CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63797|Reply: 983

NOVEL:KLONG MAI ( Tajuk Asal: Kau Bukan Adamku).Terbitan November 2016 oleh Karn

[Copy link]
Post time 11-7-2014 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Ipo at 17-12-2016 07:14 AM

BAB 1



PHAT duduk termenung di atas bangku. Penat berjalan masih terasa. Lenguh kakinya juga masih berbisa. Dia pandang kasut yang tersarung di kakinya. Sudah banyak lubang sana sini. Dia melepaskan keluhan sebentar. Matanya melirik pada sekitar situ. Damai dengan pokok-pokok mangga yang sedang lebat berbuah. Dia mula senyum. Beg sekolah diletakkan di tepi. Pulang dari sekolah tadi, dia terus saja ke rumah. Semalam ayah sudah berpesan padanya supaya tidak ke mana-mana.

Bila terasa penat sudah hilang sedikit, Phat bangun perlahan dan menapak masuk ke rumah. Rumah yang terletak dalam kawasan tokong itu dihuni bersama ayah angkatnya sejak umurnya lima tahun lagi. Ayahlah yang membesarkan dan memberinya pendidikan di sekolah. Waktu petang pula, dia akan berkhidmat di tokong itu dengan membersihkan halaman dan juga melayan orang-orang yang datang berkunjung ke tokong yang luas itu samaada untuk melancong ataupun datang untuk sembahyang. Kadangkala dia akan menolong ayah menyediakan barang-barang sembahyang. Bila mengingatkan itu semua, dia tersenyum sendiri. Dia sendiri tidak tahu apa agama yang dianutinya tika ini. Budhha? Hindu? Entahla. Apa yang dia tahu, dia hanya mengikut apa yang ayahnya buat. Selain dari itu dia lebih suka membuat kerja amal, membersih sekitar tokong itu dan melayan pelancong yang datang.


USAI makan tengahari, Phat mula menukar jersi sekolah kepada jersi sami berwarna jingga. Itulah pakaiannya hari-hari yang harus dipakai bila berada di kawasan tokong itu. Itu juga kehendak ayah yang inginkannya belajar selok belok seorang sami dan akan menjadi pengganti ayah suatu hari nanti.

"Haih..aku ni dah la tak reti semua ni.." Phat sengih. Baginya dia tidak teruja untuk menggantikan ayah sebagai ketua sami di situ. Namun jika dia ditakdirkan untuk menjadi sami juga, dia redha. Pengorbanan ayah dan segala keperluannya semuanya diuruskan ayah. Itu dia tidak nafikan. Mungkin dia akan membalas jasa dan budi ayah dengan cara itu nanti.

Penyapu yang disandarkan di tepi dinding dicapai dan Phat mula menyapu daun-daun kering yang jatuh berguguran. Kawasan lapang dan berpasir itu tidak susah untuknya membersihkan kawasan itu. Daun-daun kering yang sudah disapu kemudiannya dikumpulkan satu tempat dan dibakar.

Penyapu diletakkan semula di tepi dinding. Phat melihat sekeliling. Dia kembali berehat di bangku dekat dengan tempat sembahyang. Dia tersenyum puas. Bersih!



DAYAH berjalan perlahan sambil mengheret basikal. Pulang dari sekolah tadi, tayar basikalnya pancit lagi. Terpaksa dia mengheret sejauh satu kilometer untuk sampai ke rumah. Beg sekolah diletak dalam bakul depan basikal. Entah mamat mana yang suka sangat pancitkan tayar basikalnya. Ikut hati mahu saja dia mengadu pada cikgu tentang hal itu tetapi dia sendiri tidak tahu siapa punya angkara. Ah! Baik aku siasat sendiri. Aku sembunyi di sebalik tiang di tempat letak basikal yang berderet itu dan intai siapa yang gatal tangan keluarkan angin dari tayar basikal. Mudah saja!

"Hmm..esok aku akan tahu siapa punya kerja!" Dayah heret lagi basikalnya sambil mengomel.

