kisah kenapa dia keluar Raihan dulu..kalau x salah  ...

Manusia biasala kena uji..tambah2 yg dekat dgn Allah..tapi x mustahil manusia berubah... klu dia ingin berbuat kebaikan..marilah sama2 memnantu..moga dapat menumpang pahala
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 05:14 PM | Show all posts
masyid zikr mmg best suara
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 06:55 PM | Show all posts
terima kasih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 10:12 PM | Show all posts
sama-sama           
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory posted on 11-7-2014 09:42 AM
Byk pulak lokasi dia .. Berubah2 pulak tu..

Dan tiga lokasi itu di tempat yang berbeza dan berjauhan sangat jaraknya antara satu sama lain.

Sinarut Baru ini paling logik pada aku. Kalau buat di dua kampung terdahulu seperti yang diwar-warkan tahun 2010 dan 2013 sememangnya pada pendapat aku bakal jadi tempat jin bertendang saja kerana lokasi sangat jauh ulu pedalaman dan entah boleh tarik minat orang pegi sana, stay sana belajar agama atau tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 10:44 PM | Show all posts
semoga urusan nya dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 11:52 PM | Show all posts
Memang makan tahun nak kumpul dana melainkan ada individu atau syarikat yang boleh bagi sumbangan besar.
Dana masjid area rumah den pun dah masuk 5 tahun masih tak cukup lagi nak dirikan masjid
sama sama la kita doakan dipermudahkan niat baik nazrey ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.402127 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list