Sejak berpindah sekolah setahun yang lepas, sudah banyak kali tayar basikalnya didajalkan pelajar lain. Dalam otaknya ligat memikirkan siapa yang punya angkara. Terus saja nama-nama yang selalu mengacaunya muncul di benak. Wati, pelajar empat delima, muka cantik tapi perangai mengalahkan penyangak. Soal disiplin tak usah cerita. Ada saja kesalahan yang dilakukan termasuk merokok dalam tandas. Tak padan dengan perempuan. Entah kenapa minah itu suka cari gaduh walaupun hal remeh temeh. Shimah, pelajar empat anggerik pula, dah terlebih tomboy, silap sikit saja, kena penyepak dan lempang minah tu. Pernah sekali dia disepak di betis kerana kesalahan kecil saja, tidak beri salam pada senior. Mentang-mentanglah aku masuk ke sekolah tu masa tingkatan empat. Zila, geng yang terakhir dalam kumpulan tiga sekawan itu, memang nampak lembut dan sopan tapi juga selalu langgar disiplin sekolah. Sama macam Wati, suka merokok dalam tandas tapi bila bercakap mengalahkan cili mexico pedasnya!

"Hmm..takkan dia orang yang pancitkan tayar basikal aku?" Dayah tergaru-garu kepala.

Dayah mendongak ke dada langit. Matahari memancar terik atas kepala. Sudah terasa perit kulitnya terkena panahan cahaya matahari. Dulu kulitnya putih kini sudah semakin gelap dek kerana hari-hari mengheret basikal dengan cuaca terik begitu.

"Baik aku ke sana. Teduh sikit." Dia berjalan ke arah bahu jalan di bawah pohon kayu yang rendang. Terasa sejuk sedikit bila terkena hembusan angin yang sekali sekala menyapa.  

Kakinya sudah terasa lenguh.  Sudah hampir dua puluh minit dia mengheret basikal.  Tudung yang dipakai mula basah di tepi muka. Baju sekolah pula sudah mula basah dengan peluh yang semakin menitik dalam cuaca panas begitu.

Dia jeling ke arah kanan. Sebuah patung besar sedang baring di sebuah tokong siam. Matanya beralih pula pada pintu gerbang besar. besar tulisan yang diukir di situ, Wat Pikulthong tetapi bukan itu yang menarik perhatiannya. Pokok-pokok yang ada dalam kawasn tokong itu sebenarnya yang lebih menarik minatnya dari tadi. Hari-hari dia melalu jalan itu, lalu di depan tokong itu dan kerana hari-hari itulah, hari ini dia beranikan diri untuk berhenti dan menjenguk apa yang ada di situ. Selama ini jalan itulah yang selalu dilaluinya. Hari-hari dia melihat patung besar yang dalam keadaan berbaring. Kalau diukur, panjangnya mungkin seperti sebuah rumah panjang di Sarawak.

Dayah mula terjenguk-jenguk. Pokok-pokok yang menghijau dalam kawasan tokong siam itu cukup membuatkan dia  kecur liur. Sudah musim ke??
Basikal disandarkan di tepi pagar simen yang mengelilingi kawasan tokong siam. Terjenguk-jenguk melihat keadaan sekitar dalam kawasan tokong itu. Sekejap dia melompat bila terasa paras pagar itu sama paras dengan kepalanya. Terloncat-loncat menjenguk pokok-pokok yang lebat dengan buah.

“Sedapnya..” Dayah berkata sendiri. Liurnya ditelan berkali-kali. Tidak sabar.

Dayah mula melangkah ke arah pintu pagar yang terbuka luas. Dia melangkah perlahan memasuki kawasan tokong yang bersih tanpa sehelai daun gugur. Tanah berpasir yang luas di sekitar kawasan tokong cukup cantik. Nampak seperti hamparan permaidani putih jika dilihat dari jauh. Mungkin pasir dari sungai agaknya..

“Bersih gila tempat ni. Hari- hari ke dia orang sapu?” Dayah senyum sendiri. Memang setiap pagi hendak ke sekolah,  dia nampak sami-sami di situ selalu menyapu daun-daun yang gugur.

Kakinya semakin galak melangkah ke arah sebatang pokok yang begitu rendang dan lebat dengan buah. Dia mendongak melihat buah-buah yang bergayut di hujung dahan. Ada yang bulat, ada yang lonjong dan ada juga yang kecil-kecil.Sekali lagi dia menelan liur. Terasa air liur sudah meleleh keluar.

Dia berjalan perlahan-lahan di sekitar situ. Dia kemudian berhenti di sebatang pokok tadi yang dilihat lebat berbuah. Terus saja dia mendongak. Ingin saja dia panjat dan ambil buah itu. Kepalanya digaru-garu. Masih mendongak ke arah pokok yang agak rendang itu. Dia berfikir cara untuk mendapatkan buah yang sungguh lebat di atas pokok.

Lantas kain biru sekolahnya diangkat sehingga ke paras pinggang dan dikilas kemas. Lengan baju putih sekolahnya pula disingsing ke paras siku.

"Hmm...boleh ke aku panjat ni?" terdongak lagi Dayah melihat buah di atas pokok. Perlahan dia letak kakinya ke batang pokok. Kedua tangannya pula mula memegang batang pokok. Dahan pertama cuba dipaut. Terkial-kial dia angkat kakinya ke atas dahan itu untuk naik ke atas.

“Selamat datang…

Bedebukkkkk!!

Terjelepuk macam nangka busuk, Dayah sudah jatuh tergolek di atas pasir. Dia mendongak. Seorang lelaki yang agak sebaya dengannya sudah tersengih di situ. Tudung putih sekolahnya sudah terselak. Cepat-cepat dia tutup semula lehernya yang terdedah. Mukanya sudah pucat.
















bersambung..
Last edited by NaylaArisha on 15-11-2014 05:48 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 10:41 AM | Show all posts
ala.............................................. best2...cepat ek smbungannya....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 11:10 AM | Show all posts
yeah... Ipo ada cerita baru lg... Love u Ipo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 01:27 PM | Show all posts
Dayah perlahan bangun. Malunya hanya tuhan yang tahu. Dia tunduk. Tidak berani memandang ke arah sami muda itu. Perlahan dia melangkah dan terus menyorok di belakang pokok mangga tadi. Perlahan kepalanya dihulur keluar, melihat siapa yang menegurnya tadi. Kelihatan seorang lelaki muda berpakaian warna jingga sedang tersenyum kepadanya. Rambut pula kemas dan ala ala penyanyi Mawi punya stail. Bukan botak. Lelaki itu dipandang atas bawah. Sami ke dia ni?

Phat turut melihat gadis yang masih berpakaian sekolah itu bersembunyi di sebalik batang pokok mangga. Dia senyum sendiri. Dari lagak gadis itu, dia pasti gadis itu seorang yang suka kepada aktiviti lasak. Tadi, dari jauh dia nampak gadis itu terhegeh-hegeh cuba memanjat pokok dengan kain sekolah diangkat sehingga ke pinggang. Itulah pertama kali dia melihat seorang perempuan memanjat pokok. Dibiarkan saja gadis itu berbuat demikian tadi. Dia tergelak sendiri di bangku. Matanya melirik pula pada betis putih gadis itu dan separuh dari betis itu ditutupi dengan stokin. Kian biru sekolah itu sudah terangkat separuh. Dia senyum.

Dayah mula gelisah. Dia melihat lelaki muda itu tidak mengalih matanya melihat ke bawah. Dia cuba mencari apa yang dilihat oleh lelaki muda tadi. Ya Allah! Dayah tepuk dahi. Pantas saja dia buka kilasan kainnya dan dilepaskan ke bawah. Lengan baju yang disingsing tadi segera dilurutkan. Dia menelan liur.

Sawadikaa..” Phat menyusun sepuluh jarinya sambil tunduk hormat.

Dayah tergamam. Bahasa apa dia ni cakap?? Tergaru-garu kepalanya mendengar kata-kata dari lelaki muda itu.Perlahan dia keluar dari belakang pokok dan berdiri di depan  sami muda itu. Dia perhatikan sami muda itu yang masih tersenyum kepadanya.

“Hmm..macam sebaya je dengan aku..dah jadi sami dia ni??” Dayah berfikir sendiri.

Sawadikaa..." Phat senyum lagi.

Dayah masih diam di situ. Nak menjawab, sepatah haram dia tidak tahu bahasa yang digunakan oleh sami muda itu.

"Sa...sawa..sawadika tu apa?" Dayah sengih.

Phat senyum lagi. "Selamat datang..lebih kurang itu maksudnya."

Dayah senyum sengih. Pekat sungguh loghat Kelantan sami muda itu. Nasib baik dia sudah mula belajar dan faham apa yang dituturkan oleh orang di situ. Dia pandang lagi sami muda di depannya. Kulit sawo matang, tinggi, senyuman manis dan ada tahi lalat di atas bibir sebelah kanan. Wajah itu ditenung lama. Seakan pernah dia lihat wajah seperti itu. Dia mula berfikir...siapa..siapa..siapa..

"Err...awak nak cari apa?" Phat mula bertanya bila melihat gadis itu asyik merenungnya dari tadi. Mengelamun agaknya.

"Hah!! Saya dah tahu!! Remy Ishak!!" Terpacul nama pelakon drama dari mulut Dayah. Luas matanya dengan bibir tersenyum lebar.

Phat terkejut.  "Siapa Remy Ishak?"

Dayah terdiam. Dia luku kepalanya sendiri. Tidak sedar dia asyik memikirkan dan cuba meneka rupa paras sami muda tadi seakan sama dengan pelakon itu. "Apa hal la aku sebut nama pelakon tu pulak..aish!"

"Err...er..Remy Ishak tu..pelakon drama.." Dayah tunduk malu. Tu la, duk fikir sangat siapa siapa..

Phat senyum lagi. Gadis itu dilihat semakin kalut. Mula-mula termenung, merenung, lepas itu tiba-tiba sebut nama Remy Ishak. Dia sengih sendiri. Cukup terhibur sebenarnya dengan gelagat gadis itu tadi.

"Awak datang sini nak cari apa?" Phat tanya lagi. Dia sudah tahu niat gadis itu. Jelas tadi dia melihat gadis itu panjat pokok mangga. Tentulah buah mangga yang dicari.

Err…saya nak ambilbuah tu..boleh?” Tergagap-gagap Dayah menjawab sambil menuding ke arah satu pokok yang lebat mengeluarkan buah yang dia cuba panjat tadi.

Ooo..buah pauh tu...” Phat pandang buah yang terjuntai di dahan pokok. Kelihatan dahan pokok sudah melayut terjuntai ke bawah, berat dengan buah  yang lebat.

Pauh?? Dayah pandang lagi sami muda itu dengan riak pelik. "Err....pauh tu apa?"

"Buah la." Phat pula terkial-kial hendak menjelaskan maksud buah mangga.

Dayah mengetap bibir. Memanglah aku tahu itu buah! Sekolah ke tak sekolah mamat ni?? Dirinya mula berlagak poyo.

"Mangga kut.." Dayah pandang ke atas pokok mangga. Kalau itu mangga, maknanya pauh itu pun mangga lah. Dia pandang pula sami muda itu yang sudah terkebil-kebil.

"Oh..ya ke? Orang sini panggil buah pauh." Phat mula faham.

"Boleh ke saya ambil sikit?" Dayah sudah tidak sabar.

"Dai..dai.." Phat angguk-angguk.

"Hah?? Die?? Awak nak saya mati ke?" Dayah sudah terlopong mendengar kata-kata Phat.

Phat senyum lagi. Dia tidak salahkan gadis itu yang mungkin tidak faham bahasa siam. Tadi pun gadis itu bertanyakan maksud sawadikaa. Dia sebenarnya ingin ketawa tadi sebaik mendengar kata-kata gadis itu.

"Bukan saya nak awak mati. Dai tu..maksudnya boleh..itu bahasa siam." Phat ketawa juga akhirnya. Ternyata gadis itu memang kelam kabut.

Dayah tersengih, malu sendiri.  Itulah pertama kali dia mendengar bahasa Siam dituturkan sejak dia berpindah di daerah itu.  Sejak keluarganya berpindah ke situ, banyak loghat Kelantan yang dia belajar tapi masih belum fasih. Kini satu lagi bahasa asing mula menjadi minatnya untuk belajar. Dia jeling sami  muda itu yang sudah ketawakannya. Nasiblah kau Dayah...

"Nak ke? Buah tu muda lagi..belum masak." Phat tanya lagi.

“Tak apa..saya sukamakan yang muda!” Dayah sengih, cuba bersikap selamba. Tadi dia sudah terkantoi.

Phat mula mengambil galah panjang yang terletak di hujung rumahnya yang disandarkan di tepi tiang rumah. Dia kemudian kembali semula ke tempat gadis itu yang masih berdiri di bawah pokok mangga yang berbuah lebat. Dia segera menjolok buah yang terjuntai di dahan.

Buk! Buk! Buk!

Berterabur buah mangga jatuh ke atas pasir putih. Dayah sudah teruja. Dia segera mengutip satu persatu. Tidak susah untuk mencari buah yang jatuh kerana kawasan di sekitar pokok itu bersih. Tiada rumput. Hanya pasir putih yang landai. Dia senyum penuh makna.

“Cukup ke?”Phat pandang Dayah yang beria mengutip buah yang jatuh.

Dayah mengangguk.“Cukup doh ni! Terima kasih ya!”

“Awak ni bukan orang sini ke?”Phat sandarkan galah panjang tadi di batang pokok mangga. Pelat mendengar gadis bercakap loghat Kelantan.

Dayah terasa malu bila sami muda itu perasan lidah pelatnya yang cuba bercakap loghat Kelantan. Dia sambung mengutip buah mangga yang bertaburan di atas tanah. Melilau matanya mencari sesuatu untuk meletakkan buah pauh yang telah dikutip tadi. Sesekali dia senyum kepada sami muda itu. Dia segera tarik baju kurung dan memasukkan buah pauh.

“Err..siapa nama awak?” Dayah letak semua buah yang dikutip tadi dalam baju yang dibuat membentuk seperti sebuah bakul.

“Saya Phat!Awak?”

“Saya Nur Hidayah..panggil Dayah.” Dayah senyum.

Phat mula mencari beg plastik bila melihat Dayah menggunakan hujung baju sekolahnya untuk menampung buah tadi. Habis baju kurung sekolah yang berwarna putih terkena getah buah pauh.

“Terima kasih!” Dayah senyum lagi.

Sempat dia mengucapkan terima kasih kepada sami muda itu sebelum  pulang ke rumah yang tidak berapa jauh dari situ. Beg plastik yang mengandungi buah pauh tadi disangkut pada pemegang basikal.


PHAT hanya memandang gadis itu beredar dari situ. Dia senyum melihat gadis itu mengheret basikal. Agaknya tayar basikalnya pancit. Hmm...Nur Hidayah..cantik nama tu secantik orangnya. Phat menghela nafas. Dia kemudian menyambung menyapu daun-daun yang gugur bersama buah tadi. Daun-daun itu dibakar.
Last edited by Ipo on 2-11-2014 06:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 02:11 PM | Show all posts
kelasss gtu..........abam sami ala2 remy sahak ....


nnti Phat masuk Islam , cintan dgn Dayah
tapi Dayah kawen dgn org lain eh....


ke..nak masuk Islam tapi bapa angkat xbagi..
tu xdapek jadi adam Dayah.. Last edited by awanjingga on 11-7-2014 02:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 02:32 PM | Show all posts
Sami rupa remy ishak?

Oit... itu sami... sami buddha ka sami bangladesh mareee?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2014 02:38 PM | Show all posts
Bukan anak tokeh maxis kan ipo?

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 03:38 PM | Show all posts
awanjingga posted on 11-7-2014 02:11 PM
kelasss gtu..........abam sami ala2 remy sahak ....

mcm boleh teka je kan citer ipo ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 04:06 PM | Show all posts
permulaan yg sgt mengujakan Ipo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 04:06 PM | Show all posts
puanlina posted on 11-7-2014 10:41 AM
ala.............................................. best2...cepat ek smbungannya....

tq sudi baca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 04:07 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 11-7-2014 11:10 AM
yeah... Ipo ada cerita baru lg... Love u Ipo...

citer yg terperam lama..

@NaylaArisha  baru nak masak..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 04:08 PM | Show all posts
awanjingga posted on 11-7-2014 02:11 PM
kelasss gtu..........abam sami ala2 remy sahak ....

hahaha...speku yang logik

apa2 pun selagi citer belum habis..belum tahu apa yg berlaku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 04:09 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 11-7-2014 02:32 PM
Sami rupa remy ishak?

Oit... itu sami... sami buddha ka sami bangladesh mareee?

Phat tak dak agama...

dia saja sarung uniform tu

nak ambik hati bapak angkat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 04:10 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 11-7-2014 02:38 PM
Bukan anak tokeh maxis kan ipo?

owh..anak tokey maxis tu sami ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 04:11 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 11-7-2014 03:38 PM
mcm boleh teka je kan citer ipo ni

hahaha...mungkin akhir  citer ni menyedihkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 04:12 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 11-7-2014 04:06 PM
permulaan yg sgt mengujakan Ipo...

setia zamzam baca citer ipo ya.....tqvm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 04:21 PM | Show all posts
Ipo posted on 11-7-2014 04:11 PM
hahaha...mungkin akhir  citer ni menyedihkan..

tapi teman suka citer ala2 misteri campur cintan mcm gadis kebaya merah tuh..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 04:21 PM | Show all posts
SENYUMAN Dayah sudah sampai ke telinga. Hari itu dia gembira mendapat seplastik buah mangga yang bulat-bulat.  Sampai saja di rumah, selepas selesai solat Zuhur, dia segera ke dapur dan mengupas buah pauh. Dapat satu pinggan besar. Dia sediakan pula sambal cicah  kicap yang digaulkan dengan garam, gula, belacan dan cili padi.

“Dayah..tak nak makan nasi ke? Pedih perut tu nanti..” Puan Zaharah geleng bila melihat anak daranya mengadap buah mangga muda dengan begitu berselera. Berkerut dahinya melihat anak daranya yang tidak sedikitpun merasa masamnya mangga muda itu. Sudah seperti orang mengidam pula lagaknya.

“Lepas ni lah mak. Dayah nak habiskan buah ni dulu!” Dayah sengih. Sudah tiga biji mangga dia bedal.

“Eh..mana Dayah dapat buah ni? Dayah curi eh?” Tiba-tiba Sufian muncul di dapur.

Sufian, abang sulung Dayah yang hanya tua setahun dari Dayah dan juga  bersekolah di tempat yang sama dengannya mula menegur bila melihat adiknya begitu berselera mengunyah buah mangga dengan sambal kicap. Dia pandang adiknya yang memang hantu mangga muda.

“Mana ada? Abang Pian ni, tak baik tau tuduh Dayah macam tu! Mangga ni budak sami tu yang bagi!” Dayah kupas lagi sebiji.

“Hah! Sami? Kau biar betul Dayah! ”Sufian luku kepala adiknya.

“Kenapa? Tak boleh ke?” Dayah gosok kepala yang terasa sakit. Mahu saja dia balas semula tindakan abangnya tadi.

“ Tak malu minta dengan orang! Dahlah sami!” Sufian mula marah-marah.

“Dahlah tu…bukannya dia curi. Tak salah makan buah tu walaupun dari sami. Bukannya dia jampi apa ke! Pokok tu kan Allah yang cipta. Asalkan minta dengan tuan empunya pokok tu, mak rasa tak apa. Lainlah Dayah tu pergi curi hak orang!”Puan Zaharah cuba memujuk Dayah yang sudah mula merajuk kena luku kepala dengan Sufian sebentar tadi.

Dayah mula senyum. Dia jelir ke arah abangnya. Nyata mak menyokongnya seratus peratus.


Last edited by Ipo on 11-7-2014 04:25 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 04:23 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 11-7-2014 04:21 PM
tapi teman suka citer ala2 misteri campur cintan mcm gadis kebaya merah tuh..

conan macam tau je ipo nak buat citer ni macam tu..

ada misteri, sihir, militan lagi...hehhe..


Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:26 PM | Show all posts
Ipo posted on 11-7-2014 04:23 PM
conan macam tau je ipo nak buat citer ni macam tu..

ada misteri, sihir, militan lagi...hehhe..
...

eh tak tau pon.. cuma busan ngan citer semata2 cinta neh..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.628288 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list